0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
62 tayangan12 halaman

Polisi Code Pink di Hospital Kota Marudu

Diunggah oleh

Zunnun Morshidi
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
62 tayangan12 halaman

Polisi Code Pink di Hospital Kota Marudu

Diunggah oleh

Zunnun Morshidi
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd

POLISI CODE PINK HOSPITAL KOTA MARUDU

➢ DEFINASI
a) CODE PINK : merupakan kod prosedur kecemasan yang memerlukan tindakan
pengesanan segera jika berlaku kehilangan bayi di dalam Hospital.
b) Satu sistem responsive dalam keadaan dimana berlaku atau disyaki berlaku
penculikan bayi dalam lingkungan umur diantara 0-12 bulan di kemudahan fasiliti
kesihatan

➢ TUJUAN

Tujuan Polisi CODE PINK diwujudkan adalah untuk memastikan respon yang betul diambil
sekiranya terdapat kejadian penculikan bayi berumur satu tahun dan ke bawah di Hospital
Kota Marudu.

➢ CIRI- CIRI PENCULIK

Terdapat beberapa ciri-ciri biasa yang boleh didapati pada seorang penculik. Kemungkinan
tidak semua ciri-ciri ini terdapat pada seseorang penculik, namun semua kakitangan
hendaklah sentiasa berwaspada dengan kehadiran individu yang mencurigakan dan segera
melaporkan kepada pengawal keselamatan. Berikut adalah ciri-ciri yang biasa terdapat pada
seseorang penculik:

1. Perempuan dalam lingkungan umur yang subur, iaitu umur 12 - 50 tahun dan
selalunya mempunyai berat badan yang berlebihan.
2. Seseorang yang compulsive, pintar memanipulasi, menipu dan mengaburi mata
umum.
3. Selalu menyatakan bahawa dia telah kehilangan bayinya ataupun tidak dapat
melahirkan zuriat.
4. Selalunya sudah berkahwin ataupun tinggal bersama-sama pasangan. Keinginan
pasangan untuk mendapatkan anak ataupun keinginan penculik tersebut untuk
memberikan seorang zuriat mungkin menjadi motif penculikan.
5. Selalunya tinggal di dalam komuniti yang berdekatan dengan tempat penculikan.
6. Seringkali melawat fasiliti tempat penculikan dan juga fasiliti lain yang menempatkan
bayi atau kanak-kanak. Selalu bertanya soalan tentang cara operasi fasiliti tersebut ,
prosedur-prosedur berkaitan, pelan lantai bangunan terutamanya wad maternity atau
wad bersalin. Penculik juga pernah menggunakan pintu rintangan api. Penculik juga
mungkin akan cuba menculik bayi yang telah discaj ke rumah dengan cara
menyamar sebagai petugas kesihatan.
7. Penculikan biasanya dirancang tetapi tidak mempunyai target khusus untuk diculik.
Penculik akan menculik sebaik sahaja ada peluang berbuat demikian.
8. Biasanya menyamar sebagai jururawat atau kakitangan lain.
9. Sangat biasa dengan tugas-tugas kakitangan kesihatan, rutin harian kakitangan
bertugas, mengenali kakitangan dan mungkin mengenali ibubapa kepada bayi yang
diculik.
10. Menunjukkan keupayaan untuk memberi penjagaan sepenuhnya kepada bayi yang
diculik.
11. Mungkin akan menculik bayi dengan cara menggendong bayi tersebut, membawa
bayi di dalam beg besar yang boleh memuatkan bayi tersebut, menyembunyikan
bayi dibawah lipatan kain / tuala/ kot atau memakai pakaian kakitangan hospital
sambil menggendong bayi.

➢ LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
1. Hospital hendaklah sepanjang masa memastikan bahawa semua langkah-langkah
pencegahan dilakukan untuk mengelakkan terjadinya penculikan bayi dari fasiliti.
2. Semua kakitangan faham dan tahu tanggungjawab masing-masing dan tahu
tindakan yang perlu dibuat semasa situasi berlaku.
3. Kakitangan hendaklah sentiasa berinteraksi dengan ibu-ibu atau penjaga yang sah
dan mengambiltahu sekiranya terdapat apa-apa risiko penculikan atau masalah
keselamatan bayi mereka.
4. Semua kakitangan di wad bersalin hendaklah mematuhi polisi tag nama bayi
sepanjang masa di wad.
5. Semua kakitangan hendaklah sentiasa memakai kad nama Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) yang mempunyai foto sepanjang masa semasa bertugas supaya
mana-mana individu yang menyamar boleh dikenalpasti dengan segera.

➢ IDENTIFIKASI BAYI
1. Semua bayi hendaklah dipakaikan tag nama di kaki sebelah kiri, dihadapan ibu
sebaik sahaja dilahirkan.
2. Tag nama bayi mestilah mempunyai nama ibu dan no kad pengenalan ibu atau
nombor pendaftaran kemasukan ke wad.
3. Tag nama bagi bayi lelaki adalah warna biru dan bagi bayi perempuan warna merah
jambu.
4. Pemeriksaan bayi hendaklah direkodkan dengan lengkap dalam borang
pemeriksaan bayi.
5. Semasa discaj, semua ibu dan bayi hendaklah diperiksa oleh pengawal keselamatan
dan pengawal keselamatan mesti mencatatkan nama ibu dan bayi berkenaan dalam
buku yang disediakan. Pengawal keselamatan hendaklah memastikan tag nama
nama ibu dan tag nama bayi adalah sama.
6. Tag nama bayi hendaklah ditanggalkan di rumah.

➢ PEMINDAHAN BAYI DARI SATU UNIT KE UNIT LAIN DI DALAM FASILITI

Jika bayi dipindahkan dari satu unit keunit yang lain di dalam fasiliti:

1. Hanya kakitangan hospital sahaja boleh memindahkan bayi dari satu unit ke unit
yang lain.
2. Kakitangan hospital hendaklah memakai kad nama sepanjang masa bertugas.
3. Individu lain yang boleh memindahkan / menggendong bayi selain daripada
kakitangan hospital adalah ibubapa atau penjaga yang sah sahaja semasa proses
pemindahan ini.
4. Sepanjang Proses ini mestilah sentiasa diselia ( direct line - of- sight supervision )
dan dikendalikan oleh kakitangan unit –unit terlibat sahaja.
5. Proses pemindahan bayi adalah dengan cara menggendong , menggunakan
bassinet atau menggunakan inkubator.

➢ SEPANJANG BERADA DI WAD


1. Bassinet bayi dan katil ibu hendaklah sentiasa berdekatkan dan jauh dari pintu
masuk ke wad.
2. Kakitangan hendaklah menerangkan kepada ibu-ibu supaya meminta bantuan
daripada kakitangan yang bertugas untuk menjaga bayi mereka jika mereka terpaksa
meninggalkan bayi seperti ke tandas dan lain-lain.
3. Bayi tidak dibenarkan bersendirian tanpa pengawasan / penjagaan oleh ibu atau
kakitangan hospital.
4. Semua maklumat ibu dan bayi adalah sulit dan disimpan di tempat yang selamat dan
tidak terdedah kepada pelawat atau orang awam.
5. Semua pintu masuk kewad hendaklah sentiasa ditutup melainkan semasa waktu
melawat.
6. Pengawal Keselematan hendaklah sentiasa mengawal /mengawasi pintu utama
masuk ke wad-wad dan melakukan rondaan ke wad dari masa ke semasa.
➢ RESPON APABILA CODE PINK DIAKTIFKAN

A. WAKTU PEJABAT DAN SEHINGGA 9 MALAM:

1. Setelah menerima maklumat kehilangan bayi, jururawat hendaklah memaklumkan


kepada operator berserta dengan deskripsi bayi, tempat dan masa bayi dilihat kali
terakhir.
2. Operator hendaklah mengumumkan melalui siaraya / PA system “SECURITY
ALERT, CODE PINK DI (LOKASI)” sebanyak 3 kali.
3. Operator hendaklah memberi maklumat kepada Response Team.
4. Response Team adalah terdiri daripada :
I. Ketua Pengawal Keselamatan : Pengawal Keselamatan dipintu
Utama masuk ke wad ( depan dan belakang) pintu utama keluar
masuk hospital.
II. Ketua Jururawat Wad Bersalin / Wad Kanak –Kanak (Team Leader)
III. Semua Staf Wad Bersalin / Wad Kanak-Kanak yang bertugas
IV. Pegawai Perubatan Wad terlibat(wakti pejabat), Pegawai Perubatan
2nd call (luar waktu Pejabat)

5. Tugas Respon Team adalah


I. Menentukan perimeter sekuriti di kawasan yang terlibat.
II. Mengenalpasti sama ada penculikan benar-benar berlaku atau tidak.
III. Mengenalpasti bayi yang diculik dan juga penculik.
IV. Mendapatkan kembali bayi yang telah diculik.
V. Berkomunikasi dengan kakitangan lain dan juga ibubapa mengikut
keperluan.
VI. Menyiasat dan merekodkan semua butir-butir insiden.
6. Tugas Staf di Wad Bersalin / Wad Kanak-Kanak / semua unit
I. Segera mencari bayi dan penculik di kawasan seluruh wad.
II. Pencarian juga dilakukan oleh staf yang bertugas di setiap unit
masing-masing.
III. Pencarian haruslah dilakukan di ruang berikut dan hendaklah
melaporkan kepada team leader:
a) Ruang rehat
b) Tandas – tandas
c) Bilik prosedur
d) Bilik linen
e) Bilik stor
f) Bilik utility
g) Stor
h) Bilik rawatan
i) Bilik laktasi
j) Bilik Doktor on-call
k) Semua bilik – bilik yang ada di wad
l) Kawasan luar wad, tempat jemur kain
iii. Kakitangan hendaklah sentiasa berhubung melalui alat komunikasi
yang ada.

7. Tugas Pengawal Keselamatan


i. Segera mengaktifkan dan melakukan operasi mencari diseluruh
kawasan dalam dan luar hospital.**********
ii. Menutup pintu pagar utama dan semua kenderaan yang keluar
masuk hospital hendaklah dikawal. Semua kenderaan yang masuk
dan keluar daripada hospital hendaklah diperiksa dengan cermat
dan nombor plat,jenis dan warna kenderaan direkodkan.
iii. Memeriksa semua kenderaan yang berada ditempat letak kereta
dan merekodkan nombor plat ,jenis dan warna kenderaan.
iv. Tentukan perimeter sekuriti dikawasan yang terlibat.
v. Memastikan keadaan di wad adalah terkawal dan keselamatan staf
dan pesakit lain terjaga.
vi. Melindungi tempat berlaku jenayah penculikan daripada orang luar
dan pihak media.

8. Tugas kakitangan lain


i. Selepas mendengar pengumuman CODE PINK , semua
kakitangan hendaklah menghentikan semua kerja bukan kritikal.
ii. Semua kakitangan yang tidak melakukan kerja kritikal hendaklah
bergegas ke semua pintu keluar untuk menutup laluan keluar.
Semua pintu keluar didalam hospital mesti dihalang atau ditutup.
iii. Sekiranya semua pintu keluar telah dihalang, kakitangan dari unit
perlu keluar dan memerhati kawasan sekeliling fasiliti dan juga
kawasan tempat letak kereta yang berdekatan untuk memastikan
jika ada individu yang mencurigakan berada disitu dan hendak
meninggalkan fasiliti.
B. SELEPAS JAM 9 MALAM

1. Jururawat hendaklah memaklumkan kepada Pengawal Keselamatan samada yang


berada di pintu utama keluar / masuk wad, sister oncall dan pegawai perubatan 2nd
call.

2. Response Team SELEPAS JAM 9 PM adalah:

i. Ketua Pegawal Keselamatan


ii. Sister Oncall ( Team Leader )
iii. Jururawat Incharge Wad Bersalin / Wad Kanak-Kanak
iv. Pegawai Perubatan 2nd call
v. Jururawat Incharge Wad Bersalin/ Wad Kanak-Kanak memaklumkan staf
E&T mengaktifkan “SECURITY ALERT , CODE PINK , DI (LOKASI)”
vi. PPP In- Charge unit ETD hendaklah memaklumkan perkara ini kepada
semua wad dan Respone Team yang lain.

3. Respon SELEPAS WAKTU PEJABAT bagi setiap kakitangan yang terlibat adalah

sama seperti WAKTU PEJABAT

➢ JIKA PENCULIKAN BENAR-BENAR BERLAKU

1. Team Leader hendaklah menghubungi pengarah hospital / Timbalan pengarah hospital


dan melaporkan kejadian penculikan bayi telah berlaku.
2. Pegawai bertugas (officer in-charge)
a. Pegawai bertugas adalah pengarah hospital ataupun Timbalan pengarah
hospital.
b. Berperanan untuk memberi tugasan kepada pegawai-pegawai yang berkenaan,
dan melantik pegawai yang diperlukan.
c. Mengaktifkan bilik gerakan hospital mengikut keperluan.
d. Memohon bantuan dari pihak berkuasa yang berkenaan iaitu pihak polis, pihak
kebajikan masyarakat dan melaporkan kepada Pengarah Kesihatan Negeri
Sabah dan juga Timbalan Pengarah Negeri (Perubatan) Sabah.
e. Pegawai bertugas hendaklah melindungi kawasan hospital yang terlibat
daripada pihak media dan orang luar.

3. Penolong Pegawai Tadbir N29 (Atau yang Menanggung Tugas) adalah


bertanggungjawab untuk mengumpul data yang diperlukan dan data yang tepat dan
hendaklah disahkan oleh pegawai bertugas dan juga pihak polis sebelum dimaklumkan
kepada kakitangan lain.
4. Kakitangan hospital adalah dilarang daripada membuat sebarang kenyataan media,
hanya Pengarah Kesihatan Negeri (PKN) Sabah sahaja ataupun Pengarah Hospital
dengan izin daripada PKN Sabah.
5. Kakitangan Wad Bersalin/ Wad Kanak-Kanak:
a. Team Leader mendapatkan semua maklumat berkaitan bayi yang diculik dan
penculik , situasi semasa penculikan berlaku dan melaporkan kepada Pegawai
Bertugas.
b. Borang insiden penculikan bayi hendaklah dilengkapkan dengan butir-butir
berikut : - Sila rujuk lampiran
i. Diskripsi bayi yang diculik
ii. Deskripsi penculik
iii. Individu lain yang bersama-sama penculik
iv. Informasi daripada saksi kejadian

c. Ibu bapa bayi yang diculik ditempatkan di satu bilik khas. Barang-barang
mereka tidak perlu dibawa bersama kerana barang-barang tersebut merupakan
bahan bukti dalam kes tersebut dan perlu dilindungi.
d. Seorang kakitangan (Jururawat) hendaklah sentiasa bersama-sama dengan
ibubapa berkenaan sepanjang masa.
e. Semua rekod dan carta pemerhatian ibu dan bayi disimpan rapi.
f. Adakan satu tempat khas untuk ahli keluarga lain menunggu supaya mereka
boleh mendapatkan informasi terkini pada bila-bila masa (Dewan Sri Posisang).
g. Aktifkan “Psychosocial First Aid” team daerah (jika perlu)
h. Privasi ibu bapa yang terlibat hendaklah dijaga.
i. Hubungi Pegawai Kerja Sosial atau Pegawai kebajikan atau badan kerohanian
untuk memberi bantuan kepada ibu bapa atau ahli keluarg
j. Team Leader hendaklah memberi penerangan kepada semua kakitangan di
unit yang terlibat dan sentiasa menekankan soal kerahsiaan insiden
tersebut.(Confidentiallity).
k. Semua jururawat yang bertugas di unit yang terlibat menerangkan kejadian
yang berlaku kepada ibu-ibu lain di wad dan pada yang sama hendaklah
menjaga kerahsiaan.
l. Jika ibu sudah discaj dari fasiliti,seorang kakitangan hendaklah ditugaskan
sebagai Liaison (Pegawai Kerja Soaial atau Jururawat).
m. Satu mesyuarat hendaklah diadakan seberapa segera untuk sesi perbincangan
semua kakitangan yang terlibat dalam kejadian penculikan tersebut.

6. Pengawal Keselamatan
a. Mengawal dan mengawasi tempat kejadian dan melindungi kawasan
tersebut sehingga pihak berkuasa sampai ke tempat kejadian.
b. Memaklumkan kepada semua unit-unit di dalam hospital tentang insiden
tersebut beserta dengan deskripsi bayi dan penculik.

> PENAMATAN RESPON DAN PEMULIHAN


1. Setelah CODE PINK dapat ditangani atau diselesaikan, Pegawai Bertugas akan
memberi arahan notifikasi “ALL CLEAR” untuk memberitahu penamatan
operasi. Pengumuman hendaklah dibuat oleh Operator melalui siaraya seperti
berikut “CODE PINK, ALL CLEAR” sebanyak 3 kali.
2. Semua kakitangan hendaklah kembali melalukan tugas masing-masing.
3. Bayi / kanak-kanak diserahkan kepada ibu-bapa / penjaga yang sah. Jika bayi /
kanak-kanak tidak dijumpai, penyiastaan dilakukan oleh Pihak Polis
4. Ahli Jawatan Kuasa Insiden Reporting hendaklah mengadakan Mesyuarat Root
Cause Analysis (RCA) untuk mengenal pasti punca dan melakukan
penambahbaikan.
APA PERLU DILAKUKAN JIKA ANDA MENEMUI PENCULIK?

• Jika anda bersemuka dengan penculik, dengan nada yang


tenang tanya suspek tersebut tentang tag nama bayi untuk
membuat pengesahan. (Nota : Tag nama bayi hanya akan
ditanggalkan apabila bayi telah sampai ke rumah).

• Cuba untuk menahan suspek tersebut sementara kakitangan


lain menghubungi Pengawal Keselamatan. (Semua
kakitangan hendaklah menghalang semua jalan keluar secara
Berpasangan)

• Jika suspek tersebut enggan untuk ditahan atau bertindak kasar


dan ganas dan membahayakan bayi serta kakitangan, ekori
suspek tersebut pada suatu jarak yang selamat. Ambil
perhatian mengenai ciri-ciri suspek, haluan arah suspek dan
nombor plat kenderaan yang dinaiki.

• Semua kakitangan boleh menyambung tugas seperti biasa


setelah mendengar pengumuman “CODE PINK, ALL CLEAR”.
CARTA ALIRAN CODE PINK : KEHILANGAN BAYI / KANAK-KANAK

KEHILANGAN BAYI / KANAK-KANAK

Siasat Laporan / informasi yang diterima

DISYAKI SAH

ABCONDED PALSU Disahkan oleh MO/KJ/JT

8am – 9pm Selepas 9pm


Bayi / Kanak-
TAMAT
kanak Bersama Maklumkan kepada Jururawat hendaklah
Keluarga Operator memaklumkan kepada
Pegawal Keselamatan
Arahkan Operator maklumkan kepada samada yang berada di
Berkumpul di Bilik
Keluarga Respon Team dan Aktifkan pintu utama keluar /
Gerakan (Bilik
bersama anak CODE PINK masuk wad, KJ oncall
Pengarah)
ke Hospital dan pegawai perubatan
2nd call.r
Pengawal Keselamatan
Laporan segera mengawal laluan
Insiden keluar masuk Hospital dan
wad

TAMAT Pencarian disetiap lokasi oleh


kakitangan di unit masing-
masing

RESPON TEAM
1. Ketua Pegawai Pengarah akan maklumkan
Keselamatan insiden kepada Polis,
2. Sister Oncall ( Team Pegawai Kebajikan , PKN dan
TPKN(P)
Leader )
3. Jururawat Incharge Wad Tempatkan ibu bapa mangsa
Bersalin / Wad Kanak- di bilik khas (Bilik Rehat)
Kanak
4. Pegawai Perubatan 2nd
call
5. PPP In- Charge unit ETD YA Bayi Dijumpai TIDAK

Serahkan kepada ibu bapa / Penyiasatan dilakukan oleh


penjaga yang sah pihak polis

Pegawai Bertugas akan memberi arahan notifikasi “ALL CLEAR”


untuk memberitahu penamatan operasi. Pengumuman hendaklah
dibuat oleh Operator melalui siaraya seperti berikut “CODE PINK ,ALL
CLEAR” sebanyak 3 kali. Notifikasi “ALL CLEAR” untuk memberitahu
penamatan operasi., ,

Laporan & Dokumentasi


Nota ;Respon SELEPAS WAKTU PEJABAT bagi
setiap kakitangan yang terlibat adalah sama DISAHKAN OLEH:-
seperti WAKTU PEJABAT
TAMAT
BORANG INSIDEN PENCULIKAN BAYI
Diskripsi bayi yang diculik ;
Nama bayi (seperti dalam Tag Nama bayi & ibu) :……………………………………………..

Jantina bayi :………………………………….

Jenis dan warna pakaian bayi semasa kejadian :………………………………………………

Deskripsi penculik ;

Jantina : ……………………………………………….

Pakaian (Jenis & Warna) :………………………………………….

Saiz badan :…………………………………………………………

Anggaran umur :……………………………………………………

Expresi wajah / kelakuan : …………………………………………

Individu lain yang bersama-sama penculik (Jika ada)

Jantina : ……………………………………………….

Pakaian (Jenis & Warna) :………………………………………….

Saiz badan :…………………………………………………………

Anggaran umur :……………………………………………………

Expresi wajah / kelakuan : …………………………………………

Informasi daripada saksi kejadian

Nama Saksi :………………………………………………………..


Butiran saksi : Staf Hospital
: Orang awam / pelawat

Keterangan saksi mengenai kejadian :


……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………

Anda mungkin juga menyukai