0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
2 tayangan11 halaman

Contoh RPH BM

Dokumen ini adalah rancangan pengajaran harian untuk mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahun 3, yang bertujuan untuk mengajar murid tentang kata kerja aktif transitif dan tak transitif. RPH ini mencakup objektif pembelajaran, strategi pengajaran, serta aktiviti yang melibatkan murid secara aktif melalui teknik pembelajaran koperatif dan lakonan. Selain itu, dokumen ini menekankan pentingnya pembelajaran bermakna yang mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada.

Diunggah oleh

Hazim Izman
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
2 tayangan11 halaman

Contoh RPH BM

Dokumen ini adalah rancangan pengajaran harian untuk mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahun 3, yang bertujuan untuk mengajar murid tentang kata kerja aktif transitif dan tak transitif. RPH ini mencakup objektif pembelajaran, strategi pengajaran, serta aktiviti yang melibatkan murid secara aktif melalui teknik pembelajaran koperatif dan lakonan. Selain itu, dokumen ini menekankan pentingnya pembelajaran bermakna yang mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada.

Diunggah oleh

Hazim Izman
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

ILMU K HAS, KUALA LUMPUR


(JABATAN ILMU PENDIDIKAN)

PENTAKSIRAN BERTERUSAN
TUGASAN 2 : PENULISAN AKADEMIK

Nama Pelajar
ALIAH SAKINAH BINTI ISKANDAR
Angka Giliran
2022172440005
No. Kad
040501010490
Pengenalan
Kumpulan
PT2S1-6
Kod / Nama
EDUP3123 PEDAGOGI
Kursus
Nama
PUAN SALMAWATI BINTI MOHD DIAH
Pensyarah
Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujukidan fahami. Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh: 4 NOVEMBER 2024

Komen Pensyarah
HP 2 HP 9
(30M) (10M)

JUMLAH (40M)
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Mata pelajaran Bahasa Melayu
Tahun 3 Marikh
Bilangan murid 30/30
Tarikh 29/10/2024
Masa 8.00 pagi – 9.00 pagi (1 jam)
Tema Kekeluargaan
Tajuk Alangkah Seronoknya
Fokus Standard 5.1 Memahami fungsi dan menggunakan
kandungan golongan kata mengikut konteks.
Standard 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata
pembelajaran kerja mengikut konteks ;
(i) kata kerja aktif – transitif dan tak
transitif
Objektif Pada akhir PdP, murid-murid dapat :
1. menulis lima kata kerja aktif transitif
dan lima kata kerja aktif tak transitif.
2. membina dua ayat menggunakan
kata kerja aktif transitif dan dua ayat
menggunakan kata kerja aktif tak
transitif.
3. membina pelbagai ayat
menggunakan kata kerja aktif transitif
dan tak transitif.
4. mengenal pasti kata kerja aktif
transitif dan tak transitif.
Kriteria kejayaan Pada akhir PdP, murid dapat belajar :
1. lima kata kerja aktif transitif dan lima
kata kerja aktif tak transitif melalui
aktiviti ‘Kotak Beracun’.
2. membina dua ayat menggunakan
kata kerja aktif transitif dan tak
transitif secara berkumpulan.
3. membina pelbagai ayat
menggunakan kata kerja aktif transitif
dan tak transitif mengikut konteks
melalui aktiviti pengukuhan.
4. mengenal pasti dan mengelaskan
kata kerja aktif transitif dan kata kerja
aktif tak transitif menggunakan peta
pokok secara berkumpulan.

Sistem bahasa Tatabahasa – Kata Kerja Aktif Transitif dan


Kata Kerja Aktif Tak Transitif
Strategi / pendekatan / kaedah / teknik Strategi : Strategi berpusatkan murid,
strategi berpusatkan bahan, strategi
berpusatkan tugasan.
Pendekatan : Pendekatan deduktif.
Kaedah : Pembelajaran konstruktif,
pembelajaran koperatif, bermain, latih tubi,
lakonan.
Teknik : Sumbangsaran, simulasi.
Kemahiran berfikir (KB) Mengingat, memahami, mencipta,
menganalisis, mengelaskan.

Kemahiran Belajar Cara Belajar (KBCB) Kemahiran membaca, kemahiran memahami


dan mengingat maklumat, kemahiran
bertutur, kemahiran menulis.
Kecerdasan Pelbagai (KP) Bahasa, muzik, interpersonal, intrapersonal
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Moral : Kejujuran, kerjasama, keberanian,
kesungguhan, bertanggungjawab, hormat,
kerajinan, toleransi, rasional.
Pengetahuan sedia ada Murid mempunyai pengetahuan sedia ada
berkaitan kata kerja secara umum, struktur
binaan ayat mudah dan penggunaan peta
minda.
Bahan Bantu Belajar Projektor, komputer riba, video nyanyian,
slaid penerangan, kotak, kertas kata kerja,
lagu, kertas sebak, pen penanda, buku teks,
lembaran kerja.
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Mengelaskan kata kerja aktif, pembinaan
ayat, pembentangan dan lembaran kerja.

LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PDP CATATAN


/ MASA
Video nyanyian kata 1. Murid ditayangkan video BBB : Video
kerja transitif dan tak nyanyian kata kerja. nyanyian,
transitif ditayangkan 2. Murid digalakkan untuk projektor,
bagi mengimbas ikut bernyanyi. komputer riba
kembali dan sebagai 3. Murid akan ditanya oleh
persediaan untuk guru mengenai kata-kata PENDEKATAN :
mempelajari kata kerja yang terdapat Pendekatan
Set kerja aktif transitif dalam video tersebut. deduktif
Induksi dan kata kerja aktif 4. Murid yang ingin
(3 minit) tak transitif. mengemukakan jawapan STRATEGI :
perlu mengangkat Pemusatan
tangan dan menyatakan murid, strategi
kata kerja yang terdapat berasaskan
dalam video. bahan.
PBD : Lisan
[Link]
zTknt5I?feature=shar KAEDAH : Soal
ed jawab,
pembelajaran
konstruktif

TEKNIK :
Sumbangsaran

NILAI :
Keberanian

KP : Bahasa,
muzik

KB : Mengingat,
memahami

Penerangan slaid 1. Murid akan diberi BBB : Slaid


mengenai kata kerja penerangan tentang kata pembentangan,
aktif transitif dan kata kerja aktif transitif dan projektor,
kerja aktif tak transitif tak transitif beserta komputer riba,
beserta contoh. contoh. kotak, kertas,
2. Murid akan disediakan lagu
Melaksanakan aktiviti satu kotak yang
‘Kotak Beracun’ dan mengandungi lima kata KB : Memahami,
Langkah 1 melakonkan kata kerja aktif transitif dan mencipta
(20 minit) kerja yang diperoleh. lima kata kerja aktif tak
transitif. STRATEGI :
3. Murid akan dimainkan Berpusatkan
lagu dan kotak tersebut murid, strategi
perlu dihantar ke pemusatan
kumpulan lain sepanjang bahan
lagu dimainkan.
4. Apabila lagu dihentikan, KAEDAH :
kumpulan yang Pembelajaran
mendapat kotak semasa koperatif,
lagu berhenti perlu pembelajaran
mengambil satu kertas konstruktif
secara rawak dari kotak lakonan, bermain
tersebut.
5. Murid perlu membaca TEKNIK :
kata kerja yang mereka Simulasi
peroleh dengan suara
yang kuat dan sebutan
yang jelas secara NILAI :
berkumpulan. Kerjasama,
6. Kemudian, murid perlu keberanian,
melakonkan atau kesungguhan,
membuat simulasi kata hormat
kerja yang mereka
peroleh secara KBCB :
berkumpulan. Kemahiran
7. Setelah itu, lagu akan membaca,
diteruskan dan kemahiran
dihentikan pada berbahasa
kumpulan lain untuk
membuat lakonan kata
kerja yang berbeza.

1. Setiap kumpulan diminta


untuk memegang kertas
Mengenal pasti dan yang mereka peroleh
mengelaskan kata ketika bermain ‘Kotak
kerja aktif transitif Beracun’.
dan kata kerja aktif 2. Setiap wakil kumpulan
tak transitif serta perlu ke hadapan kelas BBB : Kertas
membina ayat untuk menampal kertas kata kerja, kertas
mudah. itu pada papan putih. sebak, pen
3. Terdapat pelbagai kata penanda
kerja aktif transitif dan
kata kerja aktif tak KB : Memahami,
Langkah 2 transitif yang ditampal menganalisis,
(15 minit) pada papan putih. mencipta,
4. Setiap kumpulan akan mengelaskan
diberi sehelai kertas
sebak dan pen penanda KAEDAH :
pelbagai warna. Pembelajaran
5. Setiap kumpulan koperatif
dikehendaki mengenal
pasti dan mengelaskan STRATEGI :
kata-kata kerja tersebut Strategi
kepada dua kategori, berpusatkan
iaitu kata kerja aktif murid, strategi
transitif dan tak transitif berpusatkan
menggunakan peta bahan, strategi
pokok pada kertas berpusatkan
sebak. tugasan
6. Setelah itu, setiap
kumpulan perlu memilih TEKNIK :
dan membina dua ayat Sumbangsaran
mudah menggunakan
kata kerja aktif transitif EMK : Moral
dan dua ayat mudah
menggunakan kata kerja NILAI :
aktif tak transitif. Kerjasama,
kesungguhan,
toleransi, hormat,
kejujuran

KP : Bahasa,
interpersonal,
intrapersonal

Langkah 3 1. Setiap kumpulan STRATEGI :


(10 minit) dikehendaki Strategi
Membentangkan dan membentangkan hasil berpusatkan
menilai hasil kerja. kerja mereka dengan murid
hanya menyebut kata-
kata kerja dan binaan KAEDAH :
ayat. Pembelajaran
2. Hasil kerja setiap koperatif,
kumpulan akan disemak pembentangan
oleh guru sambil
berinteraksi dengan TEKNIK :
murid yang lain untuk Sumbangsaran
mendengar pendapat
mereka sama ada EMK : Moral
jawapan yang diberikan
betul atau salah. NILAI :
Keberanian
Pengukuhan 1. Murid dikehendaki
membina ayat
menggunakan kata kerja
aktif transitif dan tak
transitif berdasarkan BBB : buku teks,
gambar. lembaran kerja

Pemulihan 1. Murid dikehendaki STRATEGI :


mengisi tempat kosong Strategi
Langkah 4 dan menentukan sama berpusatkan
(10 minit) ada ayat itu bahan, strategi
mengandungi kata kerja berpusatkan
aktif transitif atau kata tugasan
kerja aktif tak transitif.
KAEDAH : Latih
tubi
EMK : Bahasa,
Pengayaan 1. Murid dikehendaki moral
membina dan menulis
ayat menggunakan kata NILAI :
kerja aktif transitif dan Kejujuran,
tak transitif berdasarkan kerajinan,
gambar. bertanggungjawab,
kesungguhan

KP : Bahasa,
intrapersonal

Rumusan Kognitif Murid ditanya oleh guru


perbezaan antara kata kerja NILAI MURNI :
Penutup aktif transitif dan kata kerja aktif Keberanian,
(2 minit) tak transitif. kesungguhan,
hormat, rasional
Rumusan Sosial Murid diterangkan oleh guru nilai
murni yang mereka peroleh
dalam setiap aktiviti yang
dilaksanakan.
Penghasilan rancangan pengajaran harian (RPH) yang sistematik adalah sangat
penting bagi seorang guru agar dapat mewujudkan pelan pembelajaran yang baik dan
bermakna kepada murid-murid. Pelan pembelajaran yang teratur juga dapat membentuk
suasana pembelajaran bermakna. Menurut Ausubel dan Fitzgerald (1961), pembelajaran
bermakna merupakan proses mengaitkan maklumat baharu dengan konsep sedia ada dalam
struktur kognitif. Perkaitan pengetahuan baharu dengan pengetahuan sedia ada membuatkan
maklumat lebih kekal lama dalam ingatan berbanding menghafal. Pembelajaran bermakna
turut membantu murid meningkatkan kemahiran menyeluruh meliputi aspek kognitif,
psikomotor dan afektif (Ismail & Groccia, 2018). Kandungan pembelajaran bermakna
diperkaya dengan teknik yang dapat menerapkan elemen aktif, autentik, konstruktif, koperatif
dan berasaskan matlamat (Fan et. al., 2015).

Antara elemen penting dalam pelan pembelajaran ialah set induksi. Aktiviti nyanyian
bersama-sama murid dilakukan dengan paparan video nyanyian kata kerja transitif dan tak
transitif. Aktiviti ini dilakukan bagi mengimbas kembali pembelajaran kata kerja yang pernah
murid pelajari secara umum dan sebagai persediaan untuk mempelajari kata kerja aktif.
Pendekatan deduktif sesuai digunakan dalam aktiviti ini kerana murid akan bernyanyi
mengenai kata kerja transitif dan tak transitif secara umum dan contoh-contoh diberikan dalam
video nyanyian tersebut. Murid juga bernyanyi mengenai kata kerja transitif dan tak transitif
secara umum dan diteruskan dengan pembelajaran kata kerja yang lebih khusus, iaitu kata
kerja aktif transitif dan tak transitif. Strategi pemusatan murid digunakan kerana murid aktif
bernyanyi dan memberikan jawapan kata kerja yang terdapat dalam nyanyian tersebut.
Strategi berasaskan bahan digunakan kerana adanya penggunaan bahan multimedia, iaitu
video nyanyian daripada sumber Youtube.

Selain itu, kaedah soal jawab dan pembelajaran konstruktif digunakan kerana murid
pada awalnya cuba membina pengetahuan mereka sendiri berdasarkan pengalaman
pembelajaran sedia ada. Misalnya, melalui soal jawab, murid akan memberikan jawapan kata
kerja transitif dan tak transitif yang pernah dipelajari berdasarkan nyanyian dan seterusnya
membina pengetahuan baharu, iaitu kata kerja aktif. Ini bermakna murid akan memperoleh
pengetahuan baharu mengenai kata kerja aktif transitif dan tak transitif daripada pengalaman
pembelajaran kata kerja secara umum. Teknik sumbangsaran digunakan melalui pertanyaan
guru kepada murid berkaitan kata kerja transitif dan tak transitif yang terdapat dalam video
nyanyian tersebut. Guru meminta pandangan dan murid menjana idea. Kesannya, mereka
akan menjadi lebih berani untuk menyuarakan pendapat.
Seterusnya, dalam langkah 1, penerangan dan aktiviti ‘Kotak Beracun’ dilaksanakan.
Strategi berpusatkan murid dan berpusatkan bahan digunakan kerana aktiviti lakonan
tersebut membuatkan semua murid terlibat aktif, murid bebas melakukan gerakan dan
penggunaan bahan yang disediakan. Kaedah pembelajaran koperatif digunakan dalam
langkah ini. Misalnya, murid melakonkan kata kerja aktif yang mereka peroleh secara
berkumpulan. Mereka boleh bekerjasama untuk berbincang antara ahli kumpulan bagi
melakukan gerakan untuk lakonan tersebut. Kaedah pembelajaran konstruktif juga digunakan
kerana semua murid mengambil bahagian secara aktif dalam lakonan. Mereka meneroka dan
mencuba untuk melakonkan kata kerja itu dengan pelbagai cara baharu.

Kaedah lakonan ditekankan supaya murid dapat menyampaikan maklumat atau konsep
melalui watak tertentu dalam situasi simulasi. Melalui lakonan ini, pemahaman dan kreativiti
murid dapat ditingkatkan. Ini berkait rapat dengan teknik yang digunakan, iaitu teknik simulasi.
Teknik simulasi dan kaedah lakonan ini menggalakkan ruang pembelajaran yang kreatif dan
bermakna. Kaedah bermain diselitkan, iaitu murid bermain ‘Kotak Beracun’. Kaedah bermain
sambil belajar bermaksud kanak-kanak belajar sambil menjalankan aktiviti bermain (Erica,
[Link]., 2018). Permainan ‘Kotak Beracun’ menjurus kepada cooperative play kerana murid-
murid bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti
serta peralatan mainan. Dengan penerapan kaedah bermain, murid tidak akan berasa bosan
dalam memperoleh pengetahuan.

Di samping itu, kaedah pembelajaran koperatif dilaksanakan dalam langkah 2. Hal ini
sedemikian kerana murid-murid secara berkumpulan akan bekerjasama untuk mengenal pasti
dan mengelaskan kata-kata kerja aktif tersebut menggunakan peta pokok. Mereka juga
dikehendaki berbincang dalam kumpulan untuk membina ayat mudah. Ini bermakna murid-
murid secara berkumpulan akan bekerjasama menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Strategi berpusatkan murid digunakan kerana murid aktif bekerjasama dan berkongsi idea
untuk membina ayat mudah. Langkah ini juga menggunakan strategi berpusatkan tugasan
kerana murid-murid perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan. Teknik yang ditekankan
ialah teknik sumbangsaran. Sumbangsaran merupakan satu aktiviti perbincangan yang
dikendalikan secara kumpulan (Liza Isyqi Ramli, [Link]., 2024). Ini bertepatan dengan aktiviti
dalam langkah ini kerana murid akan berbincang untuk mengelaskan kata kerja dan membina
ayat mudah secara berkumpulan. Melalui teknik sumbangsaran, murid dapat menggunakan
imaginasi dan berkongsi idea serta menggabungkan idea untuk membentuk hasil kerja yang
baik.
Seterusnya, murid akan membentangkan hasil kerja mereka secara berkumpulan dalam
langkah 3. Strategi berpusatkan murid amat sesuai digunakan kerana langkah ini
memfokuskan pembentangan daripada murid-murid. Hasil kerja yang dihasilkan daripada
murid. Kaedah pembelajaran koperatif dilaksanakan melalui pembentangan yang
memerlukan kerjasama kumpulan untuk membentangkan hasil kerja. Kaedah pembentangan
ini sesuai dengan teknik sumbangsaran kerana murid diberi peluang untuk mengemukakan
pelbagai idea melalui pembinaan ayat kata kerja aktif transitif dan tak transitif. Melalui
pembentangan, murid dapat meningkatkan keyakinan diri dan meningkatkan aspek sosial
kerana mereka akan berkomunikasi di hadapan murid-murid yang lain. Mereka akan berasa
lebih yakin dan berani untuk menyuarakan pandangan pada masa akan datang.

Akhir sekali, dalam langkah 4, aktiviti yang dilaksanakan menjurus kepada latihan.
Strategi berpusatkan bahan dan tugasan diaplikasikan kerana murid diberikan bahan
berbentuk latihan. Murid perlu melengkapkan tugasan yang diberikan. Misalnya, latihan
pengukuhan, latihan pemulihan dan latihan pengayaan diberikan kepada murid-murid.
Lazimnya, kaedah latih tubi dilaksanakan dalam langkah terakhir sesuatu PdP. Kaedah ini
merupakan satu kaedah pengajaran yang menitikberatkan aktiviti pengulangan fakta-fakta
atau kecekapan yang diperoleh (Azizi Yahaya & S.P. Chu, 2010). Hal ini sedemikian kerana
latih tubi menjamin pengekalan maklumat dan guru dapat mengenal pasti tahap penguasaan
murid-murid. Bagi penutup pula, guru akan membuat kesimpulan menyeluruh tentang kata
kerja aktif transitif dan tak transitif. Murid akan ditanya perbezaan supaya guru dapat
mengetahui tahap pemahaman murid. Guru juga akan menerangkan nilai-nilai yang diperoleh
dalam setiap aktiviti yang dilakukan supaya murid dapat mengamalkan nilai tersebut
sepanjang hayat.

Kesimpulannya, pelan pembelajaran yang baik dapat membentuk pembelajaran yang


bermakna. Aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh guru perlulah menggunakan pendekatan,
strategi, kaedah dan teknik yang bersesuaian dengan topik pembelajaran. Pengaplikasian
pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang betul mampu menarik minat murid untuk terlibat
aktif dalam semua aktiviti yang dijalankan. Kesannya, murid akan lebih bermotivasi untuk
belajar dan berupaya memahami dan mengaplikasikan kandungan pembelajaran
sepenuhnya dalam kehidupan harian.
RUJUKAN

Ausubel dan Fitzgerald (1961) dalam Hairulliza Mohamad Judi, Zanaton H Iksan & Noraidah
Sahari. (2020). Pengukuhan konsep analitik data melalui pembelajaran bermakna di
institusi pengajian tinggi. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azizi Yahaya & S.P. Chu. (2010). Kaedah pengajaran guru dalam penggunaan alatan tangan.
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Erica, [Link]. (2018) dalam Norazizah Mohamed Norok & Khairul Farhah Khairuddin. (2022).
Tahap kesediaan guru terhadap penggunaan kaedah bermain sambil belajar bagi
murid berkeperluan khas pembelajaran. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities (MJSSH), 7(1), 132-144.

Fan, et. al. (2015) dalam Hairulliza Mohamad Judi, Zanaton H Iksan & Noraidah Sahari.
(2020). Pengukuhan konsep analitik data melalui pembelajaran bermakna di institusi
pengajian tinggi. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Ismail & Groccia (2018) dalam Hairulliza Mohamad Judi, Zanaton H Iksan & Noraidah Sahari.
(2020). Pengukuhan konsep analitik data melalui pembelajaran bermakna di institusi
pengajian tinggi. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Liza Isyqi Ramli, Chin, M. K., Rafidah Ruhani & Salmawati Mohd Diah. (2024). Pedagogi.
Local Publications (M) Sdn. Bhd.

Mohd Amir Mohd Zahari, Rohizani Yaakub, Azrul Azizi Amirul & Anida Sarudin. (2020).
Kewajaran penggunaan produksi teater dalam pembelajaran genre drama melalui
mata pelajaran kesusasteraan Melayu komunikatif. Jurnal Gendang Alam, 10, 1-18.

Pauline Unjong & Zuraini Seruji. (2022). Pelaksanaan didik hibur dalam pengajaran dan
pembelajaran membaca bahasa Melayu murid linus tahun 3. Asian People Journal,
5(1), 22-30.

Anda mungkin juga menyukai