RASU
AH
KHAIRUNISA BINTI
SURATMAN
PENGERTIAN RASUAH
Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab
yang berbunyi al-risywah. Dalam Al-Quran rasuah
digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga
perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras
ugut dan menipu. rasuah ataupun corruption dalam
Bahasa Inggeris, tidak diberi definisi yang khusus di
dalam undang-undang Malaysia. Tetapi ditakrikan
sebagai suapan.
Rasuah ialah apa yang diberikan oleh seseorang untuk
menjadikan undang-undang itu berpihak kepadanya.
Rasuah terjadi apabila seseorang itu memberikan sesuatu
sama ada berupa bentuk barang atau perkhidmatan untuk
mendapatkan sesuatu yang bukan haknya.
Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu
kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan
mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang sepatutnya
wajib diselesaikan tanpa imbalan.
Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan
upah sehingga ada orangyang cuba menyatakan bahawa ini
bukan rasuah, tapi upah'.
Menurut Dr. Muhammad Bakr Ismail:
"Iaitu sesuatu yang disogokkan kepada penzalim kepada
penzalim untuk mengambil hak yang bukan miliknya, atau
untuk menghilangkan hak dari yang empunya samada atas
motif dendam atau penipuan dengannya, dan untuk
mendapatkan satu kedudukan yang tidak sepatutnya atau
pekerjaan yang dia tidak berkelayakkan."
Menurut Dr. Yusuf Al-Qardhawi:
Termasuk memakan harta orang lain dengan cara yang
batil ialah menerima rasuah/suap. Iaitu wang yang
diberikan kepada penguasa atau pegawai, supaya
penguasa atau pegawai tersebut menjatuhkan hukuman
yang menguntungkannya, atau hukum yang merugikan
lawannya menurut kemahuannya, atau supaya
didahulukan urusannya atau ditunda kerana ada suatu
kepentingan dan sebagainya."
HUKUM RASUAH
Haram dan berdosa besar, wajib bertaubat
nasuha dengan segera samada pemberi,
penerima atau yang berkaitan dengannnya.
Jika sampai melibatkan individu tertentu yang
teraniaya taubat nasuha tidak memadai tanpa
memohon kemaafan atau membayar ganti
rugi kepada mereka.
Pengharaman rasuah
adalah jelas berdasarkan Al-
Qur'an dan Hadis.
DALIL AL-QURAN TENTANG RASUAH
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-
orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan
jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi
rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau
mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat)
dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).
(Al-Baqarah:188)
DALIL HADIS TENTANG RASUAH
Dari Ai'syah r.a., katanya: "Rasulullah S.A.W. melaknat pemberi
rasuah dan penerima rasuah."
(HR al-Bazzar & Abu Ya'la)
Di dalam sebuah hadis lain:Dari Thauban katanya,"Rasulullah s.a.w.
melaknati pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantaranya,"
(HR Ahmad & Hakim).
Rasulullah SAW pernah mengutus Abdullah bin Rawahah ke tempat
Yahudi untuk menentukan jumlah cukai yang mesti dibayar.
Kemudian mereka menyogok sejumlah wang kepadanya. Lalu
Abdullah berkata kepada orang-orang Yahudi itu:"Wang suap yang
kamu sogokkan kepadaku itu adalah haram. Oleh itu kami tidak akan
menerimanya."
(HR Malik)
Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima
rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran,
kehakiman dll)"
( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan
Sohih)
JENIS-JENIS RASUAH
Meminta/Menerima Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah
meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan
rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain)
sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau
tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi
tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi,
prinsipal/majikan berkenaan.
Membuat Tuntutan Palsu
Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen
memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu
dokumen yang diketahuinya atau disedarinya
mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal
/ majikannya mempunyai kepentingan, dengan
tujuan untuk mengeliru/memperdayakan
prinsipal/majikannya.
Menyalah guna
Jawatan/Kedudukan
Mana-mana pegawai badan awam
menggunakan jawatan atau
kedudukan untuk mendapat suapan
membuat apa-apa keputusan atau
mengambil tindakan berhubungan
dengan apa-apa perkara
mengenainya, di mana pegawai itu,
saudara maranya atau sekutu- nya
ada kepentingan secara langsung
atau tidak langsung.
ISU RASUAH
Sifat tamak
haloba
Tidak
bersyukur PUNCA Mahu
dan
terikut-ikut RASUA hidup
mewah
rakan
sebaya
H
Memburu
kekayaan
dengan
cepat
Di mana seseorang ingin hidup mewah dan cepat kaya dan
sentiasa mengejar kebendaan tanpa mengira halal haram. Apa
yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai material, dengan
membuang jauh tanggungjawabnya sebagai seorang penjawat
awam yang diamanahkan dengan kuasa dan
pertanggungjawaban. Individu seperti ini tidak mahu
mengambil kira langsung bahawa dengan melakukan
perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan
kuasa, sebenarnya dia telah melakukan kezaliman,
penganiayaan dan menafikan hak-hak orang lain atau
memberikan hak sesuatu itu bukan kepada orang yang
sepatutnya mendapat hak itu.
Sebagai contoh, oleh kerana seorang pegawai di Bahagian
Bekalan menerima suapan secara rasuah, kontraktor yang
sepatutnya dan layak membekalkan peralatan ketenteraan, atau
membekalkan makanan telah tidak dipilih. Perbuatan pegawai ini
menyebabkan Kementerian Pertahanan atau Angkatan Tentera
telah dinafikan yang terbaik yang boleh dibekalkan oleh
kontraktor berkenaan.
DIRI
KESAN
RASUA
H
MASYARAK
NEGARA
AT
Mendapat laknat daripada Allah
Mendapat azab diakhirat
Dibenci dan dipandang hina oleh masyarakat
DIRI
Masyarakt hidup dalam keadaan mundur, tertindas dan
dizalimi
Masyarakat menjadi huru hara dan tidak bermoral
MASYARAK Kes jenayah semakin meningkat dalam kalangan masyarakat
AT Masyarakat hidup dalam ketakutan
Maruah negara runtuh di mata dunia dan dipandang rendah
oleh negara lain
Ekonomi negara menjadi mundur
Pelabur luar tidak berminat melabur dalam negara
NEGARA Pembangunan negara terbantut kerana projek-projek yang
dijalankan tidak berkualiti.
Tindakan kerajaan
dari segi undang-
undang
Langka
h
mengat
asi
rasuah
Kempen Penerapan konsep
iklan yang keagamaan dan
efektif moral
KESIMPULAN
Rasuah adalah perkara yang amat dilarang oleh syarak, bahkan
mereka yang terlibat dengan amalan rasuah akan mendapat laknat
daripada Allah Subhanahu wa Taala dan Rasulullah Shallallahu alaihi
wasallam.
Perbuatan rasuah juga termasuk dalam perkara memakan harta
orang lain dengan jalan yang salah.
Kesannya setiap daging yang tumbuh dengan sesuatu yang haram,
maka nerakalah yang lebih utama bagi orang tersebut, sebagaimana
Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: Wahai
Kaab bin Ujrah: Tidak masuk syurga sesiapa yang tumbuh pada
dagingnya daripada sesuatu yang haram, nerakalah lebih utama
baginya.
(Hadis riwayat Ahmad)
Oleh itu, amalan rasuah hendaklah dicegah daripada berleluasa.
Cara yang terbaik ialah memberikan pendidikan Islam sejak dari kecil
lagi agar keimanan tersemai di dalam jiwa mereka. Apabila keimanan
ada dalam jiwa setiap orang, nescaya segala perkara-perkara
mungkar dan maksiat akan terhindar daripada mereka, sekaligus
KATAKAN TIDAK PADA
RASUAH
RUJUKAN
AL-Quran
Al-Feqhul Wadhih, vol 2, Dr. Muhmad Bakr Ismail.
Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof al-Qardhawi.
Kahar Masyuhur (1987). Membina Moral dan
Akhlak. Jakarta: Kalam Mulia.
http://
[Link]/2010/02/rasuah.h
tml
[Link]
-
[Link]