Peranan & kepentingan teknologi pendidikan
dalam PdP
Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh
menghiburkan pelajar.
Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat,
mendengar atau menyentuh.
Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang
menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.
Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.
Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa
yang minimum.
Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman
murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri
dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya.
Aplikasi TPACK Dalam Bilik Darjah
Pengetahuan Kandungan (Content Knowledge - CK)
Pengajar perlu menguasai kandungan seperti konsep, teori, idea-idea,
rangka kerja, keterangan dan bukti serta amalan-amalan yang
diperlukan ke arah membangunkan pengetahuan itu (Koehler &
Mishra, 2009). Dalam konteks kajian ini, CK merujuk kepada kandungan
pengaturcaraan komputer.
Aplikasi TPACK Dalam Bilik Darjah
Pengetahuan Pedagogi (Pedagogical Knowledge PK)
Pengajar perlu membuat kajian terhadap teori-teori pedagogi secara
khusus agar mereka tidak lesu dalam memperkasa kaedah pengajaran
bagi menghasilkan suasana P&P yang berkualiti (Archambault &
Barnett, 2010). Dalam konteks kajian ini, pengajar perlu mengetahui
teknik dan kaedah yang harus digunakan dalam pengajaran
pengaturcaraan komputer.
Aplikasi TPACK Dalam Bilik Darjah
Pengetahuan Teknologi (Technology Knowledge - TK)
Seorang pengajar perlu menggunakan pengetahuan TK dalam
pengajaran sama ada teknologi berbentuk analog (mikroskop, papan
putih, video dan lain-lain) mahupun digital (telefon pintar, internet,
persidangan video dan lain-lain).
Aplikasi TPACK Dalam Bilik Darjah
Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge -
PCK)
Guru perlu mengaplikasikan PCK kerana guru yang mengajar tanpa
mengetahui aspek-aspek seperti kurikulum dan pentaksiran tidak
mampu memenuhi keperluan pembelajaran oleh para pelajar.
Aplikasi TPACK Dalam Bilik Darjah
Pengetahuan Teknologi Kandungan (Technological Content Knowledge - TCK)
Domain TCK merupakan pengetahuan terhadap teknologi tertentu yang
paling sesuai untuk menangani hal pembelajaran dan bagaimana ia
membantu kandungan yang sesuai apabila berlaku perubahan pada
teknologi tersebut (Koehler & Mishra, 2009).
Sebagai contoh, seorang doktor bedah misalnya tidak mungkin boleh
mengajar para pelajarnya untuk melakukan pembedahan tanpa
menggunakan teknologi seperti stetoskop dan alat pengimbas. Begitu juga
dengan bidang astronomi dan pengukuran di mana teknologi adalah penting
untuk diketahui terlebih dahulu oleh pengajar seperti teleskop dan
barometer sebelum pengajaran dilakukan.
Aplikasi TPACK Dalam Bilik Darjah
Pengetahuan Teknologi Pedagogi (Technological Pedagogical Knowledge
- TPK)
Domain TPK merupakan pengetahuan tentang bagaimana P&P boleh
berubah apabila teknologi tertentu digunakan dengan kaedah tertentu
(Koehler & Mishra, 2009). Seorang pengajar mestilah mengetahui
bagaimana P&P perlu dilaksanakan mengikut kesesuaian teknologi
masa kini yang menyokong proses dan amalan pengajaran semasa.
Dalam konteks kajian ini, pendidikan pengaturcaraan komputer
menghadapi cabaran yang hebat kerana perubahan teknologi berkaitan
amalan pembangunan aplikasi dan bahasa pengaturcaraan komputer
yang berlaku terlalu cepat.
Aplikasi TPACK Dalam Bilik Darjah
Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (Technological
Pedagogical Content Knowledge TPACK)
TPACK adalah pengintegrasian pengetahuan teknologi dalam
pengajaran yang dilakukan mengikut disiplin ilmu pengetahuan
pengajar di mana ia perlu difahami secara mendalam dari sudut CK, PK,
TK, PCK, TCK dan TPK (Koehler, 2011). Dengan ini, pengajar dapat
mengetahui bagaimana pembinaan modul P&P pengaturcaraan
komputer untuk kanak-kanak.