0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
45 tayangan61 halaman

Panduan Asas Copywriting Berkesan

Diunggah oleh

Luffy Man
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
45 tayangan61 halaman

Panduan Asas Copywriting Berkesan

Diunggah oleh

Luffy Man
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd

MUKA SURAT

Macam mana nak buat copywriting 1


Copywriting tu apa? 4

PROSES COPYWRITING 5
Pra • Semasa • Pasca 6

PRA 7
Kajian Pelanggan 8
Kajian Produk 11

SEMASA 13
Struktur Iklan 15
Format Iklan 18

PASCA 37
Iklan Direct 39
Surat Jualan 43

PENUTUP 48

Lampiran 49
Macam mana
nak buat
copywriting


 
Inilah antara soalan yang kerap saya terima daripada online seller.

Asalnya inilah juga soalan yang saya sendiri nak tahu sangat jawapannya.

Dah banyak juga belajar tapi tak jumpa pun satu cara yang senang faham
dan jelas tentang cara nak buat copywriting ni.

Beli ebook panduan sudah, pergi kelas sudah, malah personal coaching pun
sudah, tapi masih juga belum betul-betul faham cara nak buat copywriting
yang betul dan berkesan.

Bukannya sifu-sifu yang ajar tu tak bagus, tapi nak faham ilmu yang agak
“tinggi” tu bukannya mudah.

Berapa kali tulis padam tulis padam. Malah iklan demi iklan dibuat masih
tidak mencapai tahap memuaskan. Tak ramai yang komen dan whatsapp.

Dah puas adjust pun masih belum dapat hasilkan iklan yang berkesan.

Alhamdulillah, setelah cuba jaya menghasilkan ribuan ayat iklan, barulah


nampak satu formula yang mudah untuk dipelajari dan diikuti.

Iklan-iklan yang dihasilkan mula mendatangkan hasil. Orang dah mula


komen dan whatsapp. Ada juga yang melawat web dan lebih seronok ada
yang membeli terus di web secara automatik.

Sejak itulah saya meneliti dan membuat rumusan demi rumusan,


bagaimana caranya ilmu copywriting ini boleh dipelajari dengan lebih
mudah terutamanya orang baru.
Kalau boleh saya tak nak mereka melalui kesukaran yang telah saya
rempuhi sebelum ini yang telah menelan banyak belanja, masa dan tenaga.

Dari situlah saya mula menghasilkan panduan demi panduan dan kemudian
mencubanya ke atas mereka yang ingin belajar ilmu copywriting.

Modul pembelajaran yang saya gunakan itu saya perkemaskan dari


semasa ke semasa, supaya semakin mudah untuk dipelajari dan diikuti.

Akhirnya semua rumusan itu saya kumpul dan saya masukkan ke dalam
KITAB COPYWRITING ini.

KITAB COPYWRITING ini merupakan panduan yang mudah dan padat


bagi mereka yang ingin mempelajari cara-cara menghasilkan ayat iklan.

 2

Dalam kitab ini, saya sedaya upaya menyampaikan ilmu copywriting ini
dengan cara yang paling mudah supaya pembaca senang faham dan
dapat mengikuti apa yang diajarkan.

Topik pun disusun ikut proses menghasilkan ayat iklan itu sendiri.

Jadi anda disarankan supaya membaca ebook ini ikut topik dan
menjalankan semua aktiviti yang dicadangkan untuk dapatkan kesan
maksima.

Kitab ini sangat sesuai bagi mereka yang baru dan juga pertengahan.

Untuk mereka yang dah expert tu mungkin kitab ini tidak berapa sesuai
(kecuali kalau anda memang jenis lapar ilmu dan suka mencari sesuatu
yang baru atau lain daripada apa yang anda sudah faham selama ini).

Ini bukannya kitab yang advance dengan teknik-teknik copywriting yang


canggih-manggih.

Ini adalah kitab copywriting yang asas yang akan menunjukkan anda
secara mudah dan jelas proses menghasilkan ayat-ayat iklan.

Istimewanya kitab ini kerana setiap penerangan akan diberikan sekali


contoh untuk lebih mudah faham.

Dan selepas setiap topik anda akan diberikan tugasan untuk memantapkan
skill anda.

Dan sebagai nilai tambahan, saya juga menyediakan group support untuk
membantu pembeli-pembeli ebook ini bertanya dan mendapat pemahaman
yang lebih jelas dan mendalam.

Pastikan anda dapat yang ori demi keberkatan ilmu anda.

Kalau anda telah tidak sengaja mendapat salinan ebook ini secara tidak
sah, sila maklumkan di sini (link [Link])

Sesungguhnya permulaan yang baik akan berikan natijah yang baik. Yang
lebih penting rezeki yang anda berikan kepada keluarga bebas daripada
sumber yang subhah dan tidak diberkati.

Harapan saya yang terbesar ialah KITAB COPYWRITING ini akan


membantu lebih ramai lagi seller yang mahir menulis ayat iklan mereka
sendiri dan menghasilkan lebih banyak jualan.

 3

Copywriting
tu apa ?
Copy (ayat iklan) + writing (proses menulis ayat). Jadi copywriting
sebenarnya ialah bidang menulis ayat iklan yang bertujuan untuk promosi
dan pemasaran produk.
Ayat iklan yang dihasilkan itu dinamakan “copy” bukannya “copywriting”.
Copywriting itu ialah bidang atau aktiviti yang menghasilkan ayat iklan
tersebut.
Jadi selepas ini saya akan gunakan istilah “copy” untuk merujuk kepada
ayat iklan yang telah dihasilkan.
Copywriting bolehlah dikatakan satu daripada cabang seni juga sebab ia
boleh dihasilkan dengan kreativiti masing-masing.
Tapi untuk tujuan ebook ini, asas yang diberikan adalah paling mudah dan
ringkas untuk diikuti.
Anda dicadangkan ikut dahulu panduan yang diberikan.
Kalau dah mahir barulah anda boleh mencuba kreativiti anda untuk hasilkan
iklan yang istimewa dengan gaya anda sendiri.


 4

P roses
copywriting


 
Proses copywriting ada 3 fasa iaitu pra, semasa dan pasca.

Pada peringkat ini kita mendapatkan


PRA bahan-bahan untuk menulis iklan. Kita
dapatkan bahan-bahan ini melalui kajian
sebelum menulis
ayat iklan pelanggan dan produk.

Setelah cukup bahan, fasa berikutnya pula


SEMASA ialah fasa penulisan. Ada 2 perkara yang
perlu diberi perhatian pada fasa ini iaitu
menulis draf struktur dan juga format iklan yang hendak
ayat iklan
digunakan.

Setelah siap menulis draf iklan kerja


PASCA seterusnya ialah melalukan editing dan
selepas juga finishing supaya iklan yang kita buat
menulis draf lengkap.

Setiap proses ini akan diterangkan secara terperinci dalam bab-bab


berikutnya.


 6

P ra
Sebelum menulis copy, kita kenalah ada bahan-bahan untuk dijadikan
ramuan menulis ayat iklan. Proses pra menulis ini ialah proses mengumpul
bahan-bahan untuk menjadi asas semasa menulis copy.
Perasan tak ramai yang menghadapi masalah blur atau takde idea nak
tulis apa dalam iklan mereka?
Ia sebenarnya berpunca daripada tidak adanya bahan-bahan atau isi-isi
penting sebagai asas untuk menghasilkan iklan tersebut.
Akhirnya ramai yang hasilkan copy dengan cara berfikir sendiri dan tunggu
ilham datang.
Malangnya copy yang dihasilkan dengan cara ini kurang berkesan untuk
menarik perhatian pelanggan.
Untuk mendapatkan bahan-bahan ini kita perlu lakukan 2 kajian penting
iaitu :
 KAJIAN PELANGGAN
 KAJIAN PRODUK
Kajian ini boleh dilakukan sama ada anda mencari bahan-bahan daripada
internet atau pun melalukan terus temubual dengan pelanggan atau owner
produk yang anda jual.
Saya sendiri lebih suka melakukan temubual. Sesetengah copywriter
pula tak suka menebual dan sebaliknya lebih selesa mendapatkan bahan
melalui carian di internet.
Kedua-duanya bagus, yang penting maklumat atau bahan yang anda
dapat itu tepat dan kajian yang anda lakukan adalah mendalam.

 KAJIAN PELANGGAN
Kajian pelanggan bermaksud kita cuba kenal secara mendalam tetang
pelanggan kita dari segi masalah yang mereka hadapi, apa yang mereka
takut, impian dan kehendak mereka dan pelbagai lagi.
Untuk melakukan kajian pelanggan ini pelbagai soalan kita boleh tanya
kepada pelanggan kita.
Berikut merupakan beberapa soalan yang kita boleh tanya kepada
pelanggan kita.


 8

MASALAH UTAMA - masalah yang terbesar yang
dialami oleh pelanggan.
MASALAH SAMPINGAN - masalah yang timbul
akibat daripada masalah utama tadi.
MASALAH LANJUT - masalah (dari segi aktiviti
hidup) yang berlaku akibat masalah sampingan atau
utama tadi.
MASALAH Contohnya :
MASALAH UTAMA - kencing manis
MASALAH SAMPINGAN - kerap kencing, rasa haus,
kebas
MASALAH LANJUT - sebab kerap kecing tidur
tak lena, susah nak travelling dan susah nak ikuti
bermacam-macam aktiviti.

Pengalaman buruk yang pernah dialami oleh


pelanggan akibat daripada masalah yang dihadapi.
PENGALAMAN Sebaiknya dapatkan cerita lengkap tentang
PAHIT pengalaman pahit tersebut.
Digalakkan juga melakukan rakaman suara atau
video semasa menebual pelanggan kita tu.

Apakah perkara yang pelanggan paling risau kalau


masalahnya sekarang tidak diselesaikan.
PERKARA YANG
DITAKUTI ATAU CONTOH :
DIRISAUKAN
Kalau pesakit kencing manis mungkin mereka takut
anggota badannya terpaksa dibuang.

USAHA-USAHA Usaha yang telah dibuat selama ini untuk


YANG TELAH menyelesaikan masalah yang dihadapi.
DIJALANKAN


 9

Impian dan keinginan ini bermaksud perkara yang
pelanggan itu nak sangat buat atau capai tapi
IMPIAN DAN tak dapat disebabkan dia sedang menghadapi
KEINGINAN masalahnya sekarang.
Kalau masalah yang dihadapinya sudah selesai, dia
akan buat perkara yang dia nak sangat buat ini.

Sebenarnya kita boleh tanya seberapa banyak soalan yang kita mahu
bergantung kepada berapa “dalam” kita ingin mengenali pelanggan
kita. Kita boleh tanya umur, pekerjaan, minat dan macam-macam lagi.
NOTA Tapi sebagai permulaan soalan di atas sudah cukup memadai.

Contoh kajian pelanggan ke atas pelanggan produk kencing manis

MASALAH UTAMA - kencing manis (bacaan


gula tinggi)
MASALAH SAMPINGAN -
●● Letih
●● Susah tidur
●● Kerap kencing
MASALAH ●● Selalu dahaga
●● Kulit kering
●● Badan ringan (mudah nak jatuh)

MASALAH LANJUT -
●● Susah nak travelling
●● Tidur malam sering terganggu

PENGALAMAN
PAHIT Pernah hampir tertidur waktu memandu.
PERKARA YANG
DITAKUTI ATAU Takut terpaksa potong kaki.
DIRISAUKAN

USAHA-USAHA ●● Dah cuba pelbagai produk kesihatan


YANG TELAH ●● Amalkan ubat hospital pun belum nampak
DIJALANKAN kesan

IMPIAN DAN ●● Nak bersukan


KEINGINAN


 10

Sila buat kajian pelanggan anda menggunakan Lampiran A dalam
TUGASAN fail TUGASAN.
1

 KAJIAN PRODUK
Kajian produk pula ialah kajian untuk betul-betul mengenali dan memahami
perkara-perkara penting berkaitan dengan produk yang kita nak jual.
Semakin kenal kita dengan produk yang hendak dijual sebagai mudahlah
kita menjual produk tersebut.
Berikut merupakan maklumat produk yang kita perlu kaji.

Nama produk dan penerangan ringkas tentang


NAMA PRODUK produk.

Apa bahan yang digunakan untuk buat produk


tersebut. Dalam bahagian ini kita bukan sekadar
ISI KANDUNGAN nak tahu apa isi kandungannya tetapi juga kajian
mendalam tentang setiap bahan atau isi kandungan
produk tersebut.

Apa pelanggan akan dapat apabila menggunakan


MANFAAT produk tersebut.

Apakah keistimewaan yang ada pada produk ini


KELEBIHAN tetapi tidak ada pada produk lain.

Sama seperti kajian pelanggan tadi, ada banyak lagi soalan atau
maklumat tentang produk kita boleh gali. Makin banyak maklumat
makin bagus. Tapi untuk tujuan pembelajaran ini cukuplah dulu
NOTA dengan 4 jenis maklumat ini.


 11

Contoh kajian produk ke atas produk Black G

Black G
NAMA PRODUK
Merupakan kapsul berasaskan kunyit hitam.

Kunyit hitam
Apa itu kunyit hitam?
Kunyit hitam merupakan tumbuhan bermusim yang
jarang ditemui. Di Malaysia, terdapat dua jenis
kunyit hitam yang mempunyai nilai dalam perubatan
tradisional, iaitu kunyit hitam yg daunnya hijau
dan ubinya hitam. Sementara jenis yang satu lagi
merujuk kepada kunyit hitam yang mempunyai warna
ISI KANDUNGAN kehitaman pada keseluruhan bahagian pokok.
Bahagian yang sering digunakan untuk perubatan
ialah rizomnya (ubinya) tetapi daunnya juga
mempunyai nilai dalam bidang perubatan tradisional.
Rizom kunyit hitam ini dipercayai dapat digunakan
dalam rawatan kanser payudara, ketumbuhan pada
sendi, dan penyakit kusta. Di samping itu, rizom kunyit
hitam juga boleh digunakan untuk menguruskan
badan dan merawat denggi berdarah.

1. MELANCARKAN PEREDARAN DARAH


2. TINGKAT FUNGSI OTAK
3. MENGAWAL KADAR GULA
4. MENAMBAH TENAGA
MANFAAT 5. MENSTABILKAN TEKANAN DARAH
6. MENGHALANG SINDROM PENYAKIT
METABOLIK
7. SEBAGAI AGEN ANTIOKSIDA
8. MERANGSANG PRESTASI SEKSUAL

Satu-satunya produk kunyit hitam yang ada kaloberasi


KELEBIHAN dan R&D saintis MARDI.

Sila buat kajian produk anda sendiri menggunakan Lampiran B


dalam fail TUGASAN. Pastikan anda lakukan tugasan 1 & 2 dulu
TUGASAN sebelum anda berganjak ke topik seterusnya untuk mendapatkan
2
kesan maksimum daripada penggunaan ebook ini.


 12

Semasa


 13

Setelah mendapat semua bahan yang diperlukan barulah kita boleh
memulakan proses menulis draf iklan kita.
Kita tidak mampu menulis iklan yang baik tanpa kajian pelanggan dan
produk yang lengkap.
Dalam proses menulis draf ini beberapa aspek penulisan perlulah diambil
berat supaya iklan yang dihasilkan berkesan.

 Kemahiran bahasa
Semasa menulis, kemahiran mengarang sangat diperlukan.
Kemahiran ini diperlukan untuk menghubungkan isi-isi penting yang kita
buat dalam kajian pelanggan dan produk supaya nampak logik dan kemas
susunannya apabila sudah menjadi iklan.
Anda boleh tingkatkan kemahiran bahasa ini dengan banyak membaca
copy orang lain dan juga banyak membuat latihan.
(Sama macam nasihat guru bahasa anda dulu kan? hehe.)

Gunakan bahasa pelanggan kita


Kita menulis iklan sebab kita nak suruh pelanggan membaca iklan kita.
Kita nak mereka senang faham. Sebab itu kita kenalah gunakan bahasa
yang mereka gunakan.
Kalau kita target remaja, maka gaya bahasa remajalah kita gunakan, kalau
kita target golongan dato datin maka bahasa yang sesuai kita gunakan.
Tujuannya senang sahaja kita nak orang yang kita target senang faham
apabila membaca copy yang kita tulis.
Kalau mereka tak faham macam mana kita nak pujuk mereka beli?

Tulis seperti anda bercakap dengan pelanggan anda


Janganlah menulis guna bahasa buku. Baru baca 3 ayat pun orang dah
ngantuk.
Gunakan gaya bahasa seperti anda sedang bercakap dengan seseorang
iaitu pelanggan anda.
Gunakan perkataan “anda” apabila menulis. Itu akan menyebabkan
pelanggan anda rasa anda sedang bercakap dengannya.


 14

Pembacaan begini akan menjadikan pembaca itu lebih aktif mindanya.

Elakkan istilah yang tak difahami


Segala istilah yang sukar difahami seperti bahasa sains, bahasa undang-
undang, bahasa ekonomi dan sebagainya haruslah dielak.
Gantikan istilah-istilah tersebut dengan perkataan yang lebih mudah
difahami.

Gunakan ayat ringkas


Guna ayat yang ringkas-ringkas. Jangan tulis ayat yang terlalu panjang
sampai orang yang baca susah nak faham.
Ada 2 perkara penting yang kita perlu tahu semasa menulis draf iklan iaitu :
●● struktur iklan
●● format iklan

STRUKTUR IKLAN
Struktur iklan ialah susunan ayat dalam iklan kita. Ia sekurang-kurangnya
mengandungi 5 perkara ini. Setiap bahagian itu mempunyai fungsinya
tersendiri.
Bahan-bahan yang kita telah kumpul melalui kajian pelanggan dan produk
sebelum ini disusun dalam struktur ini.

Untuk menarik perhatian dan membuat orang rasa


ingin tahu.
Dalam 1 ayat yang ringkas dan padat.
HEADLINE
(Boleh pilih mana-mana perkara yang terdapat dalam
kajian pelanggan kita sebelum ini. Pilihlah perkara
yang boleh menarik perhatian pelanggan yang kita
sasarkan).

Menjelaskan lebih lanjut tentang HEADLINE.


Intro juga berfungsi untuk buat orang rasa mereka
INTRO perlukan penyelesaian (atau produk kita).
Boleh ditulis dalam beberapa perenggan.


 15

Menerangkan tentang produk.

SOLUTION ●● Nama produk


●● Manfaat
●● Kelebihan

Tawaran yang anda nak bagi supaya orang tu beli


segera.
OFFER ●● Harga
●● Pakej
●● Tawaran istimewa

Tindakan yang pelanggan patut buat apabila dia


CTA berminat untuk mendapatkan produk.
(CALL TO ACTION)
(whatsapp, call, klik dll)

Maklumat daripada kajian pelanggan biasa akan digunakan di


bahagian headline dan intro sementara kajian produk pula akan
NOTA digunakan di bahagian solution dan offer.

Struktur iklan di atas ini merupakan struktur yang asas. Ia sesuai untuk
mereka yang baru nak belajar dan memahami teknik copywriting.
Belajar yang mudah dulu, nanti kalau dah pandai bolehlah cuba buat yang
lebih rumit lagi.
Copywriting ni macam seni juga.
Maksudnya kita boleh hasilkan pelbagai struktur copy mengikut kreativiti
kita sendiri.
Walaupun begitu asasnya tetap sama iaitu tarik perhatian, timbulkan minat
dan buat orang rasa nak beli.
Berikut merupakan contoh iklan yang dibuat menggunakan kajian
pelanggan (tugasan 1) dan produk (tugasan 2) sebelum ini.


 16

Penemuan terkini yang berkesan menurunkan
HEADLINE bacaan gula

Bacaan gula tinggi boleh menimbulkan macam-


macam masalah pada pengidapnya…
Biasa mereka...
●● Sering Letih
●● Susah nak tidur
●● Kerap kencing
●● Selalu dahaga
●● Kulit kering
●● Dan badan rasa mudah nak jatuh
INTRO
Akibatnya…
●● Nak travelling pun susah
●● Tidur malam pun sering terganggu
Kalau dibiarkan berterusan lama-kelamaan ia akan
menyebabkan masalah yang lebih serius seperti
tekanan darah tinggi, sakit jantung dan juga masalah
buah pinggang.
Paling ditakuti, ia boleh menyebabkan kaki atau
anggota badan terjejas terpaksa dipotong.

Stabilkan bacaan gula dalam darah anda dengan


Black G.
Produk ini membantu :
¨¨ Menguatkan fungsi pankreas
¨¨ Menghuraikan gula yang terdapat dalam darah
SOLUTION ¨¨ Mengurangkan keletihan
¨¨ Melancarkan aliran darah

Black G merupakan hasil kajian saintis MARDI.


Produk ini telah menerima pelbagai anugerah
termasuklah halal dan juga KKM.


 17

1 botol 30 biji
Harga RM120 sebotol.
50 pembeli pertama hari ini akan dapat postage
OFFER percuma.
Jangan bimbang, kami menawarkan pulangan duit
jika produk tidak tidak berkesan (ikut terma dan
syarat).

CTA Dapatkan sekarang!


(CALL TO ACTION) Whatsapp 012345678

Perhatikan di manakah letaknya info kajian pelanggan (tugasan 1)


NOTA
dan produk (tugasan 2) dalam jadual struktur di atas.

Kalau anda perhatikan dalam proses menulis ini sebenarnya anda


menyusun “isi-isi penting” (yang diperolehi melalui kajian pelanggan dan
produk) untuk menjadi “karangan” atau ayat iklan yang lengkap.
Sebab itulah kajian pelanggan dan produk sangat penting. Tanpa kajian
tersebut anda tidak ada isi atau idea untuk menulis ayat ikaln anda.

Sila buat copy anda sendiri berdasarkan kajian pelanggan (tugasan


1) dan kajian produk (tugasan 2) yang anda telah buat sebelum ini.
TUGASAN
3 Anda boleh lakukan tugasan ini di Lampiran C dalam fail TUGASAN.

Buat banyak-banyak latihan supaya anda betul-betul mahir dan mengusai


teknik copywiriting ini. Cuba hasilkan beberapa iklan daripada bahan-
bahan (kajian pelanggan dan produk) yang sama.

FORMAT IKLAN
Format iklan ialah gaya persembahan ayat iklan. Ada 4 jenis format yang
kita boleh gunakan iaitu :
●● Direct
●● Story
●● Content
●● Surat jualan

Setiap jenis format ini akan diterangkan dalam topik-topik berikutnya.


 18

DIRECT
Iklan yang ringkas, pendek dan menyampaikan maklumat dengan padat.
Biasanya digunakan untuk tarik perhatian dan mengarahkan pembaca
buat tindakan pantas seperti klik ke web, call atau whatsapp.
Iklan jenis ini tidak semestinya mempunyai semua struktur iklan seperti
yang diterangkan sebelum ini.
Contoh 1 :

Penemuan saintis MARDI yang mengawal bacaan


HEADLINE GULA TINGGI dalam badan.

INTRO

SOLUTION Produk Black G menangani masalah letih dan kebas.

OFFER

CTA Tekan LEARN MORE untuk info lanjut.


(CALL TO ACTION)

Perhatikan bahawa bukan semua bahagian struktur diperlukan dalam


NOTA iklan jenis direct ini.

Iklan jenis ini boleh digunakan di fb ad, google ad, banner, native ad dan
banyak lagi. Di bawah adalah contoh bentuk iklan direct yang digunakan
dalam fb ad.
Contoh 2 :

Stabilkan bacaan gula dengan Black G atau kunyit


HEADLINE hitam hasil kajian saintis MARDI ini hari ini.

INTRO

SOLUTION

OFFER Harga serendah RM120 sahaja.

CTA SHOP NOW


(CALL TO ACTION)


 19

Di bawah ini adalah bentuk iklan tersebut apabila digunakan dalam fb ad.

Sila buat iklan jenis direct dalam Lampiran D dalam fail TUGASAN.
TUGASAN Gunakan kajian pelanggan (tugasan 1) dan kajian produk (tugasan 2)
4 yang anda telah buat sebelum ini sebagai sumber bahan penulisan.

STORY
Iklan jenis ini dimulakan dengan cerita atau menggunakan cerita
sepenuhnya seluruh iklan.
Penerangan tentang produk pun boleh dimasukkan atau diselitkan menjadi
sebahagian daripada cerita tersebut.
Iklan jenis story ini dikatakan iklan jualan lembut (soft sell) atau juga
dikenalli iklan jenis indirect.
Berikut merupakan contoh-contoh iklan story.


 20

Contoh 1 :

HEADLINE Syukurlah tak ngantuk macam dulu.

Dulu setiap petang saya akan rasa ngantuk. Yang tak


bestnya, buat kerja pun susah.
INTRO Kalau ada meeting memang tak boleh fokus.
Dah cuba gak macam-macam petua, tapi tak jadi.

Adalah kawan kenalkan kopi black g. Saya tak kisah


pun sebab sebelum ni minum kopi pun ngantuk jugak.
Tapi sebab nak jaga hati kawan try lah juga.
Mula tu tak perasan.
Tapi suatu petang saya drive, rasa cergas sangat.
SOLUTION Kalau biasa drive time ni memang mata berat sangat
sanpai kena nap sekejap.
Rupanya ramuan “kunyit hitam” dalam kopi tu yang
membantu.
Kunyit hitam ni boleh lancarkan darah rupanya. Darah
lancar oksigen dalam darah pun ok.

OFFER Nak try dulu pun saya ada pax percubaan.

CTA Kawan-kawan nak cuba boleh inbox.


(CALL TO ACTION)

Dalam menggunakan teknik story ini bahagian offer dan CTA tak
semestinya ditulis. Ia bergantung kepada tujuan dan di manakah
anda menulis iklan tersebut.
NOTA
Kalau anda tulis di personal fb mungkin sesekali anda tak perlu tulis
supaya tak nampak sangat macam nak menjual. Dan tak salah kalau
anda tulis sekali-sekala.
Perhatikan juga dalam contoh di atas, penerangan produk
(SOLUTION) juga dibuat dalam bentuk cerita.


 21

Contoh 2:

HEADLINE Syukurlah tak ngantuk macam dulu.

Dulu setiap petang saya akan rasa nagntuk. Yang tak


bestnya, buat kerja pun susah.
Kalau ada meeting memang tak boleh fokus.
INTRO
Dah cuba gak macam-macam petua, tapi tak jadi.
Tapi segalanya berubah apabila saya diperkenalkan
dengan Black G oleh kawan saya.

Kopi black G merupakan kopi pra-campuran yang


kaya dengan khasiat kunyit hitam.
Antara fungsi kunyit hitam ialah :
SOLUTION ●● Memulihkan tenaga
●● Menghilangkan rasa ngantuk
●● Melancarkan perjalanan darah
●● Mengawal paras gula
●● Menghilangkan migrain

OFFER Nak try dulu pun saya ada pax percubaan.

CTA Kawan-kawan nak cuba boleh inbox.


(CALL TO ACTION)

Nampak tak cara penyampaian di bahagian solution ini berlainan


NOTA dengan contoh pertama tadi.

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, copywriting ini ibarat seni juga
di mana anda boleh bermain dengan kreativiti masing-masing.
Namun begitu sebagai permulaan (kalau baru nak belajar) anda jadikan
contoh-contoh yang saya berikan sebagai panduan. Dah pandai nanti
anda bolehlah mula meneroka kretiviti anda sendiri.

Sila buat iklan jenis story dalam Lampiran E dalam fail TUGASAN.
TUGASAN Gunakan kajian pelanggan (tugasan 1) dan kajian produk (tugasan 2)
5 yang anda telah buat sebelum ini sebagai sumber bahan penulisan.


 22

CONTENT
Iklan yang dimulakan dengan info berguna seolah-olah seperti artikel.
Penerangan tentang produk menjadi sebahagian daripada info yang
disampaikan.
Contoh :

HEADLINE Kenapa kencing berbuih?

Ingatkan kencing berbuih tu biasa-biasa je tapi rupa-


rupanya bahaya juga kalau dibiarkan.
Kencing berbuih ni mungkin berpunca daripada
beberapa sebab yang tak bahaya seperti :

1. Pencuci tandas yang berinteraksi dengan air


kencing dan menyebabkan ia berbuih.
2. Kelajuan air kencing juga menyebabkannya
sesetengah masa.
3. Dihydrasi

Yang kita perlu risaukan ialah ia berpunca oleh


masalah kesihatan seperti masalah buah pinggang.
INTRO Buah pinggang bertugas menapis darah dan
membuang bahan toksik, sisa buangan dan air
berlebihan dari badan.
Kegagaalan buah pinggang melakukan tugas penting
ni boleh membawa maut kepada penghidapnya.
Jadi bagaimana cara kita boleh selamatkan buah
pinggang kita?
1. Jagalah pemakanan
Jangan berlebihan sangat dalam makanan yang
bergula dan protien.
2. Minum air kosong secukupnya
Air kosong membantu buah pinggang menyingkirkan
kotoran dengan lebih berkesan.


 23

3. Amalkan makanan yang tinggi antioksidan
seperti kunyit hitam
Kunyit hitam mempunyai antioksidan yang tinggi.
Ia membantu meneutralkan molekul yang tak stabil
yang digelar radikal bebas.
Radikal bebas ini boleh menyebabkan keradangan
dan kerosakan tisu termasuklah buah pinggang.
Journal of Renal Nutrition tahun 2012 melaporkan
diet yang kurang antioksidan boleh meningkatkan
‘oxidative stress’ di kalangan pesakit buah pinggang.
Pengkaji juga menyimpulkan dengan meningkatkan
pengambilan makanan yang tinggi antioksidan boleh
membantu mengurangkan ‘oxidative stress’ ini.
Kunyit hitam juga berkesan untuk mengawal gula
SOLUTION dalam darah.
Kadar gula yang tinggi dalam darah boleh merosakkan
salur darah dan organ dalam badan termasuklah
buah pinggang.
Dengan mengamalkan kunyit hitam untuk jangka
panjang ia akan membantu mengurangkan gula
dalam darah dan seterusnya mengurangkan risiko
kerosakan buah pinggang.
Nak dapatkan sendiri kunyit hitam ni bukannya
mudah. Kalau dapat pun bukan semuanya dapat
digunakan.
Hanya ekstrak yang mengandungi bahan aktif sahaja
yang boleh digunakan.
Black G sdn bhd dengan kerjasama MARDI telah
mengahsilkan produk-produk berasaskan kunyit
hitam yang berkualiti tinggi.

OFFER

CTA Anda boleh dapatkan produk Black G di (berikan link


(CALL TO ACTION) atau whatsapp anda)


 24

Perhatikan dalam contoh di atas tidak diberikan sebarang offer. Nak
nyatakan offer atau tidak adalah bergantung kepada di mana iklan ini
ditulis. Contohnya kalau di personal fb mungkin anda tak tulis offer ini
NOTA supaya tak nampak sangat macam nak menjual. Tapi anda juga boleh
menulisnya. Ia adalah pilihan.

Sila buat iklan jenis content dalam Lampiran F dalam fail TUGASAN.
TUGASAN Gunakan kajian pelanggan (tugasan 1) dan kajian produk (tugasan 2)
6 yang anda telah buat sebelum ini sebagai sumber bahan penulisan.

SURAT JUALAN
Surat jualan merupakan iklan jenis panjang yang menerangkan tentang
produk secara detail.
Ini adalah jenis iklan yang paling rumit berbanding dengan format iklan
yang lain.
Walaupun begitu, dari segi struktur iklan jenis ini sama sahaja seperti yang
lain-lain.
Cuma maklumat atau isi untuk setiap bahagian struktur surat jualan perlu
dikembangkan supaya surat jualan yang dihasilkan lebih berkesan.
Kadang-kadang iklan jenis surat jualan akan dibantu oleh sub-headline
untuk mengukuhkan lagi headlinenya (tapi ini bukanlah wajib).
Berikut merupakan struktur iklan jenis surat jualan dan maklumat-maklumat
yang diperlukan.


 25

HEADLINE Masalah utama pelanggan yang hendak diselesaikan.

Membantu menerangkan / mengukuhkan HEADLINE


SUB HEADLINE di atas

●● Masalah sampingan yang hendak dihindarkan


INTRO ●● Kesan buruk kalau tak diselesaikan
●● mpian yang hendak dicapai

●● Apakah produknya
●● Penerangan ringkas produk
●● Manfaat produk
SOLUTION ●● Kelebihan produk berbanding yang lain
●● Bukti yang kita ada
●● Kenapa patut beli dengan kita

●● Kenapa perlu beli sekarang (apakah offer)


OFFER ●● Apa kerugian kalau tak beli sekarang

CTA Kalau minat apa yang perlu dibuat

Perhatikan dalam struktur di atas ini terdapat lebih banyak soalan atau
info yang perlu disediakan. Tujuannya adalah supaya surat jualan
NOTA anda menjadi lebih berkesan.

Di bawah ini merupakan contoh kajian pelanggan dan produk untuk medical
kad. Kita kena dapatkan dulu info-info ini sebelum menulis surat jualan itu
secara lengkap.


 26

Masalah utama : Untuk mendapatkan rawatan
HEADLINE terpantas berbanding hospital biasa

Membantu menerangkan / mengukuhkan HEADLINE


SUB HEADLINE di atas

Apa masalah sampingan pelanggan yang hendak


dihindarkan?
●● Masalah menunggu yang lama untuk
mendapatkan rawatan
●● Masalah mendapatkan giliran temujanji dengan
doktor pakar
●● Masalah bilik ward yang sentiasa penuh,
●● Bilik first class yang terhad
●● Masalah giliran untuk mendapatkan ujian MRI/Ct
Scan
●● Masalah terlalu ramai pesakit dan bilangan doktor
pakar terhad
●● Tempoh temujanji dengan doktor pakar yang
makan masa

Apa buruknya yang akan berlaku kepada


pelanggan kalau masalah itu tak diselesaikan?
●● Client akan menanggung sakit dalam tempoh
INTRO yang lama
●● Kelewatan CtScan/MRI akan membantutkan
proses penyembuhan
●● Akan menimbulkan kegelisahan dan tekanan
kepada client
●● Kemungkinan penyakit akan menjadi lebih serius
●● Bilik yang sesak akan menimbulkan
ketidakselesaan, masalah aurat dan sebagainya

Apa impian yang pelanggan hendak dicapai?


●● Waktu menunggu yang singkat
●● Mendapatkan nasihat doktor pakar pada kadar
segera
●● Bilik/Ward yang selesa dan masalah sampingan
seperti aurat dapat diatasi.
●● Ct Scan/MRI yang pantas.
●● Dapat kenal pasti punca penyakit lebih pantas.
●● Memberikan rawatan yang bersesuaian dalam
jangka masa pendek


 27

●● Kurangkan kemurungan dan kegelisahan
●● Penyakit dapat dibendung lebih awal supaya tak
menjadi lebih parah.

●● Apakah produknya : A life link I, medical card.


●● Penerangan ringkas produk : Servis kad perubatan
yang membantu mendapatkan rawatan terpantas
tanpa perlu mengeluarkan dana kecemasan atau
simpanan.

Apa manfaatnya?
●● Boleh dapat rawatan dan penjagaan yang lebih
cepat
●● Masa bertemu dengan doktor pakar adalah lebih
pantas
●● Peralatan rawatan yang lebih moden
●● Mengelakkan lebih parah
●● Dana kecemasan / simpanan tidak perlu digunakan
kerana bayaran rawatan menggunanakan dana
tabaru’ AIA PUBLIC TAKAFUL

Apa kelebihannya berbanding dengan yang lain


SOLUTION di pasaran?
1. Syarikat punya kewangan yang kukuh
2. Di list dalam Bank negara
3. Cawangan satu malaysia
4. Call centre yang aktif
5. Banyak panel hospital
6. Testimonial berkenaan mudahnya untuk berusan
dengan agen dan call centre
7. Telah lama berada di malaysia, well known
8. Agent sentiasa di pantau dan exam serta kursus
secara berkala
9. Konsep teknologi yang meluas dari segi
submission

Apakah bukti yang ada?


Testimonial
Gl
Cheque kepada client
Kelas dan kursus yang wajib dihadiri
Penyata kewangan syarikat


 28

Kenapa patut membeli dengan anda (apa
kelayakan anda)?
●● Lebih kepada sharing tidak memaksa
●● Educate client dengan terms yang mudah paham
●● Pentingkan feedback clients
●● Pengalaman sebagai mangsa terkena dengan
agent
●● Mesra dan mudah memahami
●● Cepat dan pantas menyelesaikan masalah clients
●● Willing to write laporan berjela
●● Menyediakan courier company untuk bantu
urusan report dan sebagainya
●● After sales service terbaik
●● Menjawab persoalan clients kadar segera

Apakah offer (kenapa mereka perlu beli sekarang)?


Buku percuma - Teknik merancang kewangan
Apa akan berlaku kalau tak beli sekarang?
●● Kehilangan peluang untuk mendapatkan
OFFER caruman pada kadar yang lebih rendah.
●● Teruskan menunggu untuk mendapat rawatan
pada saat anda ditimpa kecelakaan.
●● Risiko mengeluarkan wang simpanan dan
penjualan aset untuk rawatan perubatan.

Kalau berminat apa yang perlu dibuat?


CTA Call atau WhatsApp IdayuAia atau IdayuAhmad di
016 444 2334

Maklumat ini semua anda mesti dapatkan daripada pelanggan dulu


seperti dalam langkah atau fasa sebelum menulis. Soalan atau
maklumat ini sebenarnya boleh dikembangkan atau dikurangkan
NOTA bergantung dengan kreativiti anda. Tapi untuk orang baru eloklah
ikut dulu seperti yang saya cadangkan ini. Dah pandai nanti bolehlah
ubahsuai ikut kreativiti masing-masing.

Sila buat kajian pelanggan dan produk di Lampiran G dalam fail


TUGASAN TUGASAN. Kajian ini nanti anda akan gunakan untuk menulis surat
7 jualan anda.


 29

Daripada maklumat di atas maka dapatlah kita hasilkan surat jualan seperti
berikut.

SANGGUPKAH ANDA TUNGGU LAMA-LAMA


HEADLINE UNTUK MENDAPAT RAWATAN?

Tahukah anda 41.3% pesakit terpaksa menunggu 6


SUB HEADLINE jam di wad kecemasan hospital awam? (Sumber - FB
Publich Health Malaysia)

Apa akan jadi sekiranya waktu itu anda sedang sakit


tenat dan perlukan rawatan segera?
Ini adalah masalah yang sering berlaku di hospital
awam pada hari ini
●● Masa menunggu yang lama untuk mendapatkan
rawatan
●● Sukar mendapatkan giliran temujanji dengan
doktor pakar
●● Masalah bilik ward yang sentiasa penuh
●● Bilik first class yang terhad
●● Masalah giliran untuk mendapatkan ujian MRI/Ct
Scan
●● Tempoh temujanji dengan doktor pakar yang
makan masa

Semua ini berlaku disebabkan jumlah pesakit terlalu


INTRO ramai berbanding dengan bilangan doktor. Dilaporkan
8 juta pesakit yang perlu dirawat setiap tahun untuk
145 buah hospital awam yang terdapat di Malaysia.
Apa akan jadi kalau anda terpaksa tunggu masa yang
lama untuk dirawat oleh doktor?
●● Anda mungkin akan menanggung sakit dalam
tempoh yang lebih lama

●● Kelewatan pemeriksaan boleh membantutkan


proses penyembuhan
●● Penyakit yang anda hadapi mungkin akan
menjadi lebih serius
●● Anda akan kegelisahan dan tertekan sebab
terpaksa menunggu lama
●● Bilik rawatan mungkin sesak akan menimbulkan
banyak masalah kepada anda


 30

Yang paling merisaukan ialah sebab lambat dirawat
penyakit anda sudah terlalu parah dan sukar untuk
diubati lagi atau juga mungkin terpaksa berhadapan
dengan maut.

Kini anda boleh...


●● Mendapat rawatan dalam masa yang singkat
●● Mendapat pemeriksaan dan nasihat doktor pakar
pada kadar segera
●● Boleh dapat ward yang selesa tanpa masalah
●● Dapat kenal pasti punca penyakit lebih pantas
●● Memberikan rawatan yang bersesuaian dalam
jangka masa yang singkat

Dan yang lebih penting lagi, dengan mendapat


rawatan yang lebih pantas anda boleh kurangkan
risiko supaya penyakit tak menjadi lebih parah.

Memperkenalkan…
[gambar kad]
A life link I, medical card
A life link I, medical card merupakan servis kad
perubatan yang membantu mendapatkan rawatan
terpantas tanpa perlu mengeluarkan dana kecemasan
atau simpanan.
Dengan A life link I, medical card anda boleh...
Mendapat rawatan dan penjagaan yang lebih
cepat
SOLUTION
[gambar jam] 90% lebih pantas berbading masa yang
anda terpaksa tunggu di hospital awam. Tak perlu
dah anda habiskan masa begitu sahaja menunggu
di hospital.
Masa bertemu dengan doktor pakar adalah lebih
pantas
[gambar bertemu doktor] Ini sangat membantu kalau
anda waktu sedang sakit tenat dan sangat-sangat
memerlukan perhatian dan rawatan segera. Anda
pun boleh tahu apa penyakit anda lebih cepat dan
boleh mengurangkan stress anda. Rawatan awal
mampu mengelakkan penyakit anda jadi lebih parah.


 31

Peralatan rawatan yang lebih moden
[gambar alatan] Untuk setiap pemegang A life link I,
medical card mereka akan dirawat dengan peralatan
termoden dan terkini bagi memastikan kualiti rawatan
yang terbaik.
Dana kecemasan atau simpanan anda selamat
[gambar simpanan selamat] Sebagai pemegang
A life link I, medical card bayaran rawatan anda
menggunakan dana tabaru’ AIA PUBLIC TAKAFUL.
Jadi simpanan anda selamat dan tak digunakan.
7 sebab kenapa A life link I, medical card sangat baik
dan menjadi pilihan 1.2 juta rakyat Malaysia...

1. Syarikat punya kewangan yang kukuh


Tak perlu risau pasal bayaran dan pampasan.
Semuanya mampu ditanggung oleh syarikat.
Sehingga kini seramai 123,456 orang telah berjaya
mendapat pampasan dan bayaran daripada syarikat
ini. Tambahan lagi syarikat AIA ada dalam senarai
syarikat kewangan yang diiktiraf oleh Bank Negara.
[gambar pengiktirafan BNM]
SOLUTION
2. Cawangan terdapat di seluruh Malaysia
Ini memudahkan anda sebagai pelanggan untuk
berurusan dan memohon pampasan dan bayaran
tanpa perlu masa yang lama.
[gambar lokasi cawangan]

3. Call centre yang aktif


2 kali ring, panggilan anda akan disambut mesra oleh
pusat khidmat pelanggan kami. Bayangkan anda
perlu urusan segera tapi pusat khidmat pelanggan
buat tak peduli panggilan anda? Di A life link I, medical
card itu semua tidak berlaku.
[gambar call center]

4. Banyak hospital panel


Anda boleh mendapat rawatan di mana-mana 1234
hospital panel kami di seluruh negara. Sebagai
pemegang A life link I, medical card anda akan
menjadi keutamaan apabila mendapat rawatan di
hospital panel kami.
[gambar hospital panel]

 32

5. Ejen sentiasa dipantau dan menghadiri
kursus ujian secara berkala
Ini bagi memastikan ejen-ejen kami cekap dan dapat
memberikan khidmat terbaik untuk pelanggan-
pelanggan kami.
[gambar ejen kursus / ujian]

6. Menggunakan teknologi terkini


Untuk segala urusan dari segi submission dan
tuntutan boleh dilakukan dengan pantas kerana ejen
dan syarikat kami menggunakan teknologi maklumat
dan internet terkini. Hanya melalui smartphone sahaja
segala urusan dapat dilakukan dengan pantas.
[gambar teknologi]

7. Prosedur tuntutan dan sebagainya mudah


Tak perlu banyak songeh, tak perlu banyak cerita.
Isikan sahaja maklumat yang diperlukan melalui
apps, proses tuntutan anda akan diuruskan segera.
Tak sampai 1 minggu semuanya siap dan anda dapat
bayaran segera.
SOLUTION
[gambar ilustrasi tuntutan]
Lihat sahaja bukti-bukti daripada pelanggan yang
pernah mendapat A life link I, medical card daripada
kami...
(testimoni 1)
(testimoni 2)
(testimoni 3)
(testimoni 4)
(testimoni 5)

Siapa saya?
[gambar ejen]
Nama saya Idayu. Saya merupakan ejen A life link I,
medical card yang sah dilantik oleh syarikat setelah
melalui kursus dan lulus ujian.
Kenapa patut menghubungi saya untuk mendapatkan
A life link I, medical card ???


 33

Takkan paksa anda
Anda jumpa saya tak semesti terus beli. Saya akan
sharing segala maklumat yang diperlukan dan
keputusannya anda buatlah sendiri. Saya takkan
paksa anda.
Bahasa mudah paham
Saya takkan gunakan bahasa yang anda tak faham.
Saya bukan nak anda beli, tapi saya nak anda betul-
betul faham sebelum membuat keputusan.
Saya sendiri pun pelanggan
Pengalaman sebagai mangsa terkena dengan ejen-
ejen sebelum ini memberikan saya pengajaran
berharga. Saya tahu apa yang anda tak suka dan
SOLUTION saya tak akan lakukannya kepada anda.
Cepat dan pantas menyelesaikan masalah pelanggan
Saya sanggup menulis laporan berjela-jela untuk
memastikan anda mendapat bayaran dan tuntutan
segera. Jangan bimbang, saya seorang yang mesra
dan mudah memahami keperluan pelanggan.
Saya tanggung urusan courier
Anda tak perlu risau pasal report anda dan
sebagainya. Saya akan tanggung segala urusan
penghantaran dokumen kepada company untuk
bantu urusan report dan sebagainya dengan segera.
After sales service terbaik
Saya akan menjawab persoalan anda dengan kadar
segera sebab anda adalah keutamaan saya.

Dapatkan A life link I, medical card anda sekarang dan


akan menerima buku “Teknik merancang kewangan”
bernilai RM secara percuma!
[gambar buku]
Dapatkan segera supaya caruman lebih rendah.
OFFER
Jangan tunggu saat anda ditimpa kecelakaan baru
terfikir nak dapatkan bantuan.
A life link I, medical card mengurangkan risiko anda
mengeluarkan wang simpanan dan penjualan aset
untuk rawatan perubatan.

Call atau WhatsApp IdayuAia atau IdayuAhmad di 016


CTA 444 2334 sekarang!


 34

Oleh sebab surat jualan biasanya diupload ke web jualan, maka
letak gambar atau video kita boleh masukkan terus dalam draf surat
jualan kita. Dalam contoh di atas saya letakkannya dalam kurungan
NOTA [gambar].

Sila buat iklan jenis surat jualan dalam Lampiran H dalam fail
TUGASAN TUGASAN. Gunakan kajian pelanggan dan kajian produk (tugasan 7)
8 yang anda telah buat sebelum ini sebagai sumber bahan penulisan.

NOTA Elemen penting untuk meningkatkan


TAMBAHAN keberkesanan surat jualan

Gunakan data atau fakta dalam surat jualan


Memetik fakta atau data daripada sumber yang berkredibiliti akan
meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap surat jualan kita.
Fakta atau data ini kenalah diletakkan pada tempat yang berbesuaian.
Boleh jadi pada headline, intro, solution, atau mana-mana bahagian dalam
surat jualan.
Gunakan highlight, bold atau garisan untuk menonjolkan
fakta atau ayat yang penting.
Dalam surat jualan kadang-kadang ada ayat yang kita nak tonjolkan sebab
ia penting. Kadang-kadang maklumat penting tu cuba dalam perkataan
tertentu dalam ayat tersebut.
Untuk menunjukkan perkataan atau ayat itu penting, kita boleh gunakan
highlight, bold dan garisan, atau warna. Mata pembaca mudah mengesan
dan tertarik dengan tulisan yang menggunakan highlight, bold, garisan dan
warna.
Selain itu, highlight, bold, garisan dan warna akan meningkatkan selera
membaca surat jualan tersebut.

Gunakan bullet
Untuk perkara yang berbentuk senarai supaya pelanggan senang baca.
Dengan menggunakan bullet, pembaca mudah mengesan isi-isi yang ingin
disampaikan.
Mata pun senang nak baca dan mudah menangkap perkara penting.


 35

Gunakan gambar atau video
Gambar dan video boleh membantu meningkatkan keyakinan pembaca.
Berbanding dengan teks semata-mata, apabila ada gambar dan video
yang menyokong teks tersebut akan jadi lebih meyakinkan lagi.
Di peringkat kedua ini (semasa menulis draf) tempat nak letak gambar dan
video hanya perlu tandakan dalam kurungan seperti ini [gambar 1], [video
1] atau kurungan (tesimoni). Tak kisah apa pun kurungan yang digunakan
asalkan mesejnya jelas.
Sampai di sini kita telah selesai membincangkan proses atau fasa kedua
copywriting iaitu proses menulis draf iklan.
Untuk mahir menulis iklan latihan demi latihan amat diperlukan. Selain itu
kita juga kena rajin membaca iklan orang lain terutamanya iklan-iklan yang
boleh menarik perhatian kita.
Iklan yang mampu menarik perhatian kita bermakna iklan itu bagus.
Baca dan kaji iklan tersebut, perhatikan bagaimana mereka menulis setiap
bahagian seperti headline, intro, solution, offer dan cta.
Dengan selalu mengkaji dan berlatih menulis iklan, lama-kelamaan
kemahiran kita pun akan bertambah.


 36

Pasca
Selepas selesai menulis draf sampailah kita ke fasa yang terakhir iaitu fasa
pasca penulisan.
Pada fasa ini beberapa perkara perlu kita lakukan supaya iklan yang kita
tulis kemas dan menarik.
Fasa ini sangat penting untuk sebelum kita upload iklan kita ke media
sosial, web, blog ataupun fb ad dan google dan apa juga media yang kita
nak gunakan.
Kalau di peringkat penulisan draf tadi ayat iklan masih dalam jadual, pada
peringkat ini anda susun iklan tersebut sebaik-baiknya seperti yang anda
nak upload nanti (maksudnya bukan dalam jadual seperti penulisan draf
sebelum ini).
Anda boleh gunakan word atau google doc untuk melakukan proses ini.
Hanya keluarkan ayat iklan daripada jadual draf sebelum ini dan paste di
word atau doc untuk produk editing dan finishing.
Tapi kalau anda dah benar-benar mahir proses penulisan draf dan editing
ini anda boleh lakukan sekali gus sahaja di word dan doc tanpa gunakan
jadual seperti sebelum ini.
Tapi pastikan anda dah betul-betul yakin dulu. Kalau belum elok guna
jadual dulu pada peringkat draf dan kemudian baru copy dan paste balik
pada page lain untuk diedit.
 EJAAN
Antara perkara terpenting yang kita kena semak selepas menulis draf iklan
ialah menyemak ejaan. Pastikan ejaan betul supaya pembaca tidak keliru
dan senang faham.
 PERENGGAN
Pastikan setiap perenggan hanya mengandungi 3 baris ayat sahaja. Kalau
lebih jadikan ia perenggan baru. Perenggan tak boleh panjang sangat bagi
memudahkan pelanggan membaca.
 GUNA BULLET
Jika perlu gunakan bullet poin untuk menyusun isi supaya tak nampak
bercelaru. Penggunaan bullet ini memudahkan pembaca scan dan selesa
sewaktu membaca copy anda.


 38

 PENEGASAN
Anda boleh gunakan highlight, bold, garisan atau warna untuk isi-isi
yang dirasakan penting. Ia memudahkan pembaca mengesan maklumat-
maklumat penting yang anda ingin tegaskan.
 GAMBAR DAN VIDEO
Siapkan gambar dan video yang diperlukan sebelum anda upload copy
yang anda telah tulis ke website atau fb ad dan blog.
Masa ini jugalah anda tentukan di mana letaknya gambar dan video atau
apa jua bahan ingin diselitkan. Anda boleh gunakan kurungan seperti ini
[gambar] [video]
Kalau anda upah orang lain untuk membuat web anda, bahan-bahan ini
semua perlu disusun dengan kemas supaya mereka mudah mencarinya.
Berikut ini adalah ayat-ayat iklan yang telah dibuat editing dan finishing
daripada contoh-contoh yang kita telah buat daripada tugasan-tugasn
sebelum ini.

IKLAN DIRECT


 39

IKLAN STORY 1
Syukurlah tak ngantuk macam dulu.
Dulu setiap petang saya akan rasa nagntuk. Yang tak bestnya, buat kerja
pun susah.
Kalau ada meeting memang tak boleh fokus.
Dah cuba gak macam-macam petua, tapi tak jadi.
Adalah kawan kenalkan kopi black g. Saya tak kisah pun sebab sebelum ni
minum kopi pun ngantuk jugak.
Tapi sebab nak jaga hati kawan try lah juga.
Mula tu tak perasan.
Tapi suatu petang saya drive, rasa cergas sangat. Kalau biasa drive time ni
memang mata berat sangat sanpai kena nap sekejap.
Rupanya ramuan “kunyit hitam” dalam kopi tu yang membantu.
Kunyit hitam ni boleh lancarkan darah rupanya. Darah lancar oksigen
dalam darah pun ok.
Sebab tu lah kurang ngantuk.
Kawan-kawan nak cuba boleh inbox.
Nak try dulu pun saya ada pax percubaan.
[gambar]

IKLAN STORY 2
Syukurlah tak ngantuk macam dulu.
Dulu setiap petang saya akan rasa nagntuk. Yang tak bestnya, buat kerja
pun susah.
Kalau ada meeting memang tak boleh fokus.
Dah cuba gak macam-macam petua, tapi tak jadi.
Tapi segalanya berubah apabila saya diperkenalkan dengan Black G oleh
kawan saya.

 40

Kopi black G merupakan kopi pra-campuran yang kaya dengan khasiat
kunyit hitam.
Antara fungsi kunyit hitam ialah :
●● Memulihkan tenaga
●● Menghilangkan rasa ngantuk
●● Melancarkan perjalanan darah
●● Mengawal paras gula
●● Menghilangkan migrain
Kawan-kawan nak cuba boleh inbox.
Nak try dulu pun saya ada pax percubaan.
[gambar]

IKLAN CONTENT
Kenapa kencing berbuih?
Ingatkan kencing berbuih tu biasa-biasa je tapi rupa-rupanya bahaya juga
kalau dibiarkan.
Kencing berbuih ni mungkin berpunca daripada beberapa sebab yang tak
bahaya seperti :
1. Pencuci tandas yang berinteraksi dengan air kencing dan menyebabkan
ia berbuih.
2. Kelajuan air kencing juga menyebabkannya sesetengah masa.
3. Dihydrasi
Yang kita perlu risaukan ialah ia berpunca oleh masalah kesihatan seperti
masalah buah pinggang.
Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik,
sisa buangan dan air berlebihan dari badan.
Kegagaalan buah pinggang melakukan tugas penting ni boleh membawa
maut kepada penghidapnya.
Jadi bagaimana cara kita boleh selamatkan buah pinggang kita?


 41

1. JAGALAH PEMAKANAN
Jangan berlebihan sangat dalam makanan yang bergula dan protien.
2. MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA
Air kosong membantu buah pinggang menyingkirkan kotoran dengan lebih
berkesan.
3. AMALKAN MAKANAN YANG TINGGI ANTIOKSIDAN SEPERTI
KUNYIT HITAM
Kunyit hitam mempunyai antioksidan yang tinggi.
Ia membantu meneutralkan molekul yang tak stabil yang digelar radikal
bebas.
Radikal bebas ini boleh menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu
termasuklah buah pinggang.
Journal of Renal Nutrition tahun 2012 melaporkan diet yang kurang
antioksidan boleh meningkatkan ‘oxidative stress’ di kalangan pesakit
buah pinggang.
Pengkaji juga menyimpulkan dengan meningkatkan pengambilan makanan
yang tinggi antioksidan boleh membantu mengurangkan ‘oxidative stress’
ini.
Kunyit hitam juga berkesan untuk mengawal gula dalam darah.
Kadar gula yang tinggi dalam darah boleh merosakkan salur darah dan
organ dalam badan termasuklah buah pinggang.
Dengan mengamalkan kunyit hitam untuk jangka panjang ia akan membantu
mengurangkan gula dalam darah dan seterusnya mengurangkan risiko
kerosakan buah pinggang.
Nak dapatkan sendiri kunyit hitam ni bukannya mudah. Kalau dapat pun
bukan semuanya dapat digunakan.
Hanya ekstrak yang mengandungi bahan aktif sahaja yang boleh digunakan.
Black G sdn bhd dengan kerjasama MARDI telah mengahsilkan produk-
produk berasaskan kunyit hitam yang berkualiti tinggi.
Nak cuba boleh roger.
[gambar]


 42

SURAT JUALAN

SANGGUPKAH ANDA TUNGGU


LAMA-LAMA UNTUK MENDAPAT
RAWATAN?
Tahukah anda 41.3% pesakit terpaksa menunggu 6 jam di wad kece-
masan hospital awam? (Sumber - FB Publich Health Malaysia)

Apa akan jadi sekiranya waktu itu anda sedang sakit tenat dan perlukan
rawatan segera?
Ini adalah masalah yang sering berlaku di hospital awam pada hari ini
●● Masa menunggu yang lama untuk mendapatkan rawatan
●● Sukar mendapatkan giliran temujanji dengan doktor pakar
●● Masalah bilik ward yang sentiasa penuh
●● Bilik first class yang terhad
●● Masalah giliran untuk mendapatkan ujian MRI/Ct Scan
●● Tempoh temujanji dengan doktor pakar yang makan masa
Semua ini berlaku disebabkan jumlah pesakit terlalu ramai berbanding
dengan bilangan doktor. Dilaporkan 8 juta pesakit yang perlu dirawat setiap
tahun untuk 145 buah hospital awam yang terdapat di Malaysia.
Apa akan jadi kalau anda terpaksa tunggu masa yang lama untuk dirawat
oleh doktor?
●● Anda mungkin akan menanggung sakit dalam tempoh yang lebih lama
●● Kelewatan pemeriksaan boleh membantutkan proses penyembuhan
●● Penyakit yang anda hadapi mungkin akan menjadi lebih serius
●● Anda akan kegelisahan dan tertekan sebab terpaksa menunggu lama
●● Bilik rawatan mungkin sesak akan menimbulkan banyak masalah
kepada anda

Yang paling merisaukan ialah sebab lambat dirawat penyakit anda


sudah terlalu parah dan sukar untuk diubati lagi atau juga mungkin
terpaksa berhadapan dengan maut.


 43

Kini anda boleh...
●● Mendapat rawatan dalam masa yang singkat
●● Mendapat pemeriksaan dan nasihat doktor pakar pada kadar segera
●● Boleh dapat ward yang selesa tanpa masalah
●● Dapat kenal pasti punca penyakit lebih pantas
●● Memberikan rawatan yang bersesuaian dalam jangka masa yang singkat

Dan yang lebih penting lagi, dengan mendapat rawatan yang lebih
pantas anda boleh kurangkan risiko supaya penyakit tak menjadi
lebih parah.
Memperkenalkan…
[gambar kad]

A life link I, medical card


A life link I, medical card merupakan servis kad perubatan yang
membantu mendapatkan rawatan terpantas tanpa perlu mengeluarkan
dana kecemasan atau simpanan.
Dengan A life link I, medical card anda boleh...
Mendapat rawatan dan penjagaan yang lebih cepat
[gambar jam] 90% lebih pantas berbading masa yang anda terpaksa
tunggu di hospital awam. Tak perlu dah anda habiskan masa begitu sahaja
menunggu di hospital.
Masa bertemu dengan doktor pakar adalah lebih pantas
[gambar bertemu doktor] Ini sangat membantu kalau anda waktu sedang
sakit tenat dan sangat-sangat memerlukan perhatian dan rawatan
segera. Anda pun boleh tahu apa penyakit anda lebih cepat dan boleh
mengurangkan stress anda. Rawatan awal mampu mengelakkan penyakit
anda jadi lebih parah.
Peralatan rawatan yang lebih moden
[gambar alatan] Untuk setiap pemegang A life link I, medical card mere-
ka akan dirawat dengan peralatan termoden dan terkini bagi memastikan
kualiti rawatan yang terbaik.


 44

Dana kecemasan atau simpanan anda selamat
[gambar simpanan selamat] Sebagai pemegang A life link I, medical card
bayaran rawatan anda menggunakan dana tabaru’ AIA PUBLIC TAKAFUL.
Jadi simpanan anda selamat dan tak digunakan.
7 sebab kenapa A life link I, medical card sangat baik dan menjadi
pilihan 1.2 juta rakyat Malaysia...

1. SYARIKAT PUNYA KEWANGAN YANG KUKUH


Tak perlu risau pasal bayaran dan pampasan. Semuanya mampu
ditanggung oleh syarikat. Sehingga kini seramai 123,456 orang telah
berjaya mendapat pampasan dan bayaran daripada syarikat ini. Tambahan
lagi syarikat AIA ada dalam senarai syarikat kewangan yang diiktiraf oleh
Bank Negara.
[gambar pengiktirafan BNM]

2. CAWANGAN TERDAPAT DI SELURUH MALAYSIA


Ini memudahkan anda sebagai pelanggan untuk berurusan dan memohon
pampasan dan bayaran tanpa perlu masa yang lama.
[gambar lokasi cawangan]

3. CALL CENTRE YANG AKTIF


2 kali ring, panggilan anda akan disambut mesra oleh pusat khidmat
pelanggan kami. Bayangkan anda perlu urusan segera tapi pusat khidmat
pelanggan buat tak peduli panggilan anda? Di A life link I, medical card
itu semua tidak berlaku.
[gambar call center]

4. BANYAK HOSPITAL PANEL


Anda boleh mendapat rawatan di mana-mana 1234 hospital panel kami di
seluruh negara. Sebagai pemegang A life link I, medical card anda akan
menjadi keutamaan apabila mendapat rawatan di hospital panel kami.
[gambar hospital panel]


 45

5. EJEN SENTIASA DIPANTAU DAN MENGHADIRI KURSUS UJIAN
SECARA BERKALA
Ini bagi memastikan ejen-ejen kami cekap dan dapat memberikan khidmat
terbaik untuk pelanggan-pelanggan kami.
[gambar ejen kursus / ujian]

6. MENGGUNAKAN TEKNOLOGI TERKINI


Untuk segala urusan dari segi submission dan tuntutan boleh dilakukan
dengan pantas kerana ejen dan syarikat kami menggunakan teknologi
maklumat dan internet terkini. Hanya melalui smartphone sahaja segala
urusan dapat dilakukan dengan pantas.
[gambar teknologi]

7. PROSEDUR TUNTUTAN DAN SEBAGAINYA MUDAH


Tak perlu banyak songeh, tak perlu banyak cerita. Isikan sahaja maklumat
yang diperlukan melalui apps, proses tuntutan anda akan diuruskan segera.
Tak sampai 1 minggu semuanya siap dan anda dapat bayaran segera.
[gambar ilustrasi tuntutan]
Lihat sahaja bukti-bukti daripada pelanggan yang pernah mendapat A
life link I, medical card daripada kami...
(testimoni 1)
(testimoni 2)
(testimoni 3)
(testimoni 4)
(testimoni 5)
Siapa saya?
[gambar ejen]
Nama saya Idayu. Saya merupakan ejen A life link I, medical card yang
sah dilantik oleh syarikat setelah melalui kursus dan lulus ujian.
Kenapa patut menghubungi saya untuk mendapatkan A life link I,
medical card ???


 46

TAKKAN PAKSA ANDA
Anda jumpa saya tak semesti terus beli. Saya akan sharing segala
maklumat yang diperlukan dan keputusannya anda buatlah sendiri. Saya
takkan paksa anda.
BAHASA MUDAH PAHAM
Saya takkan gunakan bahasa yang anda tak faham. Saya bukan nak anda
beli, tapi saya nak anda betul-betul faham sebelum membuat keputusan.
SAYA SENDIRI PUN PELANGGAN
Pengalaman sebagai mangsa terkena dengan ejen-ejen sebelum ini
memberikan saya pengajaran berharga. Saya tahu apa yang anda tak
suka dan saya tak akan lakukannya kepada anda.
CEPAT DAN PANTAS MENYELESAIKAN MASALAH PELANGGAN
Saya sanggup menulis laporan berjela-jela untuk memastikan anda
mendapat bayaran dan tuntutan segera. Jangan bimbang, saya seorang
yang mesra dan mudah memahami keperluan pelanggan.
SAYA TANGGUNG URUSAN COURIER
Anda tak perlu risau pasal report anda dan sebagainya. Saya akan
tanggung segala urusan penghantaran dokumen kepada company untuk
bantu urusan report dan sebagainya dengan segera.
AFTER SALES SERVICE TERBAIK
Saya akan menjawab persoalan anda dengan kadar segera sebab anda
adalah keutamaan saya.
Dapatkan A life link I, medical card anda sekarang dan akan menerima
buku “Teknik merancang kewangan” bernilai RM secara percuma!
[gambar buku]
Dapatkan segera supaya caruman lebih rendah.
Jangan tunggu saat anda ditimpa kecelakaan baru terfikir nak dapatkan
bantuan.
A life link I, medical card mengurangkan risiko anda mengeluarkan
wang simpanan dan penjualan aset untuk rawatan perubatan.
Call atau WhatsApp IdayuAia atau IdayuAhmad di 0164442334
sekarang!

 47

PENUTUP
Semoga apa yang telah dikongsikan dalam KITAB COPYWRITING
ini dapat membantu anda menghasilkan copy anda sendiri selepas
ini.
Bacalah berulang kali untuk lebih faham dan buatlah tugasan yang
diberikan supaya anda dapat menguasai skill ini dengan lebih baik.
Kita tak akan dapat 6 pax dengan membaca tentang 6 pax.
Sebaliknya kita kena lakukan latihan demi latihan untuk membentuk
6 pax itu.
Begitu jugalah dengan skill copywriting. Anda tidak akan dapat
mengusainya dengan hanya membaca. Anda hanya dapat
menguasai skill ini dengan melakukan banyak latihan menulis ayat
iklan.
Ilmu yang disampaikan dalam KITAB COPYWRITING ini
merupakan ilmu asas. Dengan menguasai asas ini anda sudah
boleh menghasilkan ayat iklan yang berkesan.
Tapi, anda boleh tingkatkan lagi skill anda dengan pelbagai teknik
yang advance dengan sentiasa menambah bahan bacaan dan
kajian yang berterusan.


 48

LAMPIRAN A : KAJIAN PELANGGAN

Masalah

Pengalaman pahit

Perkara yang ditakuti atau


dirisaukan

Usaha-usaha yang telah


dijalankan

Impian dan keinginan


 49

LAMPIRAN B : KAJIAN PRODUK

Nama produk

Isi kandungan

Manfaat

Kelebihan


 50

LAMPIRAN C : DRAF IKLAN

HEADLINE

INTRO

SOLUTION

OFFER

CTA (Call to action)


 51

LAMPIRAN D : IKLAN DIRECT

HEADLINE

INTRO

SOLUTION

OFFER

CTA (Call to action)


 52

LAMPIRAN E : IKLAN STORY

HEADLINE

INTRO

SOLUTION

OFFER

CTA (Call to action)


 53

LAMPIRAN F : IKLAN CONTENT

HEADLINE

INTRO

SOLUTION

OFFER

CTA (Call to action)


 54

LAMPIRAN G : KAJIAN PELANGGAN DAN PRODUK UNTUK SURAT
JUALAN

Masalah utama :
HEADLINE

Membantu menerangkan / mengukuhkan HEADLINE


SUB HEADLINE di atas
Apa masalah sampingan pelanggan yang hendak
dihindarkan?

Apa buruknya yang akan berlaku kepada pelanggan


kalau masalah itu tak diselesaikan?
INTRO

Apa impian yang pelanggan hendak dicapai?

Apakah produknya :

Penerangan ringkas produk :

Apa manfaatnya?

Apa kelebihannya berbanding dengan yang lain di


pasaran?
SOLUTION

Apakah bukti yang ada?

Kenapa patut membeli dengan anda (apa kelayakan


anda)?


 55

Apakah offer (kenapa mereka perlu beli sekarang)?

OFFER Apa akan berlaku kalau tak beli sekarang?

Kalau berminat apa yang perlu dibuat?

CTA


 56

LAMPIRAN H : SURAT JUALAN

HEADLINE

SUB HEADLINE

INTRO


 57

SOLUTION

OFFER

CTA


 58

Anda mungkin juga menyukai