0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
10 tayangan4 halaman

Mencegah Rasuah: Langkah dan Faktor

Gejala rasuah di Malaysia disebabkan oleh kelemahan peribadi dan kepimpinan, serta memerlukan langkah pencegahan seperti penguatkuasaan undang-undang dan pendidikan awal tentang bahaya rasuah. Kerajaan dan masyarakat perlu bekerjasama untuk membendung rasuah melalui tindakan tegas dan didikan yang baik kepada generasi muda. Jika tidak ditangani, rasuah akan merosakkan imej dan ekonomi negara.

Diunggah oleh

nasalnaz
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
10 tayangan4 halaman

Mencegah Rasuah: Langkah dan Faktor

Gejala rasuah di Malaysia disebabkan oleh kelemahan peribadi dan kepimpinan, serta memerlukan langkah pencegahan seperti penguatkuasaan undang-undang dan pendidikan awal tentang bahaya rasuah. Kerajaan dan masyarakat perlu bekerjasama untuk membendung rasuah melalui tindakan tegas dan didikan yang baik kepada generasi muda. Jika tidak ditangani, rasuah akan merosakkan imej dan ekonomi negara.

Diunggah oleh

nasalnaz
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

RASUAH (FAKTOR, KESAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN)

Kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara kita dan menjadi ancaman


kepada imej negara. Terdapat beberapa faktor dan langkah-langkah drastik
yang perlu dilakukan untuk mencegah kegiatan rasuah ini.

Antara faktor yang menyebabkan gejala rasuah ini adalah kelemahan


peribadi seseorang induvidu. Kelemahan peribadi ini mungkin disebabkan
oleh kurangnya didikan agama dan moral seseorang. Sikap ingin hidup
mewah dan tamak menyebabkan golongan yang mengambil rasuah ini
sanggup mengetepikan ajaran agama. Mereka hanya memikirkan
kesenangan sementara tanpa sedar balasan dan hukuman yang bakal
diterima kelak.

Selain itu, kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi juga


merupakan faktor utama berlakunya rasuah. Kepimpinan yang tidak cekap
dan lemah menyebabkan kurang penyeliaan dan pemantauan ke atas
golongan pekerja. Hal ini akan mendorong aktiviti rasuah berlansung secara
berleluasa dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, golongan pekerja
merupakan golongan yang mudah terjebak dalam gejala rasuah.

Di samping itu, terdapat beberapa langkah untuk mengatasi gejala rasuah ini
seperti memperkuatkuasakan undang-undang dan hukuman. Hal ini
bagi memastikan pengamal rasuah akan berfikir dua kali sebelum
melakukan rasuah. Hukuman yang berat perlu dijatuhi kepada pesalah
rasuah agar mereka serik untuk melakukan gejala rasuah di kemudian hari.
Melalui langkah ini, masyarakat akan sedar betapa bahayanya aktiviti rasuah
ini.

Seterusnya, pendedahan awal tentang bahayanya gejala rasuah sejak


di bangku sekolah lagi merupakan langkah yang bijak bagi menangani
gejala rasuah. Generasi yang dididik agar membenci gejala rasuah ini akan
lebih bersikap telus, jujur dan amanah semasa menjalankan tugas mereka.
Pendedahan awal tentang gejala rasuah ini boleh diterapkan dalam sukatan
pelajaran di sekolah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan
Moral, dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Langkah lain ialah mempermudahkan urusan menggunakan
kemudahan teknologi maklumat (ICT). Proses yang panjang dan sukar
semasa melakukan urusan harus dipermudahkan menggunakan kelebihan
ICT. Melalui cara ini, seseorang induvidu lebih cenderung berurusan dengan
menggunakan perkhidmatan atas talian yang lebih cepat dan cekap
sekaligus membendung gejala rasuah yang mudah berlaku seperti sogokan
semata-mata untuk mempercepatkan prosedur proses urusan.

Kesimpulannya, semua lapisan masyarakat perlu berganding bahu bagi


membanteras gejala rasuah ini agar imej negara bersih dari gejala rasuah.
Hal ini juga akan menjadikan ekonomi negara kita bertambah maju tanpa
rasuah.

RASUAH (FAKTOR, KESAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN) 2

Gejala rasuah merujuk kepada perbuatan menyogok seseorang dengan


wang atau barangan agar orang yang disogok dapat menggunakan kuasa
atau kemampuannya untuk menyelesaikan sesuatu tugas secara tidak
amanah. Namun demikian, gejala rasuah di negara kita masih tidak dapat
diatasi hingga ke akar umbinya. Berita yang sahih lagi tepat melaporkan
bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas
RM114.5 juta daripada dua orang pegawai kanan kerajaan di Sabah pada 5
Oktober 2016 dan 19.3kg emas daripada pegawai tersebut dua hari
kemudian. Hal ini menunjukkan bahawa gejala rasuah sudah menjadi amalan
dalam kalangan segelintir penjawat awam walaupun gejala ini menyalahi
undang-undang, bak kata pepatah alah bisa tegal biasa. Sehubungan itu,
pelbagai langkah telah dilakukan untuk membendung masalah ini tetapi
hanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Persoalannya
apakah cara-cara untuk membendung gejala rasuah di negara kita? Apakah
kesan gejala rasuah kepada pembangunan negara? Oleh itu, terdapat
pelbagai langkah untuk membendung gejala rasuah di Malaysia.

Langkah utama untuk membendung gejala rasuah di Malaysia adalah


melalui peranan pihak kerajaan. Hal ini dikatakan demikian kerana pihak
kerajaan melalui agensi SPRM perlu mengambil tindakan yang lebih agresif
tanpa mengira pangkat dan kedudukan dalam melaksanakan tugas kerana
anggota SPRM merupakan sebuah badan bebas yang dilantik. Tamsilnya,
anggota SPRM perlu turun padang dan bertindak menyamar seperti rakyat
biasa untuk menyiasat aduan yang dilaporkan tentang kes rasuah. Dengan
berbuat demikian golongan yang terlibat dalam gejala rasuah boleh
ditangkap dan dihukum berdasarkan undang-undang. Tindakan yang lebih
agresif ini perlu dilakukan secara berterusan dan bukan setakat hangat-
hangat tahi ayam sahaja. Oleh itu, siasatan terhadap golongan pekerja
tanpa mengira kedudukan atau pangkat oleh SPRM sangat penting untuk
membendung gejala rasuah di negara kita.

Selain itu, langkah seterusnya ialah kerajaan mengenakan hukuman yang


lebih berat terhadap golongan yang terlibat dalam gejala rasuah. Hal ini
supaya golongan tersebut diberi pengajaran dan dapat menimbulkan rasa
gerun terhadap orang lain yang hendak melakukan rasuah. Misalnya, pihak
kerajaan harus mengenakan denda sepuluh kali ganda jumlah wang yang
diterima atau diberi dan hukuman penjara selama 10 tahun dan ke atas. Hal
ini menyebabkan orang ramai berfikir dahulu sebelum bertindak supaya
tidak dikenakan hukuman undang-undang. Golongan yang terlibat dalam
gejala rasuah harus mengetahui bahawa sepandai-pandai tupai
melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Natijahnya, berdasarkan
pelaksanaan undang-undang seharusnya memberi kesedaran melalui media
sosial supaya dapat mendidik masyarakat tentang bahaya amalan rasuah.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa peranan masyarakat tidak


ketinggalan dalam membantu kerajaan membendung gejala rasuah. Guru
bertanggungjawab mengajar murid tentang keburukan gejala rasuah
manakala ibu bapa berperanan mendidik anak-anak sejak kecil lagi untuk
menghindarkan diri daripada gejala rasuah. Sebagai contoh, ibu bapa harus
menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak dan memberi didikan
agama kepada mereka agar tahu membezakan perkara yang baik dan buruk.
Dengan berbuat demikian, sikap benci rasuah boleh disemai dalam diri
golongan belia sejak mereka umur setahun jagung, darah setampuk
pinang lagi. Tegasnya, masyarakat berperanan mempengaruhi minda
generasi muda sejak kecil lagi agar sedar bahawa gejala rasuah merupakan
sesuatu yang negatif.

Intihannya, terdapat pelbagai langkah untuk membendung gejala rasuah


di negara kita. Gejala ini bukan sahaja akan menjejaskan ekonomi negara
tetapi juga imej negara. Semua pihak harus bersatu padu bagai aur
dengan tebing untuk mewujudkan sesuatu negara yang bebas daripada
gejala rasuah. Dengan berbuat demikian, negara Malaysia boleh terus maju
dan sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai