0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
7 tayangan8 halaman

Nabilah RPH M1

Program minggu pertama persekolahan bertujuan untuk membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan membentuk sikap positif. Aktiviti yang dijalankan termasuk perhimpunan rasmi, pengenalan peraturan sekolah, dan pelbagai aktiviti pembelajaran yang memupuk disiplin, kreativiti, dan kesedaran sosial. Keseluruhan program bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan keyakinan murid dalam menghadapi sesi persekolahan yang baru.

Diunggah oleh

Nabilah Nasir
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
7 tayangan8 halaman

Nabilah RPH M1

Program minggu pertama persekolahan bertujuan untuk membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan membentuk sikap positif. Aktiviti yang dijalankan termasuk perhimpunan rasmi, pengenalan peraturan sekolah, dan pelbagai aktiviti pembelajaran yang memupuk disiplin, kreativiti, dan kesedaran sosial. Keseluruhan program bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan keyakinan murid dalam menghadapi sesi persekolahan yang baru.

Diunggah oleh

Nabilah Nasir
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

Program Minggu Pertama

Persekolahan bertujuan
membantu murid
menyesuaikan diri dengan
persekitaran sekolah
serta membentuk sahsiah
dan sikap positif sejak
awal persekolahan.

nur aby

AKTIVITI MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN


12 JANUARI – 16 JANUARI 2026
HARI : ISNIN

TARIKH : 12 JAN 2026

SLOT 1 : Perhimpunan Rasmi (PER)

Langkah-langkah:

o Murid berbaris mengikut kelas di tapak perhimpunan dengan bimbingan guru kelas.

o Guru bertugas memastikan disiplin dan kekemasan murid.

o Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah.

o Bacaan doa dipimpin oleh murid/guru bertugas.

o Ucapan alu-aluan Guru Besar SK Kg Kuala Pajam.

o Pengenalan barisan pentadbir dan guru-guru.

o Penyampaian amanat ringkas berkaitan disiplin dan budaya sekolah.

o Perhimpunan ditamatkan dan murid bergerak ke aktiviti seterusnya secara teratur.

IMPAK : Semua murid dapat memahami budaya dan tatacara rasmi sekolah serta berasa lebih
bersedia memulakan sesi persekolahan.

SLOT 2 : Saya Budak Baik (Disiplin & Pengawas)

Langkah-langkah:

o Guru memperkenalkan Unit Disiplin dan Pengawas Sekolah.

o Penerangan peraturan asas sekolah (masa hadir, pakaian, adab).

o Penerangan tugas dan peranan pengawas.

o Contoh situasi disiplin yang betul dan salah.

o Soal jawab bersama murid.

o Peneguhan nilai murid berdisiplin dan berakhlak mulia.

IMPAK : Semua murid dapat memahami peraturan sekolah dan menunjukkan kesedaran awal
tentang kepentingan disiplin diri.

SLOT 3 : Kenali Sekolahku

Langkah-langkah:

o Guru menunjukkan peta atau lakaran kawasan sekolah.

o Pengenalan lokasi penting (pejabat, kantin, surau, tandas, PSS).

o Penerangan fungsi setiap kawasan.

o Peringatan keselamatan dan larangan.

o Sesi soal jawab ringkas.


IMPAK : Semua murid dapat mengenali persekitaran sekolah dan bergerak dengan lebih yakin serta
selamat.

SLOT 4 : Sayangi Buku Teks (Unit SPBT)

Langkah-langkah:

o Penerangan konsep Skim Pinjaman Buku Teks.

o Cara membalut dan menyimpan buku dengan betul.

o Tunjuk contoh buku rosak dan terjaga.

o Aku janji murid menjaga buku teks.

o Agihan buku teks (jika berkaitan).

IMPAK : Semua murid dapat memupuk sikap bertanggungjawab dan menghargai kemudahan
pembelajaran yang disediakan.

SLOT 5 : Kelas Idaman (Panitia PSV)

Langkah-langkah:

o Guru berbincang tentang ciri kelas yang kondusif.

o Murid melakar idea kelas idaman.

o Aktiviti mewarna dan menghias hasil kerja.

o Pembentangan hasil murid.

o Rumusan dan galakan menjaga kelas.

IMPAK : Semua murid dapat berasa memiliki kelas sendiri dan lebih bermotivasi untuk menjaga
kebersihan serta keceriaan kelas.

SLOT 6 : Sesi Refleksi

Langkah-langkah:

o Murid berkongsi pengalaman hari tersebut.

o Guru bertanya soalan refleksi.

o Murid menyatakan perasaan dan pembelajaran.

o Guru membuat peneguhan nilai.

o Penutup hari persekolahan.

IMPAK : Semua murid dapat meluahkan perasaan dan guru memahami tahap penyesuaian murid.
SELASA

TARIKH : 13 JAN 2026

SLOT 1 : Terapi Diri (Zikir)

Langkah-langkah:

o Murid duduk dengan tenang.

o Bacaan zikir dipimpin guru.

o Tazkirah ringkas.

o Doa memohon keberkatan dan ketenangan.

IMPAK : Semua murid menjadi lebih tenang, fokus dan bersedia secara emosi untuk pembelajaran.

SLOT 2 : Sentuhan Ajaib (Panitia PJK)

Langkah-langkah:

o Aktiviti pemanasan badan.

o Senaman ringan.

o Aktiviti koordinasi mudah (Asas Permainan Badminton)

o Aktiviti penyejukan badan.

IMPAK : Semua murid lebih ceria, aktif dan bersemangat mengikuti aktiviti sekolah.

SLOT 3 : Be Grateful

Langkah-langkah:

o Guru menerangkan maksud bersyukur.

o Murid menyenaraikan perkara disyukuri.

o Perkongsian secara sukarela.

o Peneguhan sikap positif.

IMPAK : Semua murid dapat memupuk sikap bersyukur dan pemikiran positif dalam diri.

SLOT 4 : Badan Sihat Minda Cerdas

Langkah-langkah:

o Penerangan kebersihan diri.

o Kepentingan pemakanan seimbang.

o Demonstrasi cuci tangan.


o Perbincangan amalan sihat.

IMPAK : Semua murid dapat memahami kepentingan menjaga kesihatan diri untuk pembelajaran
yang berkesan.

SLOT 5 : Music n Me (Panitia Muzik)

Langkah-langkah:

o Pengenalan aktiviti muzik.

o Nyanyian lagu santai.

o Pergerakan mengikut irama.

o Aktiviti berkumpulan.

o Penutup dan refleksi ringkas.

IMPAK : Semua murid dapat mengekspresikan diri serta meningkatkan keyakinan dan interaksi sosial.

RABU
TARIKH : 14 JAN 2026

SLOT 1 : Jom Sihat (Panitia PJK)

Langkah-langkah:

o Senaman ringan.

o Permainan fizikal.

o Aktiviti berkumpulan.

o Peringatan kepentingan bersenam.

IMPAK : Semua murid dapat menyedari kepentingan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian.

SLOT 2 : Sekolahku Inspirasiku

Langkah-langkah:

o Tayangan video/cerita inspirasi.

o Penerangan visi dan misi sekolah.

o Perkongsian guru.

o Perbincangan ringkas murid.

IMPAK : Semua murid dapat memupuk rasa bangga terhadap sekolah dan lebih bersemangat untuk
mencapai kecemerlangan
SLOT 3 : Surat Untukmu (Bimbingan & Kaunseling)

Langkah-langkah:

o Guru menerangkan tujuan aktiviti.

o Murid menulis surat untuk diri sendiri.

o Murid meluahkan harapan dan perasaan.

o Surat dikumpul/disimpan.

o Peneguhan emosi murid.

IMPAK : Semua murid dapat meluahkan emosi dan membina keyakinan diri dalam persekitaran
baharu.

SLOT 4 : Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Langkah-langkah:

o Taklimat ringkas Bantuan Awal Persekolahan.

o Pengesahan maklumat murid.

o Pengagihan bantuan.

IMPAK : Agihan BAP ditangguhkan ke minggu berikutnya di atas kekangan yang tidak dapat
dielakkan.

KHAMIS
TARIKH : 15 JAN 2026

SLOT 1 : Senaman Minda (Bimbingan & Kaunseling)

Langkah-langkah:

o Aktiviti fokus dan konsentrasi.

o Permainan minda.

o Perbincangan emosi positif.

IMPAK : Semua murid dapat lebih fokus, tenang dan mempunyai emosi yang stabil.

SLOT 2 : Art Day With Fun Animal

Langkah-langkah:

o Penerangan aktiviti seni.

o Melukis dan mewarna.

o Kreativiti bebas.

o Pameran mini hasil kerja.


IMPAK : Semua murid dapat mengembangkan kreativiti dan mengekspresikan idea secara bebas.

SLOT 3 : Jam SifIr (Panitia Matematik)

o Langkah-langkah:

o Guru memperkenalkan muka jam sifir dan fungsinya.

o Guru menerangkan nombor dan sifir asas pada jam.

o Murid membina muka jam sifir masing-masing.

o Aktiviti menyebut sifir secara lisan mengikut panduan muka jam.

IMPAK : Semua murid dapat mengenal dan memahami sifir asas dengan lebih mudah.

SLOT 4 : Air Menjadi Ais (Panitia Sains)

Langkah-langkah:

o Aktiviti pembelajaran Sains menggunakan air kotak, ais dan garam.

o Cecair digoncang sehingga mengalami proses pembekuan.

o Cecair berubah menjadi pepejal melalui proses penyejukan.

o Menghasilkan aiskrim yang selamat dan boleh dimakan.

IMPAK : Semua murid mendapat pengalaman sains sebenar yang menyeronokkan.

JUMAAT
TARIKH : 16 JAN 2026

SLOT 1 : Bacaan Surah Yasin

Langkah-langkah:

o Murid berkumpul dengan tertib.

o Bacaan Yasin berjemaah.

o Doa kesejahteraan.

IMPAK : Semua murid mendapat pengisian kerohanian sebelum memulakan pembelajaran

SLOT 2 : War Cry PaPriS

Langkah-langkah:

o Penerangan tujuan sorakan.

o Latihan laungan semangat yang menunjukkan identiti sekolah.

o Aktiviti berkumpulan.
o Peneguhan jati diri sekolah.

IMPAK : Semua murid dapat menunjukkan semangat berpasukan dan jati diri sekolah yang kuat.

SLOT 3 : Penyampaian Hadiah & Penutup Aktiviti Minggu Pertama Persekolahan

Langkah-langkah:

o Ucapan rumusan keseluruhan oleh PK Pentadbiran

o Refleksi oleh wakil murid setiap aliran.

o Penyampaian hadiah kepada pemenang bagi pertandingan dan aktiviti yang dijalankan sepanjang
minggu.

IMPAK : Semua murid dapat dihargai dan lebih bermotivasi untuk terlibat aktif dalam aktiviti sekolah.

SLOT 4 : Pembugaran NILAM

Langkah-langkah:

o Pengenalan Program NILAM.

o Panduan dan prosedur merekod bacaan NILAM sepanjang tahun 2026

o Rekod bacaan Bersama guru kelas.

o Galakan budaya membaca.

IMPAK : Semua murid dapat mula membudayakan amalan membaca sejak awal persekolahan.

SLOT 5 : Pengurusan Kelas

Langkah-langkah:

o Susun atur kelas.

o Pemilihan ketua dan penolong.

o Pembahagian tugas kelas.

o Penetapan peraturan kelas.

IMPAK : Semua murid dapat memahami peranan serta tanggungjawab masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai