0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
7 tayangan3 halaman

Program Klik Bijak Safe & Shield

Dokumen ini adalah teks sambutan untuk program 'Klik dengan Bijak Safe & Shield' di SK Parit Kudus, yang dibuka dengan ucapan selamat datang dan doa. Program ini melibatkan ucapan alu-aluan dari Guru Besar dan sesi taklimat oleh Pengurus NADI, diikuti dengan menandatangani kerjasama dan penyampaian cenderahati. Acara diakhiri dengan sesi bergambar dan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
7 tayangan3 halaman

Program Klik Bijak Safe & Shield

Dokumen ini adalah teks sambutan untuk program 'Klik dengan Bijak Safe & Shield' di SK Parit Kudus, yang dibuka dengan ucapan selamat datang dan doa. Program ini melibatkan ucapan alu-aluan dari Guru Besar dan sesi taklimat oleh Pengurus NADI, diikuti dengan menandatangani kerjasama dan penyampaian cenderahati. Acara diakhiri dengan sesi bergambar dan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

Pemandangan Johor luas terbentang,

Air berkocak di hujung muara,


Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera, Salam Pontian Dinamik. Salam
SEPADU’S Sederap Memacu Kegemilangan, dan Salam Malaysia Madani.
Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum.

Yang Berusaha , Puan Norsyakinah Binti Abdullah , Guru Besar SK Parit Kudus
Yang Dihormati Puan Hilyatun Nazah Binti Sanif,
Pengurus NADI Parit Selangor,
Barisan Guru Penolong Kanan Pentadbiran ,
En. Shahrom Nizam Bin Abdul Rahman, GPK HEM SK Parit Kudus,
Puan Zarina Binti Jamal , GPK KoKurikulum SK Parit Kudus,
Rakan-rakan guru, barisan pegawai-pegawai NADI daerah Pontian, rakan-rakan AKP, seterusnya
murid-murid yang dikasihi sekalian….

Tepak sirih megah ditatang,


Adat Melayu pembuka bicara,
Yang dijemput sudah pun datang,
Izinkan kami meneruskan acara.

“SELAMAT DATANG KE PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK SAFE & SHIELD SK PARIT KUDUS
DIBAWAH KELOLAAN PUSAT SEBARAN MAKLUMAT DIGITAL (NADI) .”
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dibacakan oleh Adik __________________________________________.
Dengan penuh takzimnya, dipersilakan.
 Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa
sebentar tadi.

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan,
Sudilah Puan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Hadirin sekalian,
Tirai majlis kita dimulakan dengan mempersilakan Yang Berusaha , Puan Norsyakinah Binti
Abdullah , Guru Besar SK Parit Kudus untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.
**** Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Norsyakinah Binti
Abdullah , Guru Besar SK Parit Kudus atas rangkaian ucapan alu-aluan yang penuh bermakna
sebentar tadi.

Hadirin Sekalian,
Untuk tidak membuang masa kita teruskan majlis pagi ini dengan dengan menjemput Yang Dihormati
Puan Hilyatun Nazah Binti Sanif,Pengurus NADI Parit Selangor Slot 1 yang merupakan taklimat
(Rujuk tentative ) dan selesai taklimat kita ada sesi soal jawab dan kuiz. Dipersilakan puan

Hadirin Sekalian ,
Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani jalinan Kerjasama antara pihak NADI dan SK Parit
Kudus…Dipersilakan wakil-wakil untuk maju ke hadapan.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Majlis kini diteruskan dengan penyampaian
cenderahati kepada tetamu jemputan kita. Dipersilakan –

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada ………………………………………………….., atas


kesudian menyampaikan…………………………………………………………………………………...
Sebelum kita mengakhiri majlis, marilah kita bersama-sama untuk sesi bergambar kenangan.
Dipersilakan semua tetamu jemputan ke hadapan.
(Sesi Bergambar)
Dengan ini, berakhirlah sudah PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK SAFE & SHIELD SK PARIT
KUDUS DIBAWAH KELOLAAN PUSAT SEBARAN MAKLUMAT DIGITAL (NADI) pada hari ini. Kami
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi sokongan. Semoga ilmu
yang diperolehi hari ini memberi manfaat kepada kita semua.
sepanjang program ini berlangsung. Terima kasih sekali lagi dan selamat pulang. Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai