0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
45 tayangan8 halaman

Teachers' Perceptions About The Use of Artificial Intelligence (AI) in Teacher Teaching at The Middle School Level

Kajian ini mengkaji persepsi guru mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pengajaran di sekolah menengah di Malaysia. Hasil menunjukkan korelasi positif antara persepsi manfaat, kemudahan, pengaruh sosial, dan kesediaan penerimaan AI, dengan pengaruh sosial menjadi faktor paling signifikan. Kesimpulan menyatakan bahwa dukungan dari atasan dan pengaruh sosial penting untuk mendorong guru mengadopsi AI dalam pengajaran.

Diunggah oleh

hidayah90
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
45 tayangan8 halaman

Teachers' Perceptions About The Use of Artificial Intelligence (AI) in Teacher Teaching at The Middle School Level

Kajian ini mengkaji persepsi guru mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pengajaran di sekolah menengah di Malaysia. Hasil menunjukkan korelasi positif antara persepsi manfaat, kemudahan, pengaruh sosial, dan kesediaan penerimaan AI, dengan pengaruh sosial menjadi faktor paling signifikan. Kesimpulan menyatakan bahwa dukungan dari atasan dan pengaruh sosial penting untuk mendorong guru mengadopsi AI dalam pengajaran.

Diunggah oleh

hidayah90
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd

JURNAL PENDIDIKAN BITARA UPSI

Vol. 17 No.2 (2024) / eISSN 2821-3173 (150-157)

PERSEPSI GURU TENTANG PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN (AI)


DALAM PENGAJARAN GURU DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH

Teachers' Perceptions about the Use of Artificial Intelligence (AI) in Teacher


Teaching at the Middle School Level

Ting Siew Chear & Helmi Norman


Falkuti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia
*
Corresponding author: [Link]@[Link]

Published: 28 Oktober 2024

To cite this article (APA): Ting , S. C., & Norman, H. (2024). Teachers’ Perceptions about the Use of Artificial
Intelligence (AI) in Teacher Teaching at the Middle School Level. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 17(2), 150–
157. [Link]

To link to this article: [Link]

Abstrak

Pendahuluan: Kajian ini dilakukan dengan bertujuan untuk mengkaji penggunaan aplikasi kecerdasan
buatan (AI) dalam pengajaran guru di sekolah menengah. Menurut trend perubahan dalam arena
pendidikan global, penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) semakin meluas. Ini bertujuan untuk
meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran agar lebih efektif. Penggunaan AI dalam pengajaran
juga membuka peluang- peluang untuk meningkatkan kualiti pendidikan, menjadikan pembelajaran
lebih adaptif, dan menyediakan generasi muda untuk menghadapi cabaran-cabaran di masa depan. Di
Malaysia, masih ramai guru mempunyai kesukaran dalam merancang pembelajaran yang menarik.
Selain itu, strategi pengajaran yang kurang berkesan dan tidak menyokong kaedah pembelajaran terbeza
menyebabkan meningkatkan kadar pembelajaran murid. Objektif: Kajian ini adalah dilakukan untuk
mengkaji persepsi manfaat penggunaan, persepsi kemudahgunaan, pengaruh sosial dan kesediaan
penerimaan AI di satu sekolah menengah. Metodologi: Kajian ini mengunakan kajian kuantitatif
deskritif dengan menggumpul data dengan borang soal [Link] ini diedarkan kepada 90 orang
guru di sebuah sekolah menengah hanya 73 responden dipilih sebagai sampel dalam kajian ini merujuk
kepada Jadual Krejcie dan Morgan. Dapatan ini kemudian dianalisis dengan menggunakan aplikasi
statistical package for sosial science (SPSS) versi 15. Hasil: Penemuan menunjukkan korelasi positif
antara persepsi manfaat dan penerimaan penggunaan, r=0.53. Pengaruh sosial dan penerimaan
penggunaan AI adalah r=0.59 manakala pembolehubah persepsi kemudahgunaan AI dengan
penerimaan penggunaan AI, r=0.46 (r≈0.50). Ini menunjukkan semua pembolehubah mempunyai
pengaruh yang sederhana terhadap persepsi penerimaan. Manakala pengaruh sosial dengan penerimaan
menunjukkan pekali yang lebih tinggi sedikit daripada yang lain..Kesimpulan: Secara keseluruhan,
dapatan kajian ini mendapati bahawa galakan pihak atasan serta pengaruh sosial adalah penting bagi
menggalakkan guru-guru untuk mengamalkan penggunaan AI dalam pengajaran mereka sepenuhnya.

Kata kunci Aplikasi kecerdasan buatan, Persepsi manfaat penggunaan, Persepsi kemudahgunaan,
Pengaruh sosial, Kesediaan penerimaan

150
Teachers' Perceptions about the Use of Artificial Intelligence (AI) in Teacher Teaching at the Middle School
Level

Abstract

Introduction: This research was conducted to examine the perception of the use of Artificial intelligence tools in
teaching practice among teachers at secondary schools. According to the changing trends in the global education
arena, the use of Artificial Intelligence (AI) is increasingly expanding. Aims: This aims to enhance the processes of
learning and teaching for greater effectiveness. The utilization of AI in education also creates opportunities to
improve the quality of education, make learning more adaptive, and prepare the younger generation to face
challenges in the future. In Malaysia, many teachers still face challenges in designing engaging learning
experiences. In addition, ineffective teaching strategies that do not support differentiated learning methods
contribute to an increased student learning rate. Objective: This study was conducted to examine perceptions of
the benefits of use, usability, social influence, and readiness for AI acceptance at local school in Malaysia.
Methodology: This study utilized a descriptive quantitative approach by collecting data through a survey via
questionnaires. The questionnaires were distributed to 90 teachers at a local secondary school, with only 73
respondents selected as the sample for this study based on the Krejcie and Morgan Table. The data were then
analysed in descriptive quantitative analysis using the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 15.
Results: The study results showed that perceptions of the benefits of use, usability, social influence, and readiness
for acceptance indicated a high level of agreement. The highest correlation strength was found between social
influence and acceptance readiness with r=0.59, p<0.05, compared to usability with r=0.46, p<0.05, and
perceived usefulness with r=0.53, p<0.05. Conclusion: However, overall, it indicates a moderate level of
relationship. The coleration values showed that b (0.59) had the highest contribution to the level of AI acceptance
readiness in teaching among teachers at school, which is social influence. Conclusion: Overall, the findings of
this study suggest that encouragement from superiors and social influence are crucial to encouraging teachers to
fully adopt the use of AI in their teaching.

Keywords Artificial Intelligence, benefits of use, usability, social influence, acceptance readiness

PENGENALAN

Pendidikan merujuk kepada program yang dirancang khusus untuk mengembangkan potensi individu
ke arah kecemerlangan akademik serta mempunyai kepelbagaian kemahiran secara menyeluruh dan
bersepadu selaras dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan generasi yang berketerampilan dan berdaya
saing di peringkat global. Aspek gaya pembelajaran dan motivasi pelajar menjadi sangat penting kepada
pembelajaran kini. Di mana, aspek gaya pembelajaran yang mengaplikasikan dan menggunakan gaya
pembelajaran seperti visual, auditori, dan kinestetik. Manakala, aspek motivasi pula dapat dilihat
melalui elemen yang terdapat dalam motivasi pelajar iaitu melibatkan motivasi intrinsik dan motivasi
ekstrinsik Bagi memperolehi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang optimum, pendidik
harus mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar dan menggunakan strategi pengajaran yang sesuai.
Strategi pengajaran yang sesuai harus diselaraskan dengan motivasi pelajar. Oleh itu, gaya
pembelajaran yang direka khas dengan motivasi pelajar dapat membolehkan pelajar meneroka potensi
dan keupayaan diri pelajar supaya merangsang motivasi pelajar dapat meningkatkan pencapaian
akademik.
Pendidikan abad ke-21 menuntut semua guru untuk sentiasa berkompetensi tinggi dan
profesional dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini bagi merealisasikan
hasrat Falsafah pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pendidikan Malaysia (2013-2025) untuk mewujudkan
pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia ke arah memperkembangkan potensi
individu dan melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis. Semua murid memerlukan
pendekatan yang lebih strategik, keperluan bantuan khas, sokongan dan rancangan pengajaran yang
sesuai dengan keperluan dan potensi mereka. Oleh itu, para guru sangat memerlukan kemahiran tinggi
dan kompeten dalam mendidik dan melahirkan kemenjadian murid yang sejahtera dan mampu untuk
berdikari.
Untuk merealisasikan matlamat tersebut, pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai amat
penting dalam memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kepada murid. Penggunaan
teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) dalam era digital yang serba canggih,
memberikan respon dan mirip dengan tingkah laku manusia mula diperkenal dan dijadikan alat
membantu mengajar kepada murid (Nawi, 2019) membantu murid meningkatkan kefahaman,
menghindari salah anggap serta tafsiran mereka. Penggunaan AI yang berunsurkan animasi, visual, audio,

151
JURNAL PENDIDIKAN BITARA UPSI
Vol. 17 No.2 (2024) / eISSN 2821-3173 (150-157)

grafik dan warna yang boleh menggambarkan sesuatu objek dan bunyi yang jelas serta penggunaan
yang senang sangat sesuai digunakan oleh semua murid dalam pembelajaran harian mereka.

PENYATAAN MASALAH

Penggunaan AI dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat relevan dalam perkembangan
teknologi masa kini. Dalam pembelajaran, cara pembelajaran kini yang berteraskan pembelajaran abad
ke-21 adalah berbeza daripada kaedah tradisional. Pelbagai alternatif dan bahan pengajaran perlu
dibangunkan untuk membantu murid-murid ini minat dan lebih fokus dalam pembelajaran mereka.
Situasi ini sangat memerlukan kemahiran guru dan kesediaan guru menvariasikan pedagogi serta
teknologi yang untuk reka bentuk pembelajaran yang lebih sesuai untuk memenuhi keperluan murid.
Menurut Norhisham (2020), daripada kajian sesebuah sekolah rendah agama di Selangor
didapati tahap penggunaan multimedia sebagai satu kaedah yang kreatif dalam pengajaran masih dalam
tahap sederhana tinggi. Ini membuktikan pengetahuan dan penggunaan guru tentang elemen dalam
multimedia sangat kurang dan merisaukan. Murid memerlukan bimbingan yang lebih tinggi. Guru perlu
bijak memilih dan menggunakan rekaan teknologi seperti AI dalam memperkukuhkan pengetahuan
mereka di samping menarik perhatian mereka. Maka, pengetahuan penggunaan AI ini sememangnya
boleh dikatakan satu agen pemangkin dalam kadar pembelajaran murid.
Menurut Seriayuna (2019),guru yang tidak menerima latihan komprehensif dalam mengenali
ciri murid adalah susah untuk menaksir serta mengajar dengan menggunakan strategi yang berkesan.
Tanpa pengetahuan tentang sifat, keperluan dan minat murid adalah sangat susah bagi guru untuk
memilih aplikasi AI yang bersesuaian dengan keperluan murid. Keberkesanan pembelajaran
menggunakan AI adalah bersandar dengan pemilihan AI yang sesuai dengan keperluan murid. Maka,
pengetahuan sifat, keperluan dan minat murid perlu seiring dengan pengetahuan dalam teknologi
maklumat yang melibatkan AI.
Penggunaan AI yang berkonsepkan teknologi yang mampu mewujudkan persekitaran secara
simulasi berjaya dengan memberi pengalaman yang menyeronokkan dapat memberi peluang kepada
pengguna menerokai sesuatu yang nyata(Gonz 2020). Pernyataan ini menunjukkan penggunaan AI
yang berkesan mampu memberikan pengalaman dengan simulasi yang berkesan. Ini mewujudkan
pembelajaran yang bermakna kepada semua murid serta sangat menyokong kepada pembelajaran
terbeza. Dengan adanya AI, aplikasi ini boleh guru sebagai perancang, pengawal, pembimbing,
pendorong serta penilai dengan lebih berkesan serta memanfaatkan semua murid.
Murid yang merupakan aset utama negara kita serta tulang belakang utama negara. Apabila
murid ini dapat berdikari dan berkemahiran tinggi, maka tiada isu lagi mana-mana golongan yang akan
dipinggirkan oleh masyarakat. Dengan mengilatkan permata khas ini, secara tidak langsung juga
membantu negara bergerak ke lebih hadapan dalam segi ekonomi seiring dengan keprihatinannya
kepada semua lapisan masyarakat.

OBJEKTIF

Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

i. Untuk mengenal pasti tahap di antara persepsi manfaat penggunaan, persepsi


kemudahan, pengaruh sosial dan kesediaan penerimaan guru terhadap penggunaan
aplikasi AI dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah menengah.
ii. Untuk mengenal pasti hubungan antara persepsi manfaat penggunaan, persepsi
kemudahgunaan dan pengaruh sosial terhadap kesediaan penerimaan guru terhadap
penggunaan aplikasi AI dalam pembelajaran murid di sekolah menengah.
iii. Untuk mengenal pasti faktor yang paling memberi sumbangan terhadap tahap
kesediaan penerimaan aplikasi AI dalam pengajaran guru di sekolah menengah.

152
Teachers' Perceptions about the Use of Artificial Intelligence (AI) in Teacher Teaching at the Middle School
Level

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif lintas-seksyen untuk menyiasat persepsi penggunaan
alat Kecerdasan Buatan dalam amalan pengajaran di kalangan guru-guru sekolah menengah tempatan.
Ia bertujuan untuk mengetahui bagaimana perasaan guru-guru mengenai penggunaan AI dan pembinaan
soalan latihan untuk kelas mereka. Soal selidik ini terdiri daripada enam hingga lapan soalan tertutup
yang dikategorikan ke dalam empat kategori utama untuk menilai impresi instruktur setelah lima soalan
demografi penting. Soalan-soalan demografi ini merangkumi umur, jantina, etnik, tahap pendidikan, dan
pengalaman kerja peserta. Ini diikuti oleh empat dimensi: pengaruh sosial, kebolehgunaan, kesiapan
untuk penggunaan pendidikan AI, dan faedah penggunaan. Setiap dimensi yang dipilih dikelompokkan
dengan set soalan tertutupnya sendiri; sebagai contoh, enam item diberikan kepada kebolehgunaan,
enam kepada kelebihan penggunaan, enam kepada pengaruh sosial, dan lapan kepada kesiapan
penerimaan.
Soal selidik ini disusun dengan jelas untuk peserta dan mengandungi item tertutup yang
ditakrifkan dengan jelas dalam pelbagai format. Untuk semua perkara, soal selidik ini mempunyai skala
jenis Likert lima poin yang bermula dari sangat tidak bersetuju (1) hingga sangat bersetuju (5). Tinjauan
yang menggunakan soalan tertutup biasanya memberikan kadar respons yang lebih baik bagi penyelidik
dan memerlukan kurang penulisan daripada peserta, menurut Farrell (2016). Ini menunjukkan bahawa
soal selidik tertutup sesuai untuk analisis statistik yang mudah, yang membantu dalam pemprosesan
data tinjauan secara umum.
Pendekatan soal selidik dalam talian digunakan melibatkan 73 responden untuk kajian ini.
Persetujuan peserta kajian diminta supaya mereka boleh memilih untuk menyertai dengan bebas. Etika
penyelidikan dipertimbangkan, dan pelajar dapat mengakses dan mengisi soal selidik secara anonim.
Selepas guru-guru diberi akses kepada soal selidik dalam talian untuk dilengkapkan dengan persetujuan
mereka sebelumnya, semua respons peserta dikumpulkan melalui tinjauan dalam talian. Seramai
sembilan puluh sample dalam sekolah tempatan berkenaan hanya kira-kira tujuh puluh respons dipilih.
Kuantiti sampel memenuhi keperluan Krejcie dan Morgan yang ditetapkan pada tahun 1970. Selepas
soal selidik diisi, data dianalisis dan dimasukkan ke dalam lembaran kerja untuk analisis data, yang
menghasilkan hasil penyelidikan. Dengan menggunakan ujian deskriptif dan Korelasi Person pada skala
skor peserta, pendapat mereka mengenai kelebihan penggunaan, kebolehgunaan, pengaruh sosial, dan
kesiapan penerimaan pengajaran AI dapat disampaikan.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

Lima bahagian utama dalam soal selidik perlu dijawab oleh responden: bahagian demografi, bahagian
persepsi penggunaan, bahagian kebolehgunaan, bahagian pengaruh sosial, dan bahagian kesiapan untuk
penggunaan AI di kalangan guru-guru di sebuah sekolah menengah tempatan. Hasil demografi
ditunjukkan seperti berikut:

Jadual 1: Jadual Penemuan Demografi dalam Kajian

Statistik Dekskritif Kekerapan


Sifat Frekuensi (n) Peratusan (%)
Jantina:
Lelaki 16 21.9
Perempuan 57 78.1
Kaum:
Melayu 42 57.5
Iban/ Bidayuh 15 20.5
Cina 15 20.5
India 0 0
Bumiputera yang lain 1 1.4
Status perkahwinan
bersambung

153
JURNAL PENDIDIKAN BITARA UPSI
Vol. 17 No.2 (2024) / eISSN 2821-3173 (150-157)

Bujang 24 32.9
Berkahwin 47 64.4
Duda/ Janda 2 2.7
Umur
21-30 tahun 14 19.2
31-40 tahun 29 39.7
41-50 tahun 14 19.2
50 tahun ke atas 16 21.9
Tahap pendidikan
PhD 0 0
Sarjana 7 9.6
Sarjana Muda 66 90.4
Diploma 0 0
Pengalaman mengajar
Kurang 1 year 0 0
2-5 tahun 13 17.8
6-10 tahun 11 15.1
11-15 tahun 21 28.8
16 tahun dan lebih 28 38.4
Jumlah 73 100

Merujuk kepada data kekerapan dalam Jadual 2, tahap penerimaan mengenai kegunaan AI
untuk pengajaran adalah 57 guru, atau 78 peratus, kebolehgunaan di kalangan 54 atau 73 peratus, dan
pengaruh sosial adalah 49 guru yang tidak bersetuju, iaitu 67 peratus. Hanya 13 guru yang memilih untuk
menggunakan AI disebabkan oleh faktor luaran seperti dorongan dari rakan sejawat dan atasannya.
Selain itu, Jadual 3 menunjukkan nilai minimum yang diperoleh berkisar antara 3.86 hingga 4.04.
Bacaan ini menunjukkan bahawa tahap purata penerimaan terhadap AI berada di antara tidak bersetuju
dan bersetuju. Walau bagaimanapun, penemuan ini masih condong kepada persetujuan kerana 3.86 ≈
4.00. Bacaan ini menunjukkan persetujuan yang tinggi atau penerimaan positif terhadap penggunaan AI
di sebuah sekolah menengah tempatan.

Jadual 2: Purata kekerapan persetujuan penemuan dari semua komponen dalam


soal selidik mengikut pembolehubah bebas.

Sangat Setuju
Tahap Rendah Tahap Sederhana (Sangat
(Sangat Tak Setuju/
(Kurang setuju) Setuju/
Tak Setuju)
Setuju)
Persepsi Manfaat 1 15 57
Persepsi
4 15 54
Kemudahgunaan
Pengaruh Sosial 11 49 13

Kajian diteruskan untuk mengenal pasti pembolehubah bersandar dan tidak bersandar dengan
ujian kolerasi. Perolehan nilai korelasi 'r' untuk menentukan hubungan yang signifikan antara
pembolehubah bersandar dan tidak bersandar 'p.' Disebabkan data skala sejenis, analisis korelasi
Spearman digunakan untuk menilai hubungan antara persepsi manfaat dan penerimaan penggunaan AI
dalam pengajaran, persepsi kebolehgunaan dan penerimaan penggunaan AI dalam pengajaran, dan
pengaruh sosial dan penerimaan penggunaan AI dalam pengajaran. Penemuan menunjukkan korelasi
positif antara persepsi manfaat dan penerimaan penggunaan, r=0.53. Selain itu, nilai korelasi antara
pengaruh sosial dan penerimaan penggunaan AI adalah r=0.59. Adapun untuk pembolehubah persepsi
kemudahgunaan AI dengan penerimaan penggunaan AI, r=0.46 (r≈0.50). Ini menunjukkan semua

154
Teachers' Perceptions about the Use of Artificial Intelligence (AI) in Teacher Teaching at the Middle School
Level

pembolehubah mempunyai pengaruh yang sederhana terhadap persepsi penerimaan. Namu, di antara
semua pembolehubah : pengaruh sosial dan penerimaan menunjukkan pekali yang lebih tinggi sedikit
daripada yang lain seperti yang ditunjukkan oleh kekuatan nilai pekali korelasi dalam Jadual 4. Jadi, ia
menunjukkan pengaruh sosial memberi impak dalam meningkatkan penerimaan AI oleh guru di sekolah
menengah.
Secara keseluruhan, terdapat hubungan sederhana antara persepsi manfaat, persepsi
kebolehgunaan, dan pengaruh sosial dengan penerimaan penggunaan AI dalam pengajaran. Oleh itu,
hipotesis H01, H02, dan H03 ditolak. Korelasi peringkat jenjang Spearman dijalankan untuk mengkaji
hubungan antara persepsi manfaat dan penerimaan penggunaan AI dalam pengajaran, persepsi
kebolehgunaan dan penerimaan penggunaan AI dalam pengajaran, dan pengaruh sosial dan penerimaan
penggunaan AI dalam pengajaran. Berdasarkan Jadual 4, terdapat korelasi positif dan signifikan antara
persepsi manfaat dan penerimaan penggunaan AI dalam pengajaran, rs =
.533, n = 73, p<.001, persepsi manfaat dan persepsi kebolehgunaan, rs = .776, n = 73, p<.001,
dan persepsi manfaat dan pengaruh sosial dengan rs = .779, n = 73, p<.001. Analisis ini menunjukkan
bahawa terdapat hubungan yang secara statistik signifikan antara persepsi guru terhadap manfaat
penggunaan, persepsi kebolehgunaan, pengaruh sosial, dan kesiapan penerimaan yang dikenali sebagai
penggunaan AI dalam pengajaran melalui pengalaman mereka.
Selain daripada kelebihan generatif AI, seperti penjimatan masa, menyediakan maklumat
merentasi domain yang berbeza, menawarkan tutoran dan maklum balas yang dipersonalisasi, dan
meningkatkan idea penulisan, responden bersetuju bahawa mereka juga menghadapi beberapa cabaran.
Ini termasuk ketidakupayaan untuk menilai kualiti dan sumber yang boleh dipercayai, ketidakupayaan
untuk mengemukakan rujukan, dan ketidakupayaan untuk menggantikan perkataan dengan berkesan.
Pelbagai strategi boleh digunakan untuk menangani kebimbangan ini, termasuk memeriksa semula
respon generatif AI dengan sumber yang boleh dipercayai, menggunakan generatif AI sebagai alat
rujukan atau bantuan, menetapkan garis panduan untuk penggunaan generatif AI, dan, yang penting,
memupuk integriti akademik di kalangan pelajar untuk memastikan penggunaannya yang beretika
dalam persekitaran akademik.

Jadual 3: Jadual pembolehubah tak berkadar langsung dengan pembolehubah berkadar


langsung

Minimum Maximum Median N Sisihan piawai Variance

Persepsi Manfaat 2.00 5.00 4 73 0.69073 0.477

Persepsi
2.00 5.00 4 73 0.75342 0.568
Kemudahgunaan

Pengaruh Sosial 3.00 5.00 4 73 0.54488 0.297

Persepsi Penerimaan 2.00 5.00 4 73 0.64298 0.413

155
JURNAL PENDIDIKAN BITARA UPSI
Vol. 17 No.2 (2024) / eISSN 2821-3173 (150-157)

Jadual 4: Jadual Pembolehubah Bebas dengan Pembolehubah Tidak Bebas (Ujian Korelasi Spearmen)

Kolerasi
Persepsi
Persepsi Pengaruh Persepsi
Kemudah-
Manfaat Sosial Penerimaan
gunaan
Persepsi Korelasi 1.000 .776** .779** .533**
Spearman's
Kemudah- Pekali Sig. . .000 .000 .000
rho
gunaan (2 hala) N 73 73 73 73
Korelasi
776** 1.000 .725** .459**
Persepsi Pekali
.000 . .000 .000
Manfaat Sig. (2
73 73 73 73
hala) N
Pengaruh Korelasi
.779** .725** 1.000 .592**
Sosial Pekali
.000 .000 . .000
Sig. (2
73 73 73 73
hala) N
Korelasi
.533** .459** .592** 1.000
Persepsi Pekali
.000 .000 .000 .
Penerimaan Sig. (2
73 73 73 73
hala) N
** Korelasi adalah signifikan pada tahap 0.01 (2-hala)

IMPLIKASI KAJIAN

Penemuan kajian ini boleh memberikan cadangan yang berguna untuk meningkatkan penggunaan AI di
kalangan guru-guru untuk meningkatkan kualiti proses pendidikan. Kajian ini menawarkan pandangan
mengenai penggunaan AI dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru di
Malaysia. Melibatkan AI boleh mencipta pengalaman pembelajaran yang lebih menarik melalui
penyerapan. Dalam sistem pendidikan Malaysia, terdapat keperluan untuk tindakan konkrit untuk
meningkatkan dan mengoptimumkan pembelajaran berasaskan AI, seperti meningkatkan kemahiran
teknikal guru-guru, mengembangkan program latihan yang bertujuan untuk membantu guru-guru
mengubahsuai dan menyesuaikan gaya pengajaran dan interaksi mereka dengan pelajar ke persekitaran
dengan AI.

KESIMPULAN

Penggunaan AI dalam pengajaran dan pembelajaran telah berkembang dan berakselerasi


dengan pesat di kalangan guru-guru di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Sebagai pendidik,
untuk membentuk dan melengkapi pelajar-pelajar kita dari segi pengetahuan, pemahaman,
ketahanan mental dan fizikal, serta penguasaan dalam bidang masing-masing, adalah penting
untuk mengukuhkan usaha kita untuk menyegarkan arena pendidikan dan menyemai
keunggulan kepada pelajar-pelajar kita di sekolah.

156
Teachers' Perceptions about the Use of Artificial Intelligence (AI) in Teacher Teaching at the Middle School
Level

RUJUKAN

Russell and Norvig. 2003. Artificial Intelligence: A Modern Approach, 2nd ed., New Jersey
Lanzilotti and Roselli. 2007. An Experimental Evaluation of Logiocando, an Intelligent
Tutoring Hypermedia System. International Journal of Artificial Intelligence in
Education 17, 41–56
Wu, Meng & Huang.2006. Application of Artificial Neural Network to the Identification of
Students with Learning Disabilities. International Conference on Artificial
Intelligence, pp. 162–168
Nanni & Lumini,.2008. Ensemble generation and feature selection for the identification of students with learning
disabilities. Expert Systems with Applications 36, 3896–3900
Georgopoulos, Malandraki & Stylios.2003. A fuzzy cognitive map approach to differential
diagnosis of specific language impairment. Artificial Intelligence in Medicine
29, 261–278
Hernadez, Mousalli & Rivas.2009. Learning Difficulties Diagnosis for Children’s Basic Education using Expert
Systems. WSEAS Transactions on Information Science and Applications 7(6)
Gonzalez, Guerra, Sanabria, Moreno, Noda & Bruno.2010. Automatic system for the
detection and analysis of errors to support the personalized feedback. Expert
Systems with Applications 37, 140–148
S.J Russell and P. Norving. 2003. Artificial Intelligence: A Modern Approach, 2nd ed. New Jersy
Nanni and A. Lumini. 2008. Ensemble generation and feature selection for the identification of students with
learning disabilities. Expert Systems with Applications.36. pp. 3896- 3900
Department of Education and skills. 2001. Special Educational Needs Code of Practice, London DFES
Siti Rosni Mohamad Yusoff & Abd Samad Hanif. 2019. Inovasi Digital dalam Pengajaran dan
[Link] Fajar. 13-19.
Ranjit Singth. 2012. Attitude of [Link]. Students Towards Learning through ICT in Relation to Their Learning Style.
International Journal of Enhanced Research in
Eduacation Development. 1(11). 1-8.
V. Pang, Y.K Yap & Y.M. Tam. 1992. Buku Sumber Komputer dalam Pendidikan. Siri pendidikan Logman. 32-
35.
Rozinah Jamaludin. 2000. Asas-asas Multimedia dalam Pendidikan. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. 163-
165.
Nur Fatahiyah Mohamed Hata & Siti Nur Diyana Mahmud. 2020. Kesediaan Guru Sains dan Matematik dalam
Melaksanakan Pendidikan Stem dari Aspek Pengetahuan, Sikap dan Pengalaman Mengajar. Akademika
90(3). 85-102.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and
Psychological Measurement, 30(3), 607-610.

157

Anda mungkin juga menyukai