RPH REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4
KSSR SEMAKAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
KELAS 4 CEMERLANG MINGGU 37
MODUL 6.0 Reka Bentuk Pengaturcaraan TARIKH 24/2/2025
UNIT 6 HARI Isnin
TAJUK Pembangunan Kod Arahan MASA
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid dapat:
Membina atur cara struktur kawalan jujukan menggunakan fitur-fitur yang sesuai untuk
sesuatu objek.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengenalan:-
Murid mengimbas pelajaran lalu. Guru mengaitkan penerangan murid dengan pelajaran hari
ini.
Aktiviti:-
1. Guru menerangkan cara membina atur cara struktur kawalan jujukan.
2. Murid diberikan tugasan untuk membina atur cara struktur kawalan jujukan menggunakan
aplikasi pengaturcaraan Scratch.
3. Secara berpasangan, murid menulis Algoritma. Seterusnya murid menulis Pseudokod.
(PAK21)
4. Murid membuka aplikasi Scratch. Murid memilih Sprite and Blok atur Cara.
5. Murid memilih blok atur cara yang bersesuaian untuk digunakan bagi memenuhi
pseudokod yang dibuat. (KBAT)
6. Murid menentukan kedudukan Sprite dan membina atur cara dengan bimbingan guru.
7. Guru mentaksir kefahaman murid berdasarkan sesi soal jawab dan hasil kerja murid.
(PBD)
Penutup:-
Murid membuat kesimpulan tentang pelajaran hari ini.
REFLEKSI
____/_____ murid dapat mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.
____/_____ murid boleh melengkapkan latihan yang diberikan.
____/_____ murid memerlukan latihan lanjut dan bimbingan guru.
Catatan: Pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan pada hari ini dan akan
diteruskan pada sesi pembelajaran seterusnya kerana:
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------