0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
7 tayangan6 halaman

Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam 2025

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengadakan Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Kali Ke-29 pada 29-30 September 2025 di Kuala Lumpur, dengan tema 'AI dan Pesona Diri: Kemandirian Di Era Infodemik'. Persidangan ini bertujuan untuk membahas isu-isu berkaitan kesihatan mental dan penggunaan teknologi AI. Para peserta diundang untuk menghadiri dan perlu mendapatkan kelulusan dari Ketua Jabatan masing-masing.

Diunggah oleh

Ahmad Fadzrul
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
7 tayangan6 halaman

Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam 2025

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengadakan Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Kali Ke-29 pada 29-30 September 2025 di Kuala Lumpur, dengan tema 'AI dan Pesona Diri: Kemandirian Di Era Infodemik'. Persidangan ini bertujuan untuk membahas isu-isu berkaitan kesihatan mental dan penggunaan teknologi AI. Para peserta diundang untuk menghadiri dan perlu mendapatkan kelulusan dari Ketua Jabatan masing-masing.

Diunggah oleh

Ahmad Fadzrul
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd

Ruj. Kami : JPA.600-21/2/4 JLD.

4 ( 47 )
Tarikh : 12 September 2025

- -
Ahmad Fadzrul Bin Zulkifli
- -
Tentera Udara Diraja Malaysia

YBhg. Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan,

UNDANGAN MENGHADIRI PERSIDANGAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN


AWAM KALI KE-29 TAHUN 2025 DAN SIMFONI SUARA HATI
Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara tersebut di
atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),


dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Pertubuhan Keselamatan
Sosial (PERKESO) akan menganjurkan Persidangan Psikologi Perkhidmatan
Awam Kali Ke-29 pada 29 hingga 30 September 2025 bertempat di
Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.
Persidangan ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri
Komunikasi.

3. Untuk makluman, persidangan ini mengangkat tema "AI dan Pesona


Diri: Kemandirian Di Era Infodemik". Pemilihan tema ini relevan dengan isu
semasa berhubung bagaimana individu dapat membina keperibadian yang
mandiri dan berdaya tahan di tengah ledakan maklumat, di samping
memanfaatkan teknologi AI secara bijaksana.

4. Sehubungan itu, Jabatan ini amat berbesar hati menjemput YBhg. Datuk/
Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan untuk menghadiri Persidangan Psikologi
Perkhidmatan Awam Kali Ke-29 dan Simfoni Suara Hati bagi menyelami
ilham dan getusan rasa individu yang berdepan cabaran dan realiti isu
kesihatan mental.
…2/-
Ruj. Kami : JPA.600-21/2/4 JLD 4 ( 47 )

5. Bersama-sama ini disertakan atur cara Persidangan Psikologi


Perkhidmatan Awam Kali Ke-29 dan Simfoni Suara Hati seperti di
LAMPIRAN A dan pas peserta di LAMPIRAN B untuk perhatian YBhg.
Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan jua. Kehadiran ke persidangan perlu
mendapat kelulusan Ketua Jabatan dan segala tuntutan perjalanan dan
penginapan sepanjang menghadiri persidangan tersebut adalah di
bawah tanggungjawab kementerian, jabatan dan agensi masing-masing.

6. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut berhubung persidangan ini,


pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi pegawai-
pegawai berikut:

i. Puan Zainab binti Haji Tambol


03-8885 5228 / [Link]@[Link]
ii. Puan Nurul Farhana binti Abdullah
03-8885 5160 / [Link]@[Link]

7. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan


amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, salam hormat.

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

(DR. ABDUL JALIL BIN HASSAN)


Pengarah
Bahagian Pengurusan Psikologi
b.p Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
MALAYSIA
Ruj. Kami : JPA.600-21/2/4 JLD 4 ( 47 )

LAMPIRAN A

ATUR CARA PERSIDANGAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM


KALI KE-29 TAHUN 2025, AUDITORIUM SERI ANGKASA KOTA
MEDIA ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR.
29 SEPTEMBER 2025 (ISNIN)

MASA PERKARA

8:00 pagi : Pendaftaran


8:30 pagi : Sesi Libat Urus

9:00 pagi : Sesi 1: “Telekomunikasi Inklusif, Media Beretika, Negara


Sejahtera”
YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa
Ketua Setiausaha kementerian Komunikasi

: Sesi 2 : Media Massa: Menjunjung Fakta @ Manipulasi


Emosi
YBhg. Datuk Suhaimi bin Sulaiman
Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia

: Sesi 3: “Di Balik Lensa Media dan Al: Tangan PERKESO


Menyambut Mereka Yang Terjatuh”
YBhg. Dato’ Sri Dr Mohammed Azman bin Aziz Mohammed
Ketua Eksekutif Pertubuhan Keslematan Sosial

10:30 pagi : Rehat


11:00 pagi : Podcast Bersama Pempengaruh Media Sosial
2:00 petang : “Seketika Bersama”
YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
3:00 petang : Majlis Perasmian
Lagu Negaraku dan Lagu Perkhidmatan Awam
Bacaan Ikrar Rukun Negara
Bacaan Doa
Montaj
Ucapan Perasmian oleh YB Menteri Komunikasi
Peluncuran Buku Kompendium Polisi Kesejahteraan Psikologi
Perkhidmatan Awam
Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pegawai Psikologi
4.30 petang : Bersurai
Ruj. Kami : JPA.600-21/2/4 JLD 4 ( 47 )

ATUR CARA SIMFONI SUARA HATI, AUDITORIUM SERI ANGKASA


KOTA MEDIA ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR.
29 SEPTEMBER 2025 (ISNIN)

MASA PERKARA

7.45 malam : Kehadiran peserta


8:00 malam : Kehadiran dif-dif jemputan
8:30 malam : Simfoni Suara Hati
10.30 malam : Majlis bersurai

ATUR CARA PERSIDANGAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM


KALI KE-29 TAHUN 2025, AUDITORIUM SERI ANGKASA KOTA
MEDIA ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR.
30 SEPTEMBER 2025 (SELASA)

MASA PERKARA

8:00 pagi : Pendaftaran


9:00 pagi : Forum:
AI dan Pesona Diri: Kemandirian di Era Infodemik
Panel 1:
YBrs. Dr. Abdul Jalil bin Hassan
Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA
Panel 2:
YBhg. Dato' Dr. Abdul Halim bin Mohd Hussin
Presiden Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia
(PERKAMA)
Panel 3:
YBrs. Prof. Madya Dr. Shazli Ezzat Hj. Ghazali
Presiden Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA)
Panel4:
YBrs. Dr. Ahmad Badruddin bin Abdullah
Presiden Persatuan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam
Malaysia (PSIPA)

10:30 pagi : Rehat


11:00 pagi : Sesi 4: “Di Persimpangan 2 Dunia Al dan Jiwa: Peranan
Kaunseling dalam Era AI”
Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia (PERKAMA)
Ruj. Kami : JPA.600-21/2/4 JLD 4 ( 47 )

: Sesi 5: “Catastrophic Psychology: Bila Teknologi


Menguji Kewarasan Manusia”
Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA)

: Sesi 6: “AI, Media Sosial dan Kita: Mencegah Krisis


Psikologi Modal Insan”
Persatuan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam Malaysia
(PSIPA)

1:00 petang : Rehat

2:30 petang : Perkongsian Bersama Selebriti Media Sosial dan PSIMA

3:30 petang : Refleksi

4.30 petang : Majlis Penutup & Bersurai


AHMAD FADZRUL BIN ZULKIFLI

Powered by TCPDF ([Link])

Anda mungkin juga menyukai