Kepentingan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar ataupun tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang
semakin gah di persada dunia, kita acapkali tersentak dengan isu _________________ dalam masyarakat kita.
Buktinya,masyarakat kita pada masa kini seolah-olah tidak lagi mempedulikan kepentingan nilai-nilai murni yang
seyogianya ada dalam dalam diri kita masing-masing. Persoalannya, apakah (tajuk)
____________________________________________________________?
Penerapan nilai-nilai murni mampu melahirkan masyarakat yang saling menghormati antara satu sama lain.
Hal ini demikian kerana nilai hormat-menghormati amat penting dan merupakan satu perkara yang patut diteladani oleh
masyarakat Malaysia. Contohnya sekiranya masyarakat Malaysia saling bertegur sapa , maka secara automatik mereka
dapat menzahirkan rasa hormat dalam diri masing-masing bak kata pepatah ” yang tua dihormati, yang muda
disayangi”. Jelaslah bahawa melahirkan masyarakat yang saling menghormati antara satu sama lain merupakan salah
satu (tajuk) _____________________________.
Selain itu, penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat sangat penting sebagai satu prakarsa untuk
mewujudkan masyarakat yang hidup dalam suasana harmoni dan sejahtera. . Hal ini demikian kerana tidak dapat
dinafikan bahawa suasana ini merupakan impian setiap lapisan masyarakat terutamanya mereka yang hidup berjiran.
Sebagai contoh, aktiviti bergotong-royong yang diadakan akan berjalan dengan lancar dan harmoni berkat kerjasama
serta muafakat dalam kalangan jiran tetangga. Situasi ini sesuai dengan peribahasa “bulat air kerana pembentung,
bulat manusia kerana muafakat”. Jelaslah bahawa mewujudkan masyarakat yang hidup dalam suasana harmoni dan
sejahtera merupakan salah satu (tajuk) ____________________________________________________________.
Seterusnya, penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan wajar diamalkan oleh setiap insan bagi membentuk
masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Hal ini demikian kerana kepatuhan kepada agama dapat
membentuk insan mulia dalam diri seseorang di samping memberi kebaikan kepada negara. Misalnya, ibu apa perlu
menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara
dalam kehidupan anak-anak mereka. Senario ini persis pepatah Melayu, yakni “melentur buluh biarlah dari
rebungnya”. Jelaslah bahawa membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama merupakan salah
satu (tajuk) ____________________________________________________________.
Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan sangat penting kerana
________________________________. (bina ayat sendiri )
Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, jelaslah bahawa penerapan nilai-nilai murni dalam
kalangan masyarakat di Malaysia amat penting kerana masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni juga akan dapat
menyemai rasa cinta akan Negara sekaligus menghargai keamanan yang dikecapi.. Sikap masyarakat yang memberi
tumpuan terhadap matlamat menerapkan nilai-nilai murni seperti mutiara kata “pahit manis sama dirasa, satu arah
satu tujuan” kerana kesenangan dan kemewahan yang dimiliki yang dikongsi bersama.