Pembelajaran Melalui
Pengalaman 3E
(explore, experiment and
experience)
Konsep Pembelajaran melalui Pengalaman 3E
(explore, experiment and experience)
Pembelajaran melalui pengalaman (3E) merupakan antara strategi
Kurikulum PERMATA Negara dalam pelaksanaan aktiviti pembelajaran
kanak-kanak.
Pembelajaran 3E merujuk kepada meneroka (explore), mencuba
(experiment) dan mengalami (experience).
Pendekatan ini lebih menekankan pembelajaran melalui aktiviti
penerokaan dan eksperimen seperti yang selaras dengan Teori Piaget.
Pembelajaran 3E lebih menekankan kanak-kanak memanipulasi dan
melibatkan diri dalam penyiasatan yang mendalam tentang bahan atau
objek.
Sikap kanak-kanak yang suka bertanya dan menyiasat adalah
bersesuaian dengan penggunaan kaedah pembelajaran melalui
pengalaman 3E .
Pembelajaran ini merujuk kepada pembelajaran secara keseluruhan
individu yang mencangkupi ketiga-tiga aspek domain kognitif,
psikomotor dan afektif.
Pendidikan Sains Awal Kanak-kanak
Pendidikan Sains awal memfokuskan dengan deria/sensori dan
pemahaman dunia persekitaran.
Proses Pendidikan Sains Awal Kanak-kanak pada peringkat awal
menekankan konsep pembelajaran aktif iaitu
penerokaan/penyiasatan.
Kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik
daripada pemerhatian, penerokaan, sentuhan, rasa dan manipulasi
bahan bagi membina kefahaman saintifik.
Explore
Penerokaaan
Experiment Eksperimen
Pengalaman
Experience
Penerokaan
Kanak-kanak mula membuat penerokaan dengan
mengggunakan pencerapan yang mencetuskan tekaan
saintifik, membuat ramalan, dan seterusnya membuat
pemerhatian.
Penerokaan saintifik menggalakan perkembangan kanak-
kanak dalam menyelesaikan masalah, mengenal pasti
kesan/akibat serta menyusun dan mengelas maklumat.
Fasa Penerokaan
Kemahiran proses yang digunakan
Memerhati
Mengenal pasti
membanding beza
Kaedah penerokaan adalah kanak-kanak berinteraksi sesama
bahan dan pelajar lain.
Meneroka fenomena alam semulajadi merupakan pendekatan
yang baik dan melibatkan penlibatan aktif kanak-kanak dan
pembelajaran berkesan.
Eksperimen
Eksperimen sering diertikan dengan proses menjalankan
kajian atau penyiasatan tentang satu fenomena yang
berlaku dalam alam sekitar.
Eksperimen juga adalah merancang dan menjalankan
penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis mengumpul
data sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan.
Eksperimen menggunakan kemahiran berfikir,
kemahiran proses sains dan kemahiran kolaboratif.
Eksperimen bertujuan membina mewujudkan
perhubungan dan perkaitan yang munasabah.
Pengalaman
Pemerhatian dan pengalaman kanak-kanak memberi kegembiraan
dan inspirasi.(Chenfeld,1995)
Pengalaman juga menggunakan semua atau banyak mungkin deria
kanak-kanak seperti :
• Penglihatan
• Sentuh rasa
• Pendengaran
• Bau
Pemerhatian dilakukan bagi mengumpul maklumat berhubungan
objek dan fenomena.
Apa yang kamu Bagaimana Ada bau atau
perhati? rasanya? tidak?
Bunyinya Tekstur kasar
macam mana? atau licin?