TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS MAHABBAH RASUL DAN TAHLIL PERDANA
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI)
TAHUN 2025
PERISTIWA BUTIRAN
BISMILLAHIRRAHMAN RAHIM
Sebelum mula majlis Sebelum majlis bermula, diminta para hadirin bertenang dan
memastikan telefon bimbit dalam mod senyap. Terima kasih
Mengumumkan ketibaan YANG BERBAHAGIA…..,
Ketibaan Mahasiswa/wi dan Diiringi dif kehormat masuk ke dalam dewan.
VIP
Bunga seroja mekar berseri,
Indah menghias di tepi kali.
Majlis bermula penuh harmoni,
Dengan menyebut nama Ilahi.
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum wbt
Ucapan alu-aluan Yang berhormat, …
Yang berusaha, …
Yang berbahagia, …
Yang dihormati, saudara Muhammad Haziq bin Mohd Ariff Yang
dipertua Majlis Perwakilan pelajar KUIJSI
Seterusnya mahasiswa mahasiswi , hadirin hadirat yang dirahmati
Allah sekalian.
Padi menguning di hujung sawah,
Burung berterbangan di senja hari.
Bacaan doa Doa dipanjat penuh tawadhuk dan mawaddah,
Moga berkat mengiringi majlis ini.
Untuk memberkati majlis pada hari ini, majlis menjemput saudara
…… untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya, Dipersilakan..
TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS MAHABBAH RASUL DAN TAHLIL PERDANA
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI)
TAHUN 2025
Amiin” Ya Rabbal alamin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih
Selesai doa kepada saudara … atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Majlis kini beralih kepada persembahan qasidah daripada
kumpulan [Nama Kumpulan], yang bakal mengalunkan bait-
Qasidah 1 bait pujian penuh syahdu. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan
(selesai qasidah)
Jazakallahu khairan atas persembahan yang indah dan
menenangkan hati sebentar tadi.
Majlis kini diteruskan dengan bacaan tahlil yang akan dipimpin oleh
Tahlil Perdana ahmad aliff zakwan bin azman.
Solat maghrib berjemaah
Majlis dengan sukacatinya menjemput para hadirin untuk
Makan malam menikmati jamuan makan malam yang telah disediakan di…
Solat isyak berjemaah
Bagi menyerikan lagi majlis kita pada malam ini, izinkan kami
Qasidah 2 menjemput sekali lagi kumpulan [Nama Kumpulan] untuk
mempersembahkan qasidah yang pastinya menghiburkan dan
menenangkan suasana. Dipersilakan
(selesai qasidah)
Moga alunan qasidah yang bergema sebentar tadi menjadi asbab
turunnya rahmat Allah ke atas majlis kita pada hari ini.
TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS MAHABBAH RASUL DAN TAHLIL PERDANA
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI)
TAHUN 2025
Ceramah Perdana Seterusnya, majlis dengan penuh takzim menjemput Yang
Berbahagia Ustaz Muhammad Arif Bin Haron Untuk menyampaikan
ceramah perdana bagi menyerikan lagi majlis kita pada hari ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(selesai ceramah)
Jazakallahu khairan kathira diucapkan kepada Ustaz
Muhammad Arif Bin Haron atas penyampaian ilmu yang
begitu bermanfaat sebentar tadi. Semoga segala ilmu yang
telah dikongsikan menjadi bekalan berharga buat kita semua
dalam menempuh kehidupan dan mendekatkan diri kepada
Allah SWT.
-Qasidah 3 Seterusnya, Sebagai penutup tirai majlis kita pada malam yang
-Mahalul qiyam penuh barakah ini, marilah kita hayati alunan qasidah
daripada kumpulan [Nama Kumpulan]. Dengan penuh
takzimnya,Dipersilakan .
Bersurai Dengan berakhirnya qasidah itu tadi, maka berakhirlah majlis kita
pada malam ini. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua tetamu yang hadir.
Gunung Daik bercabang tiga,
Air jernih mengalir ke muara.
Andai ada tersalah kata,
Mohon diampun seikhlas jiwa.
Majlis ditutup dengan bacaan tasbih kafarah dan surah al-‘asr.
Sekian, terima kasih.
Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.