BAHAGIAN A
[8 markah]
Jawab semua soalan
1. Apakah definisi reka bentuk dan teknologi?
A. Aplikasi ilmu sains dan teknologi dalam produk tertentu.
B. Penghasilan produk yang dapat memudahkan urusan manusia.
C. Penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan produk.
D. Gabungan pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang dengan
ilmu sains dan matematik.
2. Rajah 1 menunjukkan fungsi garisan dalam elemen prinsip reka bentuk.
Antara berikut yang manakah merupakan fungsi garisan dalam gambar rajah
tersebut?
A Menunjukkan pergerakan arah atau aliran
B Menunjukkan kestabilan dan kerehatan
C Mewakili ketegangan antara dua titik
D Membahagikan dua ruang kawasan bagi menarik perhatian ke lokasi tertentu
3. Maklumat berikut adalah tentang prinsip dalam rekabentuk.
Semua bahagian elemen bergabung untuk membentuk imej, tema atau
idea yang sempurna
Apakah prinsip reka bentuk itu?
A Kepelbagaian
B Pengulangan
C Keringkasan
D Kesatuan
4. Berikut adalah maklumat mengenai jenis lakaran.
Lakaran tidak tersusun
Apakah jenis lakaran itu?
A Lakaran peribadi
B Lakaran teknikal
C Lakaran penerokaan
D Lakaran persembahan
5. Antara berikut manakah merupakah definisi bagi invensi?
A. Menghasilkan pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih
baik, menjimatkan, bertenaga dan bermakna serta mesra pengguna
B. Menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu serta belum pernah wujud
sebelumnya
C. Menghasilkan produk yang usianya melebihi 10 tahun atau banyak orang telah
menggunakannya
D. Menghasilkan produk apabila terdapat penambahbaikan terhadap fungsi, corak,
sistem atau rupa bentuk sesuatu produk.
6. Antara berikut yang manakah merupakan pernyataan yang betul mengenai lakaran?
I Merupakan satu lukisan draf
II Menggunakan teknik lukisan geometrik
III Lukisan yang menggunakan pembaris dan jangka lukis
IV Lakaran yang menunjukkan rupa dan bentuk sesuatu produk
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
7. Susun mengikut urutan yang betul teknik melakar garisan lurus menggunakan
kaedah garisan pendek.
I. Lakarkan garisan dengan satu garisan tebal dan hitam
II. Tanda titik kedua-dua hujung garisan yang perlu dilakar
III. Letakkan mata pensel pada salah satu hujung titik yang ditandakan
IV. Lakarkan satu garisan nipis atau garisan pendek dengan memastikan garisan
yang dilukis menuju ke arah titik yang telah dibuat
A II,III,IV,I
B II,IV,III,I
C I,III,IV,II
D I,IV,III,II
8. Rajah berikut menunjukkan satu produk invensi dalam reka bentuk.
Antara berikut, yang manakah pernyataan yang TIDAK BENAR tentang alatan
berikut.
A Alat ini dapat menunjukkan sama ada kedudukan badan anda lurus atau
bengkok
B Alat ini dapat memaparkan maklumat pada monitor untuk memberitahu masa
yang sesuai untuk berdiri dan berehat
C Alat ini dapat digunakan untuk membuat pengukuran tahap kesihatan dan
mengukur degupan jantung
D Alat ini dapat memutuskan kuasa bekalan elektrik secara automatik apabila
anda meninggalkan paparan skrin
BAHAGIAN B
(Jawab semua soalan)
1. Rajah menunjukkan sebuah reka bentuk produk.
Berdasarkan rajah itu
(a) Tandakan (√) bagi teknik pembinaan objek yang betul dan (X) bagi yang salah
pada petak yang disediakan.
Peleraian
Pembuangan
(2 markah)
(b) Tandakan (√) bagi kategori rupa yang betul dan (X) bagi yang salah pada petak
yang disediakan.
Organik
Geometri
(2 markah)
[4 markah]
2. Berikut adalah kerjaya dalam bidang reka bentuk dan teknologi.
A Pereka bentuk industri
B Seni bina landskap
C Arkitek
D Pereka bentuk grafik
E Pereka bentuk produk
Padankan kerjaya dalam bidang reka bentuk dengan menulis A, B, C, D atau E pada
petak yang disediakan.
Merancang reka bentuk dan pelan pembangunan
Mereka bentuk peralatan dan system
Mereka bentuk hiasan taman
Mereka bentuk logo, lukisan dan iklan
[ 4 markah ]
3. Tandakan ( √ ) bagi peranan lakaran reka bentuk yang betul dan ( X ) yang salah
pada petak yang disediakan.
Eksplorasi visual
Gaya visual lakaran
Asas komposisi untuk ilustrasi
Medium komunikasi pelanggan
[4 markah]
4. Tandakan ( √ ) bagi teknik lakaran piktorial yang betul dan ( X ) yang salah pada
petak yang disediakan.
Lakaran oblik
Lakaran teknikal
Lakaran perspektif
Lakaran penerokaan
[4 markah]
5. Berikut merupakan kriteria reka bentuk.
A Kecenderungan Inovasi
B Keaslian reka bentuk
C Ergonomik
D Kualiti dan kebolehpasaran
Padankan penerangan berikut dengan menulis A, B, C dan D pada petak yang
disediakan.
Menekankan kandungan unsur simbolik, estetika tanpa meniru
produk sedia ada
Ciri keselesaan yang ada pada sesuatu produk
Produk perlu mempunyai ciri kekuatan bahan dan mudah untuk
memasuki pasaran
Produk itu unik dan lebih berdaya saing daripada produk sedia ada
dalam pasaran
[4 markah]
6. Tandakan ( √ ) bagi kepentingan reka bentuk dan teknologi yang betul dan ( X )
yang salah pada petak yang disediakan.
Dapat memupuk nilai invensi, inovasi dan kreatif
Dapat menyediakan peluang kerjaya dan pekerjaan
Dapat menyumbang kepada perkembangan teknologi moden
Dapat melahirkan masyarakat yang mementingkan keuntungan dalam pembinaan
reka bentuk
7. Tuliskan BETUL atau SALAH pada pernyataan di bawah mengenai aplikasi
prinsip inovasi, invensi dan reka bentuk.
Kamus digital dan tablet pembelajaran adalah antara contoh alatan
hasil invensi dan inovasi dalam kerjaya kesihatan
Dalam kerjaya pertahanan, invensi dan inovasi melibatkan bidang
persenjataan,komunikasi, perekodan dan pengawasan.
Pencetak 3D dan pen 3D adalah contoh hasil invensi, inovasi dan
reka bentuk dalam bidang pembuatan.
Kegunaan telefon pintar merumitkan komunikasi kerana sistem ingatan
penstoran dan pemprosesannya yang semakin kecil
8. Berikut merupakan rajah sebuah prodeuk reka bentuk.
Nyatakan dua elemen dan dua prinsip yang terdapat dalam reka bentuk produk
tersebut.
(a) Elemen reka bentuk
i. ……………………………………………………….
ii. ……………………………………………………….
(b) Prinsip reka bentuk
i. ……………………………………………………….
ii. ……………………………………………………….
BAHAGIAN C
[ 10 markah ]
Jawab semua soalan.
1. Rajah menunjukkan lakaran isometrik satu produk reka bentuk.
Berdasarkan gambar rajah itu,
(a) Lakarkan semula produk itu menggunakan teknik lakaran oblik.
[ 6 markah ]
(b) Jelaskan dua ciri teknik lakaran oblik.
(i) ___________________________________________________________
(ii) ___________________________________________________________
[ 2 markah]
(c) Berikan dua etika dalam reka bentuk yang perlu diambil perhatian oleh
seseorang pereka untuk menghasilkan reka yang baik.
(i) ___________________________________________________________
(ii) ___________________________________________________________
[ 2 markah ]