0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
15 tayangan8 halaman

Manfaat Terapi Air untuk PPKI

Program 'Terapi Air' di SK Sri Kulim bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara murid PPKI, ibu bapa, dan guru melalui aktiviti hidroterapi. Program ini akan dilaksanakan pada 24 April 2014 di Kolam Renang Rose & Lily dan melibatkan 22 murid serta ibu bapa. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan manfaat dalam perkembangan fizikal dan mental murid berkeperluan khas.

Diunggah oleh

NATRAH
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
15 tayangan8 halaman

Manfaat Terapi Air untuk PPKI

Program 'Terapi Air' di SK Sri Kulim bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara murid PPKI, ibu bapa, dan guru melalui aktiviti hidroterapi. Program ini akan dilaksanakan pada 24 April 2014 di Kolam Renang Rose & Lily dan melibatkan 22 murid serta ibu bapa. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan manfaat dalam perkembangan fizikal dan mental murid berkeperluan khas.

Diunggah oleh

NATRAH
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

KERTAS KERJA

PROGRAM TERAPI AIR


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS SRI KULIM

1.0 PENDAHULUAN
Program “Terapi Air” merupakan projek julung kalinya yang dirancang oleh Program
Pendidikan Khas SK Sri Kulim dengan kerjasama ibubapa. Program ini dirancang akan
dilaksanakan selama satu hari di Kolam Renang Rose & Lily R&Z Lembah Impiana. Program
ini dirancang bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dan silaturahim di antara murid – murid
PPKI, ibu bapa dan guru – guru PPKI.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara murid - murid PPKI
2.2 Merapatkan jurang antara murid - murid & ibu bapa PPKI dengan para guru PPKI
2.3 Menggalakkan penglibatan murid - murid dalam aktiviti-aktiviti luar yang dijalankan
2.4 Mengamalkan Terapi dalam Pendidikan Khas secara berkesan bersama ibu bapa murid
PPKI .
2.5 Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang pentingnya Terapi sebagai proses
pemulihan bagi anak – anak berkeperluan khas.

3.0 TARIKH DAN TEMPAT


Nama program : Terapi Air
Tempat : Rose & Lily Lembah Impiana
Tarikh : 24 April 2014
Hari : Khamis

4.0 PESERTA SASARAN


22 Orang Murid Peserta ( termasuk ibu bapa )

5.0 RASIONAL PERLAKSANAAN

TERAPI HIDRO
Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor
kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air
didapati lebih mudah dan bebas serta ti dak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain
daya apungan air sahaja.

Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada
permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini
dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang
lebih dalam. Secara tidak langsung guru-guru telah melatih membina keyakinan diri murid-
murid "water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan
perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya melembutkan sendi
dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka.

5.1. PENGENALAN

Pemilihan program rekreasi renang/hidroterapi bagi murid-murid Program Pendidikan Khas


Pembalajaran (PPKP) adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah
pembelajaran menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang
lain. Program yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau permulaan renang.
Murid diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang cetek. Kawasan yang paling
dalam di kolam tersebut berukuran 1 meter.

5.2. OBJEKTIF

Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid bermasalah


pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat membentuk sikap
kerjasama dengan rakan-rakan mereka. Ia juga membolehkan murid-murid bermasalah
pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama seperti murid-murid normal. Selain itu,
renang juga merupakan salah satu latihan latihan terapi (Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid-
murid PPKP ini.

5.3. DEFINISI DAN KONSEP

Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan
motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak
mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani
seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan.
Imbangan dalam air bukanlah masalah utama. Oleh itu lebih banyak pergerakan dapat
dilakukan dan daya penumpuan individu dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku
didapati tidak seperti lazimnya. Ini disebabkan oleh ransangan air secara semulajadi.

Walaubagaimanapun, murid-murid PPKP mungkin mengalami sedikit rasa takut dengan air.
Di sinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina keyakinan diri. Hasilnya
murid-murid akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti hidroterapi ini.
Melalui hidroterapi juga, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai
aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot
dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat
dipraktikkan di dalam air.

Dalam hubungan ini, hidroterapi dapat meneroka pergerakan-pergerakan yang boleh


dilakukan oleh murid-murid PPKP ini. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih
berkeyakinan di air berbanding di darat. Kejayaan sesuatu program pengajaran bergantung
pada prosedur pengajaran yang jelas, sokongan dan garis panduan yang diberi. Walau
bagaimanapun garis panduan adalah sama untuk semua, hanya penyesuaian dan modifikasi
diperlukan terhadap individu berkeperluanyang unik ini.

5.4. KEPENTINGAN HIDROTERAPI

Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk mengembalikan,
memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan spiritual kepada keadaan yang
lebih baik atau normal. Antara kepentingan hidroterapi ini ialah:

i. Menghilangkan tekanan
ii. Keupayaan berkomunikasi
iii. Simulasi sistem otak
iv. Bina keyakinan diri
v. Kreativiti
vi. Kawalan diri
vii. Latihan ‘Social skill’
viii. Merangsang pertuturan
ix. Melatih sikap bekerjasama
x. Meningkatkan kesabaran
xi. Pengamatan
xii. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain
xiii. Latihan daya kepimpinan
xiv. Manipulasi tangan dan jari-jemari
xv. Daya konsentrasi
xvi. Pembentukan ‘body image’
xvii. Peningkatan ‘self-esteem’

5.5. PANDUAN KESELAMATAN


Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid PPKP ini, faktor yang paling penting
dan perlu diambil kira adalah faktor keselamatan. Kita melihat faktor keselamatan ini dalam
sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap ketidakupayaan intelektual murid-murid tersebut.

i. Ketidakupayaan Fizikal
Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke dalam kolam.
Semasa berada di dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan kaki terbuka dan
kepala berada di atas paras air. Gunakan bahagian atas badan untuk mengawal imbangan dan
sentiasa apungkan badan. Elakkan daripada menunjukkan perasaan bimbang kepada murid
sewaktu berada di dalam air kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi bimbang dan
takut. Guru perlu sentiasa bercakap dan memberi galakkan kepada murid semasa mereka
hendak masuk ke dalam air. ‘Eye Contact’ boleh membantu membina keyakinan murid.
Latihan hendaklah dimulakan dengan memasuki kawasan sudut kolam yang cetek.

ii. Ketidakupayaan Intelektual


Ketidakupayaan intelek juga dialami oleh murid PPKP di mana tahap tumpuan yang singkat
menyebabkan maklumat yang diberi tidak dapat disimpan dengan sempurna. Oleh itu,
penjelasan guru perlulah ringkas dan tepat. Ada murid-murid PPKP yang kurang persepsi
kemahiran motor dan persepsi mengenai jarak atau kedalaman kolam renang. Maka persepsi
yang tepat dan betul perlu disampaikan kepada mereka. Guru juga harus ingat bahawa murid-
murid PPKP tidak mempunyai pencapaian kemahiran yang sama, namun pada satu keadaan
atau ketika mereka mungkin boleh menguasainya.
5.6 AKTIVITI REKREASI RENANG/HIDROTERAPI
i. Pendahuluan
• Memanaskan badan dan meregangkan otot.
• Mengenakan jaket keselamatan.

ii. Isi Pelajaran


• Bermain-main di tepi air.
• Murid masuk ke dalam kolam dengan bantuan guru dengan cara yang betul
• Guru membantu murid mengadakan aktiviti-aktiviti ampungan.
• Melakukan aktiviti berjalan di dalam kolam dengan bantuan guru.
• Aktiviti renang dengan bantuan guru.
• Aktiviti renang bebas menggunakan bola dengan pemerhatian guru.
• Murid keluar daripada kolam dengan menggunakan kaedah tertentu.

iii. Penutup
• Aktiviti kelonggaran dan regangan tangan dan kaki.
• Mengemaskan dan membersihkan diri.

6.0 AJK PELAKSANA

AJK PELAKSANA
PROGRAM TERAPI AIR

PENASIHAT : EN. MOHD ZAILAN B. ARIFFIN

PENGERUSI : PN. NOR AZIZAH BT ABDUL KARIM

PENYELARAS : PN. SITI SALWANI BT ABDULLAH

SETIAUSAHA : PN. INTAN MAZLINA BT HUSSAIN

AJK GURU DAN KAKITANGAN : 1. PN. NURBAIT AZHIIM BT JAMALUDIN

2. PN. NURUL NATRAH BT AZIZAN

3. PN. AZILA BT AZHAR

4. PN. NORABITAH BT MD JUPRI


AJK PELAJAR :

1) FAREEZ SYAKIRIN BT KHUSAINI

2) MOHD IKMAL HAFIZ B. ABD AZIZ

3) MOHD FIKRI B. BASRI

4) MOHD IKHZAL ALIFF B. HUSNI

5) MOHD IKHWAN B. MOHD HASNI

6) ALIA NABILAH BT MOHD SYAHRIZAD

7) MOHD. SYAWAL HARISMON

8) W. ABD. WAFIY B. ABD. AZIZ

9) AMIR HAKEEM B. ABD. AZIZ

10) AINA AYUNI AHMAD SABRI

11) NURAQILAH HUSNA BT MOHD AZRUL

12) AN NUR NAJWA BT AZRUL AMRY

13) RAJENDRAN A/L VIJIAN

14) MOHD NAJMI B. YUSRY

6.0 ATURCARA PROGRAM

ATURCARA PROGRAM

7.30a.m : Pendaftaran murid - murid PPKI


7.45a.m : Ketibaan penasihat dan para guru PPKI
8.30a.m : Kata-kata aluan oleh Presiden PPKI
8.45a.m : Sarapan pagi
9.00a.m : TERAPI HIDRO - AKTIVITI REKREASI RENANG/HIDROTERAPI

12.15a.m : Makan Tengahari


12.30a.m : Penyampaian cenderamata kepada Jurulatih Renang
1.00 p.m : Majlis Bersurai
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BUTIRAN PERBELANJAAN

JAMUAN BIHUN GORENG DAN AIR RM 42.00


SIRAP RM 3.00 X 14 ORANG MURID

MANDI KOLAM
MURID = RM 6.00 X 14 RM 84.00
WARIS DAN GURU = RM 8.00 X 8 RM 64.00

PELAMPUNG RM 10.00

KENDERAAN GURU
RM 10 X 4 BUAH KERETA RM 40.00

JUMLAH RM 240.00

8.0 PENUTUP
Diharapkan agar program ini dapat memberikan impak yang positif kepada jalinan hubungan
diantara murid, ibu bapa dan para guru PPKI SK SRI KULIM. Sehubungan itu, kerjasama dan
sokongan daripada semua pihak amat perlu agar objektif yang telah digariskan berjaya
dicapai. Sejajar dengan tema program PPKI iaitu ’Kemenjadia n murid – murid PPKI
tonggak utama’.

”KEMENJADIAN MURID – MURID PPKI TONGGAK UTAMA”

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


LAMPIRAN 4
Posted by kasuma majid at 6:24 AM

Anda mungkin juga menyukai