TEKS PENGACARA MAJLIS
PERHIMPUNAN RASMI
SEKOLAH
BIL. AGENDA TEKS
1. Memastikan pelajar Semua pelajar diminta untuk berdiri dan luruskan barisan
berdiri tegak dan mengikut kelas masing-masing secara senyap dan teratur
bersedia
2. Nyanyian Lagu Para hadirin diminta untuk terus berdiri , begitu
juga guru-guru , bagi menyanyikan lagu ;
i. Kebangsan , Negaraku
ii. Negeri , Sabah Tanah Airku
( Dengan iringan muzik / tanpa iringan muzik )
Terima kasih diucapkan atas nyanyian itu sebentar tadi.
3. Bacaan ikrar Seterusnya Majlis menjemput saudara untuk
mengetuai bacaan Ikrar Rukun Negara , dan ikrar pelajar
( semua guru dipersilakan duduk )
Terima kasih diucapkan kpd saudara atas bacaan
Ikrar itu sebentar tadi.
4. Salutasi Mekar mewangi bunga cempaka,
Sayang harumnya memukau
sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Bismillahhirahmannirrahim,
Seuntai kasih sejambak rasa,
Yang Berusaha,
Dr. Rutil Taising
Pengetua SMK Pekan Telipok
Yang Dihormati,
Tn. Haji Jafri Idris
Penolong Kanan Pentadbiran
Yang Dihormati,
Pn. Ritah bukin
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang Dihormati,
En. Michael Sungkad
Penolong Kanan Kokurikulum
Yang Dihormati,
Cik Yulin Tibin
Penolong Kanan PPKI
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran , guru-guru, barisan
pengawas sekolah , seterusnya rakan- rakan
seperjuangan yang dikasihi sekalian.
5. Kata alu aluan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
dan Salam sejahtera,
Alhamdulillah , bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan
izin dan limpah kurniaNYa dapat kita bersama – sama pada
hari ini bagi menjayakan Perhimpunan Rasmi Sekolah.
6. Bacaan Doa Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama – sama
merafakkan tangan, menuluskan hati, memohon kepada Illahi agar
majlis kita pada pagi ini lebih diberkati dan diredai.
Oleh itu, majlis menjemput saudara untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Aamiin Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin Majlis merakamkan ucapan
terima kasih kepada saudara _ atas pimpinan
bacaan doa itu sebentar tadi.
7. Laporan guru Seterusnya , dijemput guru bertugas pada minggu ini untuk
bertugas menyampaikan maklumat . Dipersilakan .
Seterusnya,
majlis perhimpunan kita pada hari ini diteruskan lagi dengan
mendengar Laporan Guru Bertugas pada minggu lepas.
Oleh itu, majlis menjemput untuk
menyampaikan Aktiviti dan Laporan Mingguan pada minggu lepas.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada _____________ atas Laporan
Guru Bertugas Mingguan pada minggu lepas
8. Ucapan mana – Seterusnya, dijemput / mana-mana guru
mana guru untuk menyampaikan ucapan / maklumat .
Dipersilakan.
9. Ucapan Terbang di awan burung
Pengetua/ jentayu,
pentadbir Di atas papan batang selisih,
Tampillah Tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat
kasih.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Majlis diteruskan
lagi dengan menjemput _________________ untuk menyampaikan
amanat beliau. Majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya
mempersilakan.
1. Yang Berusaha
Dr. Rutil Taising
Pengetua SMK Pekan Telipok
2. Yang Dihormati
Tn. Haji Jafri Idris
Penolong Kanan Pentadbiran
3. Yang Dihormati
Pn. Ritah bukin
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Yang Dihormati
En. Michael Sungkad
Penolong Kanan Kokurikulum
Yang dihormati ,
Cik Yulin Tibin
Penolong Kanan PPKI
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
_ atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.
10. Pengumuman Baiklah Hadirin sekalian,
Sebelum mengakhiri majlis perhimpunan rasmi kita pada hari ini,
berikut dimaklumkan beberapa pengumuman penting untuk perhatian
dan tindakan para pelajar:
2. Untuk makluman semua pelajar, guru-guru yang bertugas pada
minggu ini ialah:
………………………………………..
Sebarang masalah yang berlaku, bolehlah berjumpa dengan guru
guru tersebut.
2. Perhatian kepada semua pelajar
……………………………………………………………………….
11. Penutup Hadirin , sebagai penutup majlis perhimpunan kita pada pagi ini , kita
akan menyanyikan lagu sekolah dengan penuh semangat . Guru-guru
dijemput berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu ini .
Baiklah hadirin, Dengan berakhirnya nyanyian itu tadi, maka
berakhirlah majlis perhimpunan rasmi kita pada hari ini.
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan
Sesungguhnya, segala yang baik, indah dan sempurna itu datangnya
daripada Allah SWT dan yang buruk itu adalah kelemahan diri kami
sendiri.
Kita tutup majlis kita dengan tasbih kaffarah dan Surah al- ‘Asr.
Guru-guru boleh beredar dari tapak perhimpunan dan semua pelajar
boleh kembali ke kelas masing-masing.
TEKS PENGENDALIAN MAJLIS (BM)
NO. AGENDA TEKS
1. Pengendalian majlis Baiklah seterusnya , perhimpunan kita diteruskan lagi dengan
(_______________) program Perasmian Minggu Pendidikan
Pencegahan Dadah . Oleh itu , Majlis menjemput saudara
(_______________) Ben Edmund , untuk mengendalikan majlis.
Dipersilakan