HBQE 1203 RASM UTHMANI
Pemahaman pelajar IPT Agama dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani
Azzlina Binti Sawal ( 811105-12-5504-002)
Open University Malaysia 1
TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR IPTA/IPTS DALAM KAEDAH
PENULISAN RASM UTHMANI
Oleh :
AZZLINA BINTI SAWAL
Open University Malaysia
ABSTRAK
Rasm Uthmani adalah satu cabang ilmu penulisan Al-Quran.
Al-Quran adalah mukjizat paling agung anugerah kepada nabi
Muhammad s.a.w dan ia perlu di jaga sama ada dari segi penulisan
dan lisan ( bacaan). Al- Quran yang diturunkan oleh Allah S.W.T
secara mutawatir dengan menentukan kaedah tertentu untuk
membentuk ayat dan kalimah Al- Quran. Antara kaedah penulisan
tersebut adalah Rasm Uthmani yang di asaskan oleh Sayidina Uthman
Al-Affan
Artikel kajian ini akan mengupas serba sedikit berkenaan Ilmu
Rasm Uthmani dengan berdasarkan tahap pemahaman pelajar di salah
sebuah Institut Pengajian Tinggi Agama dalam bidang Tahfiz Al-
Quran Wal Qiraat. Bilangan responden yang terlibat dalam kajian ini
seramai 15 orang lebih kurang 30% daripada jumlah keseluruhan
pelajar di Maahad tersebut. Di antara objektif kajian ini adalah untuk
mengkaji tahap pemahaman pelajar dalam bidang Rasm Uthmani.
Metodologi kajian adalah menggunakan kaedah pengukuran iaitu
kaedah lisan Skala penaksiran yang merujuk kepada anggaran
kekerapan jawapan dan skala likert. Manakala kaedah kedua adalah
penulisan iaitu soal selidik atau inventori.
Kajian ini meliputi pengetahuan pelajar dalam pengertian Rasm
Uthmani, kepentingannya, kaedah penulisan, hukum menggunakannya
dan bagaimana pelajar dapat menyatakan pengamalan mereka dalam
menggunakan mashaf Al-Quran Rasm Uthmani. Hasil daripada kajian
ini menunjukkan tahap pemahaman pelajar dalam bidang ini perlu
dikembangkan lagi agar pelajar boleh menguasai Ilmu ukhrawi ini.
HBQE 1203 RASM UTHMANI
Pemahaman pelajar IPT Agama dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani
Azzlina Binti Sawal ( 811105-12-5504-002)
Open University Malaysia 2
BAB 1.
PENDAHULUAN.
LATAR BELAKANG KAJIAN.
Al-Quran adalah sumber syariat islam yang unggul. Allah S.W.T telah menggariskan
panduan di dalamnya sebagai batasan umat islam dalam menjalani kehidupan ini.
Beruntunglah seseorang insan jika ia mengetahui apa yang ada di sebalik huruf, kalimah
ataupun ayat Al-Quran.
James A Mechener ( 1995) " The Koran is probably the most often read book in the
world. Surely the most often memorized and possibly the most often influential in
daily life of the people who"
(Sumber dipetik dari artikel Penulisan Rasm Uthmani)
Penulisan Al-Quran juga berdasarkan beberapa kaedah antaranya ialah Rasm
Uthmani yang menjadi fokus utama kajian penulis . Rasm Uthmani adalah satu bentuk
tulisan yang unik sekali, banyak rahsia yang sukar untuk diungkap pada pengertian ayat Al-
Quran. Jesteru itu, Rasullullah s.a.w dan para sahabat [Link] begitu mengambil berat
terhadap bentuk-bentuk penyampaian dan penulisan Al-Quran.
Semenjak zaman Rasullullah s.a.w, sebelum Al-Quran di tulis dalam bentuk mashaf,
al-Quran di hafal oleh para sahabat [Link] dan disimpan di dalam dada mereka kerana
kebanyakan para sahabat adalah dari golongan ummi iaitu golongan yang tidak tahu
membaca. Rasullullah s.a.w telah menerima wahyu dari pelbagai Qiraat dan wahyu tersebut
di ajar kepada para sahabat dengan wajah Qiraat yang pelbagai dan berbeza tetapi
disandarkan secara langsung kepada Baginda.
Zaman telah berlalu, Semenjak zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar lagi
pengumpulan Al-Quran telah berlaku. Pada tahun 25 Hijrah berlaku perselisihan pendapat di
kalangan Muslimin tentang kaedah bacaan dan riwayat kerana merasakan riwayat mereka
adalah yang terbaik, bimbang dengan keadaan ini yang boleh memecahbelahkan umat islam
maka Sayidina Uthman Al-Affan yang memerintah pada masa itu mengarahkan agar Al-
Quran di tulis dalam bentuk Mushaf.
HBQE 1203 RASM UTHMANI
Pemahaman pelajar IPT Agama dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani
Azzlina Binti Sawal ( 811105-12-5504-002)
Open University Malaysia 3
Sehingga kini pelbagai sumber yang boleh di capai untuk melihat tahap penggunaan
Rasm Uthmani. Mempelajari Rasm Uthmani dalam hayat ini akan membawa makna dan
faedah yang tidak terhingga kepada umat islam. Rasm ini juga dikenali sebagai Rasm Istilahi
atau Rasm Mushaf. Ia menjadi sumber rujukan utama dalam membaca dan menulis Al-
Quran sebagai yang paling muktabar. Rasulullah s.a.w ada bersabda :
HH X
6
"sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya"..
( Di riwayatkan oleh Bukhari )
Lantaran itu, menyedari kepentingan mempelajari Ilmu Rasm Uthmani, maka
pengkaji akan memfokuskan perkara-perkara asas dalam bidang ini sebagai wadah kepada
ilmu Allah S.W.T yang tidak ternilai. Kajian ke atas responden yang terlibat akan
menghuraikan bagaimana tahap pemahaman mereka dalam Ilmu Rasm Uthmani ini.
PENYATAAN KAJIAN
Kajian ini beranggapan bahawa pelajar yang mempunyai latar belakang dalam
pengajian islam terutama bidang yang bersangkut paut dengan Ilmu Al-Quran dapat
memahami istilah Rasm Uthmani yang digunakan pada masa kini. Melalui kajian ini dapat
diketahui Rasm Uthmani mempunyai kaedah-kaedah penulisan yang unik. Ia seharusnya
dipelajari dan didalami terutama kepada pelajar yang mengambil kursus berkaitan Ilmu
Rasm Al-Quran bagi memenuhi keperluan pelajaran mereka dan melengkapkan ilmu di dada
sebagai bekalan ukhrawi kelak.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti berikut :
HBQE 1203 RASM UTHMANI
Pemahaman pelajar IPT Agama dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani
Azzlina Binti Sawal ( 811105-12-5504-002)
Open University Malaysia 4
1) Untuk mengkaji tahap pemahaman pelajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat,
Kota Kinabalu terhadap kaedah penulisan Rasm Uthmani.
2) Untuk mengetahui kepentingan Rasm Uthmani yang di gunakan dalam situasi
pembelajaran pelajar Maahad tahfiz tersebut.
3) Untuk mengetahui sebab perlunya mempelajari Rasm Uthmani untuk diri mereka.
4) Untuk menguji pengetahuan pelajar-pelajar tersebut mengenai kaedah Rasm Uthmani.
BAB 11
TEMPAT KAJIAN
Umumnya di Malaysia banyak terdapat IPTA/IPTS yang menawarkan jurusan
pengajian islam sebagai salah satu kursus dalam bidang agama. Pengkaji telah membuat
kajian ke atas sebuah Institusi pengajian Agama Maahad Tahfiz Wal Qiraat Negeri Sabah
(MTQQNS) yang merupakan sebuah Institusi Pengajian Agama pertama di Negeri Sabah
yang mana institusi ini ditubuhkan pada tahun 1995 dan di tadbir penuh oleh Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.
Memandangkan di Negeri Sabah Institusi Pengajian Tinggi amat terhad hanya terdapat
sebuah Maahad Tahfiz yang menawarkan program pengajian islam, manakala pelajar-pelajar
di dua buah Pusat Latihan Dakwah yang menawarkan kursus yang sama masih dalam tempoh
cuti semester, maka pengkaji telah memilih Maahad ini sebagai tempat yang lebih sesuai
untuk membuat kajian tugasan.
Lokasi Maahad ini terletak di kawasan bandar Kota Kinabalu dan ini memudahkan
kajian ke atas pelajar-pelajar tersebut. Jumlah keseluruhan pelajar yang merupakan populasi
kajian adalah 30 orang. Kajian dijalankan keatas 15 orang responden yang merupakan sampel
bagi tugasan ini
PENGENALAN SKOP
Skop kajian di kalangan pelajar Maahad ini akan membincangkan lima perkara asas
dalam Ilmu Rasm Uthmani. Antara skop tersebut adalah pengertian Rasm Uthmani,
kepentingan, kaedah penulisan, hukum dalam menggunakan rasm ini dan pendapat pelajar
dalam pengamalan mereka dalam rasm ini. Skop ini akan mengambil kira pemahaman pelajar
dalam bidang Rasm Uthmani.
HBQE 1203 RASM UTHMANI
Pemahaman pelajar IPT Agama dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani
Azzlina Binti Sawal ( 811105-12-5504-002)
Open University Malaysia 5
1. Pengertian Rasm Uthmani.
"Rasm bermakna penulisan". Penulisan adalah berhubung dengan ejaan huruf-huruf
yang berbentuk perkataan dalam ayat dari segi penggunaan, penyusunan, pembuangan dan
pemisahan" (Abd Qadir Leong, 1998:126)
Rasm "gambaran-gambaran kalimah yang seterusnya dapat di ujarkan atau di
tuturkan"( Ahmad KamarudinIbrahim & Abd Rahman Abd Ghani,2010:34). Manakala Rasm
Uthmani pula adalah satu cabang ilmu yang membincangkan kaedah dan teknik dalam
penulisan mushaf Al-Quran sama ada huruf, kalimah, ayat ataupun kedudukan baris yang di
gunakan serta di persetujui oleh Sayidina Uthman Al-Affan semasa proses pengumpulan dan
penulisan Al-Quran ke bentuk sebuah kitab yang akhirnya dinamakan mushaf.
2. Kepentingan Rasm Uthmani
Kepentingan mempelajari Rasm Uthmani merupakan keistimewaan yang perlu di kaji.
Antara keistimewaan rasm Uthmani adalah :
a) Bersifat Tauqifi bukan Taufiqi
Tauqifi adalah sesuatu yang telah di tetapkan oleh Rasullullah s.a.w di mana rasm ini
adalah tunjuk ajar langsung daripada Baginda setelah mendapat wahyu daripada Allah S.W.T
. Seperti mana sabda Nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang dijadikan sandaran :
qX X q X .6 X
X &,X /'X qX X
X X
o X
qX
Maksudnya : "Gunakan dakwat, tajamkan pena, sempurnakan penulisan huruf ba', pisahkan
huruf sin, sempurnakan bulatan pada penulisan huruf mim, perindahkan kalimah Allah,
panjangkan sebutan Al- Rahmaan, dan lagukan bacaan Al-Rahiim, letakkan pena kamu di
atas telinga kirimu, maka sesungguhnya ia akan mengingatkan kamu"
HBQE 1203 RASM UTHMANI
Pemahaman pelajar IPT Agama dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani
Azzlina Binti Sawal ( 811105-12-5504-002)
Open University Malaysia 6
b)Menjadi sebahagian rukun bacaan Al-Quran.
Membaca Al-Quran amat digalakkan dalam kehidupan seharian. Membacanya akan
memberi ganjaran pahala kepada si pembaca. Menurut Ahmad Kamarudin & Abdul
Rahman,2010:39 "ulama bersepakat rukun bacaan Al-Quran ada tiga dan salah satunya
ialah menepati salah satu mushaf-mushaf uthmani","pembacaan yang tidak menepati rukun
dikira syaz atau bacaan yang di tolak" istilah bagi "rukun adalah bermaksud perkara yang
perlu ada pada sesuatu, dan sekiranya ia tiada, maka Allah S.W.T tidak akan menerima
perbuatan atau amalan tersebut".(Abd Rahman Abd Ghani,2005) .
Menurut Dr Mahmud Al-saghir dalam oum modul (2007), beliau menyatakan shaz
pada pendapat kedua "mana-mana Qiraat yang tidak menepati rukun Qiraat yang tiga, dikira
sebagai Daifah atau shazzah atau Batilah, sama ada daripada Qiraat yang tujuh atau
selebihnya"
Antara rukun dalam bacaan Al-Quran adalah bacaan yang mempunyai sanad yang
sahih. Menurut Abd Rahman(2005) dalam kajiannya Al-syaykh Makki bin Talib al-Qaysi
telah berkata :"Qiraat yang sahih itu ialah Qiraat yang betul sanadnya sampai kepada
Rasullullah s.a.w dan bertepatan wajah bahasa Arab", ini bermakna penerimaan sanad
adalah amat penting dalam pengajian ilmu-ilmu islam khususnya dalam mempelajari Kitab
Al-Quran.
c) Meliputi tujuh huruf.
Faktor ini adalah satu perkara yang penting dalam kaedah penulisan Al-Quran. Ia
bertepatan dengan wajah Qiraat yang di ajarkan oleh Malaikat Jibril semasa menyampaikan
wahyu kemudian di ajar kepada para sahabatnya. Ulama memberikan pelbagai pendapat
berkenaan tujuh huruf ini dan antara pendapat yang disepakati adalah tujuh jenis atau cara
bacaan yang diajar kepada Rasullullah s.a.w
Jika Rasm Uthmani itu tidak digunakan dalam penulisan Al-Quran maka mushaf itu
bersifat terhad dan sesuai untuk bacaan Qiraat mutawattiroh tertentu sahaja. Menurut oum
modul;2007,Ibn Abbas [Link] berkata, bahawa Rasullullah s.a.w bersabda :
HBQE 1203 RASM UTHMANI
Pemahaman pelajar IPT Agama dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani
Azzlina Binti Sawal ( 811105-12-5504-002)
Open University Malaysia 7
==
X q
,
= X , X
=.
Hq ,= J
X q =
Maksudnya : Jibril a.s mengajar aku membaca Al-Quran dengan beberapa
huruf, aku memintanya menambah huruf tersebut lalu ia menambahkan
sehinggalah berakhir dengan tujuh huruf.
d) Rasm yang bertepatan dengan pembentangan bacaan Al-Quran terakhir.
Rasullullah s.a.w telah membuat semakan bacaan terakhir Al-Quran dengan Malaikat
Jibril a.s bersama-sama sahabat Zaid B. Thabit [Link] yang dipertanggungjawabkan untuk
menulis dan menyalin Al-Quran semasa zaman Khulafa Ar-Rasyidin iaitu Sayidina Abu
Bakar dan Sayidina Uthman Al-Affan berdasarkan bacaan Rasullullah s.a.w ketika semakan
bacaan terakhir Baginda.
3. KAEDAH PENULISAN RASM UTHMANI.
Penulisan Rasm Uthmani mempunyai beberapa kaedah yang memudahkan menulis
struktur kalimah Al-Quran dengan tepat. Antara kaedah penulisan Rasm Uthmani adalah :
a) Al-Hazaf : membuang atau menggugurkan huruf hijaiyah (,, ,, ) dalam struktur
kalimah Al- Quran dan pada Fawatih As-suar. Kaedah ini terbahagi kepada
tiga bentuk.
i) Isyarah : menunjukkan wajah Qiraat Mutawatirah tertentu.
ii) Ikhtisor : hazaf peringkasan pada pembuangan alif pada kalimah Jama' muzakar salim dan
Jama' muanath salim.
iii) Iktisor : Hazaf pembatasan, iaitu hazaf alif pada kalimah tertentu tanpa melibatkan
kalimah lain.
HBQE 1203 RASM UTHMANI
Pemahaman pelajar IPT Agama dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani
Azzlina Binti Sawal ( 811105-12-5504-002)
Open University Malaysia 8
Huruf
hazaf
Kedudukan hazaf Kalimah
asal
Contoh
Alif ( )
Alif pada Kalimah basmalah
Alif Al-Takrf didahului huruf
lam
takid atau jar.
Kalimah di awalnya hamzah Qata
disusuli hamzah wasal atau Qata
Wau
( )
Bila ia berturut-turut dalam satu
Kalimah
Dibuang wau yang menumpang
huruf
Hamzah
Dibuang wau pada empat kata
perbuatan yang marfuk
Ya
()
Ya mutakallim pada kedudukan
isim munada
Ya tambahan di akhir kalimah yang
tidak berfungsi sebagai nidak
Ya isim manqus berbaris dua di
hadapan atau baris dua di bawah
Lam
()
Pada lam kedua dalam kalimah
Lam pada lafzul Jalalah
Nun
()
Nun yang pertama pada kalimah
..
Huruf nun yang ke dua dalam
kalimah .
, , Huruf-huruf dipermulaan surah
pada
surah-surah tertentu.
H H
HBQE 1203 RASM UTHMANI
Pemahaman pelajar IPT Agama dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani
Azzlina Binti Sawal ( 811105-12-5504-002)
Open University Malaysia 9
b) Al-Ziyadah ( ): Kaedah ini adalah kaedah menambah huruf tertentu pada kalimah
tertentu tetapi ia tidak bwerfungsi ketika membaca kalimah tertentu. Huruf yang ditambah
adalah ( ,, ). Berikut adalah beberapa contoh huruf yang di ziyadahkan pada kalimah Al-
Quran.
Huruf
Ziadah
Kedudukan dalam struktur ayat Contoh
Alif ( )
Selepas wau ganti nama pada jamak muzakkar
bersambung dengan fiil Mudhari dan Amar
di hujung kalimah
Selepas wau jamak muzakkar salim yang berada di
hujung kalimah
Alif selepas huruf wau bagi semua fiil
Mudharik
Huruf wau yang ditukar daripada alif
Alif selepas huruf mim pada kalimah dan
pecahannya
Wau
( )
Huruf wau selepas hamzah pada kalimah
Selepas hamazah pada kalimah
Kalimah
Ya
()
Ziadah Ya selepas hamzah pada kalimah
Huruf Ya pada kalimah
c) Al-Ibdal ( X f6 Menurut Ahmad kamarudin & Abd Rahman,2010 : 90
"Al-Ibdal ialah menggantikan sesuatu huruf kepada huruf yang lain". Huruf yang
digantikan tersebut tidak boleh di baca tetapi sebaliknya yang dibaca adalah huruf asal yang
digantikan. Huruf yang digantikan tersebut dapat dibahagikan kepada lima bahagian.
Perincian ini boleh di lihat melalui jadual di bawah.
HBQE 1203 RASM UTHMANI
Pemahaman pelajar IPT Agama dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani
Azzlina Binti Sawal ( 811105-12-5504-002)
Open University Malaysia 10
Huruf Ibdal Tempat/keadaan Contoh kalimah Surah : Ayat
Huruf Alif
kepada huruf
Wau
Empat kalimah yang berulang-
ulang
. . .
Empat kalimah dalam
surah tertentu
. . .
.
Huruf Alif
Kepada Huruf
Ya
Apabila Alif terletak hujung
kalimah, walaupun ia berhubung
dengan dhamir.
-
-
-
Ali Imran :73
Al-Anbiya:
60
Al-Lail : 13
Huruf Alif pada kalimah( -
bagaimana) dan kalimah-
kalimah
, , , , ,
.
-
-
-
-
-
-
-
Maryam : 20
Al-Anbiya :
61
Al-Takathur :
2
Hud : 61
Yasin ; 81
Yasin : 48
Ghafir : 18
Huruf Nun
kepada
Huruf Alif
Huruf Nun Tawkid
Khafiyyah
-
-
Yusof : 32
Al-Alaq : 15
Huruf Nun pada
kalimah ( )
-
Ah-Nisa : 53
Ibdal Ta al-
Marbutah
Kalimah ( ) pada tujuh tempat dalam al-Quran
iaitu surah Al-Baqarah:218, Al-Araf : 56 , Hud : 73 Maryam : 2
, Al-Rum : 50 , Al-Zukhruf:32 , Al- Zukhruf:32.
Contoh:
- .
-
-
Al-
Baqarah:218
Al-Araf : 56
Mayam : 2
Kalimah ( ) pada sebelas tempat dalam al-Quran iaitu pada
surah Al-Baqarah : 231, Al-Imran:103,Al-Maidah: 11, Ibrahim :
28 dan 34, Al-Nahl : 72, 83 dan 114, Lukman : 31, Fatir : 3 , Al-
Tur: 29.
Contoh: -
- .
Al-
Baqarah:231
Ali-Imran :
103
Kalimah ( ) pada lima tempat iaitu pada surahsurah
Al-Anfal:38, Fatir:43 (sebanyak 3 kali), Ghafir:85. Contoh;
Fatir: 43
HBQE 1203 RASM UTHMANI
Pemahaman pelajar IPT Agama dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani
Azzlina Binti Sawal ( 811105-12-5504-002)
Open University Malaysia 11
kepada
Ta al-Maftuhah
- .
- .
- .
Fatir: 43
Fatir: 43
Kalimah ( ) pada tujuh tempat berikut;
Al-Imran: 5, Yusof: 30 dan 51, Al-Qasas:9, Al- Tahrim:9,10 (dua
kali) dan 11.
Contoh ;
- .
-
Yusof : 30
Al-Qasas : 9
Kalimah ( ) pada semua tempat dalam al- Quran.
Contoh;
-
Al-Tahrim 1
Kalimah ( ) pada surah Ali-Imran: 61 dan
Al-Nur: 7 .Ayat tersebut ialah;
- .
- .
Ali Imran :61
Al-Nur: 7
Kalimah ( ) pada dua tempat dalam surah al-
Mujadalah: 8 dan 9 .
Tujuh kalimah mufrad iaitu;
- - - - - -
Contoh:
-
-
Al-Dukhan :
43
Al-Qasas : 9
Ibdal Wau
kepada
Alif
Semua kata nama dan kata perbuatan yang
mempunyai tiga huruf dan asal huruf ke tiganya
Wau,kalimah tersebut ialah:
-
Contoh;
- -
Melainkan 6 kalimah yang ditulis dengan huruf Ya
iaitu kalimah;
Contoh:
- ( 1)
Al-
Baqarah:158
Al-Ahzab : 40
Al-Duha : 1&
2
Selain daripada tiga kaedah yang diterangkan dengan terperinci di atas, Rasm Uthmani
juga mempunyai empat kaedah lain dalam penulisan, memahami dan membaca Al-Quran.
Antara kaedah yang lain adalah Al-Wasl dan Al-fasl, A-hamz, Fih Qira'ataani dan Al-Dabt.
Sehubungan dengan itu, hukum menggunakan dan mengamalkan Rasm Uthmani dalam
pembacaan Al-Quran adalah wajib.
HBQE 1203 RASM UTHMANI
Pemahaman pelajar IPT Agama dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani
Azzlina Binti Sawal ( 811105-12-5504-002)
Open University Malaysia 12
BAB III
DAPATAN KAJIAN
Daripada dapatan atau hasil kajian pengkaji dari soal selidik terhadap 15 orang
responden menunjukkan bahawa pelajar di Maahad Tahfiz ini mempunyai kefahaman yang
tidak statik, sederhana dan kurang memahami kaedah penulisan Rasm Uthmani, di mana
keseluruhan jawapan pelajar dari soal selidik yang dijalankan kurang tepat dan boleh
dikembangkan lagi. hasil dari jawapan mereka agak variasi untuk soalan yang berbentuk
pendapat. Penggunaan set soalan atau item soal selidik amat sesuai untuk mengukur konstruk
yang memerlukan pelajar "menggunakan beberapa kemahiran seperti menginterprestasi,
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan" ( Azizi Ahmad, 2009;103).
Secara ringkasnya, tahap pemahaman responden yang terlibat dapat dilihat dari jadual
dibawah. Jadual tersebut mewakili keseluruhan hasil jawapan yang di kemukakan oleh 15
orang responden terhadap 16 bilangan soalan kaji selidik yang dijalankan.
HBQE 1203 RASM UTHMANI
Pemahaman pelajar IPT Agama dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani
Azzlina Binti Sawal ( 811105-12-5504-002)
Open University Malaysia 13
Kajian berdasarkan skala penaksiran anggaran kekerapan dan skala likert serta item
soal selidik.
Jadual 1.
No
soalan
Jenis kaedah & soalan
Tahap pemahaman
Bil. responden bg 8 soalan subjektif
Anggaran
kekerapan
Ya
Tidak
Skala
Likert
Soal
selidik
Tidak
faham
Kurang
Faham
Sederhana Faham
1 X 4 2 7 2
2 x 15
3 X 2 7 6 -
4 x 15
5 X
6 x 15
7 X 3 3 4 5
8 X 2 15
9 x 14 1
10 X
11 X 6 3 6 -
12 x 10 5
13 X 4 4 3 4
14 X - 5 2 8
15 X
16 X - 2 6 7
Jum.
soalan
5
3
8
Jum. pelajar menjawab (15 x 8 soalan ) 19 26 36 39
HBQE 1203 RASM UTHMANI
Pemahaman pelajar IPT Agama dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani
Azzlina Binti Sawal ( 811105-12-5504-002)
Open University Malaysia 14
Jadual 2.
No Soalan Frekuensi
2
15
4
15
6
9
12
15
14
10
Jadual 2 menunjukkan taburan kekerapan bilangan pelajar menjawab mengikut
kefahaman masing-masing bagi lima soalan jenis ini. Berikut adalah kiraan bagi min, median
dan mod untuk analisis ke atas kefahaman mereka mengikut bilangan pelajar.
Min =
= 4.6 ( bagi 5 soalan anggaran kekerapan ), Median = 15 dan Mod = 15.
Pengkaji mendapati jawapan jenis anggaran kekerapan tidak dapat mengukur
pemahaman responden dengan mutlaknya kerana untuk pemahaman dalam sesuatu perkara
tidak dapat diukur melalui konsep "ya" dan "tidak" kerana responden tidak dapat memberikan
respon yang jelas apabila diminta memberikan sebab memilih antara dua jawapan
[Link], pengkaji menganalisis pemahaman responden di Maahad ini melalui kaedah
penulisan iaitu soal selidik atau inventori. Analisis di buat dari segi pendapat yang diberikan
dan fakta dalam respon terhadap set soalan yang di ajukan."kaedah penulisan ialah kaedah
pengumpulan maklumat yang biasa digunakan untuk mendapatkan ukuran bagi sesuatu
konstruk. Kaedah ini menggunakan teknik penulisan sebagai respon kepada satu set soalan
ujian atau set penyataan soal selidik"( Azizi Ahmad,2009:77)
Item soal selidik adalah berbentuk subjektif iaitu item yang memerlukan jawapan
terbuka, "item ini digunakan untuk mempamerkan kedalaman pengetahuan yang
[Link], item ini sesuai untuk mengukur penguasaan, menganalisis, mensentisis,
membuat pertimbangan, menilai dan membuat keputusan"(Azizi Ahmad,2009:100). Lantaran
itu, bagi menguji tahap pemahaman responden dalam bidang Rasm Uthmani sebanyak lapan
HBQE 1203 RASM UTHMANI
Pemahaman pelajar IPT Agama dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani
Azzlina Binti Sawal ( 811105-12-5504-002)
Open University Malaysia 15
soalan kaji selidik berbentuk subjektif dan lapan soalan jenis kaedah penaksiran ditadbirkan
kepada responden yang terlibat.
Graf di bawah menunjukkan peratus tahap pemaham responden mengikut kategori.
Jadual 3.
Lebih kurang lima orang responden memberi pendapat dan jawapan yang betul sesuai
dengan fakta sebenar. Analisis dari graf di atas peratus responden yang tidak memahami ilmu
Rasm Uthmani ini sebanyak 15.8 %, kurang faham 21.6 %, sederhana dalam memahami 30 %
dan agak faham 32.5 %. Peratus ini dikira hasil daripada penelitian respon soal selidik ke atas
15 responden yang terlibat." soal selidik atau inventori adalah teknik mendapatkan maklumat
daripada jawapan kepada satu set penyataan tertentu" (Azizi Ahmad, 2009:77)
Kajian juga mendapati responden yang tidak faham dan kurang memahami bidang ini
memberikan jawapan yang tidak berkaitan, pandangan yang kurang munasabah dan tidak
jelas. Begitu juga kategori yang sederhana boleh menjawab set soalan tetapi kurang
memberikan fakta sebenar. Dapatan mendapati kefahaman mereka masih berada di tahap
sederhana dan belum menguasai ilmu ini.
15.8
21.6
30
32.5
Tidak faham Kurang faham Sederhana Faham
Tahap pemahaman responden
% Bilangan responden
HBQE 1203 RASM UTHMANI
Pemahaman pelajar IPT Agama dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani
Azzlina Binti Sawal ( 811105-12-5504-002)
Open University Malaysia 16
Dalam masa yang sama, kajian juga mendapati terdapat lebih kurang responden
hampir memahami kaedah penulisan dalam Rasm Uthmani ini berdasarkan respon soal selidik
ke atas mereka.
BAB IV
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Kajian analisis ini telah meneroka tahap pemahaman pelajar-pelajar di Institut
Pengajian Agama melalui penyelidikan dengan menganalisis respon balik soal selidik yang di
jalankan ke atas mereka. Tujuan analisis ini adalah untuk mengetahui tahap pemahaman
pelajar IPTA/IPTS dalam bidang pengajian agama khususnya berkenaan ilmu Rasm Uthmani.
Rasm Uthmani adalah satu bidang ilmu yang berkaitan dengan penulisan Al-Quran dan
bahasa arab sebagai bahasa Al-Quran.
Sementara itu, mempelajari ilmu Rasm Uthmani kurang di sedari oleh pelajar-pelajar
pada masa kini, khususnya di Negeri Sabah. Ini boleh dilihat daripada jumlah keseluruhan
pelajar yang belajar di Maahad ini iaitu seramai 30 orang sahaja. Walaupun pelajar telah di
dedahkan dengan asas penulisan Al-Quran tetapi kajian analisis kefahaman ini berpendapat
bahawa walaupun pelajar telah di dedahkan tetapi mereka belum menguasai, kurang
memahami fakta sebenar.
Peratus responden yang berjaya menunjukkan mereka memahami ilmu Rasm Uthmani
melepasi 30% dan 30% berada di tahap sederhana manakala selebihnya kurang memahami.
Ini bermakna pelajar perlu mendalami lagi ilmu ini sebagai satu bidang pembelajaran yang
penting sesuai dengan jurusan pengajian yang di ikuti.
Melalui kajian ini, pengkaji mencadangkan agar penyelidikan perlu dijalankan juga
kepada tenaga pengajar pendidikan islam bagi mengetahui kefahaman mereka dalam bidang
ini. Sehubungan dengan itu, pembelajaran dan pendedahan di peringkat awal rendah dan
menengah perlu di laksanakan dalam memperkenalkan dan mengembangkan kaedah
penulisan Al-Quran dewasa ini. kaedah ini perlu diajar atau diterapkan secara langsung atau
tidak langsung semasa proses pengajaran Tilawah Al-Quran, contohnya mengajar Iqra,
bacaan surah lazim ataupun ayat Al-Quran, di mana guru perlu menerangkan hukum tajwid
seperti kaedah Al-ziyadah, Al-hazaf dalam kalimah yang berkaitan. Bagi aliran menengah
HBQE 1203 RASM UTHMANI
Pemahaman pelajar IPT Agama dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani
Azzlina Binti Sawal ( 811105-12-5504-002)
Open University Malaysia 17
pula kaedah penulisan Al-Quran pula boleh di perkenalkan melalui aktiviti dalam kelab dan
persatuan agama islam.
Dengan itu, untuk mengetahui tahap pemahaman di kalangan pelajar dalam sampel
yang lebih luas dengan menggunakan kaedah dan metodologi yang lebih spesifik pada masa
akan datang perlu dijalankan ke atas populasi yang lebih luas lagi.
HBQE 1203 RASM UTHMANI
Pemahaman pelajar IPT Agama dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani
Azzlina Binti Sawal ( 811105-12-5504-002)
Open University Malaysia 18
BIBLIOGRAFI
Ahmad Kamarudin Ibrahim & Abd Rahman Abd Ghani. (2010). HBQE 1203 Rasm Uthmani.
Selangor Darul Ehsan. Meteor Doc Sdn Bhd.
Abd Qadir Leong.(1998).Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani(Edisi Jawi).Brunei Darul Salam.
Pusat Dakwah Islamiah.
Azizi Ahmad.(2009). HBEF 3203 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan. Selangor
Darul Ehsan. Meteor [Link] Bhd.
Noor Aina Dani.(2008).BBM 3413 Kaedah Penyelidikan Bahasa [Link] Darul
Ehsan. University Putra Malaysia.
OUM Modul.(2007). HBQE 2203 [Link] Darul [Link]. Doc Sdn Bhd.
19207054 .(2010).[online][available][Link]
Uthmani ([Link].2010)
Abd Rahman Abd Ghani.(2005).Mashaf Al-Quran Rasm Uthmani:Kajian Mengenai
Keutamaan Dan Keistimewaannya. ) AL-BAYAN Journal of Al-Quran & al-hadith.
[online][available][Link]
Quran_rasm_Uthmani_Kajian_Mengenai_Keutamaan_dan_Keistimewaannya.pdf ( 28
Jun 2010)
Mohd Aderi Che Noh & Rohani Ahmad Tarmizi. ([Link] ).Persepsi Pelajar Terhadap Amalan
Pengajaran Tilawah Al-Quran. [online][available] [Link] (
28 Jun 2010)
Mohd Alwi Yusoff, Dr Adel M Abdulaziz & Ahmad Kamel Mohamed ( 2003). Keberkesanan
Iqra' Sebagai Pembelajaran Membaca Al-Quran. [online][available]
[Link] ( 28
Jun 2010)