Menguasai
Strategi Trading ICT
Panduan komprehensif penggunaan strategi Inner Circle Trader dalam trading.
Apakah itu Strategi Trading ICT?
Objektif dan prinsip-prinsip asas strategi ICT
Strategi ICT adalah strategi trading yang dibangunkan oleh Michael J. Huddleston. Ia satu pendekatan
yang sofistikated untuk perdagangan forex, yang menawarkan model tingkah laku pemain institusi
besar (institusi) di pasaran, membolehkan trader runcit menjangka pergerakan pasaran dengan
memahami dan meniru strategi yang digunakan oleh institusi. Kaedah ini dibina
berlandaskan pemahaman yang mendalam mengenai struktur pasaran, aliran pesanan (order flow),
dan aksi harga.
Komponen utama strategi ICT
Strategi ICT terdiri daripada beberapa komponen yang diperlukan untuk mengenal pasti setup trading
yang boleh digunakan dan meramalkan tingkah laku pasaran. Ia adalah himpunan beberapa rangka
kerja untuk trader, termasuk Order Blocks, Fair Value Gaps, Liquidity Pool, dan banyak lagi.
Gambaran ringkas mengenai strategi trading ini dan kepentingannya
Pengenalan kepada strategi trading ICT
Strategi trading ini memainkan peranan yang penting, memberikan trader satu sistem untuk membuat
keputusan trading. Strategi trading ICT sangat terkenal dengan analisisnya yang terperinci, yang
membantu trader menentukan arah tuju dalam pasaran kewangan yang kompleks. Trader yang
menguasai strategi ini memiliki kelebihan yang ketara berbanding pesaing-pesaing mereka.
Memahami strategi trading ICT
Strategi trading ICT mencakupi beberapa konsep utama: struktur pasaran, titik masuk urusniaga yang
optimum, dan kepentingan pelbagai sesi trading. Konsep-konsep ini wajib difahami untuk menerapkan
metodologi ini dengan berkesan. Ia meningkatkan keupayaan trader untuk meramalkan pergerakan
pasaran dan memahami akarnya.
Huraian terperinci komponen-komponen utama
Fair Value Gap
Fair Value Gap (FVG), juga dikenali sebagai Imbalance (Ketidakseimbangan), adalah konsep yang
penting dalam strategi trading forex ICT. Ia merujuk pada jurang yang wujud akibat suatu
ketidakseimbangan dalam pembelian atau penjualan yang mengakibatkan harga berubah dengan
drastik menjauhi nilainya yang sewajarnya (fair price). Jurang-jurang ini biasanya terisi apabila pasaran
mencari keseimbangan, memberikan trader aras-aras harga yang berpotensi dipilih sebagai titik
masuk dan keluar.
Fair Value
Gap (FVG)
FVG biasanya terlihat pada carta harga dalam bentuk pola tiga candlestick. Dalam senario bullish:
• Ada jarak atau jurang antara bayang atas candlestick pertama dan bayang bawah candlestick
ketiga.
• Jurang (pada candlestick kedua) antara bayang candlestick pertama dan ketiga dipanggil Fair
Value Gap.
Dalam senario bearish, pola itu terbalik, di mana bayang bawah candlestick pertama tidak bertemu
dengan bayang atas candlestick ketiga.
Pasaran cuba untuk mengisi zon ketidakseimbangan ini (FGV), bertindak seperti magnet untuk harga.
Dengan mengenal pasti jurang ini, trader boleh menjangkakan tindakbalas harga dan merancang titik
masuk dan keluar mereka.
Titik masuk
posisi short
Untuk membuka posisi short, tunggu harga menyapu Liquidity Pool (Lubuk Kecairan) terdekat dan
menyongsang arah, meninggalkan FVG di belakang, seperti yang terlihat dalam carta di atas.
Optimal Trade Entry & Balanced Price Range
Satu lagi komponen penting dalam strategi ICT adalah Optimal Trade Entry. Konsep ini memerlukan trader mengenal
pasti julat harga seimbang (balanced price range) — zon di mana pasaran akan melakukan retest sebelum meneruskan
trendnya.
Aras-aras ini signifikan kerana ia penting bagi peserta institusi. Sebagai contoh, impuls harga pada suatu aras tertentu
menunjukkan bahawa satu urusniaga besar telah dilaksanakan, atau renti rugi (stop-loss) yang signifikan telah terpicu.
Harga sering kembali ke titik impuls ini, yang menjadikannya Optimal Trade Entry (OTE), yakni titik masuk posisi yang
optimum.
Satu lagi cara untuk memahami Optimal Trade Entry dengan berdasarkan fakta bahawa, semasa harga sedang dalam
uptrend, trader lebih suka trade dengan membuka posisi long. Untuk melakukan ini dengan berkesan, mereka mencari
pembetulan harga dalam pergerakan uptrend yang turun cukup jauh ke bawah yang boleh menawarkan nisbah
risiko/ganjaran yang optimum, tetapi dalam masa yang sama turunnya tidak begitu jauh sehingga merosakkan trend.
Pembetulan-pembetulan ini, yang sering dipanggil OTE, biasanya sejajar dengan ketidakseimbangan, blok pesanan,
atau pengunduran (retracement) di bawah aras 0.618 Fibonacci, memastikan titik masuk yang optimum dengan
memanfaatkan pullback semula jadi dan mengekalkan momentum trend.
Balanced Price
Range
Untuk mengenal pasti zon Balanced Price Range (BPR), atau julat harga seimbang, anda perlu menandakan Fair Value
Gap di bahagian di mana harga menurun dan satu lagi di bahagian di mana harga menaik.
Kedua-dua Fair Value Gap ini separas.
Sekarang cari dan tandakan kawasan di mana kedua-dua Fair Value Gap bertindih.
Dalam kes seperti ini, aras 0.702 Fibo akan membantu anda membuka urusniaga dengan nisbah
risiko/ganjaran yang lebih baik.
Dalam contoh di atas, anda dapat melihat bagaimana harga menyongsang ke bawah apabila zon BPR
di aras 0.702 Fibonacci dicapai.
Order Blocks
Order Blocks, yakni blok-blok pesanan, adalah zon penawaran dan permintaan di mana trader institusi
dan runcit membuat pesanan-pesanan yang besar. Oleh kerana pesanan besar boleh menyebabkan
perubahan harga yang drastik, ia dipecahkan kepada beberapa blok pesanan yang lebih kecil yang
dilaksanakan sebagai pesanan kaunter untuk mengumpul kecairan. Langkah-langkah ini
membolehkan trader institusi melaksanakan sepenuhnya pesanan-pesanan besar tanpa menjejaskan
harga dengan ketara.
OB bearish sering berupa candlestick bullish yang terakhir sebelum terjadinya penurunan, atau
candlestick bearish terakhir sebelum harga menaik dalam situasi bullish.
Apabila cuba mengenal pasti Order Blocks (OB), adalah penting untuk memasukkan rangka masa
(timeframe) yang lebih senior ke dalam carta. Sebagai contoh, OB harian jauh lebih signifikan
berbanding OB 4 jam. Order Blocks pada rangka masa yang lebih tinggi umumnya mempunyai
pengaruh dan pengunduran yang lebih kuat terhadap aksi harga dan lebih andal (reliable) untuk
dijadikan pegangan bila membuat keputusan trading.
Kill Zone
Kill Zone, yakni zon pembunuhan, adalah satu tempoh masa yang spesifik dalam suatu hari bilamana
pasaran berkemungkinan besar akan menunjukkan pergerakan tertentu yang dapat diramalkan.
Tempoh ini termasuk Sesi Asia, Pembukaan Sesi London, dan Pembukaan Sesi New York.
Julat Sesi Asia
Julat Sesi Asia, bermula dari jam 3 pagi sehingga jam 12 tengahari (GMT+3), adalah tempoh yang
sangat spesifik dalam strategi ICT kerana ia sering menunjukkan pengukuhan harga (price
consolidation), yang membuka peluang trading untuk Sesi London dan New York yang lebih meruap.
Pada rangka masa yang lebih tinggi, anda boleh menggunakan julat Asia ICT untuk meramalkan aksi
harga selepas sesi tersebut. Pengukuhan (consolidation) yang sempit dalam julat Asia biasanya
menandakan peralihan trend yang bakal berlaku bilamana pasaran mungkin akan menyapu kecairan
sama ada di atas atau di bawah julat ini. Liquidity Sweep ini menjerat trader runcit untuk trade ke arah
yang salah, selepas itu harga sering berpatah arah.
Momentum Pembukaan Sesi London
Pembukaan Sesi London terkenal dengan kemeruapan yang tinggi dan pergerakan harga yang ketara,
terutamanya dalam tempoh Kill Zone pembukaan sesi London bermula dari jam 09:00 pagi sehingga
jam 12 tengahari (GMT +3). Ini adalah tempoh yang baik untuk trade pasangan matawang EUR dan
GBP, memberikan peluang yang berpotensi besar untuk meraih keuntungan yang tinggi.
Sesi London memberikan peluang yang terbaik untuk melihat pergerakan bertrend yang besar.
Sekiranya trend harian ke arah atas, trader boleh menggunakan sesi ini untuk mengenal pasti paras
harga terendah dan tertinggi bagi hari trading tersebut. Biasanya, paras tertinggi atau terendah suatu
hari terbentuk semasa sesi London, menjadikannya tempoh yang kritikal untuk berurusniaga
berdasarkan trend harian keseluruhan.
Profil volum sesi New York
Kill Zone Sesi New York, dari jam 1 petang hingga jam 4 petang GMT pada musim sejuk dan dari jam
12 tengahari sehingga jam 3 petang GMT pada musim panas, adalah penting untuk pasangan
matawang yang mengandungi USD dan hampir semua pasaran. Jendela waktu ini menandakan
pertindihan sesi London dan New York, yang mencetus peningkatan kemeruapan disebabkan oleh
keaktifan yang serentak dalam kalangan trader di kedua-dua benua.
Pada masa ini, trader mencari penerusan atau penyongsangan trend yang sudah pun bermula pada
sesi London dan Asia.
Risiko dan keterbatasan strategi trading ICT
• Untuk melaksanakan strategi ICT dengan sukses, trader mesti menunggu setup yang jelas dan
mematuhi peraturan pengurusan risiko yang ketat.
• Kerumitan strategi ICT memerlukan pemahaman yang mendalam mengenai pergerakan harga,
liquidity pool, dan tingkah laku pemain institusi.
• Kejayaan strategi ICT bergantung pada keupayaan pedagang untuk mentafsir signal pasaran
dan melaksanakan urusniaga dengan berkesan dan tepat. Walaupun anda mengikuti garis
panduan strategi, tafsiran yang tersasar atau pelaksanaan yang tidak betul boleh
mengakibatkan kerugian.
Kelemahan atau cabaran dalam penggunaan ICT
Salah satu cabaran utama strategi ICT ialah kerumitannya. Strategi ini merangkumi pelbagai konsep
dan memerlukan pemahaman yang mendalam tentang dinamik pasaran. Di samping itu, strategi ini
mungkin tidak sesuai untuk semua trader, terutamanya mereka yang belum cukup berpengalaman
atau mempunyai masa yang terhad untuk dikhsusukan untuk mempelajari metodologinya.
Petua untuk mengurangkan risiko dan memaksimumkan habuan
Untuk mengurangkan risiko dengan berkesan dan memaksimumkan habuan dengan strategi
perdagangan ICT, adalah penting untuk mengenal pasti setup dengan betul pada rangka masa yang
lebih tinggi dan lebih kecil dan trade mengikut trend. Trading searah dengan trend meningkatkan
potensi kejayaan urusniaga. Sama pentingnya, pastikan nisbah risiko/ganjaran anda seimbang dengan
kadar kemenjadian anda untuk pengurusan risiko yang baik. Sebagai contoh, strategi dengan kadar
kemenjadian 50% dan nisbah ganjaran risiko 1:2 boleh digabungkan dengan berkesan untuk
membentuk pendekatan trading yang berjaya.
Adalah penting untuk memahami bahawa konsep smart money bukan satu jaminan kejayaan, tetapi
prinsip-prinsip yang memerlukan backtesting yang menyeluruh dan pemahaman yang mendalam.
Backtesting strategi anda adalah penting untuk mewujudkan jangkaan yang realistik, dan ia membantu
anda memperhalusi strategi anda. Mempunyai fikiran yang tenang, mengetahui pendekatan anda
berdasarkan kaedah yang telah diuji, bukannya dengan berbekalkan andaian-andaian teori semata-
mata.
Ringkasan
Penerokaan strategi trading ICT memerlukan pemahaman yang mendalam mengenai komponen
utamanya dan pergerakan pasaran. Dengan memberikan tumpuan pada Fair Value Gap, titik masuk
posisi yang optimum, dan dinamik antara sesi-sesi trading, trader boleh meningkatkan keupayaan
mereka untuk meramalkan pergerakan pasaran dan tingkah laku trader institusi. Walaupun strategi ini
kompleks dan datang dengan risiko, dengan pendidikan dan amalan yang betul peniaga boleh
memanfaatkannya untuk trading yang berjaya.
Soalan Lazim
Adakah ICT strategi trading yang bagus?
Trading model ICT cukup berjaya dalam kalangan ramai trader kerana pendekatannya yang
berstruktur untuk analisis pasaran. Ia menekankan kefahaman tentang tindak tanduk pasaran, order
flow pemain institusi, dan aras-aras harga yang utama. Walau bagaimanapun, kerumitannya
bermakna ia mungkin tidak sesuai untuk semua trader, terutamanya trader pemula dan novis yang
mungkin pada mulanya mendapati ia sangat melemaskan.
Apakah itu strategi silver bullet ICT?
Strategi silver bullet ICT adalah pendekatan trading intrahari di mana trader memburu pergerakan-
pergerakan harga yang penting dalam rangka masa yang singkat. Trader perlu mengenal pasti zon-
zon kecairan dan trade pada masa-masa tertentu bilamana pasaran lebih cenderung untuk
mempamerkan pergerakan yang boleh diramalkan. Strategi ini bertujuan untuk memanfaatkan
perubahan harga yang drastik dan direka untuk berfungsi dalam pasaran yang berkecairan tinggi.
Apakah itu struktur pasaran ICT?
Struktur pasaran ICT adalah rangka kerja yang digunakan untuk memahami dan menganalisis arah
dan tindak tanduk keseluruhan pasaran. Ia melibatkan pengenalpastian fasa-fasa utama seperti
accumulation (pengumpulan), manipulation (manipulasi), dan distribution (pengagihan), dan
mengenalpasti perubahan trend pasaran. Perubahan ini ditunjukkan oleh penembusan aras harga
yang penting, yang memberitahu kita tentang kemunculan peluang trading. Memahami struktur
pasaran adalah penting untuk melaksanakan strategi trading ICT dengan berkesan.
Apakah itu Strategi Trading ICT?
Strategi ICT (Inner Circle Trader) terdiri daripada pelbagai teknik dan prinsip untuk meningkatkan
prestasi trading dengan memanfaatkan tindak tanduk dan taktik trader institusi. Ia melibatkan
pemahaman struktur pasaran ICT, order flow (aliran pesanan), dan sesi-sesi trading utama.
Credit to owner