0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
11 tayangan9 halaman

Tindak Balas Kecemasan di TASKA

Dokumen ini adalah kertas penerangan mengenai program pengajian awal kanak-kanak dengan fokus pada keselamatan di TASKA. Ia merangkumi langkah-langkah untuk mengenal pasti situasi kecemasan, merekod insiden, dan mematuhi peraturan keselamatan. Aspek penting termasuk tindakan yang perlu diambil semasa kecemasan dan penyediaan persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak.

Diunggah oleh

Rohaiza Che Omar
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
11 tayangan9 halaman

Tindak Balas Kecemasan di TASKA

Dokumen ini adalah kertas penerangan mengenai program pengajian awal kanak-kanak dengan fokus pada keselamatan di TASKA. Ia merangkumi langkah-langkah untuk mengenal pasti situasi kecemasan, merekod insiden, dan mematuhi peraturan keselamatan. Aspek penting termasuk tindakan yang perlu diambil semasa kecemasan dan penyediaan persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak.

Diunggah oleh

Rohaiza Che Omar
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E 14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


PROGRAM /
PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK
PROGRAM’S CODE &
NAME
TAHAP / LEVEL L3

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
HAK1043 : SAFETY IN TASKA
COMPETENCY UNIT
NO. AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. CONDUCT SAFETY AWARENESS ACTIVITIES


AKTIVITI KERJA / 2. RESPOND TO EMERGENCY SITUATION
WORK ACTIVITIES NO. 3. MAINTAIN FIRST AID BOX
AND STATEMENT 4. CHECK SAFETY OF FACILITIES

Muka / Page : 1
NO. KOD/CODE NUM. HAK1043 P(2/4)
Drpd/of : 9

TAJUK : TINDAKBALAS TERHADAP SITUASI KECEMASAN

TUJUAN :
1. Mengenal pasti situasi-situasi kecemasan.
2. Merekod insiden kecemasan.
3. Mengenal pasti notis dan memilih notis maklum balas kecemasan,
keselamatan dan prosedur kawalan.
4. Mematuhi peraturan dan permintaan kepada kesihatan, persekitaran dan
keselamatan.
NO KOD : HAK1043 HAK1043 P (2/4) Muka : 2 Drpd : 9

PENGENALAN

Kanak-kanak merupakan nadi utama kepada sesebuah TASKA. TASKA


merupakan tempat dimana perkembangan dan tahap kebolehan kanak-kanak
dikenalpasti dan digilap. Namun begitu aspek keselamatan tidak boleh dipandang
mudah oleh pihak pengusaha mahupun pendidik. Ia merupakan satu aspek penting
di mana kanak-kanak ini lebih mudah terdedah kepada bahaya tidak kira dimana
sahaja. Antara aspek keselamatan di TASKA yang harus diberi perhatian ialah dari
aspek penyediaan persekitaran yang kondusif, keselamatan pencegahan kebakaran
dan keselamatan diri semua individu yang berada di TASKA. Kemahiran dalam
mengendalikan aspek keselamatan dan juga latihan dalam mengawal waktu
kecemasan sangat penting diterapkan dalam kalangan personel di setiap TASKA.

1.0 MENGENALPASTI SITUASI-SITUASI KECEMASAN

1.1 Kenalpasti situasi kecemasan


Pendekatan yang pantas tetapi tenang dan terkawal.
Keutamaan adalah mengenalpasti sebarang risiko terhadap diri, mangsa dan
orang ramai.
Lakukan penilaian ke atas sumber-sumber yang ada dan jenis bantuan untuk
merawat mangsa.
Nyatakan kemahiran pertolongan cemas yang dimiliki.
Laksanakan tanggungjawab dengan tenang.

1.2 Tindakan ketika kecemasan


a. Menilai situasi kecemasan
Menilai dengan pantas dan tenang keadaan atau tempat peristiwa itu
berlaku.
Memerhatikan keadaan sekitar dan mengawasi lain-lain bahaya
terhadap diri dan mangsa.
Hindarkan diri anda dari sebarang risiko.
NO KOD : HAK1043 HAK1043 P (2/4) Muka : 3 Drpd : 9

b. Memastikan kawasan kecemasan selamat


Pastikan keselamatan diri sebelum melakukan pertolongan terhadap
mangsa.
Cuba hindarkan mangsa dari bahaya iaitu pindahkan mangsa dari
tempat yang dikhuatiri mendatangkan bahaya.
Jangan bertindak sendiri jika di luar kemampuan anda.
Awasi diri dan mangsa agar tidak terdedah pada masa-masa
kemungkinan bahaya.

c. Menilai semua kecederaan dan memberi pertolongan cemas


Cuba melindungi mangsa dari sebarang bahaya. Nilai mangsa dengan
kaedah pemulihan pernafasan ABC dan dapatkan bantuan dengan
segera.
Pastikan keadaan mangsa yang tercedera sama ada :
 Sedar sepenuhnya atau tidak
 Masih bernafas tetapi tidak sedarkan diri
 Tidak bernafas tetapi mempunyai denyutan nadi
 Tidak mempunyai nadi

d. Meminta bantuan
Segera pastikan pertolongan pakar telah dipanggil dan di dalam
perjalanan.
Sementara bantuan tiba pastikan anda mendapat pertolongan dari
orang lain untuk memastikan beberapa perkara iaitu :
 Memastikan kawasan kemalangan selamat
 Membuat panggilan kecemasan
 Mendapatkan peralatan pertolongan cemas
 Mengawal lalu lintas atau keadaan kemalangan
 Mengawal pendarahan atau menyokong tubuh mangsa
 Membantu mengalihkan mangsa ke tempat yang difikirkan
selamat
NO KOD : HAK1043 HAK1043 P (2/4) Muka : 4 Drpd : 9

1.3 Tindakan semasa menghadapi keadaan kecemasan


a. Faktor D.R A.B.C
D – pastikan mangsa berada di dalam keadaan dan tempat yang
selamat (danger)
R – cuba pastikan mangsa bertindak balas terhadap panggilan anda
(response)
A – periksa saluran pernafasan untuk memastikan tidak tersekat atau
tersumbat akibat dari lidah, cecair dari anggota badan atau sekitarnya
atau benda : seperti gigi palsu dan gula-gula etc (check airways)
B – periksa pernafasan mangsa (check breathing)
C – peredaran darah (circulation)

b. Teknik SAFE
S – Summon/shout for help (dapatkan bantuan). Dalam kebanyakkan
kes, lebih daripada seorang pembantu diperlukan.
A – Approach with care & assess the situation (lakukan pendekatan
dengan berhati-hati dan menilai keadaan tersebut)
F – Free from danger (bebas dari bahaya)
E – Evaluate casualty’s condition (menilai keadaan pesakit)

c. Faktor R.I.C.E
R – rehat (rest)
I – ais (ice)
C – balutan yang dapat mengawal pergerakkan (compressed)
E – meninggikan tempat yang tercedera (elevation)

1.4 Tindak balas terhadap situasi kecemasan


Satu situasi bahaya/cemas yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak dijangka.
Situasi ini memerlukan pengasuh bertindak pantas, dapat mengawal perasan
supaya tidak panik dan mempunyai pengetahuan asas dalam bidang rawatan
kecemasan. Ia bertujuan untuk mengurangkan kadar kecederaan yang
berlaku sebelum bantuan sebnar diberikan, menyelamat nyawa dan
menyelamatkan harta benda.
NO KOD : HAK1043 HAK1043 P (2/4) Muka : 5 Drpd : 9

1.5 Situasi kecemasan yang mungkin berlaku di TASKA


Pelbagai jenis kecemasan yang boleh berlaku di taska, disebabkan
demikianlah setiap pengasuh perlu diberi latihan rawatan kecemasan supaya
dengan adanya pengetahuan ini sekurang-kurangnya dapat mengelakkan
kecederaan atau kemalangan itu menjadi semakin teruk.

Situasi-situasi kecemasan yang berlaku di taska boleh dibahagikan kepada


dua bahagian iaitu melibatkan kanak-kanak dan yang kedua situasi melibatkan
persekitaran.

Melibatkan Kanak-Kanak Persekitaran

 Terjatuh  Kebakaran
 Tercekik  Ancaman haiwan liar
 Luka  Tanah runtuh
 Lemas  Pencerobohan daripada orang yang
 Hidung berdarah dikenali
 Patah  Ancaman daripada pesakit mental
 Tersedak susu
 Pengsan

1.6 Mengenal pasti tahap kecederaan


Sebagai seorang pengasuh yang terlatih, jika berlaku situasi kecemasan
pastikan dahulu tahap kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak tersebut.
Samada kecederaan tersebut ringan atau serius. Dengan mengetahui tahap
kecederaan tersebut, pengasuh dapat mengambil tindakan awal dengan
memberi rawatan awal kepada kanak-kanak.
NO KOD : HAK1043 HAK1043 P (2/4) Muka : 6 Drpd : 9

2.0 MEREKOD INSIDEN KECEMASAN

2.1 Laporan insiden kecemasan


Jika terjadi insiden kecemasan seperti kanak-kanak menghadapi kecederaan
serius dan memerlukan rawatan lanjut :
a. Pengasuh perlu memaklumkan dahulu kepada pihak pentadbir.
b. Bersihkan kecederaan dengan antiseptik.
c. Membubuh ubat yang sesuai.
d. Hubungi ibu bapa/penjaga kanak-kanak tersebut dan terus bawa untuk
mendapatkan rawatan.
e. Rekodkan setiap kemalangan kecil atau besar.
f. Sekiranya kecederaan/kemalangan yang berlaku serius, pastikan saksi
dicatat.
g. Sediakan laporan kecederaan individu untuk diserahkan kepada ibu
bapa/penjaga.

2.2 Rekod Kemalangan


a. Satu rekod kemalangan hendaklah disediakan di tempat kerja.
b. Butiran yang harus direkodkan seperti yang ditunjukkan dalam jadual di
bawah.

Bil Tarikh Masa Nama Jenis kemalangan Tindakan


1 01.02.18 9.45 pg Ani Binti Ali Luka terkena pisau Cuci dan balut luka
2
3

c. Boleh di tambahkan ruangan saksi pada jadual di atas.

2.3 Contoh Borang Laporan Kecederaan Individu


TASKA: ____________________________________

LAPORAN KECEDERAAN INDIVIDU

Nama Kanak-Kanak : __________________________________________________


Umur Kanak-Kanak : __________________________________________________
Tarikh Kejadian : __________________________________________________
Masa Kejadian : __________________________________________________

Nama Waris : __________________________________________________


NO KOD : HAK1043 HAK1043 P (2/4) Muka : 7 Drpd : 9

3.0 MENGENALPASTI NOTIS DAN MEMILIH NOTIS MAKLUM BALAS


KECEMASAN, KESELAMATAN DAN PROSEDUR KAWALAN YANG SESUAI
NO KOD : HAK1043 HAK1043 P (2/4) Muka : 8 Drpd : 9

Contoh simbol arahan

4.0 MEMATUHI PERATURAN KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA.

4.1 Tempat kerja yang selamat mestilah mempunyai


Poster keselamatan dipamerkan.
Pelan laluan kecemasan/kebakaran.
- Pelan hendaklah di tampal di dinding yang mudah dilihat.
Menyediakan peraturan di tempat kerja.
Alat pemadam api.
- Menyediakan panduan menggunakan alat pemadam api.
Peti kecemasan/peti ubat.
- Perlu dipamer agar mudah dicapai.
- Perlu dikemaskini dan diperiksa selalu.
NO KOD : HAK1043 HAK1043 P (2/4) Muka : 9 Drpd : 9

Anda mungkin juga menyukai