UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
CUR2011 - PASUKAN PERTOLONGAN CEMAS I
LAPORAN KAJIAN PENUH
PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS
NAMA & NO. MATRIX:
1. NUR SYAHIRAH AQIRAH BINTI SHAHIZAN
D202010934762
2. WAN SYARAFANA BINTI WAN MAMAT NOR
D20201093496
3. NURUL IZZAH BINTI MOHD ARIFIN
D20201093449
4. NURSOFEA HIDAYAH BINTI BAHARIN
D202110982885
5. FARAH NABIHAH BINTI SUHAIMI
D20211097670
KUMPULAN: D
PENSYARAH: ENCIK MOHAMMAD SHAFIQ BIN MOHD BANDONG
ISI KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN .................................................................................................................................. 3
2.0 DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS ................................................................................................... 3
2.1 CARTA PERTOLONGAN CEMAS .................................................................................................. 3
2.2 PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS ................................................................................................ 4
3.0 SIFAT-SIFAT AHLI PERTOLONGAN CEMAS ................................................................................. 5
3.1 ASAS PERTOLONGAN CEMAS ..................................................................................................... 5
3.2 AMARAN (PERKARA YANG PENTING) ...................................................................................... 6
3.3 PENILAIAN ASAS BAGI MENILAI SITUASI MANGSA ............................................................. 6
3.3.1 PRIMARY SURVEY...................................................................................................................... 6
3.3.2 SECONDARY SURVEY................................................................................................................ 7
4.0 KAEDAH BLANKET LIFT .................................................................................................................... 9
5.0 PENUTUP............................................................................................................................................. 11
1.0 PENDAHULUAN
Laporan ini membincangkan mengenai tajuk pembentangan yang dipilih oleh kumpulan kami iaitu prinsip
pertolongan cemas yang telah dibentangkan oleh saudari Nur Syahirah Aqilah pada 27 November 2021.
Objektif kami adalah untuk menerangkan definisi dan prinsip pertolongan cemas, menyatakan sifat-sifat
ahli pertolongan cemas, menerangkan cara untuk menilai keadaan pesakit serta menunjukkan contoh cara
rawatan dengan menggunakan kaedah blanket lift.
2.0 DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS
Pertolongan cemas merupakan bantuan awal atau rawatan awal yang bersifat sementara yang diberikan
kepada individu yang mengalami kecederaan dalam sesebuah kejadian kecelakaan sama ada kemalangan
atau sakit secara tiba-tiba dengan menggunakan segala kemudahan yang terdapat di sekeliling tempat
kejadian sebelum ketibaan ambulans, doktor, pihak perubatan atau sebelum pesakit dihantar ke hospital
yang berdekatan bagi mendapatkan rawatan perubatan yang sempurna.
2.1 CARTA PERTOLONGAN CEMAS
Gambar rajah 1.0: carta pertolongan cemas
Dimulai dengan menerima panggilan kecemasan dengan cepat kemudian mengambil alih situasi
atau keadaan pada ketika itu bagi tujuan menenangkan keadaan yang tegang akibat kecelakaan
yang terjadi. Seterusnya, mengenal mangsa bagi tujuan mendapatkan punca berlakunya kecelakaan
tersebut dan mengalihkan mangsa ke tempat yang lebih selamat. Memeriksa keadaan mangsa bagi
mengetahui tahap kesedarannya, jika mangsa sedar berikan keselesaan kepada mangsa sementara
menunggu bantuan perubatan. Jika sebaliknya yang berlaku iaitu mangsa tidak menyedarkan diri
maka dinasihatkan untuk melakukan prinsip ABC iaitu Airway (saluran pernafasan), Breathing
(pernafasan) dan Circulation (peredaran darah) pada mangsa sebelum melakukan bantuan
pernafasan CPR (Cardiopulmonary Resuscitation). Selain itu, lakukan pemeriksaan renjatan dan
melaksanakan pencegahan renjatan terhadap mangsa sebelum menyediakan mangsa untuk dihantar
ke hospital.
2.2 PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS
Terdapat beberapa prinsip pertolongan cemas diantaranya ialah menyelamatkan nyawa,
mengelakkan keadaan dari menjadi lebih parah, memberikan kelegaan dan keselesaan, serta
memberikan keyakinan atau sokongan psikologi kepada mangsa.
Menyelamatkan nyawa mangsa apabila degupan jantung terhenti atau berlaku masalah
penafasan terhadap mangsa maka hendaklah diberikan bantuan pernafasan dan jantung
dengan segera kerana setiap saat amatlah penting untuk dilengahkan. Jika berlaku
pendarahan maka perlulah diberhentikan dengan segera sekali gus membantu memulihkan
renjatan terhadap mangsa.
Mengelakkan keadaan dari menjadi lebih teruk dengan mengurangkan pergerakan serta
melindungi pesakit dengan bantuan persekitaran alam semula jadi. Dinasihatkan untuk
tidak memberi pesakit apa-apa makanan atau minuman melalui mulut dan cukup hanya
sekadar membasahkan bibir pesakit sahaja sekiranya perlu.
Memberikan kelegaan dan keselesaan kepada pesakit dengan sentiasa memeriksa nadi dan
salur pernafasan pesakit dari masa ke semasa. Perlu diingatkan juga untuk tidak
meninggalkan pesakit berseorangan, sekurang-kurangnya terdapat satu atau dua orang
yang dapat menemani pesakit sebelum ketibaan ambulans di tempat kejadian.
Memberikan keyakinan atau sokongan psikologi kepada mangsa terutama bagi mangsa
yang masih sedar perlulah diberikan mereka semangat yang teguh dan membantu
mengurangkan trauma yang dialami oleh mangsa.
3.0 SIFAT-SIFAT AHLI PERTOLONGAN CEMAS
Mempunyai kepercayaan terhadap diri sendiri dalam mengendalikan kes-kes kecemasan.
Mempunyai tajam perhatian dalam mengesan segala tanda-tanda dan gejala kecederaan terhadap
mangsa.
Pantas ikhtiar dengan menggunakan segala kemudahan yang sesuai digunakan di sekelilingnya
untuk melaksanakan rawatan awal kepada mangsa
Tidak berlaku kasar ketika memberikan bantuan kepada mangsa, melakukan dengan berhati-hati
agar dapat mengurangkan kesakitan mangsa dan janganlah mencederakan atau menyakitkan lagi
mangsa tersebut.
Sentiasa memberikan senyuman kepada pesakit sebagai salah satu bentuk sokongan dan keyakinan
kepada pesakit untuk kekal bersemangat dan berada dalam keadaan tenang.
Memberikan bantuan setakat apa yang diketahui sahaja bagi mengelakkan kecederaan mangsa
menjadi lebih teruk.
3.1 ASAS PERTOLONGAN CEMAS
Berikut merupakan asas pertolongan cemas:
Menghubungi talian 999
Memastikan persekitaran selamat
Menghindarkan bahaya atau mengalihkan mangsa dari tempat kejadian
Mengawal keadaan
Memeriksa jika mangsa sedar atau tidak
Memperkenalkan diri
Meminta kebenaran untuk memberi bantuan
Menenangkan mangsa dan memberi sokongan psikologi
Melakukan penilaian primer dan sekunder
3.2 AMARAN (PERKARA YANG PENTING)
Mendapatkan bantuan dengan segera dengan menghubungi talian 999 sebelum
memberikan rawatan awal kepada mangsa.
Elakkan daripada menjadi mangsa kedua.
Mengamalkan universal precaution sebelum memberikan rawatan awal kepada mangsa.
Bagi mangsa yang tidak menyedarkan diri atau mengalami kecederaan yang parah
dinasihatkan untuk tidak memberi sebarang makanan atau minuman bagi mengelakkan
mangsa muntah dan mengganggu keputusan ujian yang akan dijalankan oleh mangsa ketika
berada di hospital.
Jangan mengalihkan mangsa dari tempat kejadian kerana perkara ini boleh mengakibatkan
kecederaan mangsa menjadi lebih parah atau mangsa mungkin mengalami kecederaan
dalaman.
Bagi mangsa yang tidak mengalami kecederaan pada kepala dan tulang belakang perlulah
memposisikan mereka pada kedudukan pemulihan.
Jangan sesekali mencabut sebarang objek yang tercucuk pada mangsa.
3.3 PENILAIAN ASAS BAGI MENILAI SITUASI MANGSA
Penilaian asas ini bertujuan untuk menilai situasi mangsa sebelum diberikan sebarang rawatan awal
kepada mangsa serta mewakili aspek penilaian pesakit yang menyeluruh dan berurutan. Penilaian
asas ini terbahagi kepada dua iaitu primary survey dan secondary survey.
3.3.1 PRIMARY SURVEY
Primary survey ini merupakan cara yang pantas untuk mengenal pasti cara merawat dan
mengurus sebarang keadaan yang mengancam nyawa mangsa dan yang mungkin dialami
oleh mangsa mengikut urutan keutamaan dengan menggunakan kaedah DRABC.
D (Danger) Bahaya - memastikan keadaan persekitaran yang selamat untuk
bertindak sebagai penyelamat.
R (Response) Tindak balas - Memeriksa tindak balas mangsa dengan
mengoncangkan sedikit badannya atau dengan cara lain yang selamat. Jika tiada
tindak balas, haruslah kekal bertenang dan menghubungi talian kecemasan dengan
segera.
A (Airway) Saluran pernafasan - Memeriksa saluran penafasan mulut dan hidung
mangsa supaya bebas dari benda yang boleh menghalang oksigen masuk.
Meletakkan satu tolakan jari pada dagu supaya kepala mangsa sedikit terdongak
agar saluran penafasan masuk dan terbuka luas. Dagu mangsa perlulah selari atau
lurus dengan dada mangsa.
B (Breathing) Pernafasan - Jika mangsa didapati kelihatan tidak bernafas,
lakukan lima kali bantuan pernafasan dengan menekup mulut dan hidung mangsa
ke mulut dan hidung penyelamat dan terus meniupkan udara ke saluran pernafasan
mangsa. Melakukan tekanan dengan menggunakan dua jari di tengah bawah dada
iaitu diantara rusuk kanan dan kiri yang terletaknya diaphragm mangsa. Bagi
membuat pengaliran udara yang di tiup ke seluruh badan mangsa, perlulah
melakukan sebanyak 50 kali tekanan dan memberikan dua kali bantuan pernafasan
serta 30 kali tekanan di dada.
C (Circulation) Peredaran udara – Periksa nadikarotid sebelah trakea dengan
dua jari. Jika tidak dapat mengesan nadi dan denyutan jantung mangsa, maka
lakukan bantuan pernafasan CPR. Setelah mengetahui bahawa mangsa sudah
boleh bernafas, perhatikan dan periksa sebarang tanda-tanda pendarahan teruk
yang munkin berlaku pada mangsa.
3.3.2 SECONDARY SURVEY
Secondary survey ini pula dilakukan setelah pesakit dihidupkan semula dan stabil. Ia
melibatkan pemeriksaan kepala-ke-kaki yang lebih teliti, dan tujuannya adalah untuk
mendapatkan data sejarah yang relevan mengenai pesakit dan kecederaannya, serta untuk
menilai dan merawat kecederaan yang tidak dijumpai semasa melakukan primary survey.
Di samping itu, secondary survey ini mengutamakan penilaian dan pengurusan yang
berterusan.
Lakukan kaedah SAMPLE kepada pesakit bagi mendapatkan maklumat sejarah pesakit,
sebarang kecederaan dalaman yang dialami oleh pesakit dan maklumat mengenai perkara
yang berlaku sebelum kecelakaan tersebut berlaku.
S (Sign / symptom) Tanda & Gejala – lihat, dengar, rasa dan bau untuk mengesan
sebarang tanda kecederaan seperti bengkak, pendarahan, perubahan warna atau
bau yang tidak biasa terhadap pesakit. Semasa pemeriksaan dijalankan hendaklah
membuat perbandingan dengan bahagian pesakit yang cedera dan tidak cedera.
Seterusnya, bertanyakan kepada pesakit mengenai sebarang gejala dan sensasi
yang mungkin mereka rasakan. Ia bertujuan bagi mengesan kecederaan dalaman
dan bahagian tercedera yang tidak dapat dikenal pasti.
A (Alergic) Alahan - Adakah pesakit mempunyai sebarang alahan? Contohnya,
kacang atau ubat seperti penisilin atau aspirin.
M (Medicine) Ubat yang diambil - Adakah pesakit mengambil sebarang ubatan?
P (Past History) Sejarah lama: contoh penyakit – Adakah pesakit mengalami
masalah kesihatan seperti diabetes, epilepsi atau penyakit jantung? Adakah pesakit
pernah mengalami kecederaan atau melakukan pembedahan sebelum ini?
L (Last Meal) Hidangan Terakhir – Bilakah kali terakhir pesakit makan atau
minum?
E (Event) Punca Kejadian - Apakah yang berlaku dan di mana kejadian tersebut
berlaku? Adakah kejadian itu disebabkan oleh penyakit atau kemalangan?
Bertanyakan kepada mana-mana orang yang berdekatan apakah yang berlaku dan
mencari petunjuk yang mungkin akan memberi anda lebih banyak maklumat.
Seterusnya, lakukan pemeriksaan pada seluruh bahagian anggota badan pesakit dimulai
pada bahagian kepala, leher, belakang, dada dan abdomen, tangan dan kaki.
Kepala - Memeriksa kecederaan pada muka & keseluruhan bahagian kepala
mangsa untuk melihat sebarang luka, lebam, pendarahan, terbakar, bengkak dan
sebagainya.
Leher – Memeriksa belakang tengkuk untuk mengesan sebarang lebam atau
kesakitan.
Belakang – Memeriksa keseluruhan bahagian belakang mangsa bagi
memerhatikan sebarang kecacatan, lebam dan luka.
Dada dan abdomen – Memeriksa keseimbangan tulang rusuk, turun naik dada,
patah dan bahagian abdomen pesakit.
Tangan – Memeriksa nadi, luka, bahagian yang terkehel dan sebagainya.
Kaki - Memeriksa tempurung lutut, bahagian yang patah dan sebagainya.
4.0 KAEDAH BLANKET LIFT
Gambar 1.0: Cara rawatan blanket lift: preparation (persiapan)
Gambar 2.0: Cara rawatan blanket lift: rolling on (mengiring)
Gambar 3.0: Cara rawatan blanket lift: lifting (mengangkat)
Kaedah ini boleh digunakan bagi pesakit yang tidak mengalami kecederaan tulang belakang sebelum
pesakit diangkat dengan menggunakan pengusung. Semasa melakukan kaedah ini kepala dan leher pesakit
perlulah sentiasa disokong setiap kali melakukan suatu gerakan.
1. Pengusung diletakkan berdekatan dengan kepala atau kaki pesakit.
2. Seorang pemimpin mengarahkan tiga orang yang lain untuk berlutut bersama- sama pada satu kaki
pada setiap sisi pesakit dan mereka perlu berlutut berdekatan dengan kepala pesakit seperti dalam
gambar 1.0.
3. Penyelamat mengiringkan badan pesakit pada satu sisi kemudian bahagian selimut yang digulung
ditolak di bawah pesakit seperti dalam gambar 2.0.
4. Dengan bahagian selimut yang berada di bawah pesakit, maka pesakit dapat dibarangkan
menelentang pada selimut tersebut.
5. Bahagian sisi selimut digulung sedikit untuk menyediakan pegangan tangan bagi pembawa.
6. Atas perintah pemimpin, pesakit kemudian diangkat dengan berhati-hati paras tinggi pinggang
supaya dapat dibawa ke atas pengusung seperti dalam gambar 3.0.
7. Kemudian, pesakit diturunkan dengan berhati-hati diatas pengusung tersebut dan boleh terus
dibawa ke tempat yang menyediakan rawatan bagi pesakit.
5.0 PENUTUP
Akhir kata, kemahiran asas pertolongan cemas ini amatlah penting untuk diketahui dan dipelajari agar kita
dapat membantu menyelamatkan nyawa seseorang, mengelakkan keadaan mangsa menjadi lebih teruk dan
membantu mengurangkan penderitaan yang dialami oleh mangsa. Perlu diperingatkan juga bahawa
penyelamat perlulah kekal bertenang dan memikirkan keselamatan diri dahulu sebelum pantas bertindak
untuk membantu mangsa. Hal ini demikian kerana untuk mengelakkan daripada suatu kejadian yang tidak
diingini berlaku.
Bagi menguji kefahaman pelajar yang lain, kami melaksanakan satu aktiviti iaitu kuiz mengenai tajuk yang
disampaikan dengan menggunakan platform kahoot. Diatas kerjasama pelajar dalam mengikuti kuiz yang
dijalankan, kami dapati bahawa objektif kami tercapai dan pelajar juga dapat memantapkan segala ilmu
baharu yang telah mereka pelajari.