MODUL
Masa : 1 jam
INTENSIF 2
Arahan kepada calon :
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan
2. Jawab semua soalan.
3. Jawab dengan menghitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan.
4. Hitamkan satu ruangan sahaja bagi setiap soalan.
5. Sekiranya anda hendak menukarkan jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Merujuk karya di bawah , yang manakah dapat menunjukkan imbangan simetri ?
A B
C D
2 Apakah teknik perlukisan yang digunakan dalam karya lukisan di bawah ?
A Cross hatching
B Hatching
C Stippling
D Contour
3 Antara berikut,pilih maklumat yang betul tentang fotografi seni halus .
I Fokus pada nilai estetik pada foto
II Diambil secara spontan dan rambang
III Rakaman pada kehidupan seharian
IV Mengandungi makna yang tersirat
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV
4 Apakah jenis motif yang digunakan pada kraf ukiran kayu di bawah ?
A Flora
B Fauna
C Kaligrafi
D Geometri
5 Anda berjalan-jalan di bandar dan melihat bangunan seperti kedudukan di bawah.
Berapakah titik lenyap pada kedudukan tersebut ?
A Satu titik lenyap
B Dua titik lenyap
C Tiga titik lenyap
D Empat titik lenyap
6 Di antara tokoh di bawah, siapakah yang terlibat dalam bidang reka bentuk fesyen kasut ?
A Jimmy Choo
B Zulkifli Haron
C Lim Kok Wing
D Haji Hashim Hassan
7 Antara berikut, yang manakah struktur dan motif yang sesuai bagi ukiran motif lebah bergantung ?
A B C D
8 Berdasarkan ilustrasi di bawah, apakah jenis garisan yang terdapat dalam karya tersebut ?
I Selari
II Berpancar
III Contengan
IV Silang pangkah
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV
9 Maklumat dibawah tentang satu proses anyaman .
Menggunakan belantan kecil yang dilapik dengan
sebatang kayu untuk melembutkan daun mengkuang
Apakah nama proses tersebut ?
A Menitik
B Melayur
C Mengerat
D Menjangka
10 Apakah ciri-ciri rupa yang terdapat pada logo di bawah?
I rupa positif
II rupa geometri
III rupa negatif
IV rupa organik
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
11 Warna apakah yang akan terhasil jika dua warna di bawah bercampur ?
A Warna tetier
B Warna primer
C Warna neutral
D Warna sekunder
12 Maklumat di bawah tentang kraf batik.
Batik ini menggunakan lilin sejuk dan skrin
saring sutera untuk memindahkan motif pada kain
Apakah jenis kraf batik yang terhasil ?
A Batik Pelangi
B Batik Lukis
C Batik Skrin
D Batik Blok
13 Apakah jenis kontra berdasarkan gambarajah di bawah ?
I Saiz
II Rupa
III Bentuk
IV Warna
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
14 Apakah jenis seni reka grafik berdasarkan gambar rajah di bawah ?
A Logo objek buatan manusia
B Logo objek alam semula jadi
C Simbol objek buatan manusia
D Simbol objek alam semula jadi
15 Gambar di bawah merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam teknik catan hard edge.
Penggunaan bahan di atas akan menimbulkan kesan ______
A Jalinan sentuh yang tebal
B Lutsinar dan berlapis-lapis
C Catan kelihatan dipotong-potong
D Kesan warna yang kelam dan kusam
16 Apakah kelebihan seni cetakan berbanding dengan karya seni halus yang lain?
A Menggunakan blok
B Proses menerap mudah
C Menggunakan kertas atau kain
D Boleh dicetak banyak dipanggil edisi
17 Pilih aliran lukisan yang betul berdasarkan karya di bawah.
A Op Art
B Pop Art
C Kiubisme
D Surealisme
18 Catan di bawah adalah karya Pablo Picaso
Apakah ruang yang wujud pada karya tersebut ?
A Rata
B Cetek
C Dalam
D Fizikal
19 Dimanakah kedudukan tebar layar bagi rumah tradisional di bawah ?
20 Maklumat di bawah berkaitan dengan teknik catan cat minyak.
Menggunakan warna secara terus dari tiub dengan sapuan
pisau palet bagi mewujudkan kesan warna tebal dan legap
Apakah teknik catan cat minyak tersebut ?
A Hard edge
B Alla Prima
C Scumbling
D Impasto
21 Antara berikut, pilih kaedah yang betul bagi memastikan ruang bilik bacaan kelihatan luas dan selesa.
I Penggunaan cat bewarna cerah
II Memasang langsir bewarna jingga
III Menggunakan perabot daripada kayu
IV Meminimumkan perabot dan hiasan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
22 Apakah fungsi kayu pemidang dalam proses cetakan saring sutera ?
A Alat mengukir plat
B Alat menyapu dakwat
C Bahan mencairkan dakwat
D Alat meregangkan kain sutera
23 Gambar rajah di bawah menunjukkan proses pembentukkan seramik.
Apakah teknik penghasilan seramik tersebut ?
A Picit
B Kepingan
C Lingkaran
D Lempar alin
24 Apakah kaedah susun atur ruang dan objek berdasarkan pelan lantai di bawah ?
A Bentuk U
B Bentuk L
C Bentuk H
D Bentuk Pulau
25 Apakah fungsi lilin dalam penghasilan kraf seni tekat ?
A Memotong benang
B Meratakan papan tebuk
C Melicinkan tepi mempulur
D Melembutkan benang emas
26 Pilih fungsi garisan yang betul berdasarkan ilustrasi di bawah .
I Menghasilkan rupa
II Menghasilkan jalinan
III Mengwujudkan ruang
IV Menghasilkan bentuk
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
27 Gambar rajah di bawah menunjukkan satu lukisan perspektif.
Apakah nama tempat yang bertanda X ?
A Titik lenyap
B Ruang belakang
C Garisan perspektif
D Garisan horizontal
28 Apakah maksud simbol landskap berdasarkan gambar rajah di bawah?
A Pokok
B Rumput
C Pokok renek
D Pokok palma
29 Maklumat di bawah tentang proses menghasilkan sebuah arca.
Menggunakan satu jenis bahan utama dan ditambah
atau dicantumkan sehingga menghasilkan satu struktur
Apakah kaedah membentuk arca berdasarkan maklumat tersebut ?
A Acuan
B Binaan
C Luakan
D Manipulasi
30 Apakah nama alat perhiasan tradisional di bawah ?
A Gendik
B Pending
C Cucuk sanggul
D Sanggul lintang
31 Apakah jenis tipografi berdasarkan ilustrasi di bawah ?
A Figura taip
B Konotasi taip
C Onomatopoeia
D Personafikasi taip
32 Manakah media lukisan di bawah sesuai menggunakan teknik gosokan ?
I Arang
II Soft pastel
III Pen maker
IV Pensel warna
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
33 Apakah ciri-ciri reka bentuk yang menjadi keperluan utama dalam menghasilkan produk di bawah ?
A Ekonomik
B Ergonomik
C Designomic
D Aerodinamik
34 Gambar rajah di bawah menunjukkan satu alat untuk seni anyaman.
Apakah fungsi alat tersebutt ?
A Menitik daun mengkuang
B Menyisip daun mengkuang
C Membelah daun mengkuang
D Melembutkan daun mengkuang
35 Gambar rajah di bawah menunjukkan bahagian -bahagian kain batik.
Bahagian manakah dikenali sebagai badan kain ?
36 Antara produk seni anyaman di bawah, yang manakah dikenali sebagai nyiru ?
A B C D
37 Siapakah tokoh seni halus berdasarkan karya catan di bawah ?
A Abdullah Ariff
B Ibrahim Hussein
C Dzulkifli Buyong
D Redza Piyadasa
38 Gambar rajah di bawah menunjukkan lukisan rumah tradisional.
Apakah jenis rumah tradisional tersebut ?
A Rumah Bujang
B Rumah Berpeleh
C Rumah Tiang Dua Belas
D Rumah Serambi Melaka
39 Maklumat di bawah tentang satu proses penjanaan idea bergambar ilustrasi .
Penjanaan idea bergambar dalam saiz yang kecil dan banyak
Apakah proses tersebut ?
A Rough
B Thumbnail
C Rendering
D Comprehensive
40 Gambar rajah di bawah menunjukkan bahagian bangau perahu tradisional .
Apakah maksud tersirat bagi bangau tersebut?
A Simbol kepahlawanan
B Simbol persahabatan nelayan
C Simbol kesabaran seorang nelayan
D Simbol semangat mencari rezeki di laut
Soalan Tamat
SKEMA JAWAPAN :
MODUL 1
1 B 11 D 21 B 31 C
2 D 12 C 22 D 32 A
3 C 13 B 23 B 33 B
4 B 14 C 24 D 34 B
5 C 15 C 25 C 35 A
6 A 16 D 26 A 36 B
7 B 17 A 27 A 37 B
8 C 18 A 28 C 38 A
9 A 19 B 29 B 39 B
10 D 20 D 30 D 40 D