0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
20 tayangan22 halaman

Matlamat Pertolongan Cemas

Dokumen ini membahas kemahiran pertolongan cemas, termasuk definisi, matlamat, dan tindakan yang perlu diambil dalam situasi kecemasan. Ia juga menjelaskan pentingnya kit pertolongan cemas dan prosedur resusitasi kardiopulmonari (CPR) untuk menyelamatkan nyawa mangsa. Pembaca diharapkan dapat mengaplikasikan teknik-teknik pertolongan cemas yang telah dipelajari.
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
20 tayangan22 halaman

Matlamat Pertolongan Cemas

Dokumen ini membahas kemahiran pertolongan cemas, termasuk definisi, matlamat, dan tindakan yang perlu diambil dalam situasi kecemasan. Ia juga menjelaskan pentingnya kit pertolongan cemas dan prosedur resusitasi kardiopulmonari (CPR) untuk menyelamatkan nyawa mangsa. Pembaca diharapkan dapat mengaplikasikan teknik-teknik pertolongan cemas yang telah dipelajari.
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd

176 TOPIK 10 KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

Topik Kemahiran
Pertolongan
10 Cemas

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan konsep pertolongan cemas;
2. Menyatakan definisi pertolongan cemas;
3. Mengenal pasti matlamat asas pertolongan cemas;
4. Mengenal pasti pelbagai kemahiran asas pertolongan cemas; dan
5. Mengaplikasikan beberapa teknik dan situasi untuk melakukan
rawatan pertolongan cemas.

PENGENALAN
Seperti pepatah Melayu ‘malang tidak berbau’, kemalangan merupakan sesuatu
yang tidak kita jangkakan. Apakah yang akan anda lakukan apabila menghadapi
sesuatu situasi kemalangan? Kemalangan boleh berlaku di mana – mana
sahaja,mungkin di rumah, pusat pengajian, tempat rekreasi,tempat tidur dan
sebagainya. Bila berlaku sesuatu kemalangan di tempat atau di persekitaran
anda, beberapa perkara perlu dilakukan bertujuan untuk menyelamatkan mangsa
Kecemasan ialah situasi yang berlaku secara mengejut dan memerlukan tindakan
yang serta merta. Situasi ini akan menyebabkan keadaan mangsa menjadi bimbang
dan takut kepada mangsa kemalangan atau orang yang berada di sekitarnya.
Situasi tersebut akan menjadikan keadaan mangsa menjadi kacau, takut dan
gelisah. Mangsa perlu ditenangkan sementara menanti bantuan tiba. Pertolongan
cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada
TOPIK 10 KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS ! 177

mangsa atau individu yang tercedera. Pertolongan cemas adalah merupakan


suatu cara atau rawatan awalan yang diberikan kepada mangsa sebagai salah satu
usaha untuk mengelakkan kecederaan yang dialami oleh mangsa menjadi serius
sementara menantikan bantuan tiba.

10.1 MATLAMAT PERTOLONGAN CEMAS


Apabila kita menghadapi sesuatu situasi kecemasan, maka bermulalah proses di
mana pertolongan cemas dilakukan sebelum ketibaan bantuan dari pihak yang
bertanggungjawab. Matlamat pertolongan cemas adalah untuk memberikan
bantuan awal kepada mangsa atau pesakit sebelum bantuan perubatan tiba di
lokasi. Antara matlamat yang digariskan ialah;
(a) Untuk menyelamatkan nyawa individu yang sedang kesakitan atau
kemalangan
(b) Mengehadkan kesan – kesan kecederaan
(c) Menggalakkan dan membantu pemulihan

10.1.1 Kepentingan
Tujuan pertolongan cemas ialah untuk cuba menyelamatkan nyawa, mengurangkan
keparahan kecederaan dan memulihkan mangsa sementara menunggu bantuan
perubatan tiba.

10.1.2 Tindakan Ketika Kecemasan


Berikut adalah merupakan tindakan yang perlu dilakukan semasa memberi
pertolongan cemas:-

1. Menilai situasi kecemasan


(a) Menilai dengan pantas dan tenang keadaan atau tempat peristiwa itu
berlaku
(b) Memerhatikan keadaan sekitar dan mengawasi lain – lain bahaya
terhadap diri dan mangsa.
(c) Hindarkan diri anda dari sebarang risiko
2. Memastikan kawasan kecemasan selamat
(a) Pastikan keselamatan diri sebelum melakukan pertolongan terhadap
mangsa
178 TOPIK 10 KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

(b) Cuba hindarkan mangsa dari bahaya iaitu pindahkan mangsa dari
tempat yang dikhuatiri mendatangkan bahaya.
(c) Jangan bertindak sendiri jika di luar kemampuan anda.
(d) Awasi diri dan mangsa agar tidak terdedah pada mana–mana
kemungkinan bahaya.

Rajah 10.1: Jangan bertindak sendirian jika di luar kemampuan anda

3. Menilai semua kecederaan dan memberi pertolongan cemas


(a) Cuba melindungi mangsa dari sebarang bahaya. Nilai mangsa dengan
kaedah pemulihan pernafasan ABC dan dapatkan bantuan dengan
segera
(b) Pastikan keadaan mangsa yang tercedera mangsa sama ada:-
r 4FEBSTFQFOVIOZBBUBVUJEBL
r .BTJICFSOBGBTUFUBQJUJEBLTFEBSLBOEJSJ
r 5JEBLCFSOBGBTUFUBQJNFNQVOZBJEFOZVUBOOBEJ
r 5JEBLNFNQVOZBJOBEJ

Rajah 10.1: Jangan bertindak sendirian jika di luar kemampuan anda


TOPIK 10 KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS ! 179

4. Meminta bantuan
(a) Segera pastikan pertolongan pakar telah dipanggil dan di dalam
perjalanan.
(b) Sementara bantuan tiba pastikan anda mendapat pertolongan dari
orang lain untuk memastikan beberapa perkara iaitu:-
r .FNBTUJLBOLBXBTBOLFNBMBOHBOTFMBNBU
r .FNCVBUQBOHHJMBOLFDFNBTBO
r .FOEBQBULBOQFSBMBUBOQFSUPMPOHBODFNBT
r .FOHBXBMMBMVMJOUBTBUBVLFBEBBOLFNBMBOHBO
r .FOHBXBMQFOEBSBIBOBUBVNFOZPLPOHUVCVINBOHTB
r .FNCBOUV NFOHBMJILBO NBOHTB LF UFNQBU ZBOH EJàLJSLBO
selamat.

Tindakan semasa menghadapi keadaan kecemasan


Bagi menangani situasi kecemasan beberapa tindakan yang sepatutnya dilakukan
semasa memberi pertolongan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau
kecederaan:-

1. Faktor D.R. A.B.C


(a) D – pastikan mangsa berada di dalam keadaan dan tempat yang
selamat (danger)
(b) R – cuba pastikan mangsa bertindak balas terhadap panggilan anda
(response)
(c) A – periksa saluran pernafasan untuk memastikan tidak tersekat atau
tersumbat akibat dari lidah, cecair dari anggota badan atau sekitarnya
atau benda – benda asing seperti gigi palsu dan gula – gula atau
sebagainya. (check airways)
(d) B - periksa pernafasan mangsa (check breathing)
(e) C – peredaran darah (circulation)

2. Teknik SAFE
(a) S - Summon / Shout for help (Dapatkan bantuan)
(b) Dalam kebanyakan kes, lebih daripada seorang pembantu diperlukan
(c) A - Approach with care & Assess the situation (Lakukan pendekatan
dengan berhati-hati dan menilai keadaan tersebut)
(d) F - Free from danger (Bebas dari bahaya)
180 TOPIK 10 KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

(e) Ketika menghadapi situasi kemalangan salah satu perkara yang perlu
dilakukan ialah mangsa mesti dibebaskan dari segala bahaya atau
perkara yang menimbulkan bahaya tersebut perlu dialihkan atau
dibuang dengan penuh hati-hati. Contohnya, matikan enjin kereta,
alihkan wayar elektrik yang hidup menggunakan batang kayu, halau
haiwan berbahaya seperti ular. Kemungkinan wujudnya bahaya di
kawasan sekeliling tidak dapat dipastikan dan boleh membahayakan
penyelamat dan seterusnya menambahkan lagi masalah. Peningkatan
bilangan mangsa akan mengurangkan keupayaan bantuan perubatan
yang ada. Pelbagai situasi yang boleh dikategorikan bahaya seperti
wayar elektrik hidup, risiko letupan atau kebakaran dari tumpahan
minyak, haiwan berbisa dan lain-lain.
(f) E - Evaluate casualty’s condition (Menilai keadaan pesakit

3. Faktor R.I.C.E
R – rehat (rest)
I – ais (ice)
C – balutan (sesuatu yang dapat mengawal pergerakan) (compressed)
E – meninggikan tempat yang tercedera (elevation)

10.1.3 Kit Pertolongan Cemas


Setiap rumah perlu memiliki satu kit bantuan kecemasan yang mudah diambil
oleh orang dewasa tetapi tidak boleh dicapai dengan mudah oleh kanak-
kanak. Peti tersebut mestilah teguh dan kalis air. Kit bantuan kecemasan boleh
mengandungi isi kandungan yang berbeza, bergantung kepada keperluan. Kit
bantuan kecemasan peribadi mestilah disimpan di kawasan yang bersih dan
kering serta tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak. Isi kandungannya mestilah
diperiksa dalam satu jangka masa yang tertentu untuk memastikan ia masih ada
dan lengkap, belum luput tarikh dan berada dalam keadaan baik.

Satu kit yang asas mengandungi:


(a) Krim antihistamin untuk melegakan rasa gatal
(b) Sebatian antiseptik (untuk membersihkan luka-luka kecil)
(c) Tablet parasetamol atau aspirin untuk sakit kepala, demam dan melegakan
kesakitan ringan (aspirin tidak harus diberikan kepada kanak-kanak di
bawah umur 16 tahun)
(d) Pembalut luka (bandage)
(e) Plaster (sepeket)
TOPIK 10 KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS ! 181

Rajah 10.3: Contoh Peralatan dan Ubat – ubatan di di dalam ‘first aid kit”
182 TOPIK 10 KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

(f) Pita bergam untuk membalut


(g) Crepe bandage (untuk rawatan terseliuh)
(h) Pembalut elastik
(i) Pembalut tiga segi
(j) Losen calamine untuk ruam yang gatal
(k) Kapas steril (1 gulung)
(l) Pembalut luka atau dressing
(m) Gause parafin (untuk luka terbakar)
(n) Gause steril
(o) Dressing untuk luka (2 saiz)
(p) Basuhan mata
(q) Lampu suluh
(r) Selimut (untuk mengekalkan kepanasan ketika kesejukan)
(s) Hidrogen peroksida ataupun alkohol untuk disapu
(t) Putik kapas (untuk meletakkan ubat)
(u) Pin (untuk menetapkan bandage)
(v) Gunting yang tajam tetapi mempunyai hujung yang tumpul (untuk
kegunaan pertolongan cemas sahaja)
(w) Penyepit yang tajam di hujung(untuk membuang selumbar)

10.2 PEMULIHAN NAFAS


Darah adalah medium pengangkutan oksigen, nutrient dan benda – benda lain
ke dalam sistem tubuh manusia. Selain dari itu ia juga merupakan medium
pengangkutan untuk toksik dan hasil kumuhan badan dari badan. Kesemua bahan
yang diangkut masuk akan berfungsi mengikut peranan masing – masing di dalam
badan. Tenaga adalah perlu di dalam kehidupan. Bagi otak, ia memerlukan oksigen
pada setiap masa dan ia akan lemah apabila kehilangan oksigen selepas 3 – 4 minit.

10.2.1 Resusitasi Kardiopulmonari (Cardiopulmonary


Resuscitation - CPR)
Pernahkah anda melihat suatu kejadian di mana individu itu pengsan? Apakah
tindakan yang perlu dilakukan apabila melihat orang pengsan? Terdapat dua
kaedah untuk melakukan rawatan awalan iaitu melakukan Resusitasi Udara
TOPIK 10 KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS ! 183

Hembusan (Expired Air Resuscitation - EAR dan Resusitasi Kardiopulmonari


(Cardiopulmonary Resuscitation - CPR).

Resusitasi Kardiopulmonari (Cardiopulmonary Resuscitation - CPR) ialah


merupakan teknik menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu kecemasan
apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut. Ia
merupakan kombinasi bantuan pernafasan dan penekanan dada di bahagian
luar. Dengan bernafas untuk mangsa dan memastikan darah mangsa masih lagi
dibekalkan ke seluruh tubuh, penyelamat boleh mengekalkan mangsa yang
terhenti jantungnya untuk terus hidup sehingga bantuan perubatan tiba. Jika CPR
tidak dilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan menurun dengan
banyaknya selepas 5 minit pertama.

Terdapat lebih kurang 1.5 juta manusia dirawat setiap tahun kerana serangan
jantung ataupun jantung terhenti. Keadaan jantung terhenti bukan hanya
disebabkan oleh serangan jantung, tetapi oleh kemalangan seperti lemas atau
kejutan elektrik mengikut kajian Persatuan Palang Merah Amerika (American Red
Cross). Di Malaysia 30% daripada kematian yang disahkan di hospital-hospital
kerajaan adalah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular. Daripada kematian
ini, terdapat juga yang berlaku di luar hospital, biasanya dalam masa dua jam
pertama selepas wujudnya gejala-gejala sakit jantung. Teknik rawatan CPR adalah
amat penting dan mudah untuk dipelajari. Maklumat mengenai pembelajaran
CPR boleh diperolehi Persatuan St. John Ambulans ataupun Persatuan Bulan Sabit
Merah yang berdekatan.

Prosedur Resusitasi Kardiopulmonari atau Cardiopulmonary Resuscitation (CPR)


ialah salah satu prosedur pertolongan cemas untuk menyelamatkan mangsa akibat
lemas, renjatan elektrik, panahan petir, strok, serangan jantung atau kemalangan
lain yang menyebabkan denyutan jantung berhenti.

Beberapa petunjuk yang perlu dipatuhi sebelum melakukan CPR di antaranya ialah;

1. tidak bergerak
2. tiada respon
3. tidak bernafas
4. tiada denyutan nadi
CPR perlulah dilakukan dengan patuhi prinsip – prinsip tertentu supaya setiap
tindakan dapat dilakukan dengan berkesan. Prinsip – prinsipnya ialah;

1. Hubungi ambulans atau meminta pertolongan daripada orang yang


berhampiran.
2. CPR dilakukan terhadap mangsa yang tidak bernafas dan tiada denyutan
nadi.
184 TOPIK 10 KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

3. Mulakan dengan bantuan pernafasan.


4. External Cardiac Compression (ECC) diberi secara berselang – seli dengan
bantuan pernafasan.
5. Lakukan CPR sehingga mangsa pulih atau bantuan perubatan tiba.
6. Setelah mangsa sedar atau pulih pastikan mangsa berada di dalam
kedudukan pemulihan.

10.2.2 Prosedur CPR


Terdapat dua langkah utama untuk melakukan CPR, iaitu:
Langkah l: Bantuan pernafasan mulut ke mulut.
Langkah Il: Melakukan tekanan luaran atau External Cardiac Compression
(ECC) pada bahagian tengah dada atau sternum mangsa.
Tekanan luaran atau ECC ialah suatu teknik untuk mengepam darah dari jantung
secara manual.

Rajah 10.4: Langkah-langkah CPR


TOPIK 10 KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS ! 185

Teknik melakukan CPR bagi orang dewasa, kanak kanak dan bayi adalah berbeza.

Kita perlu mengetahui perbezaan ini apabila hendak melakukan CPR supaya
tidak memudaratkan mangsa iaitu;

Langkah I: Melakukan pernafasan mulut ke mulut


1. Baringkan mangsa di atas permukaan yang rata dan agak keras.
2. Melutut di sisi kiri kepala mangsa. Buka saluran pernafasan dengan
menolak dahi dan dagu mangsa ke belakang.
3. Picit hidung mangsa untuk menutup lubang hidungnya.
4. Lekapkan mulut kita pada mulut mangsa dan hembus nafas.
5. Lakukan sebanyak dua kali.

Langkah II: Melakukan ECC


1. Melutut di kiri badan mangsa. Kesan lokasi pertemuan di antara tulang
rangka dengan cuaran xyphoid dengan menggunakan jari telunjuk dan jari
tengah tangan kiri.
2. Letakkan pangkal tapak tangan kanan bersebelahan jari telunjuk tangan.
Titik ini ialah tempat tekanan yang akan dilakukan.
3. Letakkan tapak tangan kiri di atas tangan kanan yang berada di dada.
4. Condongkan badan ke hadapan dan tekan bahagian dada sambil
meluruskan bahagian siku.
5. Tekan sehingga lebih kurang 5 cm ke bawah pada kadar kelajuan 80 tekanan
seminit sebanyak 15 tekanan.
6. Beri dua kali hembusan bantuan pernafasan.
7. Langkah (5) dan (6) sehingga mangsa pulih atau sehingga bantuan tiba.
8. Periksa denyutan nadi selepas 10 hembusan nafas.
186 TOPIK 10 KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

Kedudukan Pemulihan

Rajah 10.5: Kedudukan Pemulihan

Pelaksanaan CPR untuk bayi, kaedah 2 ibu jari dengan tangan membulat di
kawasan dada adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah lama yang
disarankan, iaitu menggunakan dua jari.

Rajah 10.6: CPR untuk bayi


TOPIK 10 KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS ! 187

Rajah 10.7: Resusitasi Mulut ke Mulut

10.2.3 Resusitasi Mulut-ke-Mulut


Resusitasi Udara Hembusan (Expired Air Resuscitation - EAR) adalah kaedah di
mana penyelamat memberi nafas kepada mangsa yang terhenti pernafasannya.
Kaedah ini adalah berkesan untuk memasukkan udara berserta oksigen ke dalam
paru-paru mangsa jika mangsa telah berhenti bernafas tetapi masih mempunyai
denyutan nadi. Istilah yang biasa digunakan ialah ‘resusitasi mulut-ke-mulut’.
Terdapat tiga teknik yang digunakan di dalam EAR ini:

1. Mulut ke mulut
Penyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa dan bernafas ke
saluran udara mangsa melalui mulut
2. Mulut ke hidung
Dilakukan apabila mangsa mengalami kecederaan muka yang
menghalang penyelamat daripada menggunakan mulut mangsa ataupun
dalam kedudukan tertentu semasa menyelamatkan seseorang sewaktu
kecederaan disebabkan air. Penyelamat akan menutup mulut mangsa,
melekapkan mulut ke hidung mangsa, bernafas dengan perlahan-lahan
dan kemudiannya melepaskan rahangnya untuk membolehkan mangsa
menghembuskan nafas keluar.
188 TOPIK 10 KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

Rajah 10.8: Bantuan pernafasan EAR

3. Mulut-ke-hidung-dan-mulut
Ini adalah kaedah pilihan untuk melakukan resusitasi kepada kanak-kanak,
kerana mulut penyelamat boleh menutup mulut dan hidung kanak-kanak
tersebut.

EAR adalah penting jika pernafasan mangsa terhenti sepenuhnya. Terdapat


beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kehilangan upaya pernafasan,
dan pemberi pertolongan cemas perlu bersedia dengan potensi mereka
untuk melakukan resusitasi. Tercekik, pengambilan heroin dalam dos
yang berlebihan, hampir lemas, gigitan dan sengatan dan juga masalah
pernafasan tertentu seperti asma atau emfisema yang boleh menyebabkan
pernafasan terhenti memerlukan EAR dengan segera dan berkesan untuk
menyelamatkan nyawa.
Pernafasan hendaklah berkesan dan efektif. Ini dibuktikan dengan kenaikan
dan penurunan dada bagi setiap nafas yang diberikan oleh penyelamat.
Lakukan sehingga 5 kali cubaan untuk memperolehi dua pernafasan yang
berkesan.
Indikasi untuk EAR iaitu Sianosis atau kepucatan
Pernafasan terhenti atau kadar pernafasan adalah kurang dari 4-5 kali
dalam seminit.

Prosedur EAR
(a) Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan leher.
(b) Buka mulut mangsa dan masukkan jari anda untuk membuang sebarang
kotoran (contohnya darah, muntah, gigi yang patah dan gigi palsu).
(c) Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan. Letakkan pangkal
sebelah tapak tangan lagi pada dahi mangsa dan dongakkan kepalanya
sejauh mungkin.
TOPIK 10 KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS ! 189

(d) Menggunakan tangan yang berada pada dahi mangsa, picit hidung mangsa,
sedut nafas sedalam-dalamnya, buka mulut anda dan lekapkan pada mulut
mangsa, kemudian hembuskan sekuat hati. Dada mangsa akan ternaik
kerana udara tersebut dipaksa memasuki paru-paru.
(e) Jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, hembus melalui hidung dan
mulutnya dengan mulut anda tetapi jangan hembuskan dengan kuat seperti
yang dilakukan kepada orang dewasa.
(f) Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi prosedur yang
sama. Lakukannya sebanyak empat kali secara terus-menerus dengan cepat.
(g) Terus lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10 pernafasan dalam
seminit) sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri ataupun bantuan
perubatan telah tiba.
(h) Apabila mangsa telah boleh bernafas dengan sendiri, letakkan mangsa pada
kedudukan pemulihan (lihat CPR).
(i) Jika terdapat ataupun disyaki terdapat kecederaan tulang belakang
dan ketiadaan pernafasan dan/atau nadi, anda masih perlu melakukan
resusitasi dan kekalkan keadaan saluran udara.
(j) Kekalkan keadaan dalam kedudukan yang neutral tanpa mendongakkan
atau mengangkat dagu dengan banyak kerana ini boleh memburukkan lagi
kecederaan pada leher.
(k) Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut dan menekan-nekan dada jika
pernafasan dan nadi masih tidak ada.
(l) Jika anda perlu melentangkan mangsa ini bagi membolehkan resusitasi
dijalankan, anda perlukan bantuan daripada orang lain. Pastikan kepala,
badan dan ibu jari kaki berada dalam garisan yang lurus. Kekalkan dan
jangan lepaskan sokongan pada kepala.
EAR perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan spontannya,
sehingga penyelamat mendapat bantuan perubatan atau sehingga keadaan
mangsa menjadi semakin merosot dengan terhentinya jantung, dan pada masa ini
penyelamat perlu melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR).
190 TOPIK 10 KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

10.3 PERTOLONGAN CEMAS PRIMER


Perkara-perkara perlu dilakukan apabila mendekati mangsa yang mengalami
kecederaan yang teruk:-
(a) Saluran udara - periksa sama ada saluran udara mangsa diperiksa bagi
memastikan sama ada tidak dihalang oleh lidah, bendalir rembesan atau
pun benda asing. Cara yang perlu dilaksanakan untuk memberi bantuan
terhadap saluran udara ialah dengan meletakkan mangsa berbaring
menelentang dengan tegak dan mulut mangsa dibiarkan terbuka.
(b) Dua jari digunakan untuk membersihkan mulut dari sebarang halangan
yang boleh dilihat.
(c) Periksa dan keluarkan gigi palsu sekiranya alat tersebut longgar.
(d) Pastikan tangan tidak dimasukkan terlalu dalam kerana ia boleh
menyebabkan halangan yang tidak dapat dilihat termasuk pada saluran
udara.
(e) Periksa sama ada mangsa masih bernafas, jika tidak, berikan bantuan
pernafasan.
(f) Periksa sama ada nadi mangsa masih berdenyut. Jika tiada, lakukan tekanan
pada dada (kompresi dada)
1. Memulihkan keadaan tercekik
Jika mangsa tercekik disebabkan makanan ataupun objek-objek lain dan
mangsa berhenti bernafas, lakukan bantuan pemulihan pernafasan. Objek
perlu dikeluarkan bagi mengelakkan gangguan kepada pernafasan mangsa
Keyakinan penting sebelum melakukan tindakan tersebut. Pastikan dapat
mengeluarkan objek yang menyumbat kerongkong mangsa dengan
memasukkan jari atau tangan ke dalam mulut mangsa. Tanggalkan pakaian
untuk mendedahkan bahagian dada Ikut arahan untuk memberi bantuan
pemulihan pernafasan

Rajah 10.9: Rawatan Tercekik bagi Kanak - kanak


TOPIK 10 KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS ! 191

Rawatan Tercekik bagi kanak-kanak


Pemulihan bagi kanak-kanak ialah dengan menghalakan kepala mangsa ke
bawah. Badannya di atas lengan atau lutut kamu. Buka mulutnya dan suruh
mangsa batuk. Sekiranya orang dewasa tercekik, biarkan mangsa tunduk
dalam keadaan kepala lebih rendah daripada paru-parunya. Suruh mangsa
batuk. Di dalam kedua-dua keadaan, sekiranya benda penghalang masih
tidak keluar, tindakan yang perlu dilakukan ialah mengekalkan kedudukan
asal dan tepuk belakang mangsa. Jika benda penghalang kelihatan tetapi
tidak dapat diluahkan, ia perlu diambil benda tersebut dengan jari.
Sekiranya benda penghalang masih tidak keluar, mangsa perlu dirujuk ke
hospital.
Rawatan tercekik bagi Orang Dewasa

Rajah 10.10: Rawatan Tercekik bagi orang dewasa

2. Merawat luka terbakar


Apa yang di maksudkan ialah rawatan bagi kecederaan kecil ketika
perkhemahan. Di dalam kes terbakar yang teruk, minta bantuan perubatan
dengan segera. Buangkan semua aksesori dan pakaian yang mengecut
dari kawasan yang terlibat. Rendamkan kawasan yang terlibat ke dalam
air sejuk dengan segera ataupun kenakan tuala yang basah dan lembap
di kawasan tersebut. Anda juga boleh menuangkan air ke bahagian yang
terbakar itu atau letak di bawah air sejuk yang mengalir. Teruskan rawatan
ini selagi kesakitan masih dirasai. Untuk luka terbakar yang disebabkan
oleh bahan kimia, tuangkan air di atas kulit atau letakkan di bawah air
yang mengalir. Kemudian tutupkan kawasan tersebut dengan kain yang
bersih untuk mengelakkan gangguan oleh udara. Jika luka terbakar tersebut
adalah besar cuba tenangkan mangsa dan lakukan rawatan untuk renjatan.
3. Menghentikan pendarahan
Kecederaan yang melibatkan pendarahan adalah situasi yang hampir
kerap berlaku. Di antara tindakan yang perlu dilakukan ialah penggunaan
tekanan secara langsung ke atas anggota badan dan tangan adalah perlu
iaitu dengan menekan pada luka dengan beralaskan kain yang bersih
atau bahan lain yang sesuai. Tindakan ini akan meminimumkan sebarang
jangkitan.
192 TOPIK 10 KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

Pegangan tangan ataupun kaki perlulah pada paras jantung. Teruskan


tekanan sehingga pendarahan berhenti ataupun sehingga pasukan
ambulans tiba. Jangan alihkan kain yang digunakan walaupun ia telah
basah dengan darah. Tambahan lapisan kain dan kenakan tekanan yang
mapan perlu dilakukan untuk menghentikan pendarahan. Kaedah ini juga
boleh digunakan tekanan secara langsung untuk menghentikan pendarahan
di bahagian-bahagian lain. Seorang yang mengalami pendarahan boleh
mati dalam masa satu minit jika saluran darah utama terpotong. Tindakan
yang segera untuk menghentikan pendarahan dengan serta-merta perlu
dilakukan bagi menyelamatkan nyawa mangsa.

Rajah 10.11: Rawatan bagi luka akibat tercucuk benda tajam

4. Merawat renjatan
Dalam situasi pertolongan cemas, rawatan bagi renjatan mestilah
dilakukan dengan segera sebaik sahaja selepas disahkan keadaan renjatan
itu dan setelah punca kemalangan dialihkan. Baringkan mangsa dengan
telentang serta angkat kaki mangsa untuk meningkatkan aliran darah ke
otak. Selimutkan tubuh mangsa untuk mengelakkan kesejukan ataupun

Rajah 10.12: Merawat Renjatan


TOPIK 10 KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS ! 193

kehilangan haba dan longgarkan pakaian yang ketat dan tali pinggang
untuk mengurangkan jerutan di kawasan leher, dada ataupun pinggang.
Jangan berikan sebarang cecair kerana ia tidak dapat diserap dengan mudah
jika diberi melalui mulut dan hubungi ambulans dan bawa mangsa ke
hospital secepat mungkin. Tinggikan kaki untuk mengurangkan perjalanan
darah ke jantung.
5. Merawat kecederaan mata
Cara yang paling baik bagi mengeluarkan benda asing dari mata adalah
dengan membiarkan ia keluar bersama air mata, tetapi kadangkala adalah
perlu untuk membasuhnya keluar. Basuh mata dengan menuangkan
air dengan banyak ke atas mata. Jika benda asing itu dapat dilihat dan
berada di permukaan mata, cuba keluarkannya dengan perlahan-lahan
menggunakan hujung bucu sapu tangan ataupun dengan menggunakan
putik kapas. Jika benda asing tersebut terbenam di dalam mata, jangan
cuba keluarkannya. Tutup mata tersebut menggunakan lapikkan mata yang
steril atau menggunakan kain yang bersih dan minta bantuan perubatan
dengan segera. Jangan sekali-kali gunakan sebarang bahan kimia. Ia boleh
menyebabkan kecederaan mata yang serius.

Rajah 10.13: Kaedah rawatan kecederaan mata

6. Cirit – birit dan muntah


Keadaan ini merupakan suatu keadaan yang sering terjadi kepada
individu – individu semasa berada di kawasan perkhemahan atau kawasan
persekitaran kediamannya. Ia berpunca dari keracunan makanan,air
tercemar atau makanan yang luar biasa (tidak biasa dimakan). Cirit – birit
dan muntah yang teruk boleh mendedahkan kepada risiko penyahidratan.
Matlamat rawatan ialah untuk memulihkan kehilangan air dan garam yang
hilang semasa cirit – birit dan muntah. Rawatan awalan ialah beri mangsa
minum banyak air dan apabila selera sudah pulih beri makan makanan
berkanji selama 24 jam.
7. Kekejangan
Kekejangan otot biasanya berlaku selepas bangun tidur, latihan yang
melampau dan kehilangan garam dan air yang banyak akibat dari
194 TOPIK 10 KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

perpeluhan. Kekejangan boleh dirawat dengan cara mengurut dan


meregangkan otot yang sakit.
8. Kecederaan Fraktur
Salah satu kecederaan yang sering berlaku ialah kecederaan fraktur (retak)
dan patah tulang. Apabila suatu tulang patah atau retak, beberapa masalah
lain akan timbul yang berkaitan dengan otot, tendon, saraf dan salur darah
kerana struktur-struktur tersebut melekat atau berhampiran dengan tulang.
Kecederaan tulang dapat dikenal pasti apabila berlaku simptom-simptom
berikut:-
(a) Rasa sakit pada bahagian tulang.
(b) Mangsa mendengar bunyi atau berasa tulang patah.
(c) Tidak berupaya untuk menggerakkan anggota yang tercedera.
(d) Berasa kebas atau hilang denyutan nadi pada anggota yang tercedera.
(e) Bunyi atau geselan hujung tulang yang tidak normal.
(f) Bengkak atau warna kebiruan pada bahagian yang tercedera.
(g) Bentuk, kedudukan atau pergerakan tulang atau sendi yang tidak
normal.
Jika kecederaan itu baru berlaku, demah tempat yang tercedera dengan
ketul-ketul ais atau dengan tuala yang telah direndam dalam air sejuk. Cara
ini akan mengurangkan bengkak, lebam dan kesakitan. Balut bahagian
yang tercedera dengan kain kapas. Pastikan ikatan splin pada bahagian
menyokong tulang yang patah atau retak. Bagi mendapatkan sokongan
yang lebih teguh, bahagian yang tercedera perlu diampu pada bahagian
anggota yang tidak tercedera bagi kecederaan fraktur anggota bahagian
atas. Sebagai contoh, bagi kecederaan fraktur anggota bahagian atas, lengan
hendaklah sentiasa diampu pada badan dengan anduh.

Rajah 10.14: Kain segitiga (anduh)


TOPIK 10 KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS ! 195

Rajah 10.16: Keretakan bahagian menyokong tulan yang patah atau retak

Rajah 10.17: Keretakan bahagian lengan

Balut kaki yang tercedera bersama-sama dengan kaki yang tidak tercedera.
Ketul-ketul ais membantu mengurangkan kesakitan.
Tinggikan bahagian yang cedera sementara menunggu bantuan atau semasa
membawa mangsa ke hospital.

Rajah 10.17: Keretakan bahagian lengan


196 TOPIK 10 KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

Perkara yang perlu diberikan perhatian semasa memberikan


pertolongan cemas ialah:-
(a) Bertindak dengan segera, setiap saat boleh membawa perubahan
(b) Jangan gerakkan mangsa yang mengalami kecederaan leher atau
belakang kecuali dalam keadaan yang sangat diperlukan
(c) Dapatkan seseorang untuk menghubungi ambulans dan doktor
sewaktu anda sedang memberikan pertolongan cemas
(d) Jangan tarik pakaian mangsa luka terbakar
(e) Bertenang dan tenangkan mangsa
(f) Jangan paksa mangsa yang tidak sedarkan diri untuk mengambil
sebarang cecair

RUMUSAN

r 1FSUPMPOHBO DFNBT BEBMBI CBOUVBO QFSNVMBBO BUBV SBXBUBO QFSUBNB ZBOH


diberi kepada seseorang yang tercedera dalam suatu kemalangan atau sakit
secara mengejut sebelum mendapat rawatan daripada pengamal perubatan
yang bertauliah.
r 1FSUPMPOHBO DFNBT ZBOH EJCFSJLBO LFQBEB NBOHTB EBQBU NFOHVSBOHLBO
kesakitan, mencegah kecederaan daripada menjadi lebih serius dan dapat
menyelamatkan nyawa mangsa.
r ,FDFEFSBBO GSBLUVS CPMFI EJCBOUV EFOHBO NFMBLVLBO QSPTFEVS 3*$&
merehatkan atau menenangkan mangsa (rest), mendemah bahagian
yang tercedera (ice), melakukan tuaman pada bahagian yang tercedera
(compression) dan meninggikan bahagian yang tercedera.
r .BOHTB LFDFEFSBBO ZBOH NFOHBMBNJ UFSTFLBU QFSOBGBTBO CPMFI EJCBOUV
dengan prosedur E.A.R iaitu meninggikan (elevation) bahagian atas laluan
udara (airway) supaya laluan udara tidak tersekat.
TOPIK 10 KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS ! 197

Resusitasi udara Resusitasi


(Expired Air Resuscitation – Kardiopulmonari
EAR) (CPR)

Fraktur

UJIAN 1
1. Apakah tujuan pertolongan cemas?
2. Nyatakan peralatan – peralatan yang perlu ada di dalam kit pertolongan
cemas.
3. Terangkan perbezaan antara resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan resusitasi
udara hembusan (EAR).

UJIAN 2

1. Terangkan tindakan yang perlu dilakukan ketika menghadapi kecemasan.


2. Terangkan maksud S.A.F.E dan bila ia sesuai diaplikasikan.
3. Nyatakan langkah – langkah yang digunakan semasa melakukan resusitasi
kardiopulmonari (CPR).
4. Nyatakan tanda – tanda yang menunjukkan seseorang itu memerlukan
bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

RUJUKAN

Abdul Rahman Isa, Rusli Nordin & Abdul Manaf Hamid. (1990), Pertolongan
Cemas Prinsip Dan Amalan., Cresent News. Kuala Lumpur
St. John Ambulan Malaysia, ( 2001). Kuala Lumpur Manual Pertolongan Cemas
[Link]/page/lacieking
[Link]/health/FirstAidIndex/FirstAidIndex
[Link]

Anda mungkin juga menyukai