1.
Dalam fasa analisis masalah, pengaturcara akan mengenal pasti input, proses
dan _______________
A. Output
B. perisian
C. storan
D. Perkakasan
2. Dalam fasa reka bentuk atur cara, pengatur cara akan ____________,melukis carta alir
dan mereka bentuk antara muka pengguna.
A melukis papan cerita
B menulis kod arahan
C melakar reka bentuk
D menulis pseudokod
3. Pernyataan yang manakah menerangkan dokumentasi dalaman dengan betul?
A Dokumentasi dalaman bertujuan membantu pengguna menggunakan aplikasi yang
telah dibina.
B Dokumentasi dalaman disediakan untuk membantu pengatur cara memahami
C Dokumentasi dalaman bertindak sebagai manual pengguna.
D Dokumentasi dalaman mengandungi proses pemasangan perisian secara langkah
demi langkah.
4. Raimi ditugaskan untuk mencari persamaan dan perbezaan antara sebuah basikal
dengan sebuah motosikal. Raimi telah menggunakan teknik .
A leraian
B pengecaman corak
C peniskalaan
D pengitlakan
5. Arissa ingin membuat pengiraan harga bagi suatu barang selepas diskaun. Bagi
menyelesaikan masalah ini, Arissa mengambil kira aspek-aspek penting berkaitan
pengiraan diskaun. Apakah teknik pemikiran komputasional yang digunakan oleh
Arissa?
A Leraian
B Pengecaman corak
C Pengitlakan
D Peniskalaan
6. Apakah komponen utama semasa melakukan kriptografi?
I Kunci II Teks biasa
III Teks sifer IV Algoritma
A I dan II
B II dan III
C II, III dan IV
D Semua di atas
7. Apakah kunci bagi Caesar Cipher jika abjad pertama bermula dengan abjad F?
A7
B6
C5
D4
8. Apakah teks sifer yang mungkin terhasil apabila mesej “PERTANDINGAN MELUKIS”
disulitkan dengan menggunakan pelbagai jenis teknik Reverse cipher?
I NATREPNAGNID SIKULEM
II SIKULEM NAGNIDNATREP
III ULEMSIK NAGNIDNATREP
IV NAGNIDNATREP SIKULEM
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
9. Suraj ingin menyulitkan suatu mesej menggunakan Columnar Transposition. Dia
menggunakan kunci “SIHAT” untuk menyulitkan mesej tersebut. Berapakah bilangan
lajur (column) yang digunakan oleh Suraj?
A4
B6
C5
D7
10. Darren menyulitkan suatu mesej untuk dihantar kepada Khairul. Mesej yang dihantar
itu telah diceroboh oleh pihak lain kerana Darren menggunakan kaedah sifer yang
menggunakan simbol. Apakah kemungkinan teknik sifer yang digunakan oleh Darren?
A Caesar Cipher
B Rail Fence Cipher
C Pigpen Cipher
D Columnar Transposition