0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
7 tayangan5 halaman

Rancangan Makanan dan Susu Sekolah Malaysia

Dokumen ini membahas Rancangan Makanan Tambahan dan Program Susu Sekolah yang bertujuan untuk membantu murid dari keluarga miskin mendapatkan makanan seimbang. Kelebihan program termasuk peningkatan kesihatan dan kebersihan, sementara kelemahan mencakup masalah penyimpanan dan pembaziran makanan. Cadangan penambahbaikan melibatkan kerjasama dengan ibu bapa dan penyelarasan penghantaran susu untuk meningkatkan keberkesanan program.

Diunggah oleh

Afif Ramadhan
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
7 tayangan5 halaman

Rancangan Makanan dan Susu Sekolah Malaysia

Dokumen ini membahas Rancangan Makanan Tambahan dan Program Susu Sekolah yang bertujuan untuk membantu murid dari keluarga miskin mendapatkan makanan seimbang. Kelebihan program termasuk peningkatan kesihatan dan kebersihan, sementara kelemahan mencakup masalah penyimpanan dan pembaziran makanan. Cadangan penambahbaikan melibatkan kerjasama dengan ibu bapa dan penyelarasan penghantaran susu untuk meningkatkan keberkesanan program.

Diunggah oleh

Afif Ramadhan
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

PENGENALAN

i. Rancangan Makanan Tambahan

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Program Rancangan Makanan Tambahan


dilaksanakan bertujuan membantu seseorang murid sekolah rendah daripada kalangan
keluarga yang miskin. Ianya bermaksud untuk memberi makanan tambahan secara imbuhan
sebanyak 25% - 30% daripada keperluan hariannya. Rancangan ini merupakan satu usaha
yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan
pemakanan murid tersebut. Murid berstatus “Warganegara Malaysia” dan daripada keluarga
berpendapatan di bawah paras RM 400.00 atau pendapatan perkapita RM 80.00 adalah layak
untuk menyertai program ini.

ii. Program Susu Sekolah

Pada asalnya, program ini dilaksanakan bagi membantu golongan yang kurang
berkemampuan ataupun untuk murid daripada keluarga miskin yang berpendapatan isi rumah
di paras status sosio ekonomi yang rendah agar mendapat makanan yang seimbang semasa
berada di sekolah. Setelah dikaji semula, program ini juga harus di berikan kepada semua
pelajar di setiap sekolah kerana mereka juga memerlukan makanan yang seimbang untuk
tumbesaran mereka ketika di sekolah. Oleh hal yang demikian, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah mengambil keputusan untuk memberikan susu percuma tersebut kepada semua
pelajar tanpa memandang taraf kehidupan mereka atau pendapatan keluarga murid tersebut.

KEKUATAN
i. Rancangan Makanan Tambahan

Antara kekuatan atau kelebihan yang dapat saya lihat melalui pemerhatian dan soalan
temu bual bersama pengurus kantin dan guru, saya dapati bahawa pengurus dan pekerja kantin
sangat mementingkan kebersihan kawasan kantin sekolah mereka. Selama saya berada di
sekolah tersebut, tidak terdapat sebarang kekotoran di kawasan kantin tersebut seperti sisa
makanan bertaburan, makanan dihinggap serangga, pinggan mangkuk tidak berbasuh dan
sebagainya. Penjagaan kebersihannya sangat sistematik dan teratur. Mereka akan
mengasingkan sisa makanan yang telah selesai dimakan oleh murid ke dalam plastik sampah
sejurus selepas para murid selesai rehat. Mereka tidak menunda dan membiarkan sisa
makanan tersebut di atas meja.

Selain itu, masalah murid kekurangan gizi dapat diatasi. Hal ini adalah berikutan kerana
murid-murid yang memperoleh Rancangan Makanan Tambahan ini telah mendapat khasiat
pemakanan daripada makanan yang dibekalkan oleh pihak kantin sekolah. Permasalahan yang
telah dapat diatasi ini dapat diperhatikan hasil daripada rekod pencapaian berat setiap tahun
yang menunjukkan murid-murid berkenaan mengalami pertambahan berat ketara diantara 2
kilogram hingga 5 kilogram dan peningkatan pertumbuhan ketinggian yang normal.

Selain daripada itu, melalui perlaksanaan program ini juga murid-murid diasuh untuk
menjadi anak-anak yang lebih tertib dan bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan diri. Hal
ini dapat dilihat apabila murid-murid beratur untuk mendapatkan makanan mereka dan tidak
berebut-rebut kerana takut makanan tidak mencukupi. Situasi ini dapat dilihat setiap kali tiba
waktu untuk murid-murid berkenaan mendapatkan makanan yang telah dihidangkan. Mereka
tidak perlu takut makanan yang disediakan habis kerana makanan tersebut memang dikhaskan
untuk mereka.

ii. Program Susu Sekolah

Program Susu Sekolah dapat melahirkan generasi baru yang lebih kuat, tegapdan
cergas. Ini adalah kerana program yang dijalankan di sekolah ini telah meningkatkan kesedaran
dalam kalangan murid mengenai kepentingan pengambilan susu untuk tumbesaran kesihatan.
Dengan ini, murid-murid di sekolah akan mendapat manfaat yang besar sekiranya mereka
dididik untuk membiasakan diri meminum susu setiap hari.

Selain itu, ahli jawatankuasa sekolah juga telah memberi taklimat tentang cara
pengambilan susu yang betul kepada murid-murid berdasarkan panduan minum susu kotak.
Dengan ini, murid-murid dapat mengambil susu dengan cara yang selamat pada setiap hari
demi memenuhi keperluan minimum kalsium dalam tubuh badan seseorang individu.
KELEMAHAN
i. Rancangan Makanan Tambahan

Program ini juga mengandungi kelemahan dari segi ruang makan yang sempit dan
terlalu padat. Hal ini boleh mengakibatkan murid tidak selesa untuk makan. Seterusnya,
terdapat berlakunya sedikit pembaziran makanan oleh disebabkan murid tidak menghabiskan
makanan tersebut. Hal ini boleh dikatakan berpunca dari segelintir murid yang memilih
makanan atau sudah jemu dengan menu hidangan sebegitu. Akibat dari ingin menjimatkan kos
penyediaan, makanan yang dimasak mengikut menu yang berulang akan menyebabkan murid-
murid mulai tidak berselera untuk menjamahnya lagi. Hal ini akan mengundang kepada
masalah pembaziran apabila murid-murid hanya menjamah sesuap dua makanan dan
membuang kesemua baki makanan tersebut. Perkara seperti ini tidak seharusnya terjadi kerana
makanan yang dihidangkan sepatutnya dimakan oleh murid bagi mempersiapkan diri mereka
dengan kesihatan yang baik agar terus dapat memberi fokus kepada isi pengajaran yang
disampaikan oleh guru.

ii. Program Susu Sekolah

Susu yang dihantar tidak mengikut waktu yang betul kerana pihak sekolah ada
menyatakan bahawa pihak pembekal susu akan menghantar pada tarikh yang hampir dengan
cuti sekolah. Kelewatan dan longgokan penghantaran mengakibatkan susu dihantar dalam
jumlah yang besar. Ini menimbulkan masalah lain, iaitu tempat menyimpan susu. Tidak semua
sekolah dilengkapi dengan bilik dan peralatan yang sesuai untuk dijadikan tempat menyimpan
susu seperti di sekolah ini. Oleh itu, terdapat sekolah-sekolah yang terpaksa menyimpan dalam
keadaan atau tempat yang tidak sesuai seperti dalam stor dan almari. Penyimpanan susu di
tempat yang tidak sesuai mendedahkan kepada serangan makhluk perosak seperti tikus, lipas
dan sebagainya. Masalah tempat penyimpanan juga menyebabkan ada guru yang terpaksa
mengagihkan susu lebih kerap daripada yang dicadangkan ataupun mengagihkannya pada
kuantiti yang banyak. Longgokkan penghantaran juga kadang-kadang menyebabkan susu yang
dihantar ke sekolah mempunyai tarikh luput yang hampir tamat. Keadaan ini memaksa guru
mengagihkannya secepat dan sebanyak mungkin.

Masalah utama yang dihadapi oleh pembekal susu sekolah berpunca daripada kos
penyelenggaraan dan keuntungan yang diperolehi. Hasil daripada temu bual yang dilakukan
dengan pembekal mendapati bahawa penghantaran susu jika mengikut jadual yang ditetapkan
adalah tidak kos efektif. Ini kerana jarak sekolah yang jauh dan tenaga kerja yang terpaksa
diperuntukkan kepada aktiviti ini adalah tinggi. Terdapat sekolah-sekolah lain yang agak jauh
daripada pembekal dan tidak kos efektif jika penghantaran dilakukan kerap kali. Selain itu,
kegiatan utama pembekal ini adalah sebagai pemborong makanan dan mereka perlu
memberikan keutamaan kepada kegiatan tersebut. Mereka perlu menghantar barang-barang
makanan yang telah dipesan oleh pelanggannya di samping penghantaran susu ke sekolah.
Oleh itu, pembekal ini terpaksa mengagihkan tenaga kerja, pengangkutan dan masa untuk
kedua-dua aktiviti tersebut. Oleh itu untuk mengurangkan kos, mereka mengurangkan
penghantaran daripada 10 kepada 3-4 bekalan setahun. Seandainya pembekal ini dapat
menghantar susu mengikut jadual seperti yang ditetapkan, mereka akan mengalami kerugian.

Masalah lain yang dialami oleh pembekal ialah kekurangan pekerja dan pengangkutan.
Program Susu Sekolah hanyalah aktiviti sampingan yang kurang menguntungkan terutama jika
susu perlu dihantar dalam jumlah yang sedikit. Apabila penghantaran susu dilakukan mereka
terpaksa memperuntukkan beberapa hari dalam seminggu. Mereka juga dikehendaki
memunggah susu ke tempat simpanan tanpa pertolongan pihak sekolah. Kadang-kala
kelewatan juga berpunca daripada kelambatan penghantaran oleh pihak kilang yang
memproses susu kepada pembekal berkenaan. Hal ini turut memberi kesan kelewatan kepada
penghantaran susu ke sekolah-sekolah yang terlibat.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
i. Rancangan Makanan Tambahan

Pihak sekolah haruslah bekerjasama dengan pihak PIBG dalam melaksanakan


Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah (RMT). Contohnya melibatkan melibatkan
ibu bapa dalam pemilihan menu makanan RMT. Dengan ini, ibu bapa akan lebih cakna
terhadap kesihatan anak-anak mereka dan mereka akan menyokong secara sepenuhnya
terhadap Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah (RMT) yang dijalankan di sekolah.

Selain itu, untuk mengatasi masalah memilih makanan oleh murid-murid yang terlibat
dalam program RMT, pihak sekolah haruslah mengadakan ceramah tentang kepentingan
makanan seimbang kepada murid-murid supaya murid-murid tersebut menyedari dan
memahami tentang kepentingan makanan seimbang terhadap kesihatan diri mereka.
ii. Program Susu Sekolah

Penghantaran susu dari pihak pembekal perlulah diselaraskan bagi memudahkan pihak
sekolah dalam pembahagian susu kepada murid-murid. Pihak sekolah juga perlulah
mengeluarkan inisiatif baru berkenaan dengan tempat penyimpanan susu bagi mengurangkan
risiko kerosakan susu. Pihak sekolah juga boleh meminta pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru
untuk memastikan setiap ibu bapa boleh memastikan anak-anak agar sentiasa mengikut arahan
yang diberikan pihak sekolah. Contohnya untuk menghabiskan minuman susu di sekolah pada
waktu yang ditetapkan. Seterusnya, pihak sekolah juga wajar untuk sentiasa memeriksa
pengeluaran susu bagi setiap syarikat agar masalah keracunan makanan boleh dicegah
sebelum dapat dikesan dan mengelakkan kes daripada berulang kembali yang pernah terjadi
pada tahun 2008.

Anda mungkin juga menyukai