0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
5 tayangan4 halaman

Perasmian Wedding Showcase Mardhiyyah

Majlis Perasmian Eksklusif Wedding Showcase anjuran Mardhiyyah Hotel & Suites dan Chenta Concepts berlangsung dengan pendaftaran tetamu, ucapan aluan, dan perasmian oleh VIP. Acara ini juga termasuk sesi bergambar, lawatan ke tapak pameran, dan jamuan makan tengahari, serta memperkenalkan vendor-vendor perkahwinan yang terlibat. Wedding Showcase ini akan berlangsung selama dua hari dengan pelbagai pameran eksklusif perkahwinan.

Diunggah oleh

mukrisirkum
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
5 tayangan4 halaman

Perasmian Wedding Showcase Mardhiyyah

Majlis Perasmian Eksklusif Wedding Showcase anjuran Mardhiyyah Hotel & Suites dan Chenta Concepts berlangsung dengan pendaftaran tetamu, ucapan aluan, dan perasmian oleh VIP. Acara ini juga termasuk sesi bergambar, lawatan ke tapak pameran, dan jamuan makan tengahari, serta memperkenalkan vendor-vendor perkahwinan yang terlibat. Wedding Showcase ini akan berlangsung selama dua hari dengan pelbagai pameran eksklusif perkahwinan.

Diunggah oleh

mukrisirkum
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

Skrip Pengacara Majlis

Majlis Perasmian Eksklusif “Wedding Showcase”


Mardhiyyah Hotel & Suites X Chenta Concepts

10.00 pagi – Pendaftaran Tetamu

(Emcee belum masuk, hanya muzik latar lembut dimainkan)

10.45 pagi – Ketibaan Tetamu Jemputan & Rakan Media

“Para hadirin yang dihormati, dipersilakan untuk mengambil tempat di ruang yang telah
disediakan. Majlis akan bermula sebentar sahaja lagi. Terima kasih atas kehadiran tuan-
tuan dan puan-puan ke Majlis Perasmian Eksklusif Wedding Showcase anjuran Mardhiyyah
Hotel & Suites dengan kerjasama Chenta Concepts.”

11.15 pagi – Ketibaan VIP & Tetamu Kehormat

“Majlis dengan penuh hormat mengalu-alukan ketibaan VIP dan tetamu kehormat kita pada
pagi yang penuh bermakna ini. Para hadirin diminta untuk berdiri

“Hadirin yang dihormati diminta untuk kekal berdiri untuk menyanyikan lagu kebangsaan
**Negaraku** diikuti lagu rasmi Negeri Selangor.

11.30 pagi – Ucapan Aluan oleh Pengacara Majlis

“Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera sy ucapkan

YBhg. Dato’ Seri Haji Mohamed Rafik bin Haji Mohd Idris,
Pengarah Urusan Mardhiyyah Hotel & Suites,
Yang Amat Berbahagia Datin Seri Masdiana binti Muhamad,
Yang Dipertua PEKAWANIS,
Yg Berusaha Puan Alyssa Coraline Yussin
Pemangku Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre (Itc)
HAJAH MUNIRAH MOHAMED RAFIK
Timbalan Pengarah Urusan Mardhiyyah Hotel & Suites,
En Bahrun Ismara Nor
Pengurus Besar, Mardhiyyah Hotel & Suites,
para tetamu kehormat, rakan media, rakan vendor dan hadirin sekalian yang saya muliakan.

Selamat datang ke Majlis Perasmian Eksklusif Wedding Showcase anjuran Mardhiyyah


Hotel & Suites dengan kerjasama Chenta Concepts.

Bagi membuka majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon
keberkatan daripada Allah SWT.
Dengan itu, dipersilakan Ust. Sheikh Karim Fatoni untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.”
(Doa dibaca)
“Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. Terima kasih diucapkan.”

11.40 pagi – Ucapan Pembukaan

“Seterusnya, dengan penuh sukacitanya majlis mempersilakan


YBhg. Dato’ Seri Haji Mohamed Rafik bin Haji Mohd Idris, Pengarah Urusan Mardhiyyah
Hotel & Suites, untuk menyampaikan ucapan pembukaan. Dipersilakan.”

11.50 pagi – Ucapan Perasmian

“Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato’ Seri Haji Mohamed Rafik bin Haji Mohd Idris
atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian majlis.


Dengan segala hormatnya, dipersilakan
Yang Amat Berbahagia Datin Seri Masdiana binti Muhamad, Yang Dipertua PEKAWANIS
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.”

(Ucapan & Perasmian)

“Terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berbahagia Datin Seri. Mohon Datin Seri untuk
kekal di atas pentas untuk acara perasmian.

Majlis dengan penuh hormat menjemput YBhg. Dato’ Seri Hj Mohamed Rafik bin Hj Mohd
Idris serta Puan Alyssa Coraline Yussin untuk turut sama ke pentas bagi mengiringi Datin
Seri Masdiana untuk acara perasmian.”

Baiklah bagi acara perasmian(Part where Lampu tutup), Datin Seri Masdiana akan menekan
butang sebagai simbolik perasmian majlis

Kita akan mulakan dengan kiraan bersama… 3… 2… 1!

Maka dengan ini Eksklusif Wedding Showcase anjuran Mardhiyyah Hotel & Suites bersama
Chenta Concepts, dengan rasminya dilancarkan

12.10 tengah hari – Sesi Bergambar

Bagi menghargai kehadiran serta sokongan yang diberikan, majlis dengan penuh hormat
menjemput

HAJAH MUNIRAH MOHAMED RAFIK


Timbalan Pengarah Urusan Mardhiyyah Hotel & Suites,

En Bahrun Ismara Nor


Pengurus Besar, Mardhiyyah Hotel & Suites
,untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada VIP hari ini.

Saya menjemput Pn Munirah untk menyerahkan cenderamata kepada


Yang Amat Berbahagia Datin Seri Masdiana binti Muhamad
Seterusnya, Puan Alyssa Coraline Yussin.

“Majlis diteruskan lg dengan sesi bergambar. Dijemput juga wakil daripada vendor untuk
bergambar bersama.

12.15 tengah hari – Lawatan ke Tapak Pameran

“Seterusnya, majlis dengan penuh hormat menjemput para VIP, rakan media dan tetamu
jemputan untuk bersama-sama mengikuti lawatan eksklusif ke tapak pameran Wedding
Showcase yang telah disediakan.”

Sementara lawatan dijalankan, mari kita nikmati dendangan gamelan, alunan muzik
tradisional yang penuh kelembutan daripada ………………………….

1.00 petang – Jamuan Makan Tengahari & Bersurai

“Sebagai penutup tirai acara rasmi kita pada hari ini, Para VIP dijemput ke Jamuan Makan
Tengahari yang telah disediakan di Gasing 1 dan2.

Untuk makluman para tetamu, Wedding Showcase ini akan berlangsung selama dua hari,
iaitu hari ini dan esok bermula jam 10 pagi hingga 6 petang. Jangan lepaskan peluang untuk
menyaksikan pelbagai pameran eksklusif perkahwinan sepanjang tempoh ini.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


Yang Amat Berbahagia Datin Seri Masdiana binti Muhamad,
Yg Berusaha Puan Alyssa Coraline Yussin

Tetamu jemputan, rakan media dan vendor serta seluruh tetamu yang hadir memeriahkan
majlis.

Dengan itu, berakhirnya majlis perasmian kita hari ini bermulanya sebuah perjalanan indah.

Bersama kita raikan…

Majlis Idaman, Lokasi Impian, Pelamin Kasih, Kenangan Abadi

“Para hadirin yang saya hormati, Wedding Showcase kali ini turut diserikan dengan
penyertaan vendor-vendor hebat yang pastinya dapat melengkapkan hari bahagia anda.

Izinkan saya perkenalkan barisan vendor yang turut serta pada hari ini:
Ulala Production – jurugambar profesional yang sentiasa bersedia merakam detik
terindah anda.

Halim Asmuni – rekaan busana perkahwinan eksklusif yang menawan setiap pandangan.

The Mimpi Studio – pakar fotografi kreatif dengan sentuhan artistik tersendiri.

LL Eventsco & MH Hanafii Entertainment – penyelaras acara yang memastikan majlis


berjalan lancar dan penuh gaya.

Cambox – photobooth interaktif yang menghidupkan suasana dengan kenangan


bergambar.

Bayu Spa – pusat rawatan spa untuk memanjakan diri menjelang hari bersejarah anda.

Sebagai penganjur utama, Mardhiyyah Hotel & Suites sudah tidak asing lagi sebagai
lokasi pilihan eksklusif di Shah Alam.
Dengan kemudahan bertaraf lima bintang dan hidangan sajian istimewa, hotel ini
sentiasa menjadi lokasi idaman untuk majlis perkahwinan penuh bergaya.

Manakala rakan kolaborasi utama kita, Chenta Concepts, terkenal dengan sentuhan
dekorasi perkahwinan yang elegan dan memukau. Setiap hasil dekorasi mereka
membawa magis tersendiri, menjadikan setiap majlis lebih indah, penuh makna, dan
sukar dilupakan

Dengan itu, majlis menjemput semua tetamu untuk melawat booth pameran vendor-
vendor ini dan menikmati sendiri tawaran menarik yang mereka sediakan.

Anda mungkin juga menyukai