100% menganggap dokumen ini bermanfaat (1 suara)
5K tayangan15 halaman

Contoh RPH Sekolah Rendah 2025-2026

Dokumen ini adalah rancangan pengajaran harian untuk pelbagai subjek di sekolah, termasuk Bahasa Melayu, Matematik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, dan Pendidikan Muzik. Setiap rancangan mengandungi tema, topik, standard pembelajaran, objektif, aktiviti, refleksi, dan rubrik pentaksiran untuk menilai penguasaan murid. Tujuannya adalah untuk memastikan murid dapat menguasai kemahiran yang diajar melalui aktiviti yang dirancang.

Diunggah oleh

martesh08
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd

CONTOH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN RINGKAS

BM/MATEMATIK/PJ/PK/[Link]/PSV/RBT/SEJARAH
SEKOLAH KEBANGSAAN
2025 - 2026

UNTUK MENDAPATKAN
HUBUNGI CIKGU AHZALI
0197874780/0138201816

[Link]
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
BAHASA MELAYU TAHUN SATU
Kelas : 1 Tarikh :
Masa : Hari :
Tema : Keluarga Penyayang
Topik : Belajar Menulis
Standard 3.1 Asas menulis.
Kandungan :
Standard 3.1.1 Menulis secara mekanis;
Pembelajaran: i. huruf
Objektif Pada akhir pembelajaran murid dapat menulis semua huruf kecil a hingga z dengan teknik yang
Pembelajaran: betul.
AKTIVITI

1. Membaca membaca huruf kecil a-z yang dipaparkan. (slaid)

2. Murid ditunjukkan video contoh teknik menulis huruf kecil dengan betul. [Link]
3. Murid menulis huruf kecil menggunakan kertas surih. Murid menulis mengikut arah anak panah. Paparkan pada
skrin layar. (Buku teks ms.4)
4. Murid menulis huruf kecil mengikut teknik penulisan yang betul dalam buku tulis garis empat.
5. Permainan. Murid dalam kumpulan. Salah seorang daripada ahli kumpulan akan diminta menulis huruf kecil yang
disebut oleh guru pada papan tulis. Semua ahli akan terlibat. Ahli yang betul menulis huruf kecil diberikan satu
bintang. Kumpulan yang banyak mendapat bintang dianggap pemenang.
6. Murid menulis huruf vokal.(Buku Aktiviti Jilid 1 ms.3)
7. Murid secara rawak menulis huruf kecil yang disebut oleh guru pada papan tulis.

REFLEKSI
Pengajaran hari ini berjaya / tidak mencapai objektif kerana sebilangan besar murid dapat/tidak dapat
menguasai kemahiran yang [Link] _____orang murid tidak menguasai kemahiran dan akan diberi
bimbingan.
CATATAN

Rubrik Pentaksiran

Kaedah Pentaksiran : Pemerhatian/Penulisan

Tahap
Tafsiran Kemahiran Prestasi Murid
Penguasaan
1 Menulis sebahagian kecil huruf kecil dengan teknik yang betul. sangat terhad
2 Menulis sebahagian huruf kecil dengan teknik yang betul. terhad
3 Menulis sebahagian besar huruf kecil dengan teknik yang betul. memuaskan
4 Menulis semua huruf kecil dengan teknik yang betul. baik
5 Menulis semua huruf kecil dengan teknik yang betul,cantik dan sangat baik
kemas.
6 Menulis semua huruf kecil dengan teknik yang betul,cantik, kemas cemerlang
dan menjadi model teladan.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
Kelas : 6 Tarikh :
Masa : Hari :
Tema : Kekeluargaan
Topik : Bercuti di Tanah Tinggi
Standard 1.1 Mendengar dan memberikan respons semasa berkomunikasi dalam situasi formal
Kandungan : dan tidak formal.
Standard 1.1.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang
Pembelajaran: diujarkan dalam pelbagai situasi.
Objektif Pada akhir pembelajaran murid dapat memberi sekurang-kurangnya satu respons terhadap
Pembelajaran: maklumat yang diujarkan dengan baik dan bertatasusila.
AKTIVITI

1. Murid dipaparkan slaid tempat-tempat pelanconga di Malaysia.

2. Murid memberi respons terhadap tempat-tempat yang telah mereka lawati. (Contoh: Apakah perasaan
kamu?/Apakah pandangan kamu tentang tempat yang dilawati?)
3. Murid membaca dialog dan tiga maklumat daripada brosur secara mentalis. Paparkan pada skrin layar.
(Buku teks ms.7)
4. Murid dipilih secara rawak membaca dialog dan tiga maklumat daripada brosur secara mekanis.
5. Murid dibimbing mendengar dan memahami ujaran. (Situasi 1)
6. Murid ikut kumpulan (tiga orang) berbincang melengkapkan dialog dalam Situasi 2.
7. Murid simulasikan dialog dengan memberikan respos tehadap ujaran berdasarkan tiga maklumat diberi.
Guru membuat penilaian dan pemurnian.
8. Murid menulis semula dialog serta respons diberi dalam buku latihan mengikut format perbualan.
9. Guru membuat rumusan.

REFLEKSI
Pengajaran hari ini berjaya / tidak mencapai objektif kerana sebilangan besar murid dapat/tidak dapat
menguasai kemahiran yang [Link] _____orang murid tidak menguasai kemahiran dan akan diberi
bimbingan.
CATATAN

Rubrik Pentaksiran

Kaedah Pentaksiran : Pemerhatian/Lisan

Tahap
Tafsiran Kemahiran Prestasi Murid
Penguasaan
1 Tidak dapat memberi respons/diam. sangat terhad
2 Lambat memberi respons/teragak-agak/kurang tepat. terhad
3 Dapat memberi respons terhadap maklumat secara bersahaja/ kurang tepat. memuaskan
4 Dapat memberi respons terhadap maklumat dengan tepat. baik
5 Dapat memahami dan memberi respons terhadap maklumat dengan tepat sangat baik
dan bertatasusila.
6 Dapat memberi respons terhadap maklumat dengan baik secara cemerlang
bertatasusila dan menjadi model teladan.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK
MATEMATIK TAHUN LIMA
Kelas: 5 Tarikh :
Masa: Hari :
Unit/Tema: Bidang: Nombor dan Operasi
Topik: Tajuk : Nombor Bulat Dan Operasi - Tambah
Standard 1.6 Operasi asas
Kandungan:
Standard 1.6.1 Menyelesaikan ayat matematik tambah hingga lima nombor melibatkan nombor
Pembelajaran: hingga enam digit dan hasil tambahnya dalam lingkungan 1 000 000.
Objektif Pada akhir pembelajaran murid boleh sekurang-kurangnya menjawab 9 daripada 10 soalan
Pembelajaran: tambah hingga lima nombor melibatkan nombor hingga enam digit dengan betul.
AKTIVITI

1. Murid membaca dan meneliti maklumat diberi dalam bahan. (Contoh: Rujuk Buku Teks ms.19 – Nombor 1)
Paparkan pada skrin layar.
2. Murid dibimbing tambah dua nombor melibatkan nombor hingga enam digit menggunakan petak nilai tempat.
3. Murid dibimbing tambah tiga hingga lima nombor melibatkan nombor hingga enam digit dengan cara
menjumlahkan penggenap 10 dan digit yang sama. (Rujuk Buku Teks ms.21 – Nombor 2 - 5)
4. Murid dibimbing menyelesaikan ayat matematik tambah dalam bentuk lazim.
5. Murid dipilih secara rawak menyelesaikan ayat matematik tambah di papan tulis. Bincangkan jika terdapat
kesalahan semasa proses menambah.
6. Murid dibimbing tambah dua nombor melibatkan nombor hingga enam digit melibatkan anu. Kaitkan tambah dan
tolak untuk selesaikan tambah melibatkan anu. (Rujuk Buku Teks ms.21 - Nombor 4)
7. Murid secara berpasangan diberikan kad soalan tambah melibatkan anu untuk diselesaikan. Kemudian,pasangan
dipilih secara rawak menyelesaikan soalan tambah diberi di papan tulis untuk penilaian. Bincangkan jika terdapat
kesalahan semasa proses menambah.
8. Murid menjawab soalan tambah dalam Cuba Ini. (Buku Teks ms.22 – Nombor 1,2 dan 3) Buat dalam buku latihan.
9. Murid diberi latihan tambahan untuk mengukuhkan pemahaman murid.

REFLEKSI
Pengajaran hari ini berjaya/tidak mencapai objektif kerana sebilangan besar murid dapat/tidak dapat menguasai
kemahiran yang [Link] _____orang murid tidak menguasai kemahiran dan akan diberi bimbingan.
CATATAN

Rubrik Pentaksiran

Kaedah Pentaksiran : Pemerhatian/Penulisan

Tahap
Tafsiran Kemahiran Prestasi Murid
Penguasaan
1 Menjawab 1 soalan tambah hingga lima nombor dengan betul. sangat terhad
2 Menjawab 2 soalan tambah hingga lima nombor dengan betul. terhad
3 Menjawab 3 soalan tambah hingga lima nombor dengan betul. memuaskan
4 Menjawab 4 - 5 soalan tambah hingga lima nombor dengan betul. baik
5 Menjawab 6 - 7 soalan tambah hingga lima nombor dengan betul. sangat baik
6 Menjawab 8 - 10 soalan tambah hingga lima nombor dengan betul. cemerlang
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI
PENDIDIKAN JASMANI TAHUN EMPAT
Kelas: 4 Tarikh :
Masa: Hari :
Unit/Tema: 1 - Gerak Gimnas
Topik: Eye On Malaysia (2)
Standard 1.3 Melakukan kemahiran putaran dengan lakuan yang betul.
Kandungan: 2.3 Mengaplikasikan pengetahuan konsep pergerakan dan prinsip mekanik bagi putaran.
5.2 Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.
Standard 1.3.1 Melakukan putaran roda.
Pembelajaran: 2.3.1 Mengenal pasti perubahan pusat graviti semasa melakukan putaran roda, guling
depan dan guling belakang.
5.2.4 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.
Objektif Pada akhir pembelajaran murid dapat melakukan dua aksi putaran roda dengan teknik
Pembelajaran: yang betul dan seimbang.
AKTIVITI

1. Melakukan aktiviti memanaskan badan.

2. Guru memberikan panduan dan keyakinan terhadap murid untuk melakukan putaran roda dengan baik.
3. Murid melakukan satu percubaan aksi hambur tangan.
4. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap ahli kumpulan akan melakukan aksi putaran roda dengan
pemantauan rapi oleh guru. Ahli yang dapat melakukan aksi putaran roda dengan baik dan kemas diberikan
tiga mata sementara yang kurang kemas dibei satu mata.
5. Kumpulan yang mendapat mata terbanyak dikira sebagai pemenang.
6. Guru membuat penilaian dan rumusan.

REFLEKSI
Pengajaran hari ini berjaya / tidak mencapai objektif kerana sebilangan besar murid dapat/tidak dapat
menguasai kemahiran yang [Link] _____orang murid tidak menguasai kemahiran dan akan diberi
bimbingan.
CATATAN

Rubrik Pentaksiran

Kaedah Pentaksiran : Pemerhatian

Tahap
Tafsiran Kemahiran Prestasi Murid
Penguasaan
1 Tidak boleh melakukan . sangat terhad
2 Melakukan aksi putaran roda dengan teknik yang tidak betul. terhad
3 Melakukan aksi putaran roda dengan teknik yang tidak kemas. memuaskan
4 Melakukan aksi putaran roda dengan teknik yang masih betul. baik
5 Melakukan aksi putaran roda dengan teknik yang betul. sangat baik
6 Melakukan aksi putaran roda dengan teknik yang betul dan menjadi model cemerlang
teladan.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN
PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN DUA
Kelas: 2 Tarikh :
Masa: Hari :
Unit/Tema: 9 - Kesihatan dan Reproduktif
Topik: Gaya Hidup Sihat (1)
Standard 2.1 Kemahiran membuat keputusan dalam konteks kesihatan diri dan reproduktif.
Kandungan: Mengamalkan cara yang betul:
 Postur
 Rehat
 Tidur
Standard 1.1.1 Menyatakan maksud postur, rehat dan tidur.
Pembelajaran:
Objektif Pada akhir pembelajaran murid boleh menyatakan maksud postur,rehat dan tidur dengan
Pembelajaran: baik.
AKTIVITI

1. Murid mencatatkan anggota tubuh badan dalam peta buih pada papan putih.
2. Murid diperjelaskan maksud postur.(Postur ialah posisi tubuh seseorang terutamanya semasa berdiri,
duduk dan baring)
3. Murid melakukan simulasi duduk (rehat) dan baring (tidur).
4. Murid diperjelaskan tentang maksud rehat dan tidur.
5. Murid menulis maksud postur,rehat dan tidur. (lembaran kerja)
6. Guru dan murid membuat rumusan.

REFLEKSI
Pengajaran hari ini berjaya / tidak mencapai objektif kerana sebilangan besar murid dapat/tidak dapat
menguasai kemahiran yang [Link] _____orang murid tidak menguasai kemahiran dan akan diberi
bimbingan.
CATATAN

Rubrik Pentaksiran

Kaedah Pentaksiran : Pemerhatian

Tahap
Tafsiran Kemahiran Prestasi Murid
Penguasaan
1 Tidak dapat menyatakan postur,rehat dan tidur. sangat terhad
2 Menyatakan postur,rehat dan tidur yang tidak tepat. terhad
3 Menyatakan maksud postur,rehat dan tidur secara sederhana. memuaskan
4 Menyatakan maksud postur,rehat dan tidur dengan yang masih baik. baik
5 Menyatakan maksud postur,rehat dan tidur dengan baik. sangat baik
6 Menyatakan maksud postur,rehat dan tidur dengan baik serta menjadi cemerlang
model teladan.
Nama: _____________________________________ Tarikh: ________________________

Nyatakan maksud bagi postur, rehat dan tidur.

Maksud postur

_____________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

Maksud rehat

_____________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

Maksud tidur

_____________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MUZIK
PENDIDIKAN MUZIK TAHUN DUA
Kelas: 2 Tarikh :
Masa: Hari :
Unit/Tema: 2 - Bersih Pasti Cantik
Topik: Ta Ti-Ti Sa
Standard 3.1 Pengkaryaan Muzik
Kandungan:
Standard
3.1.2 Mencipta corak irama mudah mengunakan ikon mewakili nilai .
Pembelajaran: 3.1.3 Memainkan hasil ciptaan sendiri.
Objektif Pada akhir pembelajaran murid dapat mencipta corak irama dan memainkan corak irama
Pembelajaran: dengan baik.
AKTIVITI

1. Murid menyanyi lagu Riang Menyanyi. (Audio 11)

2. Murid mengenal ikon yang diberi iaitu nanas, dua tomato dan senyap. Satu nanas mewakli satu tepukan
atau sebutan ta, dua tomato mewakili dua tepukan atau sebutan ti-ti dan senyap mewakili tiada tepukan
atau sebutan sa.
3. Murid menepuk dan sebut mengikut ikon. (Buku teks ms.20) Ulang beberapa kali tepukan dan sebut.
4. Murid membuat latihan tepuk dan sebut corak irama bagi latihan 1 hingga 3. Buat beberapa kali hingga
menguasai. (Audio 14,15 dan 16)
5. Murid melakukan aktiviti permainan Tepuk Ikan. Murid dalam kumpulan diberikan kad ikon. Murid mencipta
corak irama menggunakan kad ikon diberi.
6. Murid menyebut dan menepuk tangan berdasarkan kad ikon corak irama yang dicipta di hadapan kelas.
7. Guru membuat rumusan.

REFLEKSI
Pengajaran hari ini berjaya / tidak mencapai objektif kerana sebilangan besar murid dapat/tidak dapat
menguasai kemahiran yang [Link] _____orang murid tidak menguasai kemahiran dan akan diberi
bimbingan.
CATATAN

Rubrik Pentaksiran

Kaedah Pentaksiran : Pemerhatian

Tahap
Tafsiran Kemahiran Prestasi Murid
Penguasaan
1 Mengenal corak irama mudah yang didengar. sangat terhad
2 Mengajuk corak irama mudah yang didengar. terhad
3 Mengaplikasi pengetahuan muzik untuk menghasilkan corak irama mudah. memuaskan
4 Menentukan medium yang sesuai untuk corak irama mudah. baik
5 Mengimprovisasi idea muzik dalam penciptaan corak irama mudah. sangat baik
6 Mencipta dan mempersembahkan hasil ciptaan corak irama mudah. cemerlang
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN LIMA
Kelas: 5 Tarikh :
Masa: Hari :
Unit/Tema: 2 - Sayangi Habitat Kita
Topik: Poster Selamatkan Ikan Bayan (2)
Standard 3.1 Penghasilan karya kreatif
Kandungan: 4.1 Penghayatan karya seni visual
Standard 3.1.1. Menghasilkan karya kreatif dalam bidang menggambar berdasarkan:
Pembelajaran: iv. disiplin pengkaryaan dan nilai murni.
v. kemasan akhir.
4.1.1 Memerihal secara kritis berpandukan bahasa seni visual, teknik dan proses bagi:
i. karya sendiri
ii. karya rakan:
Bidang: Menggambar - Poster dan Montaj
Objektif Pada akhir pembelajaran murid dapat menghasilkan poster selamatkan ikan bayan
Pembelajaran: menggunakan teknik gabungan poster dan montaj dengan kemas dan membuat apresiasi karya
dengan jelas.
AKTIVITI

1. Murid mempamerkan poster selamatkan ikan bayan yang telah dihasilkan sebelum ini.
2. Murid menyatakan bahasa seni visual dan teknik yang digunakan dalam menghasilkan karya.
3. Murid membuat kemasan pada karya yang dihasilkan.(Contoh: Melakar buih-buih ikan menggunakan pen warna)
4. Murid membuat bingkai pada karya.
5. Murid mempamerkan karya.
6. Murid membuat apresiasi karya sendiri dan rakan.
7. Guru membuat penilaian dan rumusan.

REFLEKSI
Pengajaran hari ini berjaya / tidak mencapai objektif kerana sebilangan besar murid dapat/tidak dapat menguasai
kemahiran yang [Link] _____orang murid tidak menguasai kemahiran dan akan diberi bimbingan.
CATATAN

Rubrik Pentaksiran

Kaedah Pentaksiran : Pemerhatian/Lisan

Tahap
Tafsiran Kemahiran Prestasi Murid
Penguasaan
1 Penghasilan karya yang kurang kemas dan tidak membuat apresiasi karya. sangat terhad
2 Penghasilan karya yang kurang kemas dan hanya menjelaskan hasil karya sendiri. terhad
3 Penghasilan karya yang kemas dan membuat apresiasi penggunaan bahasa seni visual memuaskan
sahaja.
4 Penghasilan karya yang kemas dan membuat ulasan penggunaan bahasa seni visual, teknik baik
dan proses yang masih baik.
5 Penghasilan karya yang kemas dan membuat ulasan penggunaan bahasa seni visual, media, sangat baik
teknik dan proses dengan jelas.
6 Penghasilan karya yang kemas dan membuat ulasan penggunaan bahasa seni visual, media, cemerlang
teknik dan proses dengan jelas serta boleh dicontohi.

Nama : ______________________________________ Tarikh: ___________________

Tulis ulasan tentang karya yang anda hasilkan daripada segi penggunaan bahasa seni visual,media,
teknik dan proses penghasilan.

Apresiasi karya sendiri;

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

Apresiasi karya rakan;

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN LIMA
Kelas: 5 Tarikh :
Masa: Hari :
Tema: Teknologi Rumah Tangga
Topik: Mengira dan Membuat Anggaran Kos
Standard 4.3 Artikel Jahitan
Kandungan:
Standard 4.3.5 Mengira dan membuat anggaran kos bahan bagi menghasilkan artikel jahitan.
Pembelajaran:
Objektif Pada akhir pembelajaran murid dapat membuat satu anggaran kos pembelian bahan dalam
Pembelajaran: borang grafik dengan betul.
AKTIVITI

1. Murid bersoal jawab tentang langkah yang diambil sebelum membeli barangan.
2. Murid menyenaraikan barangan yang akan dibeli dalam peta buih.
3. Murid berbincang dengan murid tentang langkah penjimatan bahan yang dibeli untuk menghasilkan artikel
jahitan.(Beli barangan sekali untuk semua)
4. Murid dalam kumpulan berbincang dengan guru tentang anggaran kos bahan yang akan digunakan untuk
menghasilkan alas tali pinggang keledar. (Layari web untuk melihat harga barangan)
5. Murid mengisi anggaran kos yang diperoleh dalam borang grafik yang dibina. (lampiran)
6. Murid membentangkan anggaran kos yang telah dibina.

REFLEKSI
Pengajaran hari ini berjaya / tidak mencapai objektif kerana sebilangan besar murid dapat/tidak dapat menguasai
kemahiran yang [Link] _____orang murid tidak menguasai kemahiran dan akan diberi bimbingan.
CATATAN

Rubrik Pentaksiran

Kaedah Pentaksiran : Pemerhatian/Penulisan

Tahap
Tafsiran Kemahiran Prestasi Murid
Penguasaan
1 Tidak dapat membuat anggaran kos. sangat terhad
2 Dapat menyediakan anggaran kos tetapi tidak lengkap. terhad
3 Dapat menyediakan anggaran kos tetapi terlalu mahal. memuaskan
4 Dapat menyediakan anggaran kos dengan baik dalam borang baik
grafik.
5 Dapat menyediakan anggaran kos dengan baik dan kemas sangat baik
dalam borang grafik.
6 Dapat menyediakan anggaran kos dengan baik ,kemas dalam cemerlang
borang grafik dan menjadi model teladan.
Nama kumpulan : _________________________________ Tarikh: ____________________

Isikan anggaran kos untuk menghasilkan alas tali pinggang.

BIL. BAHAN HARGA/UNIT KUANTITI JUMLAH

(RM) (RM)

1 Fabrik 0.3 meter

2 Span (6mm) 0.2 meter

3 Benang -

4 Kapur tukang jahit -

5 Velkro 0.15 meter

6 Kertas karbon tukang -

jahit

7 Renda 0.3 meter

8 Kertas perang -

JUMLAH
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SEJARAH
SEJARAH TAHUN EMPAT
Kelas: 4 Tarikh:
Masa: Hari :
Unit 4: Sejarah Tempat Tinggal
Topik: Sejarah Tempat Tinggal
Standard 1.4 Kawasan tempat tinggal
Kandungan:
Standard 1.4.3 Menjelaskan sejarah tempat tinggal.
Pembelajaran: 1.4.4 Menghuraikan tokoh setempat di tempat anda.
K1.4.7 Menjelaskan kepentingan sikap menghargai kawasan tempat tinggal.
Objektif Pada akhir pembelajaran murid dapat menghuraikan sejarah tempat tinggal dan peranan
Pembelajaran: tokoh-tokoh setempat dengan baik.
AKTIVITI

1. Murid bersoal jawab tentang sejarah tempat tinggal. (Guru berikan satu contoh)
2. Murid membaca tiga petikan sejarah kawasan tempat tinggal dalam buku teks. (Buku teks ms.50-51)
3. Murid dibimbing mengenal sejarah tempat tinggal mereka.
4. Murid diperjelas tentang maksud tokoh setempat.
5. Murid membaca tokoh-tokoh setempat yang terdapat pada teks. (Buku teks ms.52)
6. Murid menyatakan nama tokoh-tokoh setempat di kawasan tempat tinggal mereka. (Contoh: Ketua kampung/
iman/pengusaha/guru besar dan sebagainya)
7. Murid satu kumpulan empat orang diberikan sampul. Dalam sampul terdapat tokoh. (Contoh: Sampul 1, Ketua
Kampung/Sampul 2, guru besar/Sampul 3, penguasa/Sampul 4,imam) Minta murid main peranan tokoh diberi
dengan menyatakan tanggungjawab masing-masing dalam masyarakat.
8. Guru membuat penilaian dan rumusan.
REFLEKSI
Pengajaran hari ini berjaya / tidak mencapai objektif kerana sebilangan besar murid dapat/tidak dapat menguasai
kemahiran yang [Link] _____orang murid tidak menguasai kemahiran dan akan diberi bimbingan.
CATATAN

Rubrik Pentaksiran

Kaedah Pentaksiran : Pemerhatian/Penulisan

Tahap
Tafsiran Kemahiran Prestasi Murid
Penguasaan
1 Menamakan tokoh masyarakat setempat. sangat terhad
2 Mennyatakan sejarah tempat tinggal secara ringkas. terhad
3 Menghurai sejarah tempat tinggal. memuaskan
4 Menghurai sejarah tempat tinggal dan menamakan tokoh setempat baik
dengan baik.
5 Menghurai sejarah tempat tinggal dan menganalisis peranan tokoh sangat baik
setempat dengan baik.
6 Menghurai sejarah tempat tinggal dan menganalisis peranan tokoh cemerlang
setempat dengan baik dan boleh dicontohi.

Anda mungkin juga menyukai