0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
15 tayangan7 halaman

Integriti dan Bahaya Rasuah

Dokumen ini membahas tentang integriti dan rasuah, menjelaskan bahwa rasuah adalah perbuatan tidak bermoral yang melibatkan dua pihak dan dapat merusak masyarakat serta negara. Rasuah dianggap sebagai barah yang dapat merusak sistem dan moral individu, serta memerlukan tindakan pencegahan yang lebih ketat daripada sekadar hukuman. Penekanan diberikan pada pentingnya integriti dan moral sebagai benteng untuk mencegah perbuatan rasuah dalam masyarakat.

Diunggah oleh

fadhlizul928
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
15 tayangan7 halaman

Integriti dan Bahaya Rasuah

Dokumen ini membahas tentang integriti dan rasuah, menjelaskan bahwa rasuah adalah perbuatan tidak bermoral yang melibatkan dua pihak dan dapat merusak masyarakat serta negara. Rasuah dianggap sebagai barah yang dapat merusak sistem dan moral individu, serta memerlukan tindakan pencegahan yang lebih ketat daripada sekadar hukuman. Penekanan diberikan pada pentingnya integriti dan moral sebagai benteng untuk mencegah perbuatan rasuah dalam masyarakat.

Diunggah oleh

fadhlizul928
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd

ESEI : INTEGRITI DAN RASUAH

Bernafas sebagai makhluk yang berstatus manusia sudah pastinya tidak akan

terlepas daripada membuat pilihan dalam kehidupan seharian. Terdapat dua

tarikan yang seolah-olah mendorong manusia membuat pilihan samada

tarikan nafsu(batik) dan tarikan wahyu(syariat). Antara contoh mudah yang

dapat kita perhatikan disebalik tarikan nafsu(batil) ini adalah seperti berjudi,

mencuri, melanggar undang-undang pemerintah dan rasuah. Kebanyakkan

contoh tarikan nafsu(batil) yang disebutkan adalah perbuatan yang hanya

berpunca daripada diri sendiri dan kesannya kepada diri sendiri serta orang

yang berkaitan. Namun, lain pula bagi perbuata rasuah yang melibatkan

kedua-dua belah pihak baik pemberi rasuah mahupun penerima rasuah.

Keduanya adalah perbuatan yang salah dan tidak bermoral. Kita perhatikan

perkataan rasuah menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke-

empat, disebutkan sebagai pemberian untuk menumbuk rusuk(menyogok

atau menyuap wang). Perkataan rasuah ini juga adalah kata pinjaman

daripada bahasa arab iaitu Al-risywah yang membawa maksud rasuah.

Dengan hanya melihat takrifnya didalam kamus, sudah cukup menyedarkan

kita bahawa perbuatan rasuah ini tidak wajar dibiarkan “bernafas” dalam

komuniti didalam mana-mana masyarakat sekalipun. Tindakan untuk

menyahkan perbuatan yang boleh disebut sebagai “barah” ini adalah sangat

dituntut demi menjaga maslahat jiwa, masyarakat, bangsa dan khususnya

watan yang berdaulat. Sangatlah sinonim istilah barah yang digunakan

dengan peribahasa gunting dalam lipatan bagi mereka yang melakukan

rasuah.
Perbuatan rasuah ini dilihat sebagai satu barah yang berupaya meranapkan

moral jiwa pemberi, malahan berupaya memusnahkan sistem organisasi dan

lebih dahsyat lagi kelumpuhan buat negara secara khususnya. Budaya

rasuah ini dilihat amat tidak sihat disebabkan perlaksanaan rasuah itu sendiri

yang melibatkan dua pihak semasa pertalian rasuah itu berlangsung.

Sekiranya kita perhatikan, perbuatan buruk yang merosakkan diri seperti

mencuri, berjudi, minum arak dan banyak lagi perbuatan buruk yang lain

hanya melibatkan melibatkan individu yang buat tanpa memerlukan

persetujuan pihak lain. Namun, lain pula perlaksanaan yang berlaku dalam

perbuatan rasuah kerana ia memerlukan dua pihak yang bersetuju untuk

melaksanakannya. Kesan buruk rasuah ini dapat kita lihat melalui kajian.

Andaikata kita bawakan sepuluh orang dan menjadikan mereka sebagai satu

komuniti setempat, kemudiannya terdapat dua orang daripada mereka yang

mencuri. Akhir dapatan kajian adalah dua orang yang mencuri dan itulah yang

berlaku. Namun, lain pula yang berlaku bila mana ditukarkan perbuatan

mencuri kepada rasuah. Sekiranya terdapat dua orang yang melaksanakan

rasuah. Natijahnya, berkemungkinan besar seramai empat orang yang terlibat

dalam kes rasuah dan secara puratanya hampir menuju kepada jumlah

majoriti dalam satu komuniti. Hal ini begitu merisaukan bukan sahaja dalam

komuniti setempat, bahkan negara dan dunia turut sama menerima nasib

yang sama jika berlaku hal sedemikian. Ini yang merisaukan kita disebabkan

perbuatan rasuah ini menjanjikan dua kali ganda penglibatan jenayah

daripada perbuatan buruk yang lain. Mustahil rasuah hanya melibatkan

seorang individu semasa proses rasuah berlangsung kerana ikatan yang

terjalin pastinya di antara dua pihak.


Menjadi satu titik tolak, bila mana seseorang melaksanakan satu kebaikan

pasti individu tersebut seolah ditolak dan mudah untuk melaksanakan

kebaikan yang seterusnya. Logik yang sama juga kita sarungkan dalam

perlaksanaan perbuatan buruk dalam kehidupan seharian. Seolah ada tarikan

atau dorongan yang membisik untuk meneruskan perbuatan buruk yang

seterusnya dilakukan selepas melakukan satu perbuatan yang tidak baik.

Kebiasaan rasuah ini terjadi adalah disebabkan lanjutan perbuatan buruk

yang dilakukakan sebelumnya. Sebagai contoh, seseorang yang telah

mencuri akan terdorong untuk memberi rasuah kepada mana-mana pihak

yang berkaitan untuk mendiamkan diri atau tidak membocorkan rahsia

tindakan terkutuk itu. Tidak dapat disangkal lagi, bahawa perbuatan buruk

yang dilakukan sangat berpotensi untuk mendorong perbuatan buruk yang

lain. Sungguhpun begitu, nasihat buat mereka yang terlanjur dalam

melakukan perbuatan buruk adalah bukan dengan lari daripada masalah atau

berusaha keras menimbus kesalahan yang dibuat. Akan tetapi, susulilah

keburukan dengan amalan baik yang semoga dengannya akan sedikit

sebanyak menghapuskan dosa perbuatan buruk itu. Selari dengan tuntutan

hadis daripada At-Tirmidzi yang berbunyi “Iringilah perbuatan buruk dengan

perbuatan baik, niscaya kebaikan akan menghapuskan keburukan itu”.

Ungkapan hadis ini cukup menjelaskan bahawa perlunya ada satu tindakan

atau anjakkan paradigma setelah berbuat silap samada secara sengaja atau

tidak sengaja. Yang menjadi persoalan disini bukanlah apa yang patut

dilaksanakan untuk menutup kesalahan, akan tetapi kebaikan mana yang

wajar disusuli selepas melakukan kesilapan.


Pengetahuan sahaja tidak cukup membuktikan yang seseorang itu faham.

Yang membuktikan kefahaman itu adalah tindakan yang diambil selepas

seseorang itu mengetahui sesuatu perkara termasuklah dari sudut baik dan

buruknya perkara itu. Adakah cukup dengan dia tahu sesuatu perkara itu

buruk padahnya, namun masih bersahaja menuruti ke lembah keburukan

yang akan dihadapi. Semestinya memerlukan tindakan yang menyekat

secara menyeluruh tanpa dibiarkan walau sedikit yang terlepas. Ibaratnya

seperti sebuah kolam yang dipenuhi lumut akan dibersihkan secara

menyeluruh dan ditambah klorin sebagai usaha untuk mengelak berlakunya

pembiakkan lumut dengan begitu pesat. Faktor terbesar bahayanya rasuah ini

adalah kemampuan rasuah dalam memanipulasi kebenaran. Sesuatu yang

terang didapati bersalah mampu ditukarkan statusnya dengan hanya diselit

unsur rasuah kedalamnya. Kemampuan rasuah ini merubah perbuatan salah

yang dilakukan terselindung dan kelihatan seolah-olah tindakan yang benar.

Bahkan peribahasa “bagaikan mengangkat benang yang basah” tidak lagi

mampu digunapakai hanya kerana kemampuan rasuah yang mendominasi

kebenaran. Ini sangat merisaukan bukan sahaja dari sudut masyarakat dan

negara sahaja, malahan sistem di dunia secara umumnya akan turut merasai

kesan rasuah yang sangat ketara. Hal ini dapat diperhatikan, dunia hari ini

tidak sunyi daripada rantaian kes rasuah yang melibatkan sejumlah wang

yang besar sehinggakan rekod yang didapati mampu mengatasi Kadar

Dapatan Negara Kasar(KDNK) sesebuah negara. Ini sudah terang lagi

bersuluh membuktikan perbuatan rasuah ini diibaratkan seperti barah dalam

tubuh yang keberadaanya didalam tubuh membuatkan jasad tersebut gagal


berfungsi dengan baik dan kerananya juga sesebuah negara mampu lumpuh

hanya disebabkan perbuatan halus ini iaitu rasuah.

Risiko ketika melaksanakan rasuah dilihat sangat sukar untuk diperhalusi

dek kerana ikatan yang terbina di atasnya diibaratkan pertalian secara atas

awan. Dua pihak yang bersetuju untuk melaksanakan akad yang memberikan

maslahat kepada kedua-dua belah pihak. Perbuatan halus ini amat sukar

dijejaki, paling rendah risiko untuk ketahuan dan teramat mudah alih dari

segenap aspek melainkan dengan kajian yang teliti dan kajian yang cukup

cermat. Hal ini adalah disebabkan jalinan ini bukanlah satu perjanjian yang

semestinya adalah panduan hitam putih yang bertulis. Cukup sekadar

bersalaman atau penggunaan apa segala cara yang menunjukkan

persetujuan di antara kedua-dua belah pihak. Kedua-dua pihak memperolehi

kepentingan yang dipersetujui sama dan cukup membuatkan perbuatan tidak

bermoral ini kelihatan tidak bersalah kerana penerimaan kedua-dua belah

pihak tanpa ada yang menzalimi hak atau berat sebelah. Tatkala perbuatan

yang dilakukan tidak begitu jelas dan zahir, ini antara faktor yang merumitkan

penguraian kes rasuah yang berlaku. Boleh jadi memakan masa yang agak

lama sekalipun dikaji oleh unit-unit khas yang dipertanggungjawabkan. Gwjala

ini dilihat sangat tidak sihat kerana perlaksanaan rasuah ini mampu meresap

ke dalam segenap peringkat umur dan status selagimana iainya terjalin

antara dua individu dan mencapai persetujuan antara keduanya serta

memenuhi kehendak pihak yang berkaitan.


Boleh kita sebutkan bahawa sistem yang dibuat manusia untuk menangani

isu rasuah ini hanyalah diibaratkan sebagai sistem ynag untuk merawat, tidak

cukup untuk mencegah. Kerana apa kenyataan sebegini rupa di ketengahkan

dalam usul ini, adalah disebabkan perletakkan sistem seperti undang-undang

atau akta yang digunakan untuk mensabitkan kesalahan atas orang yang

salah laku disebabkan rasuah tidak cukup memberikan kesan pencegahan

kepada khalayak ramai. Kerana apa ,disebabkan akta yang kesalahan yang

disabitkan hanyalah berbentuk kompaun atau penjara beberapa tahun. Akta

dan perundangan yang dibuat seolah-olah sekadar untuk memberitahu

kepada dunia bahawa siapa yang rasuah akan diringkupkan dalam penjara

dan dikompaun sejumlah wang ringgit yang tinggi nilainya. Ini sangatlah tidak

bersesuaian kerana kes rasuah atau jenayah yang dilaksanakan ini bukanlah

perkara yang boleh dipandang enteng hanya kerana berkaitan wang dan

sebagainya. Akan tetapi, banyak kesan buruk yang berlaku kepada tempat

atau kawasan yang terselit salah laku rasuah didalamnya. Apatah lagi sistem

dan organisasi dalam kerajaan itu sendiri. Berapa banyak negara yang maju,

tidak terlepas daripada gejala rasuah ini. Antara renungan yang dapat

dimuhasabahkan disini adalah, kembali melihat sistem yang telah diturunkan

pencipta sekalian alam yang Maha Mengetahui setiap keperluan yang

diperlukan oleh ciptaanya. Disediakan panduan untuk dijadikan rujukan,

namun masih manusia dahaga mencari sumber yang salah sedangkan

air(panduan) telah disediakan di hadapan mata. Dalam Al-Quran, Allah

menyebutkan hukuman buat mereka yang mencuri adalah potong tangannya

dikhalayak ramai. Perintah ini bukanlah untuk memalukan si pesalah laku,

jauh sekali untuk menzaliminya. Namun si pencuri itu sendiri yang menzalimi
diringa sendiri. Isyarat perintah memotong tangan itu sendiri membuktikan

bahawa perlunya kepada pencegahan daripada berlakunya salah laku yang

berulang kali. Bukan semata-mata hukuman kepada pesalah. Ini yang

seharusnya dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita.

Sebagai pergulungan daripada penulisan yang dibuat adalah, Tindakan

rasuah ini berlaku adalah disebabkan kurangnya kemampuan seseorang

untuk menahan dirinya melakukan kesalahan. Tidak dinafikan manusia tidak

akan terlepas daripada berbuat kesalahan. Namun tugas kita sebagi manusia

yang mempercayai adanya balasan setimpal diatas setiap perbuatan yang

dibuat akan bertungkus lumus menahan diri dan menjauhi kesalahan sebegini

rupa. Moral dan sahsiahlah yang menjadi benteng dan perisai dalam

menangani isu ini. Sinonimnya kita sebut sifat moral yang perlu ada adalah

bersifat [Link] kepada satu sistem dan suasana yang mengekang

perbuatan mungkar ini. Namun pada akhirnya kembali kepada setiap jiwa

daripada kita untuk menentukan dan membuat pilihan berdasarkan bekalan

pengetahuan yang ada. Mejadi satu keperluan adalah bilamana

permasalahan diungkap,jalan penyelesaian dituru sertakan agar kesilapan itu

dengan serta merta dapat dibendung. Dinukilkan dalam kitab hadis empat

puluh karangan Imam Nawawi iaitu “ Ketahuilah bahawa dalamjasad manusia

ada seketul daging, yang mana apabila baik daging itu maka baiklah

keseluruhan jasad tersebut. Apabila jahat daging itu, maka jahatlah

keseluruhan jasad itu. Ketahuilah bahawa seketul dagung itu adalah hati”.

Anda mungkin juga menyukai