0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
40 tayangan13 halaman

Integriti dan Rasuah dalam Keguruan

Dokumen ini membahas isu integriti dan rasuah dalam kalangan guru di Malaysia, menyoroti pentingnya profesionalisme dan etika dalam pendidikan. Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh guru, termasuk tekanan kerja dan ekonomi, yang dapat mendorong pelanggaran kod etika. Usaha perundangan dan pemantauan diperlukan untuk memastikan integriti dalam profesion keguruan dan meningkatkan kualiti pendidikan.

Diunggah oleh

g-ipgp21162525
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
40 tayangan13 halaman

Integriti dan Rasuah dalam Keguruan

Dokumen ini membahas isu integriti dan rasuah dalam kalangan guru di Malaysia, menyoroti pentingnya profesionalisme dan etika dalam pendidikan. Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh guru, termasuk tekanan kerja dan ekonomi, yang dapat mendorong pelanggaran kod etika. Usaha perundangan dan pemantauan diperlukan untuk memastikan integriti dalam profesion keguruan dan meningkatkan kualiti pendidikan.

Diunggah oleh

g-ipgp21162525
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

ISI KANDUANGAN

Penghargaan 1
1.0 Pengenalan 2
2.0 Ciri-ciri profesionalisme guru dari aspek integriti dan etika 2
2.1 Kod etika keguruan 3
2.2 Peranan dan cabaran guru dalam Melaksanakan kod etika dan 3
perundangan
3.0 Isu integrity dan rasuah dalam kalangan guru Malaysia 5
4.0 Perundangan Berkaitan keguruan di Malaysia, Usaha Kerajaan dan peranan 5
guru dalam berkonfrontasi isu integrity Keguruan
5.0 Kesimpulan- Penghayatan TBI ‘Integriti dalam Perkhidmatan awam, 10
Pemangkin Produktiviti cemerlang
6.0 Rujukan 11
Penghargaan
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya berjaya menyiapkan
kerja kursus penulisan ini dengan jayanya. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Murali A/L Murugasen yang telah banyak
memberi tunjuk ajar, bimbingan serta nasihat sepanjang proses penyelidikan dan penulisan
kerja kursus ini.

Tidak dilupakan, ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan rakan-rakan yang telah
memberikan sokongan moral serta dorongan tanpa henti dalam usaha menyiapkan tugasan
ini. Sokongan dan galakan mereka menjadi sumber inspirasi untuk saya terus berusaha
menghasilkan yang terbaik.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang
secara langsung atau tidak langsung membantu dalam penyediaan kerja kursus ini. Semoga
segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang proses ini dapat dimanfaatkan pada
masa hadapan.

Sekian, terima kasih.


Isu rasuah:Cabaran Integriti Profesionalisme
Keguruan
1.0 Pengenalan

“KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak menahan


reman tiga individu termasuk dua guru besar sekolah rendah di sebuah daerah di negeri
ini kerana disyaki membuat tuntutan mengandungi butiran mantan palsu bernilai kira-kira
RM500,000….” (Mohd Roji, 2024)

“KUALA TERENGGANU – Empat individu termasuk seorang guru besar ditahan


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan
mengemukakan tuntutan palsu berhubung kontrak pembekalan makanan asrama sebuah
sekolah rendah di negeri ini. Mereka berkenaan disyaki mengemukakan tuntutan palsu
bernilai RM1.3 juta……” (Mohd Azli, 2024)

Gambar 1: Berita-berita berkenaan isu rasuah dalam kalangan pendidikan dari sumber
dalam talian.

Berdasarkan berita yang dikongsikan, isu rasuah di Malaysia sudah mencapai tahap
sangat serius berdasarkan sokongan daripada banyak kajian dan laporan, sehingga
melibatkan pihak kakitangan kerajaan, termasuklah sektor pendidikan Malaysia. (Wook et
al., 2022). Sekiranya isu rasuah dalam pendidikan tidak ditangani dengan berkesan, ia akan
membawa implikasi serius kepada negara. Selain menjejaskan keadilan dalam peluang
pendidikan, rasuah turut merosakkan integriti guru (Nasir et al., 2024), sekali gus menghakis
kepercayaan masyarakat terhadap golongan pendidik. Oleh itu, penulisan ini
membincangkan profesionalisme guru dari aspek integriti dan etika, kesan rasuah terhadap
pendidikan, serta usaha perundangan yang dikuatkuasakan.

2.0 Ciri-ciri profesionalisme guru dari aspek integriti dan etika

Profesionalisme guru merupakan sebuah kondisi arah, nilai, tujuan dan kualiti
seseorang pendidik dan pengurusan dalam bidang pengajaran , maka seorang guru
seharusnya memiliki keunggulan (excellence), semangat profesionalisme, serta etika
(ethical) dalam melaksanakan tugasnya (Sutiono, 2021). Demi membangkitkan keyakinan
masyarakat terhadap profesional tersebut, guru perlu berilmu, memiliki kecakapan yang
tinggi, serta bermotivasi untuk menjamin keprofesionalan mereka dengan mematuhi kod
etika keguruan dan perundangan yang telah ditetapkan.
2.1 Kod etika keguruan

Dalam sektor pendidikan, kod etika keguruan berperanan sebagai standard minimum
untuk mengawal tingkah laku dan akauntabiliti seorang guru demi menjamin amanah dan
integriti. Dalam kod etika professional keguruan dalam Standard Guru Malaysia, telah
mengariskan orientasi ilmu, instruksional, penglibatan komuniti dan kualiti peribadi sebagai
kunci utama membantu guru dalam pelaksanaan PdP yang berkesan (Makhsin et al., 2022).
Hal ini dikatakan imeh pertama yang diterima (efek primasi) atau implikasi tertentu (halo
effect) dapat mempengaruhi penilaian keseluruhan terhadap seseorang seperti yang
dinyatakan dalam Impression Phychology (Swider et al., 2022). Misalnya, jika seorang guru
melanggar kod etika, masyarakat mungkin membentuk stereotaip negatif terhadap profesi
keguruan dan menganggap semua guru Malaysia malas serta tidak amanah, berdasarkan
tindakan sesetengah guru yang tidak mematuhi etika dan integriti profesional.

Gambar 2: Kerangka SGM 2.0 yang mennggariskan elemen kod etika professional keguruan
(Bahagaian Profrsionalisme Guru KPM, 2023)

2.2 Peranan dan Cabaran Guru dalam melaksanakan kod etika dan perundangan

Walaupun wujudnya garis panduan yang jelas, tetapi masih wujudnya pelbagai isu
tentang guru melanggar kod etika dan tatatertib keguruan. Dari aspek sosiologi, guru
diharapkan sebagai contoh teladan kepada masyarakat, lalu segala tingkah laku ataupun
kesalahan seorang guru akan sentiasa diperhatikan dan dipembesarkan. Justeru,
pematuhan terhadap perundangan pendidikan turut memberikan asas keadilan dan
keselamatan dalam interaksi antara guru, murid, dan komuniti sekolah, di mana isu pilih
kasih dalam pendidikan dan isu rasuah berlaku. Jadi, 3 cabaran guru dalam melaksanakan
kod etika dan perundangan akan dibincangkan.

Tekanan yang Tinggi

Tekanan kerja dalam kalangan guru sekolah rendah sering menimbulkan isu
kepuasan bekerja dan prestasi kerja (Subramaniam & Marfarrina Omar, 2022), disebabkan
kehilangan motivasi dan minat untuk mengajar. Beban kerja yang meningkat boleh
menyebabkan guru mengabaikan aspek etika dalam pengajaran.

Gambar 3: Bebanan kerja, hubungan dengan rakan sekerja serta tingkah laku pelajar secara
langsungnya mempengaruhi kualiti kerja guru dan tekanan kerja guru. (Validiner et al., 2023)

Malahan, kehilangan motivasi di kalangan guru turut mengakibatkan pengabaian


maruah dan integriti diri, sekaligus melanggar kod etika guru serta perundangan negara.,
seperti seorang guru, Dacid Fitzgerald diharamkan mengajar seumur hidup selepas sengaja
menipu dalam pemberian gred peperiksaan General Certificate of Secondary Education
(GCSE) murid-muridnya dan membantu menyiapkan tugasan untuk mereka (Ahmad, 2017).
Dalam kes ini, tidak dapat dinafikan bahawa sistem pendidikan sering mengiktiraf keputusan
peperiksaan yang tinggi sebagai tanda ‘pendidikan yang baik’, menyebabkan guru terbeban
untuk mencapai KPI yang ditetapkan. Tekanan ini kadangkala menjurus kepada
pengingkaran integriti, hingga menimbulkan isu kebocoran soalan dan penerimaan rasuah.

Tekanan ekonomi

Walaupun pemberian gaji yang lebih baik kepada penjawat awam melalui Skim
Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), tetapi masih wujudnya jurang gaji sektor awam dan
swasta, lalu menimbulkan banyak guru menghadapi masalah kewangan di bawah zaman
inflasi ini (Nuratikah Athilyam, 2024). Tekanan ekonomi di kalangan guru Malaysia telah
menyebabkan sesetengah daripada mereka mengabaikan amalan profesional dan
melanggar perundangan. Keadaan kewangan yang tidak stabil mendorong guru mencari
jalan pintas, sehingga mengorbankan integriti dan etika. Sebagai contoh, ramai guru
terpaksa bekerja sambilan untuk mendapatkan pendapatan tambahan, namun kerja tersebut
sering mengganggu tugas utama atau menyebabkan mereka menerima rasuah demi
memenuhi keperluan sara hidup.

Godaan Rasuah

Pada masa yang sama, terdapat kes-kes guru terlibat dalam rasuah seperti
penyalahgunaan dana sekolah dan pemalsuan dokumen akademik. Kejadian ini berlaku
kerana kebanyakan projek pembangunan sekolah dan pengurusan kantin dilaksanakan
melalui sistem tender (Maarip et al., 2024). Jika pemimpin sekolah tidak mematuhi
perundangan dan melanggar etika amanah, mereka cenderung menyalahgunakan kuasa
untuk memilih syarikat yang tidak jelas latar belakangnya, tetapi menawarkan rasuah atau
faedah tertentu agar mendapat projek tersebut. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan
mengenai keselamatan murid kerana kualiti projek yang tidak terjamin berpotensi
mendatangkan bahaya tersembunyi.

3.0 Isu integriti dan rasuah dalam kalangan guru Malaysia

Isu integriti dan rasuah dalam kalangan guru di Malaysia membimbangkan kerana
menjejaskan profesionalisme, merosakkan status pendidik, dan menurunkan kualiti
pendidikan. Rasuah dalam pendidikan merangkumi penyalahgunaan dana, pemalsuan
dokumen, kebocoran soalan, serta layanan tidak adil terhadap murid. SPRM mengesahkan
wujud laporan rasuah membabitkan pelajar menawarkan imbuhan kepada pensyarah untuk
menaikkan gred akademik (Muhd Amirul Faiz, 2016), sekali gus menghakis kepercayaan
masyarakat terhadap sistem pendidikan (Mohamed & Isa, 2022). Implikasi utama termasuk
kemerosotan nilai moral pendidik dan ketidakadilan akademik. Guru yang terlibat melanggar
prinsip Rukun Negara serta memberi teladan buruk kepada pelajar. Oleh itu, pemantauan
berterusan, pengukuhan etika keguruan, dan tindakan disiplin perlu bagi memastikan
profesion keguruan kekal berintegriti.

4.0 Perundangan Berkaitan Keguruan di Malaysia, usaha kerajaan dan peranan guru
dalam berkonfrontasi isu integrity keguruan

Demi memartabatkan professional keguruan, pelbagai usaha dan perundangan telah


diwujudkan untuk berkonfrontasi isu integrity keguruan terutamanya, isu rasuah. Antara
perundangannya adalah seperti jadual tersebut:
Akta Kandungan Implikasi Akta terhadap sektor pendidikan
Akta Perundangan yang memperuntukkan penubuhan dan fungsi Akta ini penting dalam memastikan
Suruhanjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di Malaysia. Akta ini akauntabiliti dan profesionalisme dalam
Perkhidmatan bertujuan untuk mengawal selia perkhidmatan dalam sektor pendidikan profesion keguruan serta mengukuhkan
Pendidikan awam, khususnya berkaitan dengan pelantikan, pengesahan jawatan, integriti perkhidmatan pendidikan di Malaysia.
1963 kenaikan pangkat, pertukaran, tindakan tatatertib, dan pemecatan
pegawai pendidikan. (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, 2023) Di
mana pertubuhan SPP berperanan sebagai pengawas tingkah laku
guru Malaysia.
Akta Rahsia Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) bertujuan melindungi maklumat Guru sebagai kakitangan kerajaan tertakluk
Rasmi 1972 rasmi kerajaan daripada disalahgunakan atau didedahkan kepada kepada akta ini, khususnya dalam menjaga
pihak yang tidak berkenaan. Akta ini bertujuan untuk menjaga kerahsiaan dokumen rasmi sekolah, keputusan
keselamatan negara, ketenteraman awam, dan kepentingan nasional peperiksaan, atau maklumat peribadi pelajar.
dengan mengawal penyebaran maklumat sulit, manakala sesiapa yang Sebarang kebocoran maklumat, sama ada
melanggar akta ini boleh dikenakan hukuman berat, termasuk penjara pembocoran soalan ujian pusat boleh
mandatori antara 1 hingga 14 tahun, bergantung kepada tahap membawa kepada tindakan disiplin atau
kesalahan (Bari, 1999). undang-undang.
Sebagai contohnya, kertas ujian SPM dan STPM adalah bawah Akta ini penting dalam memastikan ketelusan
perlindungan akta tersebut, hakikanya tidak akan terbocor soalan setiap dan keselamatan maklumat kerajaan serta
tahun, tetapi sesetengah pengawai peperiksaan (SPM) yang yang mengelakkan penyalahgunaan maklumat oleh
kurang amanah membocorkan soalan demi meningkatkan prestasi pihak yang tidak bertanggungjawab.
murid mereka untuk mencapai KPI mereka. Tindakan sedemikian
sudah melanggar akta tersebut.
Akta SPRM Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) Guru sebagai penjawat awam tertakluk kepada
2009 adalah undang-undang yang digubal bagi memperkukuhkan usaha akta ini, dan sebarang penerimaan suapan
membanteras rasuah di Malaysia. Akta ini menggantikan Akta seperti wang untuk menaikkan markah pelajar
Pencegahan Rasuah 1997 dan memperkenalkan Suruhanjaya atau pemberian kontrak sekolah tanpa
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai badan bebas yang prosedur sah boleh dianggap sebagai
bertanggungjawab dalam menyiasat dan mendakwa kes rasuah kesalahan rasuah.
(Rahman, 2014). Akta ini memainkan peranan penting dalam
Manakala sesiapa pihak yang terlibat dengan seksyen berkenaan memastikan akauntabiliti, ketelusan, dan
seperti: integriti dalam sektor pendidikan serta
- Penerimaan atau pemberian rasuah. perkhidmatan awam secara keseluruhan.
- Pemalsuan dokumen bagi tujuan rasuah.
- Salah guna kuasa oleh pegawai awam untuk kepentingan
peribadi.
Hukuman berat akan diperkenalkan, hukuman penjara maksimum 20
tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau
RM10,000 (mana yang lebih tinggi).

Akta Pendidikan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) adalah perundangan utama yang Akta ini memastikan bahawa sistem
1996 (Akta 550) mengawal selia sistem pendidikan di Malaysia, termasuk struktur, pendidikan di Malaysia tersusun, berkualiti,
kurikulum, dan peranan institusi pendidikan. Akta ini menggantikan Akta dan inklusif. Guru sebagai pendidik perlu
Pelajaran 1961 dan bertujuan memperkukuhkan sistem pendidikan bagi mematuhi kurikulum kebangsaan, etika
memenuhi keperluan pembangunan negara. profesion, serta dasar pendidikan bagi
Akta ini juga menetapkan syarat bahawa guru di sekolah kerajaan mesti menjamin keberkesanan pembelajaran dan
memiliki kelayakan profesional dan mendapatkan kelulusan daripada pembangunan modal insan negara.
pihak berkuasa pendidikan. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2024)

Jadual 1: Perundangan yang dilaksanakan demi memartabatkan integriti penjawat awam (guru) dan memingkatkan profesionalisme keguruan
serta implikasi akta sedemikian terhadap guru
Berdasarkan akta-akta berkaitan, guru bertanggungjawab menjaga akauntabiliti dan
amanah, bukan sekadar menerima gaji tanpa usaha atau terlibat dalam rasuah. Sebagai
contoh, penerimaan hadiah mahal daripada murid boleh menimbulkan jurang sosial dan
mempengaruhi layanan guru, walaupun Dasar Penerimaan dan Pemberian Hadiah
menetapkan nilai hadiah maksimum RM500 atau 1/4 emolumen bulanan.
Ketidaksaksamaan ini boleh menghalang potensi murid yang tidak memberi hadiah daripada
mendapat perhatian sewajarnya, sekali gus menjejaskan keadilan dalam pendidikan.

Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengambil
usaha untuk meningkatkan motivasi guru untuk mengekalkan integriti dan menjaminkan
etika professional keguruan. Sebagai contohnya, Kerajaan telah menaikkan gai asas guru,
sehingga Gaji Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 (T5) bakal menyaksikan
jumlah peningkatan pendapatan sehingga RM4,559.24 (Mohd Fadhli, 2024). Kenaikan gaji
sedemikian bukan sahaja dapat mengurangkan beban ekonomi lalu meningkatkan motivasi
guru untuk berprestasi cemerlang untuk melaksanakan akauntabiliti mereka dengan amanah
dan tidak perlu terima rasuah ataupun bekerja sambilan.

Memandangkan kebanyakan kes rasuah dalam sektor pendidikan melibatkan


pentadbir sekolah atau guru yang lama berkhidmat di satu tempat, Pejabat Pendidikan
Daerah melaksanakan pemindahan guru secara besar-besaran bagi mengurangkan
penyalahgunaan kuasa, menghapuskan amalan curi tulang, dan memastikan ketelusan
pentadbiran (Hallak & Poisson, 2007). Langkah ini juga memelihara integriti profesion
keguruan serta memberi peluang kepada guru memperoleh pengalaman baharu dan
menyesuaikan diri dalam persekitaran berbeza. Sejak 2024, Pejabat Pendidikan mula
menukar guru yang berkhidmat lebih empat tahun di sesebuah sekolah bagi memastikan
mereka sentiasa bersedia menghadapi cabaran dan mengelakkan salah guna kuasa.
Namun, pemindahan ini harus dilakukan secara adil dan berdasarkan keperluan pendidikan
tanpa menjejaskan kebajikan guru serta pelajar.
Gambar 4: Laporan Indeks Persepsi Rasuah 2022 menunjukkan kedudukan integriti
Malaysia semakin menurun

Walaupun kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Malaysia semakin signifikan,


kajian oleh Nadarajan dan Radzi (2019) mendapati tahap integriti kewangan dalam kalangan
guru sekolah kebangsaan adalah tinggi. Ini menunjukkan kebanyakan guru mematuhi kod
etika dan menjalankan tugas dengan amanah. Pelaksanaan perundangan yang tegas serta
usaha pencegahan berjaya memastikan guru di Malaysia profesional dan berintegriti.

5.0 Kesimpulan- penghayatan TBI ‘Integriti dalam Perkhidmatan Awam, Pemangkin


Produktiviti cemerlang’

Kesimpulannya, integriti dalam perkhidmatan awam merupakan aset utama dalam


memastikan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran, sekali gus memacu produktiviti
cemerlang. Dalam konteks pendidikan, guru memainkan peranan penting dalam membentuk
masyarakat yang beretika dengan mengamalkan nilai kejujuran, akauntabiliti, dan ketelusan
kerana merekalah cermin kepada perkembangan sahsiah generasi muda. Pelaksanaan
undang-undang yang ketat serta pematuhan kepada kod etika profesional dapat
mengukuhkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi pendidikan. Oleh itu, usaha
berterusan dalam memperkasakan integriti perlu diperkukuh melalui pendidikan,
pemantauan, dan penguatkuasaan yang berkesan bagi melahirkan perkhidmatan awam
yang telus, berwibawa, serta berdaya saing dalam merealisasikan kemajuan negara.

(1197 patah perkataan)


6.0 Rujukan

Ahmad, A. (2017, November 24). Rasuah di bangku sekolah? FMT.


[Link]
sekolah-kerana-mahu-cemerlang/

Bahagaian Profrsionalisme Guru KPM. (2023). Standard Guru Malaysia 2.0 (SGM 2.0) (p.
6). Kementerian Pendidikan Malaysia.
[Link]
%20SGM%202.0%20e%[Link]?_t=1704162940.

Bari, A. (1999). Akta Rahsia Rasmi 1972: Untuk Keselamatan Negara atau Melindungi
Rasuah. The Offi.

Hallak, J., & Poisson, M. (2007). Corrupt schools, corrupt universities: What can be done?.
Paris: International Institute for Education Planning.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2024). AKTA PENDIDIKAN 1996. [Link].


[Link]
%20Nazir/Akta%20Pendidikan%20Infografik%202022%20Jemaah%[Link].

Makhsin, M., Ping, T. Y., & Ismail, N. H. (2022). Standard Guru Malaysia 2.0 dalam
kemenjadian jiwa pendidik. International Journal of Education, Psychology and
counselling (IJEPC), 7(46), 1-20.

Maarip, S., Soesanto, E., Satriandaru, W., & Laksono, A. D. (2024). Pencegahan Korupsi
Dan Dampak Massif Korupsi Pada Lingkungan Sekolah Menengah ATAS. Sindoro:
Cendikia Pendidikan, 2(6), 41-50.

Muhd Amirul Faiz , A. (2016, October 23). Pelajar IPT rasuah pensyarah untuk naik gred,
lulus. BH Online; Berita Harian.
[Link]
pensyarah-untuk-naik-gred-lulus

Mohd Fadhli , M. S. (2024, August 16). Gaji guru DG41 hampir cecah RM5,000. Utusan
Malaysia. [Link]
cecah-rm5000/

Mohd Roji, K. (2024, Ogos 20). 2 guru besar antara tiga ditahan SPRM. Berita Harian.
[Link]
ditahan-sprm
Mohd Azli, A. (2024). Guru besar disyaki tipu tuntutan makan asrama RM1.3 juta ditahan
SPRM. Kosmo Digital. [Link]
tipu-tuntutan-makan-asrama-rm1-3-juta-ditahan-sprm/.

Mohamed, K., & Isa, Y. M. (Eds.). (2022). Menyingkap Konsep Rasuah (UUM Press). UUM
Press.

Nadarajan, S., & Radzi, N. M. (2019). Integriti kewangan dalam kalangan guru sekolah
kebangsaan zon Bangsar, Kuala Lumpur. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan
Pendidikan, 6(4), 22-37.

Nasir, N. C. M., & Isa, Y. M. (Eds.). (2024). Rasuah dan Integriti: Kupasan Lensa Terpilih
(UUM Press). UUM Press.

Nuratikah Athilya, H. (2024, December 20). SSPA kurangkan jurang gaji sektor awam,
swasta? Sinaran Harian. [Link]
sinar/analisis-sinar/sspa-kurangkan-jurang-gaji-sektor-awam-swasta

Rahman, R. A., Yeon, M. D. A. L., Ayub, Z. A., & Shariff, M. (2014). Kajian Tinjauan Tren Dan
Pelaksanaan Undang-Undang Rasuah Di Malaysia. In THE UUM INTERNATIONAL
CONFERENCE ON GOVERNANCE 2014 (p. 665).

Subramaniam, H., & Marfarrina Omar, I. (2022). Hubungan tekanan kerja dan pengurusan
bilik darjah dalam kalangan guru sekolah rendah di Daerah Klang. Jurnal Pendidikan
Malaysia, 39-52.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. (2023, December 5). Akta (undang-undang) -


suruhanjaya perkhidmatan [Link]. [Link]
ms/korporat/akta-undang-undang?highlight=WyJ1bmRhbmciLCJ1bmRhbmciXQ==.

Sutiono, D. (2021). Profesionalisme Guru. Tahdzib Al-Akhlaq: Jurnal Pendidikan Islam, 4(2),
16-25.

Swider, B. W., Harris, T. B., & Gong, Q. (2022). First impression effects in organizational
psychology. Journal of Applied Psychology, 107(3), 346.

Validiner, U., Husin, M. R. B., & Shuib, T. R. B. (2023) Work Stress among Teachers in
Malaysia: A Literature Review Study Tekanan Kerja Dalam Kalangan Guru di
Malaysia: Satu Sorotan Kajian. International Journal of Latest Research in
Humanities and Social Science (IJLRHSS), 6(1), 95-103.

Wartawan TMT. (2025, January 22). Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan
kebenaran – Fadhlina. The Merdeka Times - Berani. Benar. Bebas.
[Link]
dapatkan-kebenaran-fadhlina/.

Wook, I., Md Yusof, A. F., & Haron, H. (2022). Rasuah dan integriti dalam pentadbiran awam
di Malaysia: sorotan literatur. Voice of Academia, 18(2), 41-58.

Anda mungkin juga menyukai