TOPIK 1: PENGENALAN
Mohd Fauzi bin Kamarudin, PhD.
Pensyarah Kanan,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
mohdfauzi@[Link]
HASIL PEMBELAJARAN
[Link] pasti prinsip asas
kemahiran pemikiran kritis dan kreatif.
ii. Menganalisis maklumat yang
dikumpul dan dicerap untuk membuat
keputusan.
iii. Membentuk konsep atau idea
penyelesaian baru.
2
KANDUNGAN KURSUS
1. Topik 1: Pengenalan
2. Topik 2: Pemikiran Kreatif & Visual
Study, Sumbang Saran & Peta Minda
3. Topik 3: Alat Pemikiran Kreatif:
SCAMPER & 6 Topi Pemikiran (6 Hats)
4. Topik 4: Alat Pemikiran Kreatif: SWOT &
Design Thinking (MOOC)
5. Topik 5: Projek ‘Big Ideas’
6. Topik 6: Pembentangan ‘Big Ideas’
3
Pemikiran Kreatif
• Anda diberi masa 5 minit untuk selesaikan
tugasan berikut:
• A) Apakah definisi pemikiran kritis
• B)Apakah definisi pemikiran kreatif
• (Kongsikan jawapan anda di chat)
KREATIVITI
Definisi dan Peranan Kreativiti
• Kreativiti adalah penghasilan idea yang dapat meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem.
• Aspek utama kreativiti adalah proses dan manusia.
• Proses berorientasikan matlamat serta digunakan untuk
mencari jalan penyelesaian kepada masalah.
• Manusia pula adalah sumber yang boleh mengenal pasti
jalan penyelesaian tersebut. Proses penyelesaian masalah
biasanya sama, tetapi kaedahnya adalah pelbagai.
• Contohnya, manusia kadangkala mengadaptasikan bentuk
penyelesaian masalah daripada pengalaman lampau, atau
mencipta formula baharu.
Definisi Pemikiran Kreatif
• Menurut de Bono (1970), “kreativiti itu memang berlaku
tanpa disedari oleh manusia itu sendiri.”
• (Hassan, 1989) dan (Nik Azis, 1994); “ Kreatif berasal
daripada perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud
‘membuat’ (to make). Manakala dalam bahasa Greek pula,
‘Krainein’ yang bermaksud ‘memenuhi’.
• Menurut Torrence (1974), kreativiti ialah “To cause to
exist, bring into being, originate, to give rise, bring about,
produce, to be first to portray and give character to a role
or part creation: An original product of human invention or
imagination.”
Konsep Kreatif dan Kreativiti
• Konsep kreatif dan kreativiti amat luas dan tidak rigid
berdasarkan ruang, tempat dan masa. Boleh dilihat dari
pelbagai latar belakang seseorang seperti ahli agama,
peguam, jurutera, doktor, pemandu bas, ahli akademik, ahli
politik dan sebagainya.
• Ringkasnya, istilah kreatif dan kreativiti digunakan bagi
menggambarkan produk sosial yang dihasilkan.
• Berdasarkan konsep kreativiti secara umum, dapat
disimpulkan konsep pemikiran kreatif berkisar kepada entiti
berikut:
Melakukan sesuatu dengan cara yang unik.
Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama atau
the pattern of sameness
Berfikir di luar kotak atau thinking outside of the box.
Melihat sesuatu daripada perspektif baru.
Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea
baru.
Membuka minda dengan idea-idea baru.
Mencabar andaian.
Mencipta sesuatu yang baru.
Menghubungkan idea yang tidak berkaitan.
Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil.
Berfikir secara fleksibel.
Penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli
(novel).
Membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.
• Justeru, pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea
iaitu berlawanan dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke
atas sesuatu idea. Idea yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-
kadang berlawanan dengan logik. Ia mestilah berasaskan manipulasi
KREATIVITI
Proses Kreatif
Proses kreatif biasanya mempunyai empat
fasa yang penting. Fasa-fasa tersebut
adalah seperti berikut:
1. Pengumpulan pengetahuan atau
latar belakang
2. Proses inkubasi
3. Pengalaman idea
4. Penilaian dan pelaksanaan
Checkpoint
1. Apakah beza pemikiran kreatif dan
pemikiran kritis?
2. Apakah yang anda faham tentang proses
kreatif?
PROSES KREATIF
• Fasa 1: Pengumpulan Pengetahuan
atau Latar belakang
Kreativiti memerlukan penyiasatan dan
pengumpulan maklumat melalui
pembacaan, perbualan dengan rakan
niaga, menghadiri mesyuarat, bengkel
dan sebagainya.
PROSES KREATIF
• Fasa 2: Proses Inkubasi
Proses inkubasi berlaku apabila pelajar
cuba merehatkan minda mereka
daripada proses persediaan di fasa satu.
Pelajar akan cuba menghabiskan masa
dengan aktiviti-aktiviti yang tiada
kaitannya dengan permasalahan
kehidupan mereka.
Inkubasi juga boleh berlaku ketika
mereka tidur…
PROSES KREATIF
Selain itu, pelajar juga boleh terlibat di dalam aktiviti-
aktiviti berikut di dalam proses i:
Terlibat di dalam aktiviti-aktiviti rutin yang
• melapangkan fikiran seperti berkebun, memasak,
• mengemas rumah, memandu dan sebagainya.
• Bersenam dengan kerap.
• Bersukan seperti bermain golf, memancing, dan
bermain badminton dsb.
• Berfikir dan berangan-angan sebelum tidur.
• Bermeditasi dan beryoga-(tidak dibenarkan dlm Islam)
PROSES KREATIF
• Fasa 3: Pengalaman Idea
Fasa ini adalah fasa yang paling
menyeronokkan apabila pelajar mula
mendapat idea dan jalan penyelesaian
masalah. Proses ini juga dikenali
sebagai faktor eureka. Idea biasanya
datang ketika usahawan melakukan
aktiviti-aktiviti inkubasi. Kadangkala,
idea datang secara tiba-tiba.
PROSES KREATIF
Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk
mempercepatkan proses pengalaman idea:
• Berangan-angan mengenai sesuatu projek.
• Mempraktikkan hobi.
• Bekerja di dalam persekitaran yang menenangkan.
• Tidak terlalu memikirkan masalah.
• Meletakkan buku nota di sebelah katil untuk
mencatatkan idea-idea sebelum atau sesudah
bangun dari tidur.
• Berehat sebentar apabila penat bekerja.
PROSES KREATIF
• Fasa 4: Penilaian dan Pelaksanaan
Fasa ini adalah fasa yang paling mencabar bagi
usahawan dan memerlukan disiplin diri, kesabaran
serta keyakinan.
Di dalam fasa ini, pelajar dinasihatkan untuk
mengambil langkah-langkah berikut:
• Meningkatkan tenaga fizikal melalui senaman dan
sebagainya
• Melibatkan diri di dalam proses perancangan
perniagaan dan menambah ilmu pengetahuan
berkaitan perniagaan
• Menguji idea bersama-sama pihak yang mempunyai
pengetahuan dan kepakaran
• Mempercayai gerak hati dan perasaan anda
• Mempelajari teknik-teknik jualan
• Mempelajari polisi organisasi
Ciri-Ciri Pemikiran Kreatif
• 1. Sengaja menghasikan idea baru, konsep baru
dan tanggapan baru. (idea yang dikemukakan
menyimpang jauh daripada idea yang ada sekarang.
Ada kalanya idea itu seolah-olah 'gila-gila' dan
mencabar fikiran logik kita)
• 2. Mengutamakan cara lain untuk melihat sesuatu
yang sedang difikirkan. (cuba lari daripada cara
biasa melihat sesuatu. Semakin banyak sudut
pandangan yang digunakan semakin baik)
Ciri Ciri Pemikiran
Kreatif
• 3. Memberi fokus kepada usaha mahu
mengubah idea yang ada pada masa ini. (tujuan
utama pemikiran ini ialah untuk membawa
perubahan, bukan untuk meneruskan idea
sekarang)
• 4. Mencari cara baru untuk menggantikan
penyelesaian yang sedang digunakan sekarang.
(pemikiran ini cuba membuang cara kerja yang ada
hari ini dan menggantikannya dengan yang baru)
Ciri-Ciri Pemikiran Kreatif
5. Pemikiran ini tidak pernah berpuas hati dengan
jawapan yang digunakan sekarang.
6. Pemikiran ini sengaja menghasikan idea-idea yang
boleh memeranjatkan fikiran-fikiran biasa.
7. Pemikiran ini mengganggap idea yang baik tidak
perlu kelihatan logik pada awalnya. (gemar
menggunakan logik songsang. Contoh, menyapu garam
pada ikan sebelum digoreng. Logik songsang mengatakan
goreng ikan dahulu, baru sapu garam)
Ciri-Ciri Pemikiran Kreatif
8. Menumpukan perhatian kepada pelbagai
kemungkinan yang boleh berlaku pada masa
depan. (pemikiran ini gemar membayangkan apa
yang akan terjadi akibat adanya idea yang 'gila-
gila' itu)
CHECKPOINT
• Berikan 4 ciri-ciri pemikiran kreatif.
1. ____________________
2._____________________
3._____________________
4. _____________________
HALANGAN KEPADA
KREATIVITI
• Lambat Bertindak
Kehidupan pada masa sekarang penuh
dengan ketidak jangkaan dan
memerlukan manusia berfikiran pantas.
Teknologi yang sering berubah-ubah
memerlukan manusia cepat bertindak
serta bersedia mempelajari sesuatu yang
baru supaya mereka tidak ketinggalan.
HALANGAN KEPADA
•
KREATIVITI
Pemikiran Stereotaip
Kebanyakan manusia tidak berani melakukan sesuatu
yang berbeza dan mengandaikan setiap situasi perlu
berlaku di dalam situasi dan kaedah yang sama.
Mereka cenderung berfikiran stereotaip dan takutkan
perubahan. Menurut Edward de Bono (1970), manusia
mesti mengubah pemikiran mereka untuk
meningkatkan kreativiti. Hanya pemikiran yang sedia
berubah sahaja akan dapat menjana idea dan inovasi
baru.
HALANGAN KEPADA
KREATIVITI
• Suka Membuat Andaian
Usahawan yang tidak berani menanggung
risiko akan cuba membuat keputusan
berasaskan kebarangkalian dan andaian.
Usahawan yang terlalu bergantung kepada
kebarangkalian akan membuat keputusan tidak
berasaskan realiti dan seterusnya menghalang
beliau untuk berfikiran kreatif.
Walau bagaimanapun, pemikiran intuitif dan
andaian kadangkala perlu digabungkan dengan
pemikiran logik untuk membuat keputusan
yang lebih tepat.
HALANGAN KEPADA
KREATIVITI
•
Takutkan Risiko
Setiap individu akan cuba untuk membuat keputusan dan
tindakan yang betul.
Sikap cuba untuk meminimumkan risiko juga akan turut
meminimumkan kehendak untuk berinovasi.
Seorang individu yang ingin berinovasi perlu berani
mengambil risiko yang telah dihitung dan tidak
takutkan kegagalan, kerana kegagalan adalah merupakan
pengajaran yang boleh dielakkan di dalam inovasi
seterusnya.
PERSEKITARAN YANG KREATIF
• Pihak pengurusan yang memberi sepenuh
kepercayaan kepada pekerja.
• Tidak terlalu mengawal pekerja.
• Saluran komunikasi organisasi yang terbuka.
• Berkomunikasi dengan individu/kumpulan di luar
organisasi.
• Pekerja yang mempunyai kepelbagaian personaliti.
• Bersedia menerima perubahan.
• Seronok bereksperimen dengan idea.
• Tidak takut menerima kesan daripada kesilapan
yang dilakukan.
• Menilai prestasi pekerja berdasarkan merit.
• Menggunakan teknik-teknik penjanaan idea seperti
kaedah percambahan fikiran dan sebagainya.
• Mempunyai sumber kewangan, pengurusan,
sumber manusia dan masa yang mencukupi untuk
mencapai matlamat yang ditetapkan.
LATIHAN
Berdasarkan gambar berikut, apakah proses kreatif yang telah
digunakan.
1. 2. 3.
4.
SEKIAN, TERIMA KASIH
29