Terapi Main
Apa itu terapi main?? -Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. -Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masinf-masing. -Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar. -Terapi main membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan. Konsep terapi bermain melalui bermain kanak-kanak lebih mengenali dunia ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain kanak-kanak berpeluang meneroka identiti masing-masing Tujuan terapi bermain mengurangkan masalah tingkah laku meningkatkan komunikasi mampu menilai diri sendiri meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang Kelebihan terapi bermain Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri Membolehkan melahirkan masalah Menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan Proses terapi bermain Tahap satu : rasa diterima akibat hubungan erat yang terbina Tahap dua : luahan perasaan secara yang terpendam secara catharsis Tahap tiga : penerokaan peristiwa Tahap empat : bertindak ke atas penyelesaian yang dipilih Pelaksanaan melaksanakan terapi main 1) bilik terapi
Kelengkapan bilik terapibersesuaian bergantung kepada kesesuaian kanakkanak Disertakan dengan bahan-bahan resos, alatan asas seperti rak buku, cermin, almari dan lain-lain
2) media mainan (kritirea)
Mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan kanak-kanak Peluang untuk menguji realiti kanak-kanak Membekalkan kanak-kanak dengan cara yang boleh diterima untuk meluahkan perasaan yang tidak diingini Mudah dimanipulasi oleh kanak-kanak 3) Kategori mainan Mainan mencirikan kehidupan sebenar
- set permainan pekejaan seperti polis, doktor dan tukang masak - set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon
Mainan bercirikan luahan perasaan agresi Gari Penukul peralatan militari topeng Mainan bercirikan luahan perasaan an kreatif
o o o o o o o o
Crayon Playdoh Kad boneka bekas air
KONSEP BERMAIN Permainan ialah suatu gerak kerja yang mengembangkan fizikal dan mental mengikut peraturan-peraturan tertentu. Kanak-kanak lebih tertarik dan sangat berminat membuat sesuatu aktiviti atau penyelesaian masalah dengan cara bermain. Permainan selalunya dikaitkan dengan kanak-kanak yang dianggap oleh orang dewasa sebagai satu perbuatan yang membuang masa dan tidak produktif. Sebaliknya jika kita kaji, permainan adalah satu aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan sahsiah pertumbuhan fizikal dan ia adalah keperluan khas kanak-kanak. Mengikut Kamus Dewan bermain adalah suatu yang dilakukan oleh seseorang untuk bersenang lenang dan bersuka-suka dengan menggunakan alatan ataupun [Link] selalunya digunakan sebagai alat hiburan dan keseronokan semasa mempelajari sesuatu kemahiran. Semasa bermain mereka menggunakan pancaindera dan minda, yang tidak secara langsung menuju ke arah pembelajaran menyelesaikan masalah. Bermain menampakkan suatu proses yang mendatangkan kesukaan. Dengan kata lain kanak-kanak itu akan membuat sesuatu kerana ia suka berbuat demikian dan berhenti apabila dia telah bosan, maka aktiviti-aktiviti tersebut boleh dikatakan bermain. Caplan and Caplan (1973), mentakrifkan bermain sebagai penentu penting bagi perkembangan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek. Aktiviti-aktiviti bermain dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan. Apabila konsep main dicantumkan dengan belajar, maka ia menjadi belajar melalui bermain. Sebagai contoh apabila kanak-kanak itu bermain sesuatu permainan sahibba, mereka dapat membina dan menambah perbendaharaan kata dan aktiviti matematik iaitu menjumlah setiap markah yang di perolehi. Sahsiah yang baik juga terbentuk melalui kerjasama, toleransi, saling hormat menghormati dan bersedia menerima kekalahan.
KONSEP TERAPI PERMAINAN Terapi permainan adalah suatu terapi interaksi sosial yang menyediakan kesempatan untuk belajar keterampilan sosialemosional dan meningkatkan ketahanan emosional. Sementara kebanyakan anak belajar keterampilan sosial dari mengamati orang lain atau melalui instruksi yang eksplisit, yang lain belum belajar dan memerlukan pengajaran tambahan, latihan dan pembinaan.
CADANGAN MEMULAKAN TERAPI PERMAINAN 1. Pilih tempat /persekitaran yang kondusif: Mulakan dengan dekorasi yang kondusif, seperti meletakkan tikar getah sebagai penanda itu kawasan bermain, meminimakan gangguan bunyi dan visual seperti TV dan radio. Berikan mereka rasa selesa untuk bermain. 2. Pilih masa yang sesuai untuk bermain.:
Pilih masa yang sesuai bukan masa mereka keletihan atau tidur makan mereka sebaliknya pilihlah masa selepas tidur atau masa segar mereka. Semasa bermain, apabila kanak-kanak ini kelihatan bosan dan letih, usah paksa mereka untuk meneruskannya. Ambil masa selang 5 minit misalnya dan menambah tempoh tersebut. Cara ini bukan sahaja menimbulkan minat bermain mereka namun juga memanjangkan tumpuan mereka menyiapkan aktiviti bermain itu..
3. Gantikan alat permainan baru. Mulakan dengan alat permainan mudah dan yang menarik minat mereka dan secara beransur-ansur tambahkan alat permainan tersebut sesuai denngan perkembangan kognitif mereka. 4. Fleksibel Aktiviti bermain bukan sahaja pada masa dan tempat tertentu atau yang telah ditetapkan sahaja. Aktiviti bermain boleh dilaksanakan ketika shopping, memandu, membuat kek, ketika membasuh rumah atau menyidai kain dll.
5. Lepaskan mereka. Setelah kita memberikan sokongan dan peranan ketika bermain bersama, beri mereka peluang bebas untuk melakukan aktiviti yang mereka mahu lakukan sehinggahlah mereka mahu keterlibatan kita(ibu bapa@guru). Terapi Bermain Bagi Rawatan Kanak-kanak Penting KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Terapi secara bermain bagi kanak-kanak adalah penting supaya mereka tidak mengalami trauma semasa dirawat di hospital, kata Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain. Beliau berkata oleh itu pihak penjagaan kesihatan profesional awam dan swasta perlu menyediakan pusat rawatan yang mesra keluarga kepada kanak-kanak yang menjalani rawatan. "Profesional dalam penjagaan kesihatan perlu mengetahui keperluan dalam penjagaan kesihatan di kalangan kanak-kanak kerana semasa dirawat di hospital, mereka boleh merasa tekanan dan trauma kerana tidak lagi berada di persekitaran rumah sendiri," katanya semasa melancarkan bengkel terapi bermain untuk penjagaan kesihatan kanak-kanak, di sini hari Jumaat. Dr Zaininah berkata kanak-kanak tidak akan merasa takut dan bimbang apabila bermain. "Semasa terapi, mereka boleh bermain dengan permainan alat perubatan, anak patung, patung binatang dan membaca buku mengenai pengalaman penjagaan kesihatan," katanya.
Beliau berkata bengkel tersebut merupakan inisiatif Persatuan Kebangsaan Penjagaan Kesihatan Kanak-kanak bagi menggalakkan persekitaran mesra kanak-kanak di pusat-pusat penjagaan kesihatan.