0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
46 tayangan3 halaman

Refleksi RPH Pengajaran Sains

Dokumen ini adalah refleksi mengenai pengalaman pengajaran individu dan berkumpulan dalam subjek Sains. Penulis mengenalpasti kekuatan seperti penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dan pemantauan murid, serta kelemahan seperti masalah capaian internet dan pemantauan kelas. Penulis juga mencadangkan langkah penambahbaikan untuk meningkatkan kualiti pengajaran di masa hadapan.

Diunggah oleh

ieda4588
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
46 tayangan3 halaman

Refleksi RPH Pengajaran Sains

Dokumen ini adalah refleksi mengenai pengalaman pengajaran individu dan berkumpulan dalam subjek Sains. Penulis mengenalpasti kekuatan seperti penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dan pemantauan murid, serta kelemahan seperti masalah capaian internet dan pemantauan kelas. Penulis juga mencadangkan langkah penambahbaikan untuk meningkatkan kualiti pengajaran di masa hadapan.

Diunggah oleh

ieda4588
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

Assalamualaikum,bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan

tugasan demonstrasi (15 minit) individu dan berkumpulan (30 minit ) dengan jayanya . Demonstrasi
individu yang saya lakukan adalah bagi subjek Sains Tingkatan 2 iaitu dalam topik Sistem Pencernaan
[Link] untuk demonstrasi mengajar berkumpulan (30 minit) ahli kumpulan kami lakukan
adalah subjek Sains Tingkatan 3 iaitu dalam topik Kesihatan Sistem Respirasi Manusia. Setelah selesai
tugasan ini saya telah dapat mengenalpasti beberapa kekuatan dan kelemahan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran saya ini.

1.0 Refleksi terhadap Kekuatan

Pada awal demonstrasi Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi kedua-dua makro dan mikro iaitu set
induksi dapat saya kesan beberapa kekuatan yang dapat memberi impak kepada diri saya serta sesi
pengajaran makro dan mikro ini. Antara kekuatan yang saya kenalpasti adalah penggunaan dua jenis
gambar yang berbeza dapat merangsang murid-murid untuk berfikir dan membuat andaian. Secara tidak
langsung kaedah ini dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid secara [Link] kritis ini adalah
salah satu yang terkandung di dalam pembelajaran abad ke -21. Menurut Khan (2021) pemikiran kritis
merupakan salah satu elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Selain iut,kekuatan yang dilihat
pada bahan bantu mengajar menggunakan kaedah aplikasi canva ini dapat menarik minat pelajar yang
mana bersesuaian dengan isi pelajaran yang hendak diajar oleh [Link] daripada itu, kekuatan yang
dapat saya kenalpasti daripada kedua-dua demonstrasi ini adalah tentang penampilan guru iaitu diri saya
sendiri yang sesuai termasuklah pakaian sopan,tampil dengan yakin dan bersemangat,suara yang jelas
dan lantang dapat menarik perhatian murid dan meningkatkan fokus murid terhadap sesi
[Link] juga merupakan seorang guru yang prihatin kerana memberi perhatian kepada murid
sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran [Link] yang ada pada saya adalah
penyampaian yang spontan di mana penceritaan yang saya sampaikan turut juga disertai dengan elemen
merentas kurikulum dan saya rasakan pengisian ini dapat membantu pelajar mengimbas kembali
pengalaman yang pernah murid lalui sebelum ini. Ini secara tidak langsung dapat menguatkan daya
ingatan murid terhadap isi kandungan subjek yang disampaikan oleh saya. Selain itu juga,bahan bantu
mengajar yang saya gunakan dalam set perkembangan menjadi satu kekuatan bagi saya kerana kaedah
tayangan video yang menarik mampu meningkatkan lagi mutu pengajaran saya. Selepas tayangan
video,saya juga telah memberi penerangan melalui lukisan di papan putih(whiteboard) kepada murid-
murid tentang isi kandungan dalam pelajaran yang diajar. Masa yang diambil untuk penerangan sama
mengikut perancangan yang dibuat dalam rancangan pembelajaran [Link] untuk demonstrasi
berkumpulan saya menggunakan slide untuk memberi penerangan kepad [Link] set
pengukuhan saya juga telah jalankan sesi penilaian kepada murid-murid menggunakan kaedah teknologi
di mana latihan secara online dalam aplikasi wordwall yang mana murid-murid diminta menjawap soalan
yang diberi. Penggunaan kuiz secara maya membuatkan sesi pengajaran menjadi lebih [Link]
seorang pendidik semestinya saya akan menambah baik lagi pengajaran [Link] yang demikian, teknik
membuat peta buih yang saya jalankan juga dapat meningkatkan tahap berfikir secara kreatif terhadap
murid-murid. Kaedah ini saya rasakan dapat membentuk nilai murni kerjasama setiap murid di dalam
kumpulan mereka. Di akhir penutup sesi pembelajaran,saya juga menunjukkan satu contoh gambar yang
boleh memberi kesedaran kepada pelajar tentang kebaikan dan keburukan terhadap apa yang kita
lakukan dalam kehidupan. Ini boleh dianggap sebagai elemen merentas kurikulum bagi isi kandungan
sesi pembelajaran yang [Link] demonstrasi berkumpulan saya menayangkan satu video
pengajaran yang boleh diambik ikhtibar kepada pelajar berkenaan topik pembelajaran ini. Bagi saya
kaedah tayangan video ini boleh meningkatkan tahap pemahaman murid terhadap topik yang diajar oleh
saya. Dalam ke dua-dua demonstrasi murid juga memberi kerjasama yang sepenuhnya semasa sesi
pengajaran yang dijalankan oleh saya. Dalam masa yang sama juga saya perhatikan muridmurid
menjawap setiap soalan yang dikemukakan dengan baik dan [Link] juga dapat melihat penglibatan
murid yang aktif dan membantu guru melancarkan sesi pembelajaran tersebut. Secara keseluruhan
pengurusan kelas adalah teratur dan dapat dilaksanakan mengikut perancangan.

2.0 Refleksi terhadap kelemahan

Terdapat juga kelemahan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan makro dan mikro [Link]
kelemahan yang saya dapat kesan adalah menggunaan capaian internet yang agak terganggu sehingga
menyukar saya dalam menjalankan sesi pembelajaran dan [Link] kedua-dua demonstrasi
pengajaran individu dan berkumpulan memerlukan capaian internet yang bagus kerana saya
menggunakan tayangan video daripada youtube . Selain itu juga,permasalahan kepada sistem pembesar
suara yang tidak mengeluarkan bunyi yang jelas menyebabkan tayangan video di ulang beberapa kali dan
mengambil masa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan yang ada pada diri saya adalah saya
masih belum dapat menghafal dengan baik keseluruhan nama pelajar. Ini menyukarkan saya untuk
memanggil mereka melakukan aktiviti di dalam kelas. Selain daripada itu,kelemahan yang saya kenalpasti
adalah ketepatan mengikuti masa yang ditetapkan. Ketetapan masa penting dalam proses pembelajaran
bagi memastikan setiap perancangan dapat disampaikan dengan baik dan lancar. Berdasarkan
perbandingan rakaman demonstrasi dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat ,saya
dapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak [Link] ini
disebabkan terdapat ngangguanngangguan dan hal-hal yang menyebabkan masa yang lebih diambil
untuk melakukan sesuatu [Link], masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu
[Link] samping itu juga, saya mendapati kelemahan dan kekurangan yang ada pada saya adalah
masalah pemantauan kelas. Saya hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid
di setiap sudut kelas. Saya sebagai seorang guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti
[Link] dengan cara ini dapat membantu murid dengan lebih dekat.

3.0 Langkah Mengatasi atau penambah baikan yang boleh dibuat dalam pelaksanaan pengajaran
berkesan pada masa akan datang.

Setelah mengenalpasti setiap kekuatan dan kelemahan,bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran di masa hadapan saya seharusnya membuat penambah [Link] kelemahan
dan kekurangan dalam ke dua-dua tugasan makro dan mikro, penambahan baikan yang perlu dilakukan
ialah ketepatan masa penggunaan masa menyampaikan isi kandungan pelajaran yang
[Link] masa sangat penting dalam memastikan masa yang ada digunakan sehabis baik
dan berkesan oleh [Link] juga seharusnya membuat pemantauan keadaan murid di dalam [Link]
seharusnya bergerak dan berjalan setiap sudut bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan
oleh murid ketika proses pembelajaran. Pendekatan ini sangat sesuai untuk guru lebih mendekati murid
dalam masa yang sama mengawal murid di kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid atau
membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara serta [Link] ini sangat membantu
guru kerana menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dan murid. Selain
itu,penambah baikan yang perlu saya lakukan adalah persediaan sebelum memulakan kelas dari segi
kelengkapan alatan teknologi seharusnya diuji dahulu sebelum sesi pembelajaran dan pengajaran
dijalankan. Persediaan yang rapi ini membantu saya untuk mengesan di mana kelemahan dan
kekurangan yang ada sebelum sesi [Link] samping itu juga,saya juga seharusnya mengambil
langkah untuk mengingati nama-nama murid yang saya mengajar sewaktu pemulangan buku latihan
kepada murid. Teknik memanggil nama setiap pelajar sewaktu menyerahkan buku latihan adalah
membantu untuk menguatkan daya ingatan saya mengingati nama-nama murid. Dalam masa yang sama
juga dapat memberi perhatian kepada setiap pelajar yang tampil ke [Link] juga seharusnya
menggunakan kaedah pengajaran yang aktif di mana melibatkan semua murid berkolaborasi secara
berkumpulan dan lebih kepada pengajaran berpusatkan [Link] untuk pengajaran makro yang
mengambil masa selama 30minit seharusnya dikendalikan dengan pengurusan masa yang bijak dan
tersusun supaya setiap apa yang dirancang dapat mencapai objektifnya.

PENUTUP

Jika saya diberi peluang mengajar sekali lagi mungkin banyak teknik dan kaedah yang akan saya
ubahsuaikan mengikut tahap penguasaan murid yang berbeza latarbelakang dan kepelbagaian murid
yang berada di dalam bilik darjah dari segi pencapaian,pemahaman dan [Link] berasa seronok
kerana dalam menjalankan demostrasi makro dan mikro ini memberi banyak pengalaman kepada saya
untuk dipraktikkan sewaktu latihan praktikum nanti. Terima kasih juga kepada pensyarah kerana banyak
mengajar dan memberi panduan kepada saya dalam menjayakan tugasan [Link] apa yang saya
dapat simpulkan di sini ialah kekuatan dan kelemahan yang saya ada ini masih terlalu awal kerana saya
masih lagi dalam pembelajaran peringkat awal. Diharap apa yang saya pelajari dalam subjek pengajaran
makro dan mikro ini dapat diaplikasikan sewaktu latihan praktikum nanti.

Rujukan: 1. Zainab nawab Khan. (2021). Pemikiran Kritis dalam pengajaran dan pembelajaran edited nov
2021. [Link]

Anda mungkin juga menyukai