Ruj.
:B7/23/11/01
Tarikh : 21 November 2023
Kepada:-
PENGURUS FELDA SERTING HILIR 4
s.k PENGARAH WILAYAH RAJA ALIAS
s.k KETUA KAMPUNG FELDA SERTING HILIR 4
Assalamualaikum w.b.t.
Tuan,
ADUAN LONGKANG TERSUMBAT DI SEKITAR RUMAH PENEROKA BLOK 7, FELDA SERTING
HILIR 4
Merujuk perkara di atas, saya selaku ketua blok ingin memberitahu tentang perkara di atas.
Longkang-longkang di sekeliling rumah peneroka blok 7 tersumbat akibat daripada penuh
dengan tanah dan sampah sarap. Air longkang tidak dapat mengalir dengan lancar dan
bertakung.
2. Air yang bertakung memudahkan nyamuk membiak dan bertelur, terutamanya nyamuk
aedes. Kami bimbang penduduk di sekitar blok 7 akan dijangkiti penyakit demam denggi dan
sebagainya. Selain itu, longkang yang tersumbat juga mengakibatkan air melimpah ketika hujan
dan masuk ke dalam rumah peneroka yang duduk di kawasan bawah bukit ketika
3. Bersama-sama ini saya lampirkan gambar kawasan yang bermasalah dan rumah yang
terjejas akibat daripada air longkang yang melimpah ketika hujan. Untuk makluman tuan, hal ini
telah mendapat keluhan daripada ahli blok sendiri.
4. Kami berharap perkara di atas dapat ditangani dengan segera untuk memastikan
kesihatan penduduk kawasan ini tidak terjejas dan masalah air masuk ke rumah peneroka ketika
hujan dapat diatasi. Justeru dapat kita membentuk masyarakat yang harmoni.
Sekian sahaja untuk makluman pihak tuan.
Saya yang menjalankan amanah,
…………………………….
( Mat Baki Bin Meon)
Ketua Blok 7 , Felda Serting Hilir 4.
Longkang tersumbat menyebabkan air bertakung serta menjadi tempat pembiakan nyamuk.
Kawasan yang sering terjejas apabila hujan. Air yang melimpah akan membawa tanah mengalir
ke kawasan rumah bawah .