NAMA : …………………………………………………………………………
TINGKATAN : …………………………………………………………………
NAMA GURU RBT: ………………………………………………………………
UJIAN PENGUASAAN 1 TAHUN 2022
TINGKATAN 3 PEMARKAHAN PERATUS
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI Bahagian A /10
MEI 2022 Bahagian B /30
1 JAM Bahagian C /10
JUMLAH /50
Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak.
Bahagian A
( 10 markah )
Jawab semua soalan. Hitamkan jawapan pada ruangan jawapan yang disediakan.
1. Yang manakah antara berikut merupakan produk mekatronik ?
A. Alat kawalan kereta C. Vakum
B. Kipas siling D. Mesin basuh automatik
2. Pernyataan berikut merupakan tentang Revolusi Industri.
Penemuan tenaga elektrik yang membolehkan produk
dihasilkan dalam kuantiti lebih besar dan cepat.
Pernyataan di atas merujuk kepada…
A. Revolusi Industri 1.0 C. Revolusi Industri 3.0
B. Revolusi Industri 2.0 D. Revolusi Industri 4.0
3. Antara yang berikut, yang manakah teras dalam Revolusi Industri 4.0?
I. Imbuhan III. Realiti terimbuh
II. Siar raya IV. Persepaduan sistem
A. I dan II C. II dan III
B. I dan III D. III dan IV
4. Siapakah yang memperkenalkan konsep mekatronik ?
A. Takajima Mori C. Tetsuro Mori
B. Takoyaki Mori D. Totemo Mori
5. Rajah 1 menunjukkan suatu produk mekatronik.
Rajah 1
Yang berikut merupakan contoh arahan sistem elektronik yang digunakan pada
produk kecuali..
A. On/Off C. Restart
B. Start D. Pause
1
6. Apakah contoh peranti input yang digunakan dalam sistem elektronik pada suatu
produk mekatronik?
I. Suis tekan buka III. Pembaz
II. Penderia pergerakan IV. Lampu LED
A. I dan II C. II dan III
B. I dan III D. III dan IV
7. Yang manakah antara berikut merupakan bahasa pengaturcaraan berbentuk blok yang
sering digunakan ?
A. C++ C. mBlok
B. Java D. Python
8. Apakah yang ditunjukkan dalam Rajah 2 dibawah?
Rajah 2
A. Analisis berantai C. Model fungsi
B. Gambar rajah blok D. Lakaran
9. Apakah ujian yang dilakukan untuk menguji kefungsian produk?
A. Ujian kefungsian C. Ujian prototaip
B. Ujian parameter D. Ujian simulasi
10. Pernyataan berikut merupakan tentang elemen mekatronik sesebuah produk.
Merupakan susunan dan sambungan fizikal komponen seperti
perintang, diod, papan litar, suis dan penderia dalam suatu
litar bagi menjalankan operasi sesuatu sistem.
Maklumat tersebut merujuk kepada elemen…
A. Sistem elektrik
B. Sistem elektronik
C. Sistem mekanikal
D. Sistem kawalan dan pengaturcaraan
Hitamkan jawapan pada ruangan jawapan yang disediakan.
1. A B C D 6. A B C D
2. A B C D 7. A B C D
3. A B C D 8. A B C D
4. A B C D 9. A B C D
5. A B C D 10. A B C D /10
2
Bahagian B
( 30 markah )
Jawab semua soalan.
1. Tandakan ( √ ) bagi takrifan reka bentuk mekatronik yang betul dan ( X ) bagi yang
salah pada petak yang disediakan.
Reka bentuk produk atau sistem yang menggunakan satu proses kawalan
atau pemindahan tenaga melalui pergerakan mekanikal.
Reka bentuk produk atau sistem yang menggabungkan disiplin ilmu
elektrik, mekanikal, elektronik, kawalan dan pengaturcaraan untuk
mencapai tujuan yang dikehendaki.
Reka bentuk produk atau sistem yang menggabungkan disiplin ilmu
elektronik, mekanikal dan pengaturcaraan untuk mencapai tujuan yang
dikehendaki.
( 3 markah )
2. Tandakan ( √ ) pada konsep Sembilan teras dalam Revolusi Industri 4.0 yang betul
dan ( X ) bagi yang salah pada petak yang disediakan.
Robot berautonomi
Simulasi
Mengaplikasi daya
( 3 markah )
3. Padankan pernyataan yang berikut dengan peringkat Revolusi Industri yang tepat
dengan menulis A, B, C dan D di ruang yang disediakan.
A Penggunaan meluas reka bentuk elektronik.
B Penggunaan reka bentuk mekanikal bagi menggantikan tenaga manusia.
Gabungan reka bentuk mekatronik bersama Internet benda. data raya dan
C
pengkomputeran awan.
Penemuan tenaga elektrik yang membolehkan produk dihasilkan dalam
D
kuantiti yang lebih besar dan cepat.
Revolusi Industri 1.0
Revolusi Industri 2.0
Revolusi Industri 3.0
Revolusi Industri 4.0
( 4 markah )
4. Nyatakan dua produk mekatronik yang terdapat di pasaran.
I. _____________________________________________
II. _____________________________________________
( 2 markah )
3
5. Setiap elemen mekatronik bergabung bagi membolehkan produk berfungsi dengan
berkesan.
A Sistem elektrik
B Sistem kawalan
C Sistem mekanikal
Padankan sistem di atas dengan fungsinya dalam produk mekatronik dengan menulis
A, B, dan C di ruang yang disediakan.
Membekalkan arus elektrik.
Mengawal atur tindakan bagi membolehkan produk mekatronik berfungsi.
Memindahkan suatu sumber gerakan kepada bentuk yang lain.
( 3 markah )
6. Rajah 3 adalah gambar rajah blok mesin basuh automatik.
Rajah 3
Nyatakan X, Y dan Z.
X : __________________________________
Y : __________________________________
Z : __________________________________
( 3 markah )
7. Tandakan ( √ ) pada konsep cyberphysical yang betul dan ( X ) bagi yang salah pada
petak yang disediakan.
Mengawal dan mengurus operasi industri dengan mengguna pakai sistem
mekatronik, Internet benda, data raya, pengkomputeran awan dan
kecerdasan buatan.
Suatu lukisan yang mewakili litar atau elemen yang dilukis dalam bentuk
blok.
Menggunakan arus elektrik, sama ada arus terus atau arus ulang-alik
sebagai sumber bekalan kuasa.
( 3 markah )
4
8. Berikut adalah komponen mekanikal.
A Galas bebola
B Bindu
C Rantai
Padankan komponen mekanikal itu dengan menulis A, B dan C pada petak yang
disediakan.
Sebagai pengantara bagi penghantaran kuasa antara dua gear
Untuk memegang dan mencengkam mata gerudi
Untuk mengurang geseran dan melancarkan pergerakan
( 3 markah )
9. Padankan komponen elektronik dengan fungsi yang betul.
Pembaz Menghasilkan cahaya
Lampu LED Mengeluarkan bunyi
Penderia inframerah Mengesan jarak dan halangan
( 3 markah )
10. Tandakan ( √ ) pada komponen elektronik yang betul dan ( X ) bagi yang salah pada
petak yang disediakan.
Kapasitor
Tali sawat
Perintang
( 3 markah )
5
Bahagian C
( 10 markah )
Jawab semua soalan.
1. Rajah 4 menunjukkan gambar rajah blok bagi sebuah kereta kawalan jauh.
Rajah 4
Berdasarkan rajah di atas,
a) Nyatakan bahagian yang berfungsi menerima dan menghantar isyarat untuk
di bahagian proses.
_______________________________________________________________
( 1 markah )
b) Terangkan langkah-langkah proses penambahbaikan bagi sebuah kereta
kawalan jauh.
i. _________________________________________________________
ii. _________________________________________________________
iii. _________________________________________________________
iv. _________________________________________________________
v. _________________________________________________________
vi. _________________________________________________________
( 6 markah )
c) Kereta kawalan jauh tiada fungsi tambahan untuk mengelak daripada
halangan.
Kereta kawalan jauh tiada lampu untuk pencahayaan ketika berada dalam
kawasan gelap.
Berdasarkan pernyataan di atas, cadangkan tiga komponen yang boleh
ditambah pada kereta kawalan jauh tersebut.
i. _________________________________________________________
ii. _________________________________________________________
iii. _________________________________________________________
( 3 markah )
******************************* TAMAT ********************************