0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
8 tayangan13 halaman

Implikasi Reka Bentuk Kejuruteraan dalam Matematik

EDP

Diunggah oleh

prakash
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
8 tayangan13 halaman

Implikasi Reka Bentuk Kejuruteraan dalam Matematik

EDP

Diunggah oleh

prakash
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd

JURNAL PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK MALAYSIA

VOL 14 NO 2 2024 / ISSN 2232-0393 / eISSN 2600-9307

Implikasi Pembelajaran Proses Reka Bentuk Kejuruteraan


dalam Subjek Matematik Sekolah Rendah: Tinjauan Literatur
A Literature Review of the Implications of Learning Engineering Design Processes in
Mathematics Subjects for Primary School

Masyithoh Md Zuber* & Mohd. Asyraf Mansor

School of Distance Education, Universiti Sains Malaysia,


11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia

*Corresponding author: masyithohmz@[Link]

Received: 07 May 2024; Accepted: 26 August 2024; Published: 28 August 2024


To cite this article (APA): Md Zuber, M., & Mansor, M. A. (2024). A Literature Review of the Implications of
Learning Engineering Design Processes in Mathematics Subjects for Primary School. Jurnal Pendidikan Sains
Dan Matematik Malaysia, 14(2), 36–48. [Link]

To link to this article: [Link]

ABSTRAK
Proses berfikir adalah satu proses penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Proses Reka Bentuk
Kejuruteraan memberikan satu dimensi baru kepada proses berfikir. Proses ini sering kali digunakan dalam bidang
kejuruteraan kerana membolehkan jurutera meneliti sesuatu permasalah dan menyelesaikan masalah tersebut
dengan sistematik dan berfokus. Kini, proses ini mula dikembangkan ke dalam bidang pendidikan. Kajian ini
adalah satu tinjauan kesarjanaan terhadap implikasi proses ini kepada pembelajaran matematik di sekolah rendah.
Menggunakan data dari enjin pencarian SCOPUS, ScienceDirect dan Web of Science, beberapa kajian empirikal
telah melalui satu proses semakan menggunakan teknik PRISMA. Artikel-artikel dari tahun 2010 hingga tahun
2024 telah diteliti. Artikel ini menumpukan perbincangan terhadap cara pelaksanaan proses reka bentuk
kejuruteraan dalam pembelajaran, penyepaduan topik matematik, murid sasaran dan implikasi terhadap murid.
Artikel ini menawarkan perbincangan yang mendalam tentang implikasi pratikal dan cadangan untuk kajian masa
depan dari pelbagai sudut pandangan.

Keywords: Proses Reka Bentuk Kejuruteraan, Instruksional Matematik, Kajian Literatur Sistematik, Pendidikan
Matematik.

ABSTRACT

The process of thinking is a critical component of problem-solving. The Engineering Design Process introduces
a fresh perspective to the cognitive process. Engineers frequently implement this methodology due to its capacity
to analyse and resolve issues in a meticulous and focused manner. Currently, this process is expanding into the
realm of education. This study is a scholarly examination of the implications of this process for the teaching of
mathematics in primary institutions. Several empirical studies have been reviewed using the PRISMA technique,
utilising data from the search engines SCOPUS, ScienceDirect, and Web of Science. Articles published between
2010 and 2024 were reviewed. This article concentrates on the discussion of the engineering design process in
the context of learning, the incorporation of mathematics topics, the target students, and the implications for
students. This article provides a comprehensive examination of the practical implications and recommendations
for future research from a variety of perspectives.

Kata Kunci: Engineering Design Process, Mathematics Instructional, Systematic Literature Review, Mathematics
Education

36
A Literature Review of the Implications of Learning Engineering Design Processes in Mathematics Subjects for
Primary School

PENGENALAN

Pemikiran kritis dan kreatif adalah hasil proses pemikiran seseorang individu. Bermula dengan
pengenalan Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran pada tahun 2002 dan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pada Januari 2013, Kementerian Pelajaran Malaysia mula
memperkasakan kemahiran berfikir dalam semua subjek sekolah rendah dan sekolah menengah
(Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2014; Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002). Kemahiran
berfikir ditakrifkan sebagai proses minda memahami dan mencari makna bagi sesuatu fenomena agar
pertimbangan dan penyelesaian masalah dapat dilakukan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002).
Manakala kemahiran berfikir aras tinggi didefinisikan sebagai strategi berfikir seseorang individu
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan menilai sesuatu perkara bagi menaakul dan membuat
keputusan sehingga berupaya untuk berinovasi dan mencipta sesuatu yang baru (Putrajaya: Bahagian
Pembangunan Kurikulum, 2018). Matlamat utama kedua-dua inisiatif kementerian ini adalah untuk
mengukuhkan kemahiran dan menggalakkan murid berfikir supaya dapat mengaplikasikan kemahiran
tersebut dalam kehidupan seharian. Sehubungan dengan pelaksanan tersebut pentaksiran di peringkat
sekolah, nasional, mahupun antarabangsa mula disisipkan dengan soalan-soalan berbentuk KBAT.
Guru-guru matematik dilihat cenderung menerapkan penggunaan soalan bukan rutin, menggunakan
peta pemikiran, perbincangan berkumpulan, dan pembelajaran berasaskan projek sebagai salah satu
bentuk pengaplikasian KBAT di dalam konteks pembelajaran matematik (Musa & Meor Samsudin,
2021). Bahkan, guru-guru matematik sekolah rendah dilihat mempunyai tahap kefahaman dan tahap
penerapan konsep KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang tinggi (Aling & Maat,
2021).
Hasil penelitian terhadap skrip jawapan murid mendapati murid-murid yang mendapat skor
tinggi dalam pentaksiran sukar mendapat markah penuh dalam soalan-soalan KBAT, manakala murid
lemah gagal untuk memahami soalan KBAT matematik (Mamat & Abdul Wahab, 2022). Kelemahan
memahami dan mentafsir soalan KBAT ini menunjukkan bahawa murid mempunyai kemahiran berfikir
yang lemah (Varatharaju & Setambah, 2023). Ditambah pula dengan kelemahan dalam pengetahuan
asas matematik murid turut menjadi cabaran utama yang dihadapi guru-guru dalam pengaplikasian
KBAT di dalam bilik darjah (Wong & Rosli, 2020). Malah pentaksiran diperingkat antarabangsa juga
menunjukkan pola yang senada. Trend in International Mathematics and Science Study (TIMSS) tahun
2019 menunjukkan purata skor penaakulan dan purata skor keseluruhan murid Malaysia masing-masing
adalah 462 dan 461 (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2020). Kedua-dua skor
ini menunjukkan pencapaian murid Malaysia masih rendah sama ada dalam kemahiran asas matematik
mahupun kemahiran menaakul. Walaupun pencapaian bagi domain kognitif matematik penaakulan
menunjukkan peningkatan dari tahun 2011, 2015 hinggalah 2019, namun peningkatan tersebut masih
belum memuaskan. Bahkan secara puratanya, hanya 35 peratus sahaja murid yang berjaya menjawab
soalan-soalan pada aras tinggi. Keadaan ini menunjukkan terdapat keperluan mendesak dalam
meningkatkan penguasaan kemahiran asas matematik serta memperkasakan kemahiran menaakul murid
sekolah rendah.
Dalam membentuk proses untuk berfikir, murid tidak akan mampu menyelesaikan sesuatu
maasalah hanya melalui intuisi. Malah, antara kesilapan murid dalam kemahiran proses adalah
miskonsepsi konsep matematik dan tidak menghabiskan langkah pengiraan (Baul & Mahmud, 2021).
Murid memerlukan bahan konkrit yang mampu meyakinkan mereka untuk mengekspresikan idea dan
berupaya menyusun strategi yang digunakan (Kaitera & Harmoinen, 2022). Proses ini bukan sahaja
membantu murid untuk lebih mendalami matematik, bahkan murid turut berupaya menyelesaikan
sesuatu masalah dalam apa jua situasi. Malah guru-guru pakar matematik juga berpendapat bahawa
murid perlu diberi ruang untuk bereksplorasi serta berpeluang membincangkan penyelesaian masalah
matematik melalui pelbagai kaedah dan strategi (Mamat & Abdul Wahab, 2022). Jurteru, kajian ini
akan membincangkan implikasi penggunaan proses reka bentuk kejuruteraan dalam membantu murid
sekolah rendah menyelesaikan masalah matematik melalui proses-proses teknikal yang bersistematik.

37
JURNAL PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK MALAYSIA
VOL 14 NO 2 2024 / ISSN 2232-0393 / eISSN 2600-9307

KAJIAN LITERATUR

Proses Reka Bentuk Kejuruteraan

Proses Reka Bentuk Kejuruteraan (EDP) bukanlah suatu proses kerja yang baru. Proses ini telah lama
diamalkan dalam bidang kejuruteraan bagi meneliti dan menyelesaikan isu dalam bidang kejuruteraan
secara teratur. Kini, proses ini mula diakomodasi dalam bidang-bidang lain seperti pendidikan. Dalam
bidang pendidikan, proses ini berupaya menjadi pengayaan terhadap stategi pengajaran dan
pembelajaran sedia ada dalam bidang matematik dan sains, membina kemahiran abad ke-21, memupuk
minat dan meningkat motivasi belajar murid terhadap bidang Sains, Teknologi, Matematik dan Sains
(STEM) melalui pembelajaran bermakna (Ali & Tse, 2023). Ini kerana proses EDP menjadi sandaran
dalam setiap gerak kerja pembelajaran yang menggunakan pendekatan STEM. Beberapa kajian
terdahulu menunjukkan EDP boleh meningkatkan pengetahuan terhadap sesuatu konsep dan
memperkukuh kemahiran menyelesaikan masalah murid (Winarno et al., 2020).
Terdapat enam langkah utama dalam EDP iaitu bertanya, berimaginasi, merancang, mencipta,
menguji, dan akhir sekali berkongsi atau menambahbaik (Muñoz-Rujas et al., 2018). Rajah 1
menunjukkan model EDP.

Bertanya

Berkongsi/ Berimaginasi
Menambahbaik

Menguji
Merancang

Mencipta

Rajah 1 Proses Reka Bentuk Kejuruteraan (Muñoz-Rujas et al., 2018)

EDP dimulakan dengan langkah bertanya. Murid akan bertanya soalan-soalan berkaitan soalan tugasan,
tujuan tugasan, sasaran tugasan, dan kekangan dalam melaksanakan tugasan. Langkah kedua, murid
akan berimaginasi. Pada langkah berimaginasi, murid berbincang tentang idea-idea yang boleh
dilakukan dan menyenaraikan sebarang solusi yang boleh dipertimbangkan. Kemudian, murid akan
merancang. Langkah ini agak sukar untuk ditempuhi kerana murid perlu mempertimbangkan setiap idea
dan merancang jalan penyelesaian yang terbaik untuk dilaksanakan. Langkah keempat ialah mencipta.
Prototaip dibina pada tahap ini. Seterusnya, menguji. Setiap prototaip yang dibina akan diuji bagi
mendapatkan maklumbalas. Hasil maklum balas ini akan digunakan di langkah terakhir iaitu berkongsi
atau menambahbaik. Jika hasil prototaip berada pada tahap optimum, prototaip tersebut bersedia untuk
dikongsi. Jika masih terdapat kelemahan dan isu yang timbul, prototaip tersebut akan ditambahbaik.
Secara keseluruhannya, EDP ini membantu murid mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman
dalam kehidupan seharian serta meningkatkan daya imaginasi murid (Siew, 2022).

38
A Literature Review of the Implications of Learning Engineering Design Processes in Mathematics Subjects for
Primary School

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji implikasi EDP dalam pembelajaran matematik di sekolah rendah.
Perbincangan mendalam akan menumpukan strategi pelaksanaan EDP, topik yang sering diajarkan
menggunakan model EDP, murid sasaran yang didedahkan kepada EDP, serta implikasi EDP terhadap
perkembangan murid. Berikut adalah persoalan kajian;

a) Bagaimanakah pelaksanaan EDP dalam pembelajaran matematik sekolah rendah?


b) Apakah topik yang sering diintegrasikan dengan EDP?
c) Siapakah yang sering didedahkan kepada EDP di sekolah rendah?
d) Bagaimanakah implikasi EDP terhadap perkembangan murid sekolah rendah?

METODOLOGI KAJIAN

Sesebuah kajian yang baik disokong oleh sumber maklumat yang jelas serta disaring bagi memastikan
kualiti dan keselarasan objektif kajian yang tinggi. Kajian ini mengguna sorotan literatur bersistematik
sebagai teknik untuk mengumpul dan menganalisis kajian-kajian empirikal dari pelbagai artikel secara
menyeluruh dan telus (Mohamed Shaffril et al., 2021; Mohmad et al., 2023). Kajian sebegini berupaya
memberikan fokus yang tepat pada persoalan kajian, disertai bukti-bukti yang menyeluruh, pemilihan
dapatan kajian yang bersandarkan kriteria yang jelas, penilaian yang ketat terhadap kebolehpercayaan,
dan inferens yang telah dibuktikan (Cook & Haynes, 1997). Artikel dikumpulkan dan disemak secara
sistematik dan maklumat yang diperoleh diproses secara meta-analisis. Terdapat 27 item yang perlu
dipatuhi mengikut daripada senarai semak Preferred Reporting Items for Systematics Reviews and
Meta-Analyses (PRISMA) (Moher et al., 2009)(Moher et al., 2009). PRISMA digunakan kerana
berupaya untuk meneliti pengkalan data yang luas serta membolehkan carian yang tepat mengikut
istilah yang digunakan dalam kajian. Rajah 2 menunjukkan prosedur PRISMA yang dilakukan.

Mengenal
Saringan Kelayakan Kemasukan
Pasti
(Screening) (Eligibility) (Included)
(Identification)

Rajah 2 Prosedur PRISMA (Moher et al., 2009)

Proses Pemilihan Artikel

Mengenal pasti

Prosedur pertama dimulakan dengan mengenal pasti kata kunci. Bagi mengurangkan unsur berat
sebelah dalam pencarian dan pemillihan artikel kajian, semakan rakan sebaya dilakukan diantara dua
penilai bebas. Kesepakatan perlu dicapai di antara kedua-dua penilai bagi pemilihan artikel dan kata
kunci yang sesuai dan relevan. Setelah kata kunci yang berkaitan telah disepakati, proses pencarian
artikel dilakukan pada enjin pencarian data yang telah ditetapkan. Pencarian dilakukan mengikut teknik
Boolean Operator dan Truncation pada rantaian carian di tiga pangkalan data berikut iaitu Scopus,
Science Direct, dan Web of Science. Jadual 1 menunjukkan rantaian pencarian artikel yang digunakan.

39
JURNAL PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK MALAYSIA
VOL 14 NO 2 2024 / ISSN 2232-0393 / eISSN 2600-9307

Jadual 1 Rantaian Pencarian Pada Pengkalan Data

Rantaian Pencarian Pengkalan Data


TITLE-ABS-KEY(("engineering design process" AND "primary school" OR
Scopus
"elementary school"))
Science Direct "engineering design process" AND ("elementary school" OR "primary school")
Web of Science "engineering design process" AND ("elementary school" OR "primary school") (Topic)

Akhir sekali, semua artikel dikumpulkan. Sebanyak 82 artikel berjaya dikumpulkan oleh ketiga-tiga
pengkalan data.

Saringan

Prosedur penyaringan dimulakan dengan mengeluarkan sebarang artikel yang bertindih di antara ketiga-
tiga pengkalan data. Setelah itu, artikel disaring mengikut syarat pemilihan (inclusion) dan pegecualian
(exclusion). Kriteria pemilihan artikel adalah seperti berikut: artikel telah diterbitkan didalam jurnal
atau prosiding, artikel berfokuskan kajian empirikal, pengkaji mempunyai akses bagi mendapatkan
artikel penuh dan artikel ditulis dalam bahasa Inggeris sahaja. Hasil saringan yang dilakukan, hanya 12
artikel yang melepasi prosedur saringan ini. Jadual 2 menunjukan syarat penuh pemilihan dan
pengecualian.

Jadual 2 Syarat Pemilihan dan Pengecualian

Kriteria Pemilihan Pengecualian


Jenis bahan Artikel jurnal, artikel prosiding Buku, tesis, disertasi
Tahun penerbitan 2010-2024 Sebelum tahun 2010
Scopus, Science Direct, Web of Selain daripada pengkalan data yang
Pengkalan data
Science dinyatakan
Subjek Matematik sahaja Selain matematik
Murid prasekolah, sekolah menengah,
Sampel kajian Murid sekolah rendah sahaja
institusi pengajian tinggi
Bahasa Bahasa Inggeris Selain bahasa Inggeris

Kelayakan

12 artikel yang telah disaring dinilai oleh penilai dari segi abstrak, kandungan dan dapatan kajian untuk
disesuaikan dengan soalan kajian ini. Selepas proses penilaian ini hanya lima artikel sahaja yang
diterima. Ini kerana hanya lima kajian ini sahaja yang membincangkan penggunaan strategi EDP dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik murid di sekolah rendah.

ANALISIS DATA

Tinjauan integratif digunakan bagi menganalisis dan mensintesiskan artikel-artikel yang telah dipilih.
Ini kerana tinjauan integratif menilai, mengulas secara naratif, menyimpulkan secara meta-analisis, dan
menentukan implikasi kajian secara mendalam dan seimbang terhadap sesuatu topik perbincangan
(Cronin & George, 2023). Tinjauan integratif ini menggabungkan sorotan kajian bersistematik dan
tinjauan naratif dan bersifat saling melengkapi. Ini kerana prinsip saintifik yang ketat dalam sorotan
kajian bersistematik menyebabkan perspektif sesebuah kajian sukar diteliti secara menyeluruh (Collins
& Fauser, 2005). Tinjauan naratif membantu kelemahan ini dengan mengkaji sesuatu isu dengan lebih
mendalam mengikut konteks kajian. Oleh itu penjajaran tentang penemuan amalan di dalam kajian
dapat dilakukan dengan membangun tema yang lebih luas dan menghubungkan setiap tema-tema.
Dalam mengsintesiskan tema-tema yang terkandung dalam setiap artikel terdapat empat langkah utama
yang perlu dilakukan. Rajah 3 menunjukkan proses sintesis tematik (Cronin & George, 2023).

40
A Literature Review of the Implications of Learning Engineering Design Processes in Mathematics Subjects for
Primary School

Abstrakkan dapatan dari • Tujuan: bagi membina asas yang kukuh terhadap
setiap komuniti ke dalam kerangka manuskrip dan menintegrasikan
tema yang sama dapatan daripada komuniti yang berbeza.

Teroka perkaitan • Tujuan: menyatakan struktur yang berpotensi


diantara setiap tema menyusun tema-tema yang bermakna.

Integrasikan tema • Tujuan: membina kerangka yang


secara menyeluruh menonjolkan hubungan diantara tema-tema

• Tujuan: menyaring kerangka agar


Semak dan fokus dapat memberi tumpuan kepada
semula aspek teras tanpa diganggu
butiran yang tidak penting.

Rajah 3 Proses Sintesis Tematik

Langkah pertama dalam proses sintesis tematik, penilai membuat pembaca awal sehinggalah
memahami sepenuhnya kandungan setiap artikel. Pada langkah ini juga, persamaan dan perbezaan
dapatan di antara setiap komuniti dikeluarkan bagi membina tema-tema yang berkaitan atau tema-tema
yang mungkin berkaitan secara menyeluruh. Pada langkah kedua, tema aras rendah dan tema aras tinggi
ditentukan. Dapatan setiap artikel dikodkan mengikut sifat data yang diperolehi dan di kategorikan
sebagai tema aras rendah. Tema-tema aras rendah ini yang digeneralisasikan membentuk tema aras
tinggi. Tema aras tinggi ini diteliti dan tema-tema yang mempunyai perkaitan disatukan. Langkah
seterusnya, setiap hubungan setiap tema diperhatikan bagi mewujudkan kerangka yang menjurus
kepada menjawab persoalan kajian dan memberikan makna. Akhir sekali, fokus tema-tema disemak
bagi mendapatkan kategori atau perhubungan yang paling minima dan menonjolkan tema aras rendah.
Hasil analisis ini enam tema dikenalpasti iaitu strategi pelaksanaan EDP dalam instruksional, topik
matematik yang seringkali diintegrasikan dengan EDP, murid sekolah rendah yang diajarkan dengan
EDP, kemahiran yang diperolehi melalui implikasi EDP, implikasi EDP terhadap perkembangan murid,
dan implikasi EDP terhadap pembelajaran matematik. Jadual 3 menunjukkan analisis dapatan kajian.

41
JURNAL PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK MALAYSIA
VOL 14 NO 2 2024 / ISSN 2232-0393 / eISSN 2600-9307
Jadual 3 Analisis Dapatan Kajian

Implikasi kepada
Strategi Topik Sampel Kemahiran yang Implikasi kepada
Penulis pembelajaran
pelaksanaan matematik kajian diperolehi perkembangan murid
matematik
M B K PK I A R P D U In M PM KH DU LM
Model
Pembelajaran
Kejuruteraan
(Nurmasari et Matematik
Geometri Tahun 6 √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √
al., 2023) Realistik (Realistic
Mathematical
Engineering)

Geometri,
(Karatas- Sukatan,
Aydin & Interpretasi Tahun 5
Pendekatan STEM √ √ √ √ √ √ √
Isiksal- Data, Kos- &6
Bostan, 2023) Efektif

Pendekatan STEM
(Firdaus et al.,
Geometri Tahun 6 √ √ √ √ √ √ √
2020)
Pendekatan STEM
(English & Geometri,
Tahun 4 √ √ √ √ √ √
King, 2015) Sukatan
Pendekatan
(Lakanukan et STEM/
Sukatan Tahun 4 √ √ √ √ √ √ √ √ √
al., 2021) Pengurusan
Pembelajaran

42
A Literature Review of the Implications of Learning Engineering Design Processes in Mathematics Subjects for
Primary School

DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

Dapatan Umum dan Latar Belakang Kajian

Tahun Penerbitan

Trend bagi kajian penyelidikan EDP dalam instruksional matematik dilihat bermula pada tahun 2015. Trend
ini dilihat semakin kerap apabila kajian-kajian seumpamanya turut dilakukan pada tahun 2020, 2021, dan
2023. Ini menunjukkan terdapat perkembangan yang positif terhadap pengaplikasian model EDP ini dalam
instruksional matematik di sekolah rendah. Rajah 4 menunjukkan trend tahun penerbitan.

Tahun Penerbitan
4

0
2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022 2023

Tahun

Rajah 4 Trend Tahun Penerbitan

Strategi Pelaksanaan Instruksional

Empat daripada strategi pembelajaran yang mengimplementasikan model EDP adalah melalui pendekatan
pembelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Hanya satu sahaja kajian melibatkan
Model Pembelajaran Kejuruteraan Matematik Realistik. Namun, dapat dilihat pada kelima-lima kajian
mempunyai persamaan apabila terdapat elemen kejuruteraan dalam strategi yang digunakan. Ini
nenunjukkan bahawa, pendedahan model EDP dalam instruksional matematik diperingkat sekolah rendah
belum cukup meluas. Dapatan yang senada dalam kajian (Jin et al., 2024) apabila dapat diperhatikan pola
perkembangan pengaplikasian model EDP dalam pendidikan namun kebanyakan kata kunci yang
melibatkan model ini masih berkisar pada subjek pendidikan sains, pendidikan STEM, teknologi, dan
kejuruteraan sahaja.

Topik Matematik

Majoriti topik matematik tertumpu pada tajuk geometri dan sukatan. Hanya satu sahaja kajian yang
bereksplorasi dengan interpretasi data dan kos-efektif. Rajah 5 menunjukkan pecahan topik matematik yang
diintegrasikan bersama model EDP.

Topik Matematik

11% Geometri
11% Sukatan
45%
Interpretasi Data
33%
Kos-Efektif

Rajah 5 Topik Matematik yang Diintegrasikan Dalam Model EDP

43
JURNAL PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK MALAYSIA
VOL 14 NO 2 2024 / ISSN 2232-0393 / eISSN 2600-9307

Sampel Kajian

Kesemua sampel kajian hanya melibatkan murid tahap 2 dan berumur di antara 10 hingga 12 tahun. Sejajar
dengan teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget yang menggariskan perkembangan peringkat operasi
melibatkan kesediaan murid yang berusia 11 tahun dan ke atas untuk mengolah pengetahuan atau sesuatu
yang abstrak secara logik dan berupaya melalui proses asimilasi dan akomodasi. Ini kerana kemahiran dalam
model EDP memerlukan murid untuk mengasimilasi dan mengakomodasi pengetahuan sedia ada bagi
dihubungkan dengan pengetahuan baru.

Dapatan Utama

Kemahiran yang Dipupuk Melalui Proses Reka Bentuk Kejuruteraan

Perbincangan dan kerja lapangan merupakan initipati utama dalam aktiviti yang melibatkan EDP dalam
pembelajaran (Arık & Topçu, 2022). Aktiviti sebegini disamping memberikan satu pengalaman
pembelajaran ke arah pemahaman sesebuah konsep, ia juga menjurus kepada perkembangan pelbagai
kemahiran. Hasil dapatan kelima-lima kajian ini menunjukkan kemahiran umum yang boleh dikaitkan
dengan EDP dalam pembelajaran matematik adalah pemikiran kritikal, berkomunikasi, pemikiran kreatif
dan juga kemahiran menaakul.
Prosedur pertama dalam EDP memerlukan murid untuk bertanya bagi memulakan tugasan. Seawal
prosedur ini, murid perlu mempunyai kemampuan mentakrifkan persoalan dengan tepat dan berfikir secara
kritikal untuk mengintegrasikan segala pengetahuan yang mereka ada bagi mencari solusi yang terbaik dan
praktikal (Lakanukan et al., 2021). Pemikiran kritikal ditakrifkan sebagai keupayaan untuk membina idea
baru dan mengeluarkan solusi yang berbeza terhadap sesuatu permasalahan dengan mengambil kira pelbagai
perspektif (Kamarulzaman et al., 2021). Langkah ini bukanlah satu rutin yang menjadi kebiasaan di sekolah-
sekolah rendah. Oleh itu, kemahiran ini perlu dipupuk kerana ia sangat penting bagi meningkatkan
keupayaan murid untuk menganalisis, menginterpretasi, membuat inferens, dan sekaligus memberikan
penerangan terhadap sesuatu idea atau isu. Akan tetapi terdapat kajian menunjukkan murid sekolah rendah
mempunyai tahap pemikiran kritikal yang sangat rendah (Encabo-Fernández et al., 2023; Sarwanto et al.,
2021).Walaupun pelbagai punca menjadi faktor kepada kekurangan ini, namun faktor seperti murid kurang
didedahkan dengan menghuraikan masalah dapat dielakkan menggunakan teknik EDP ini.
Penyediaan platform yang baik dapat membentuk kemahiran berkomunikasi yang baik. Kelima-
lima artikel dalam kajian ini mengetengahkan kerja berpasukan dalam menjalankan tugasan. Bermula
daripada prosedur bertanya hinggalah prosedur keenam berkongsi di dalam EDP memerlukan murid untuk
berkomunikasi seterusnya berkolaborasi diantara satu sama lain. Murid juga perlu saling menghormati idea
dan bertolak ansur bersama rakan-rakan di dalam kumpulan sendiri atau bersama rakan lain di dalam kelas
(Nurmasari et al., 2023). Malah persekitaran yang berunsurkan EDP ini memerlukan murid untuk sentiasa
menghuraikan dan memberikan justifikasi terhadap idea-idea yang dilontarkan bagi mendapatkan maklum
balas daripada guru dan rakan-rakan. Persekitaran sebegini sememangnya mempromosikan kemahiran
berkomunikasi yang baik.
Selanjut, EDP mencungkil kreativiti murid-murid. Tidak seperti rutin kebiasaan di bilik darjah
matematik, murid diberikan latihan bertulis yang mempunyai jawapan tertentu. Sebagai contoh, latihan
penambahan di mana jawapannya adalah berbentuk tetap. Namun, melalui pembelajaran berunsurkan EDP
murid bebas untuk merancang jalan penyelesaian masalah dan ruang ini meningkatkan daya kreativiti
murid-murid (Firdaus et al., 2020). Malah murid yang pintar dapat memanipulasikan pengetahuan konsep
yang dimiliki untuk menyokong keputusan yang mereka lakukan dengan cara yang inovatif (Karatas-Aydin
& Isiksal-Bostan, 2023). Satu projek EDP di dalam kelas matematik, menghasilkan pelbagai imaginasi dan
solusi yang berbeza mengikut kreativiti murid yang pelbagai. Tetapi, aktiviti kreativiti ini agak sukar bagi
murid sederhana dan murid lemah. Murid sederhana mempunyai kefahaman terhadap sesuatu konsep
matematik tetapi agak sukar untuk menentukan strategi penyelesaian yang bukan rutin, manakala murid
lemah berhadapan dengan kemungkinan tidak memahami solan yang diberikan kemungkinan tidak
memahami solan yang diberikan (Yayuk et al., 2020). Oleh itu guru perlu membimbing dan meransang
pemikiran kreatif ini secara berperingkat.
Kemahiran menaakul melibatkan kemahiran mengolah maklumat diperolehi dan
menginterpretasikan maklumat tersebut agar satu penilaian yang mendalam dalam dilakukan. Ia melibatkan
proses menganalisis, mengintegrasi, menilai, membuat kesimpulan, membuat generalisasi, dan memberikan
hujah berdasarkan logik (Lindquist et al., 2017). Hasil pendedahan terhadap persekitaran EDP, murid-murid
44
A Literature Review of the Implications of Learning Engineering Design Processes in Mathematics Subjects for
Primary School

pintar mampu menjana dan menyusun idea dan menterjemahkannya dengan penghasilkan produk-produk
(Karatas-Aydin & Isiksal-Bostan, 2023). Ini menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna dan
membangunkan kognitif murid dengan baik. Malah, dewasa ini pentaksiran diperingkat nasional mahupun
antarabangsa telah menyisipkan soalan-soalan penaakulan bagi meninjau tahap kognitif murid-murid tahun
empat dan tingkatan dua di seluruh dunia. Sehubungan dengan kepentingan perkembangan kemahiran
menaakul ini, Trend in International Mathematics and Science Study (TIMSS) juga meletakkan 20 peratus
hingga 25 peratus soalan berbentuk penaakulan. Oleh itu, langkah pengintegrasian EDP dalam pembelajaran
matematik ini dilihat satu langkah proaktif bagi menyokong matlamat global ini.

Implikasi Proses Reka Bentuk Kejuruteraan Terhadap Perkembangan Murid Sekolah Rendah

Kelima-lima kajian yang dilakukan ini menjurus kepada pembelajaran berasaskan projek yang sinonim
dengan EDP. Peluang menjalankan tugasan sebegini memberi murid peluang untuk lebih aktif di dalam
kelas dan bebas menterjemahkan idea-idea mereka terhadap tugasan yang diberikan (Nurmasari et al.,
2023). Tugasan ini memberikan murid-murid ini satu pengalaman pembejaran yang berbeza dan sangat
bermakna (English & King, 2015). Kebebasan untuk bereksplorasi dan pembelajaran yang bermakna ini
meningkatkan minat dan motivasi murid untuk belajar (Firdaus et al., 2020). Malah, empat daripada kajian
ini menunjukkan EDP memberikan murid berpeluang untuk mengintegrasikan beberapa konsep
pembelajaran di dalam subjek sains, matematik, teknologi, dan kejuruteraan di dalam satu tugasan yang
sama. Implikasinya murid dapat melihat perhubungan setiap konsep itu di antara satu sama lain dan melihat
aspek pengaplikasiaannya dalam kehidupan seharian (Firdaus et al., 2020). Dari segi pembinaan
pengetahuan, melalui EDP murid dapat membina kefahaman sendiri melalui pengalaman yang mereka lalui
sendiri secara praktikal (Nurmasari et al., 2023). Murid juga mampu memahami serta menterjemahkan
soalan tugasan dengan tepat (Lakanukan et al., 2021). Manakala dari aspek sosial, bekerja secara berpasukan
dalam tugasan EDP menjadikan murid belajar menghormati dan menghargai idea yang dilontarkan dan
berkongsi melihat sesuatu isu dari perspektif yang berbeza (Nurmasari et al., 2023).

Implikasi Proses Reka Bentuk Kejuruteraan Terhadap Perkembangan Pembelajaran Matematik


Murid Sekolah Rendah

Terdapat empat implikasi utama EDP terhadap perkembangan pembelajaran matematik murid sekolah
rendah. Pertama, kelima-lima kajian menunjukkan bahawa melalui EDP murid dapat mengintegrasikan
matematik dengan subjek lain dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam kehidupan seharian.
Sebagai contoh dalam kajian Karatas-Aydin & Isiksal-Bostan (2023), projek pembinaan jambatan
memperlihatkan keupayaan murid untuk meyokong kestabilan jambatan yang dibina dengan mengambil
kira pelbagai aspek termasuk reka bentuk (kejuruteraan), membuat pengukuran penyangga jambatan
(matematik), melaras diameter semi bulatan lengkungan jambatan (matematik), dan pengiraan tekanan yang
perlu diambil kira (sains). Peluang sebegini bukan sahaja mengintegrasikan pelbagai konsep ilmu, malah
turut memberi peluang murid mengasimilasikan pengetahuan itu dalam situasi kehidupan sebenar. Kedua,
kelima-lima dapatan kajian juga bersetuju melalui EDP murid dapat meneroka konsep-konsep dan prosedur-
prosedur dalam matematik. Peluang bereksplorasi membolehkan murid melihat perhubungan formula-
formula matematik dan memahami asas-asas sesuatu konsep (Nurmasari et al., 2023). Walaubagaimanapun,
English & King (2015) menekankan kepentingan peranan guru membimbing murid dalam proses untuk
memahami konsep ini. Ketiga, EDP membantu memperkukuhkan literasi matematik murid dengan
membantu mereka memahami dan menginterpretasi sesuatu konsep. Kajian (Nurmasari et al., 2023)
mendapati murid yang mengaplikasikan EDP dalam pembelajaran matematik menunjukkan pretasi yang
lebih baik dalam literasi matematik. Akhir sekali, EDP meningkatkan keupayaan murid untu menyelesaikan
masalah matematik. Murid yang terdedah kepada mempunyai gerak kerja EDP lebih menonjol dalam
perancangan, membuat keputusan, dan membuat refleksi (Karatas-Aydin & Isiksal-Bostan, 2023). Ini
kerana murid-murid ini telah terlatih untuk menyelesaikan sesuatu permasalah dengan terancang dan
tersusun.

45
JURNAL PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK MALAYSIA
VOL 14 NO 2 2024 / ISSN 2232-0393 / eISSN 2600-9307

CADANGAN

Dapatan kajian ini membawa kepada beberapa cadangan penambahbaikan untuk kajian lanjutan. Pertama,
kajian masa depan perlu meninjau kekangan atau cabaran yang dihadapi dalam menjalankan instruksional
matematik yang mengintegrasikan EDP. Cabaran-cabaran ini boleh merangkumi cabaran guru sendiri dalam
melaksanakan instruksional matematik yang mengintegrasikan EDP dan cabaran murid bereksplorasi
dengan EDP dalam pembelajaran. Kedua, mengkaji kesan strategi yang diintegrasikan bersama EDP.
Strategi dan faktor luaran lain turut memberi kesan terhadap pelaksanaan EDP dalam instruksional
matematik.

KESIMPULAN

Proses Reka Bentuk Kejuruteraan (EDP) melatih murid untuk berfikir secara tersusun dan terancang dalam
menyelesaikan masalah. Bukan sahaja proses ini meransang budaya berfikir secara kritis dalam
pembelajaran, malah turut boleh diimplementasikan dalam kehidupan sehari. EDP dalam pendidikan telah
mendapat perhatian yang meluas, sama ada diperingkat pendidikan tertiari sehinggalah ke peringkat
prasekolah. Proses pembelajaran berunsurkan kejuruteraan ini mula mendapat tempat kerana berupaya
meningkatkan kebolehan berfikir dan kreativiti murid melalui proses yang tersusun. Walaubagaimanapun,
kebanyakan kajian EDP dalam pendidikan sekolah rendah masih berlegar hanya pada pembelajaran yang
berkaitan bidang kejuruteraan dan sains (Flanagan et al., 2024; Heffernan & Sullivan, 2021; Kelly et al.,
2017). Oleh itu, penyebaran teknik EDP dalam instruksional matematik perlu diperluas dan pergiat.

RUJUKAN

Ali, M., & Tse, A. W. C. (2023). Research Trends and Issues of Engineering Design Process for STEM Education in
K-12: A Bibliometric Analysis. International Journal of Education in Mathematics, Science and Technology,
11(3), 695–727. [Link]
Aling, M., & Maat, S. M. (2021). Tahap Penerapan Dan Kefahaman Guru Matematik Terhadap Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) Dalam PdP Matematik Di Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan , 3(1), 331–341.
[Link]
Arık, M., & Topçu, M. S. (2022). Implementation of Engineering Design Process in the K-12 Science Classrooms:
Trends and Issues. Research in Science Education, 52(1), 21–43. [Link]
x
Bahagian Pembangunan Kurikulum, K. P. M. (2014). Dasar Pembangunan Kurikulum Kebangsaan (Pertama).
Kementerian Pendidikan Malaysia. [Link]
kssm
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2020). Laporan Kebangsaan Timss 2019 Trends In
International Mathematics And Science Study (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Ed.; FIRST EDITION). Kementerian Pendidikan Malaysia.
Baul, A. L. N., & Mahmud, M. S. (2021). Kemahiran Penyelesaian Masalah Matematik Berayat Sukar dalam
Pembelajaran Matematik Sekolah Rendah. In Z. Mahadi, W. Wahi, J. Alias, A. Basir, W. Z. Wan Hassan, A.
Umar, M. Mamat, & C. Mohd. Shamsudin (Eds.), International Virtual Conference On Liberal Studies 2021
Mastery of Multidisciplinary and Inter-Disciplinary Skills and Competencies (pp. 137–141). Pusat Pengajian
Citra Universiti (Citra UKM).
Collins, J. A., & Fauser, B. C. J. M. (2005). Balancing the strengths of systematic and narrative reviews. Human
Reproduction Update, 11(2), 103–104. [Link]
Cook, M. D. J., & Haynes, R. B. (1997). Systematic reviews: synthesis of best evidence for clinical decisions. Ann
Intern Med, 126, 376–380.
Cronin, M. A., & George, E. (2023). The Why and How of the Integrative Review. Organizational Research Methods,
26(1), 168–192. [Link]
Encabo-Fernández, E., Albarracín-Vivo, D., & Jerez-Martínez, I. (2023). Evaluative research on the critical thinking
of primary school students. International Journal of Educational Research Open, 4, 100249.
[Link]
English, L. D., & King, D. T. (2015). STEM learning through engineering design: fourth-grade students’ investigations
in aerospace. International Journal of STEM Education, 2(1), 14. [Link]
7

Firdaus, A. R., Wardani, D. S., Altaftazani, D. H., Kelana, J. B., & Rahayu, G. D. S. (2020). Mathematics learning in
46
A Literature Review of the Implications of Learning Engineering Design Processes in Mathematics Subjects for
Primary School
elementary school through engineering design process method with STEM approach. Journal of Physics:
Conference Series, 1657(1), 012044. [Link]
Flanagan, B., Hourigan, M., & Leavy, A. (2024). Primary teachers’ learning experiences of integrated STEM
education. Journal of Early Childhood Research. [Link]
Heffernan, J., & Sullivan, F. (2021). Teaching K-6 Elementary Engineering with Robotics. International Journal of
Engineering Education, 37(6), 1655–1673.
Jin, D., Jian, M., & Liu, S. (2024). Research hotspots and development trends of K-12 engineering education research:
Bibliometric analysis based on CiteSpace. Heliyon, 10(13), e33590.
[Link]
Kaitera, S., & Harmoinen, S. (2022). Developing mathematical problem-solving skills in primary school by using
visual representations on heuristics. LUMAT: International Journal on Math, Science and Technology
Education, 10(2). [Link]
Kamarulzaman, W., Mohd Jodi, K. H., Oo, C. K., Mahmood, R., & Che Aziz, R. (2021). Teachers’ Model For Teaching
Critical Thinking In Primary School. International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP), 3(3), 7–16.
Karatas-Aydin, F. I., & Isiksal-Bostan, M. (2023). Engineering-based modelling experiences of elementary gifted
students: An example of bridge construction. Thinking Skills and Creativity, 47, 101237.
[Link]
Kelly, G. J., Cunningham, C. M., & Ricketts, A. (2017). Engaging in identity work through engineering practices in
elementary classrooms. Linguistics and Education, 39, 48–59. [Link]
Lakanukan, S., Thanyaphongphat, J., & Areeprayolkij, W. (2021). The Design Process of STEM Learning Activities
for Problem-Solving on the PM 2.5 Mask: The Case of Primary School in Thailand. In M. M. T. Rodrigo, S.
Iyer, & A. Mitrovic (Eds.), Proceedings of the 29th International Conference on Computers in Education (pp.
201–207). Asia-Pacific Society for Computers in Education (APSCE). [Link]
content/uploads/2021/12/[Link]-PP.-[Link]
Lindquist, M., Philpot, R., Mullis, I. V. S., & Cotter, K. E. (2017). Chapter 1 TIMSS 2019 Mathematics Framework.
Boston College, TIMSS & PIRLS International Study Center. [Link]
content/uploads/frameworks/[Link]
Mamat, N., & Abdul Wahab, M. N. (2022). Kajian Masalah Pembelajaran Matematik di kalangan Pelajar Sekolah
Rendah Luar Bandar. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(6), e001531.
[Link]
Mohamed Shaffril, H. A., Samsuddin, S. F., & Abu Samah, A. (2021). The ABC of systematic literature review: the
basic methodological guidance for beginners. Quality and Quantity, 55(4), 1319–1346.
[Link]
Moher, D., Liberati, A., Tetzlaff, J., & Altman, D. G. (2009). Preferred reporting items for systematic reviews and
meta-analyses: the PRISMA statement. BMJ, 339(jul21 1), b2535–b2535. [Link]
Mohmad, A. F., Mohamad Sidek, M. S., Rosli, R., Maat, S. M., & Mahmud, M. S. (2023). Tinjauan Strategi menangani
Diskalkulia melalui Sorotan Literatur Sistematik. JURNAL PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK
MALAYSIA, 13(2), 11–24. [Link]
Muñoz-Rujas, N., Diez-Ojeda, M., Greca, I. M., & Montero, E. A. (2018). Application of the Engineering Design
Process within the STEAM frame to the determination of heat capacities in liquids. XI National and II
International Engineering Thermodynamics Congress, 1–11.
Musa, M., & Meor Samsudin, W. N. A. (2021). Implementasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Matematik:
Adakah Suatu Realiti? Sains Malaysiana, 50(9), 2781–2790. [Link]
Nurmasari, L., Budiyono, Nurkamto, J., & Ramli, M. (2023). Realistic Mathematics Engineering for improving
elementary school students’ mathematical literacy. Journal on Mathematics Education, 15(1), 1–26.
[Link]
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran (Pusat
Perkembangan Kurikulum, Ed.; Cetakan Pertama). Kementerian Pendidikan Malaysia.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2018). Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Reka Bentuk
dan Teknologi Tahun 4 Semakan 2017. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sarwanto, Widi Fajari, L. E., & Chumdari. (2021). Critical Thinking Skills And Their Impacts On Elementary School
Students. Malaysian Journal of Learning And Instruction, 2(2), 161–187.
Siew, N. M. (2022). Exploring Students’ Stem Imagination Process Through An Engineering Design Process.
International Journal of Teaching and Learning, 01, 1–18. [Link]
Varatharaju, S., & Setambah, M. A. B. S. (2023). Perlaksanaan Kbat dengan Penggunaan Kaedah Jadual Dalam
Penyelesaian Masalah Matematik Tahun Empat. JURNAL PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK
MALAYSIA, 13(1), 22–30.
Winarno, N., Rusdiana, D., Samsudin, A., Susilowati, E., Ahmad, N., & Afifah, R. M. A. (2020). The steps of the
Engineering Design Process (EDP) in science education: A systematic literature review. Journal for the
Education of Gifted Young Scientists, 8(4), 1345–1360. [Link]

Wong, E. W. Z., & Rosli, R. (2020). Sorotan Literatur Bersistematik: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam
47
JURNAL PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK MALAYSIA
VOL 14 NO 2 2024 / ISSN 2232-0393 / eISSN 2600-9307
Kalangan Guru Matematik. In N. F. Habidin, U. A. Muhammad, S. Y. O. Yong, & T. W. Tuan Chik (Eds.),
Pembangunan Penyelidikan Dan Inovasi Dalam Teknologi, Pendidikan Dan Sains Sosial (Cetakan Pertama,
pp. 139–157). Kaizentrenovation Sdn Bhd.
Yayuk, E., Purwanto, A., & Abdur Rahman, S. (2020). Primary School Students’ Creative Thinking Skills in
Mathematics Problem Solving. European Journal of Educational Research, 9(3), 1281–1295.

48

Anda mungkin juga menyukai