0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
5 tayangan13 halaman

Soalan Ujian Seni Visual dan Reka Bentuk

Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
5 tayangan13 halaman

Soalan Ujian Seni Visual dan Reka Bentuk

Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

ARAHAN: Jawab semua soalan di bawah pada kertas jawapan yang disediakan

1. Olahan garisan dapat menimbulkan

A jalinan, ruang, warna dan bentuk


B ton, bentuk, pergerakan dan warna
C ton, warna, jalinan dan pergerakan
D jalinan, ruang, bentuk dan pergerakan

2. Pilih pernyataan yang TIDAK benar mengenai garisan

A Garisan rapat menunjukkan kesan yang cerah


B Garisan bertindih-tindih menunjukkan kesan yang gelap
C Garisan halus kelihatan lebih cerah daripada garisan tebal
D Garisan yang rapat beransur renggang menimbulkan
kesan ton bertambah cerah

Soalan 3 berdasarkan rajah di bawah.

3. Susunan meja murid dalam kelas seperti rajah tersebut kelihatan harmoni. Unsur seni
yang terlibat dalam mewujudkan keharmonian tersebut ialah

A rupa
B ruang
C bentuk
D garisan

4. Garisan yang manakah sesuai digunakan untuk menunjukkan pergerakan sehelai daun
yang jatuh tanpa adanya angin?

A C

B D

1
5. Antara berikut, yang manakah mempunyai garisan berpancar?

A C

B D

6. Antara berikut, rekaan yang manakah BUKAN rupa?

7. Ciri-ciri yang manakah dikenali sebagai rupa organik?

A Bersudut dan berpenjuru


B Bentuk isipadu dan jalinan
C Menggunakan alat geometri
D Kelihatan seolah-olah hidup dan bernyawa

8. Pilih pernyataan yang benar mengenai warna sekunder

I Dikenali sebagai warna harmoni


II Mempunyai kuasa warna yang sederhana
III Terdiri daripada warna ungu,hijau dan jingga
IV Dihasilkan melalui campuran dua warna asas

A I,II dan III


C II,III dan IV
B I,III dan IV
D I,II,III dan IV
Soalan 9 berdasarkan rajah di bawah.

2
9. Rajah tersebut boleh dikaitkan dengan

I rupa positif
II rupa negatif
III rupa organik
IV rupa geometri

A I,II dan III


B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV

Soalan 10 berdasarkan gubahan di bawah.

10. Fungsi jalinan dalam gubahan tersebut adalah untuk

A mencipta rupa
B menghias corak
C mencipta garisan
D menimbulkan kesan ruang

Soalan 11 berdasarkan rajah di bawah.

11. Apakah fungsi jalinan yang terdapat pada latar karya cetakan lino dalam rajah tersebut?

A Mengisi ruang kosong


B Menunjukkan kemahiran pengukir
C Bahagian latar setiap cetakan tidak boleh dibiarkan kosong
D Mewujudkan kesan kontra dan penegasan kepada subjek utama dalam karya

Soalan 12 berdasarkan lukisan di bawah.

3
12. Jalinan yang digunakan dalam lukisan tersebut bertujuan untuk

I menghasilkan rupa
II mewujudkan ruang
III menimbulkan bentuk
IV menyerlahkan warna

A I,II dan III


B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV

13. Antara berikut, garisan yang manakah TIDAK berfungsi menunjukkan bentuk?

Soalan 14 berdasarkan rajah di bawah.

14. Rajah tersebut di hasilkan berdasarkan bentuk asas

A kon
B kuboid
C silinder
D pyramid

4
15. Apakah teknik cat air yang menghasilkan kesan lut sinar dan sukar dikawal sapuan
warnanya?

A Basah atas kering


B Basah atas basah
C Kering atas kering
D Kering atas basah

16. Jenis cat yang manakah menyokong pernyataan berikut?

Sejenis cat sintetik yang berasaskan air

A Cat minyak
B Cat akrilik
C Cat poster
D Cat air

17. Manakah antara berikut merupakan teknik dalam kaedah seni cetakan saring sutera?

A Gurisaan asid
B Foto emulsi
C Potongan lino
D Line engraving

18. Kaedah dan teknik cetakan yang manakah menyokong pernyataan berikut?

Dakwat digelekkan ke atas permukaan tapak


cetak dan bukan ke dalam alur turisan

A Kaedah Benaman
B Kaedah Saring Sutera
C Kaedah Timbulan
D Kaedah Permukaan

19. Siapakah pelukis yang telah menghasilkan karya tempatan seperti yang dinyatakan di
bawah?

 Menerbitkan lebih daripada 10 jilid karya


semenjak berusia 13 tahun
 Kebanyakan karya beliau menggambarkan
suasana sosial dan politik Malaysia secara satira

A Dzulkifli Buyong
B Datuk Mohammad Nor Khalid
C Abdullah Arif
D Saidin Yahya

5
20. Manakah antara media berikut sesuai untuk menghasilkan seni lukisan?

I Cat
II Pensel
III Krayon
IV Akrilik

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

21. Gambar di bawah menunjukkan seni ragam hias bangau yang terdapat pada hadapan
perahu. Pilih fungsi-fungsi bangau berikut.

I Mengikat layar
II Menyangkut pukat
III Mengikat tali kemudi
IV Meletakkan hasil tangkapan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

22. Apakah motif seni ragam hias yang terdapat pada rehal?

A Fauna
B Figura
C Geometri
D Gunungan

23. Semasa membuat keputusan untuk menghasilkan sesuatu reka bentuk, apakah
perkara utama yang perlu diambilkira?

A Bentuk dan fungsi


B Keperluan
C Penampilan
D Struktur reka bentuk

6
24. Di manakah kesesuaian simbol pelan dalam gambar rajah di bawah digunakan?

A Bilik air
B Dapur
C Ruang tamu
D Ruang makan

25. Gambar rajah di bawah menunjukkan pelan lantai bagi sebuah..

A Dapur
B Bilik air
C Ruang tamu
D Ruang makan

26. Kumpulan objek manakah dikategorikan sebagai elemen semula jadi bagi reka bentuk
hiasan dalaman?

A Batu, arca, tumbuh-tumbuhan


B Air, ikan dan barang perhiasan
C Tumbuh-tumbuhan, air dan ikan
D Ikan, tumbuh-tumbuhan dan perabot

27. Apakah langkah pertama yang perlu dilakukan bagi proses membina model hiasan
dalaman?

A Menyediakan tapak
B Melengkapkan model
C Menegakkan dinding
D Menyediakan pelan lantai
28. Selain lampu pencahayaan juga boleh dibantu oleh

7
I saiz perabot
II saiz cermin
III kedudukan pintu
IV kedudukan tingkap

A I, II, III
B I, II, IV
C I, III, IV
D II, III, IV

29. Antara simbol tumbuhan berikut, yang manakah digunakan bagi tujuan mengarah
pergerakan?

A C

B D

30. Antara yang berikut yang manakah fungsi fizikal tumbuhan landskap?

I meredakan iklim
II mengawal hakisan
III menjadi tirai
IV melembutkan pemandangan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

31. Apakah fungsi elemen bagi gambar rajah di bawah bagi sesebuah reka bentuk hiasan
dalaman?

8
I melindungi pemandangan
II memberikan teduhan
III sebagai hiasan
IV pelengkap ruang

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

32. Antara kenyataan berikut yang manakah dianggap benar mengenai reka bentuk
industri?

A Mock up adalah gambaran awal tiga dimensi bagi idea yang dicadangkan
B Mock up boleh berfungsi sebagai produk sebenar
C Model mempunyai saiz yang sama dengan produk
D Model adalah gambaran awal dua dimensi produk

33. Fungsi ergonomik dalam sesuatu reka bentuk industri bermaksud

A Keupayaan produk untuk menarik perhatian pengguna


B Daya tahan produk dalam kegunaan harian
C Kebolehan produk bersaing dengan produk lain di pasaran
D Penyesuaian produk dengan keadaan fizikal dan mental pengguna

34. Berikut adalah merupakan proses Reka Bentuk Industri KECUALI

A Mengenal pasti masalah


B Membuat mock up
C Menjual produk
D Membuat promosi

35. Berikut adalah merupakan kelebihan ergonomik dalam Reka Bentuk Industri KECUALI

A Meningkatkan kualiti kerja


B Meningkatkan tekanan
C Meningkatkan kesihatan
D Meningkatkan keselesaan

36. Antara lukisan Reka Bentuk Hiasan Dalaman berikut, yang manakah menunjukkan
konsep reka bentuk hiasan dalaman moden?

9
A C

B D

37. Apakah kelebihan reka bentuk yang terdapat pada produk di bawah?

A Keselamatan
B Kepelbagaian fungsi
C Kemudahan penjagaan
D Penjimatan ruang

38. Susun semula proses mereka bentuk hiasan dalaman mengikut turutan yang betul

I Menganalisis keperluan
II Membina model
III Mengenal pasti tema
IV Membuat lakaran idea
V Melukis pelan dan perspektif

A III, I, IV, V, II
B II, I, III, V, IV
C I, III, V. II, IV
D IV, II, I, V, II

39. Manakah antara berikut persamaan antara fungsi prinsip kontra dengan penegasan?

A Untuk memberikan fokus

10
B Untuk mengelakkan kebosanan
C Untuk menimbulkan ketenangan
D Untuk memperlihatkan keseragaman

40. Apakah yang ditekankan dalam konsep kontemporari Reka Bentuk Hiasan Dalaman?

A Jenis perabot
B Mementingkan fabrik
C Warna terang dan corak geometri
D Mengutamakan warna hitam dan putih

41. Teknik sulaman bullion merupakan salah satu jenis ____________.

A sulaman mesin
B sulaman tangan
C sulaman kerawang
D sulaman campuran

42. Apakah nama alatan seperti yang dinyatakan di bawah?

Berfungsi untuk meregangkan kain semasa menghasilkan seni sulaman

A Pen fabrik
B Jarum sulam
C Penebuk kain
D Ram pemidang

43. Apakah teknik sulaman yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah?

A Ribbon Stitch
B Jahitan jelujur
C French knots
D Lazy Daisy

44. Aktiviti seni sulaman boleh dihasilkan dengan baik pada

A permukaan kain yang kasar

11
B permukaan kain yang lembut
C permukaan kain yang beralun
D permukaan kain yang rata dan tegang

45. Susun semula proses pembuatan seni seramik mengikut turutan yang betul

I Proses menyepuh dan menyapu damar pada tapak seramik


II Menguli dan membentuk doh
III Pemilihan dan penyediaan tanah
IV Melakukan kemasan
V Dikeringkan, disalai dan dibakar

A III, I, IV, V, II
B III, II, IV, V, I
C I, III, V. II, IV
D IV, II, I, V, II

46. Padankan gambar dengan teknik pembuatan seni seramik yang betul

A Teknik picit, teknik lingkaran, teknik kepingan, teknik acuan


B Teknik lingkaran, teknik acuan, teknik kepingan, teknik picit
C Teknik kepingan, teknik acuan, teknik picit, teknik lingkaran
D Teknik picit, teknik lingkaran, teknik acuan, teknik kepingan

47. Pilih penyataan yang betul

A Teknik picit adalah kaedah membentuk paling mudah


B Teknik lingkaran adalah cantuman beberapa kepingan tanah liat
C Teknik acuan memerlukan tapak
D Teknik kepingan dikenali juga sebagai teknik putaran

48. Pilih satu penyataan yang SALAH berdasarkan logo di bawah

12
A Simbol ini dinamakan sebagai Olympic Rings
B Simbol ini mempunyai lima warna yang mewakili lima buah negara
C Simbol ini digunakan dalam acara sukan
D Simbol ini berlatarkan warna putih

49. Siapakah pelopor kamera pinhole?

A Obscura
B Orang Greek
C Ibn Haytham
D Gemma Frisius

50. Apakah fungsi kamera pinhole?

A Melihat cahaya
B Menjelaskan imej
C Merakam imej pegun
D Merakam pergerakan cahaya

‘SENI ITU KEINDAHAN YANG DILIHAT DARI MATA HATI’

SOALAN TAMAT
SELAMAT MENJAWAB

13

Anda mungkin juga menyukai