0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
50 tayangan2 halaman

Doa Syukuran dan Tedak Siten

Diunggah oleh

1310syed
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
50 tayangan2 halaman

Doa Syukuran dan Tedak Siten

Diunggah oleh

1310syed
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd

Himpunan Doa

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
(Surah Al Mukminun-60)

Ya Allah, sesungguhnya aku telah terlanjur menzalimi diriku sendiri, tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku
melainkan Engkau, maka aku merayu pengampunanMu, kerana, ku tahu dan ku akui Engkaulah sesungguhnya yang
Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau. Engkau telah
menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, yang pasti akur akan ketentuanMu. Aku meminta penjagaanMu dari
buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui dosa-dosa yang aku
lakukan. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu rahmatMu dan pengampunanMu, berikanlah kebaikan,
hindarilah kejahatan, berikanlah syurga dan hindarilah neraka.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha mendengar ucapanku, melihat keadaanku, mengetahui lahir batinku, tiada satu
urusan pun yang tersembunyi daripada pengetahuanMu. Aku amat memerlukan bantuanMu, minta dikasihi, aku
mengakui dan menyatakan semua dosaku kepadaMu. Terimalah taubatku Ya Allah.
Ya Allah, aku mohon kepadaMu, aku hamba yang banyak melakukan dosa dan minta diampunkan. Aku sangat hina, aku
melampaui batas. Aku takut padaMu, aku merendahkan jiwa ragaku, menundukkan wajahku kepadaMu. Demi
pengampunan dariMu. Ya Allah, aku mohon taufiq dan hidayahMu. Lembutkanlah hatiku untuk mengakui, engkau Allah
yang Esa. Senantiasalah lindungi diriku, ibu ayahku, mertuaku, isteri dan anak-anak, serta seluruh ahli keluarga serta
kenalanku. Rahmatilah kami, belas ihsan kepada kami dan sayangilah kami sebagai hambaMu. Ya Allah, jauhkanlah aku
daripada melakukan maksiat. Kurniakanlah aku dengan sifat mahmudah. Kuatkanlah tawakkalku kepadaMu. Aku
memohon supaya sentiasa mensyukuri pemberianMu.
Ya Allah, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami. Sesungguhnya Engkau Maha
Berkuasa. BagiMulah segala puji. JanjiMu adalah benar, kematian itu benar, barzakh itu benar. FirmanMu adalah benar,
syurga dan neraka adalah benar, para Nabi adalah benar, Nabi Muhammad adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.
Ya Allah, kepadaMulah aku berserah diri, kepadaMulah aku akan kembali, kepadaMulah aku rindu. Ampuni aku atas
kesalahan yang telah aku lakukan, ku akui segala kesalahanku yang sebelumnya, samada yang disembunyikan mahupun
yang dinyatakan. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan kekuasaanMu Ya Allah.
Segala puji hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Aku hanya bertawakkal kepadaMu,
dan Engkaulah Tuhan bagi ‘Arasy yang besar. Apa yang dikehendaki oleh Allah pasti akan berlaku, dan apa yang tidak
dikehendakiMu pasti tidak akan berlaku. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha
Agung. Aku mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu, dan bahawa ilmu Allah meliputi segala
perkara. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kejahatan diriku dan kejahatan setiap binatang
yang melata, yang Engkau memegang ubun-ubun mereka dan berkuasa ke atas setiapnya. Sesungguhnya Tuhanku
berada di atas jalan yang lurus.
1
Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat
dan salam kepada para Nabi dan Rasul junjungan, Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya. Ya
Allah, Terimalah solat dan doa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berilah
keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Ya Allah, kekalkanlah kami dengan Islam dan keimanan yang sempurna, solat yang khusyuk, amal yang soleh dan niat
yang ikhlas. Jadikanlah kehidupan kami, seperti para ulama. Matikanlah kami dengan para syuhada. Ya Allah,
kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka.
Wahai Tuhan kami, bagiMu segala pujian yang selayaknya bagi keagungan zatMu dan kebesaran kekuasaanMu. Moga
Allah kurniakan kepada pemimpin-pemimpin kami orang yang mencintai Rasulullah. Dengan berkat rahmatMu, wahai
Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihani. Ya Allah, tolonglah kami untuk mengingati Mu, bersyukur kepada Mu
dan melakukan ibadah yang sebaiknya untuk Mu.
Ya Allah, ampunkanlah dosa ibu dan bapa kami. Rahmatilah mereka. Ya Allah, hidupkan kami seperti kehidupan para
ulama. Matikan kami seperti kematian para syuhada. Kumpulkan kami ke dalam kumpulan para wali. Ya Allah janganlah
engkau pesongkan hati kami setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami. Berikan kami rahmat dari sisiMu.
Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan keterlanjuran kami dalam segala urusan, teguhkanlah pendirian
kami, tolonglah kami mengalahkan orang-orang kafir yang memusuhiMu.
Ya Allah, ampunilah segala dosa kami, hapuskan kejahatan dan matikan kami bersama-sama orang yang baik. Ya Allah,
berikan kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Selamatkan kami daripada azab neraka. Ya Allah, sudahi ajal kami
dengan kesudahan yang baik. Janganlah Engkau sudahi terhadap kami, dengan kesudahan yang buruk.
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu keselamatan, kesihatan jasad, ditambah ilmu pengetahuan, diberkati
rezeki, diterima taubat sebelum mati dan rahmat selepas mati. Ya Allah, ringankanlah ke atas kami semasa sakaratul
maut, mudahkanlah kami menyebut namaMu di akhir nafas kami. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas
junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Segala puji itu bagi Allah,
Tuhan pentadbir seluruh Alam.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon supaya Engkau memelihara ahli keluarga dan harta kami. Ya
Allah, kurniakanlah pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu. Hindarilah kami daripada godaan syaitan
dan hawa nafsu, jauhilah dari kedengkian, dan kejahatan makhluk yang jahat. Ya Allah, perbaikilah perhubungan kami,
dan lembutkanlah antara hati-hati kami, dan tunjukkan kami jalan keselamatan, dan lepaskan kami daripada kegelapan
kepada cahaya, dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan sama ada yang terang ataupun yang tersembunyi. Ya
Allah, berkatilah pendengaran dan penglihatan ibu bapa kami, anak isteri, dan keturunan kami.
Kami bertaubat, sesungguhnya Engkau Maha memberi taubat lagi Maha penyayang. Jadikanlah kami hamba yang
bersyukur atas nikmat-nikmatMu, melazimi memujiMu. Ya Allah, kurniakan kepada kami kebajikan di dunia dan di akhirat
dan jauhkanlah daripada azab neraka. Rahmat Allah ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas keluarga dan para
sahabat semuanya. Maha Suci Allah, dari segala kelemahan.
Terimalah doa kami Ya Allah.
2

Anda mungkin juga menyukai