0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
3 tayangan4 halaman

Rancangan Pengajaran Kesenian Tahun 4-5

Dokumen ini adalah rancangan pengajaran harian untuk pelbagai subjek bagi tahun 4 hingga tahun 5, termasuk Pendidikan Kesenian, Sejarah, dan Muzik. Setiap rancangan merangkumi tajuk, standard, objektif pembelajaran, dan aktiviti yang dirancang untuk mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Fokus utama adalah pada penguasaan kemahiran seni visual, pemahaman sejarah, dan penguasaan nyanyian serta tempo dalam muzik.

Diunggah oleh

g-64408312
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
3 tayangan4 halaman

Rancangan Pengajaran Kesenian Tahun 4-5

Dokumen ini adalah rancangan pengajaran harian untuk pelbagai subjek bagi tahun 4 hingga tahun 5, termasuk Pendidikan Kesenian, Sejarah, dan Muzik. Setiap rancangan merangkumi tajuk, standard, objektif pembelajaran, dan aktiviti yang dirancang untuk mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Fokus utama adalah pada penguasaan kemahiran seni visual, pemahaman sejarah, dan penguasaan nyanyian serta tempo dalam muzik.

Diunggah oleh

g-64408312
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESENIAN

TAHUN 4
MINGGU 24 TARIKH 5/8/2025 (SELASA)
MASA 11.30-12.30 KELAS 4
TAJUK Larian Riang Ria
STANDARD 1.1 Bahasa Seni Visual
KANDUNGAN 2.1 Kemahiran Seni Visual
STANDARD 1.1 Mengenal pasti dan membanding beza bahasa seni visual yang ada
PEMBELAJARAN pada karya dalam Bidang Menggambar: (poster)
2.1.3 Mengaplikasikan bahasa seni visual pada karya poster dalam Bidang
Menggambar melalui penerokaan:
• (i) media dan teknik menggunakan gabungan lukisan dan montaj
• (ii) proses pengkaryaan

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran, murid dapat:


PEMBELAJARAN
1. Mengenal pasti dan membanding beza unsur seni dan prinsip rekaan
dalam pelbagai contoh poster.
2. Menghasilkan poster bertemakan “Larian Riang Ria” menggunakan
gabungan lukisan dan montaj.
3. Mengaplikasikan bahasa seni visual dengan teknik yang betul dalam
penghasilan karya.
AKTIVITI 1. Guru tayangkan beberapa contoh poster berkaitan larian, kesihatan dan
keceriaan. Murid menjawab soalan: “Apa yang anda lihat dalam poster ini?”,
“Apakah tujuan poster ini?”
2. Murid mengenal pasti unsur seni (warna, garisan, rupa) dan prinsip
rekaan (kontra, penegasan) dalam poster yang ditayangkan. Guru
membimbing murid membanding beza antara beberapa poster.
3. Murid diberi tema “Larian Riang Ria” dan diminta merancang poster mereka.
Guru menerangkan cara menggunakan teknik gabungan lukisan dan
montaj.
4. Murid menghasilkan poster mereka menggunakan lukisan dan montaj.
Guru membimbing dari aspek susun atur, warna, dan penekanan tema.
5. Beberapa murid membentangkan hasil karya mereka.
Guru membuat rumusan dan memberi pujian serta maklum balas
membina.

____/_____ murid dapat mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.


REFLEKSI
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESENIAN
TAHUN 5
MINGGU 24 TARIKH 6/8/2025 (RABU)
MASA 10.30-11.30 KELAS 5
TAJUK Pungguk Rindu Akan Bulan
STANDARD 1.1 Bahasa Seni Visual
KANDUNGAN 2.1 Kemahiran Seni Visual
STANDARD 1.1.1 Menginterpretasi bahasa seni visual yang ada pada karya dalam
PEMBELAJARAN bidang menggambar:
(i) kolaj dan gurisan
2.1.1 Meneroka penghasilan karya gabungan kolaj dan gurisan dalam
bidang menggambar dari aspek:
(i) bahasa seni visual
(ii) pelbagai media
(iii) teknik dan proses

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran, murid dapat:


PEMBELAJARAN
1. Menginterpretasi unsur seni dan prinsip rekaan yang terdapat dalam
karya kolaj dan gurisan.
2. Meneroka dan mengaplikasikan teknik kolaj dan gurisan secara kreatif.
3. Menghasilkan karya bertemakan “Pungguk Rindu Akan Bulan”
menggunakan pelbagai media secara gabungan.

AKTIVITI 1. Guru berkongsi cerita atau puisi pendek bertajuk “Pungguk Rindu Akan
Bulan”. Murid diminta bayangkan suasana malam yang tenang dan seekor
burung yang memandang bulan.
2. Guru menerangkan maksud kolaj dan gurisan. Murid meneliti contoh karya
dan menginterpretasi bahasa seni visual (garisan, rupa, warna, kontra).
3. Murid mencuba teknik gurisan di atas permukaan yang sesuai (kertas lilin
atau kertas warna gelap). Kemudian murid menggunting dan menyusun
imej kolaj seperti pokok, burung, bulan, latar malam.
4. Murid menghasilkan karya kolaj-gabungan gurisan bertema “Pungguk
Rindu Akan Bulan”. Guru membimbing penggunaan media, penekanan
pada ekspresi dan susun atur visual.
5. Murid berkongsi hasil karya mereka. Guru memberi maklum balas dan
pujian.

____/_____ murid dapat mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.


REFLEKSI
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SEJARAH
TAHUN 4
MINGGU 24 TARIKH 5/8/2025 (SELASA)
MASA 8.10-9.10 KELAS 4
TAJUK ZAMAN AIR BATU
STANDARD 2.1 Zaman Air Batu
KANDUNGAN
STANDARD 2.1.1 Menyatakan maksud Zaman Air Batu.
PEMBELAJARAN 2.1.2 Menyenaraikan garis masa Zaman Air Batu.

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran, murid dapat:


PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan maksud Zaman Air Batu dengan betul.
2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga peringkat garis masa Zaman Air
Batu dengan tepat.

AKTIVITI 1. Guru memaparkan gambar keadaan muka bumi diliputi ais. Murid meneka
apakah yang sedang berlaku dalam gambar tersebut.
2. Guru menerangkan maksud Zaman Air Batu. Murid mencatat definisi dalam
buku nota.
3. Guru memperkenalkan garis masa Zaman Air Batu. Murid menyusun kad
imbas peringkat garis masa mengikut turutan.
4. Murid membina garis masa mini dalam buku atau kertas manila berdasarkan
maklumat yang dibincangkan.
5. Murid menyebut semula maksud Zaman Air Batu dan menyenaraikan peringkat
garis masa.
____/_____ murid dapat mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.
REFLEKSI
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MUZIK
TAHUN 1
MINGGU 24 TARIKH 7/8/2025 (KHAMIS)
MASA 9.10-9.40 KELAS 1
TAJUK Lari Sang Tikus, Lari!
STANDARD 2.1 Nyanyian
KANDUNGAN
STANDARD 2.1.3 Bernyanyi mengikut tempo
PEMBELAJARAN
OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
PEMBELAJARAN
1. Menyanyikan lagu "Tikus dan Helang" dengan sebutan jelas.
2. Mengaplikasikan nyanyian dan gerakan mengikut tempo yang betul.

AKTIVITI 1. Guru menunjukkan gambar tikus dan helang. Bertanya kepada murid: “Apa
yang kamu tahu tentang tikus dan helang?”
2. Guru memperdengarkan lagu "Tikus dan Helang" menggunakan audio /
nyanyian contoh. Murid mendengar dan mengenal pasti tempo lagu.
3. Guru mengajar lirik secara berulang (kaedah “call & response”). Murid
menyanyi bersama guru dengan menepuk tangan mengikut tempo. Guru
menambah gerakan mudah seperti berlari di tempat semasa bahagian “lari
sang tikus”.
4. Murid menyanyi sambil melakukan gerakan kreatif secara berkumpulan.
Guru mengubah tempo (laju / perlahan) untuk melihat keupayaan murid
mengikut tempo.
5. Murid dan guru menyanyi sekali lagi bersama gerakan. Guru membuat
rumusan: kepentingan mengikut tempo dalam nyanyian.
/ murid dapat mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.
REFLEKSI

Anda mungkin juga menyukai