PROLOG
“ They call it a CRUSH because that’s how you feel when they don’t the same way in
return “
Bila kita menyukai seseorang tidak semestinya kita akan memiliki mereka . Kadangkala , cinta
memerlukan pengorbanan . Ianya perlu korbankan perasaan seseorang demi seorang yang kita cintai .
Seseorang itu diberi pilihan samada mahu memilih orang yang mencintainya atau orang yang dicintainya
Apabila kita meluahkan sesuatu perasaan , bersiap-siaga untuk mendapatkannya ataupun
kehilangannya .
Cinta dalam diam ? Ianya suatu kisah yang sangat menarik . Jikalau hendak memiliki seseorang tidak
semestinya kita harus luahkan . Kadangkala , berdiam diri lebih baik daripada meluahkan segalanya .
Biar kita seorang merasa sakitnya memendam segala yang terbuku di hati . Jika ada jodoh , kita pasti
akan bertemu di titik yang terbaik menurut takdir .
Belajarlah untuk ikhlas di setiap keadaan walaupun ianya hanya terpaksa . Kita dua orang yang berbeza .
Kau seorang yang tinggi darjatnya . Aku ? Hanya manusia biasa . Setiap hari , Aku belajar untuk
mengikhlaskan dirimu . Aku ingin melihatmu bahagia bersama Dia yang kau cinta . Jika mencintai
seseorang belajarlah untuk melepaskan . Jika itu takdirmu , ia pasti mencarimu walaupun dirimu berada
di hujung dunia .
Aku sedar aku hanya orang biasa yang tiada apa yang perlu dibanggakan tetapi aku mempunyai hati
yang tulus , mencintai seseorang melebihi harga diriku . Bagiku , ianya satu kesilapan yang besar pada
diriku iaitu berharap kepada seseorang . Berharap dia milikku . Berharap dia menjadi pasanganku .
Berharap dia menjadi jodohku . Sampai sekarang aku bertanya pada diri sendiri , “ what should I do to
make him fall in love with me “ .
Ianya sekadar pertanyaan yang biasa namun mempunyai pelbagai maksud yang tersirat .
BAB 1
“ Bersederhanalah dalam berperasaan agar lukanya tak terlalu dalam saat
kenyataan tak sejalan dengan harapan “
Azan berkumandang memandangkan sudah masuk waktu Subuh . Aku melihat jam di dinding
menunjukkan pukul 6 pagi .Aku segera menuju ke bilik air untuk mandi dan bersiap-siap hendak pergi ke
sekolah . Hari ini hari pertama aku di sekolah baharu , SMK Seri Kemboja . Aku berada di tingkatan 3
Anggerik . “ Tak sabarnya nak pergi ke sekolah , mesti ramai jejaka hot ! ,” kataku dalam hati .
Haih tak habis-habis berangannya itu !
Selesai memakai kasut sekolah , aku memanggil datukku untuk menghantarku ke sekolah . “ Atok
cepatlah , Fia tak sabar hendak ke sekolah ni ! “ laungku di halaman rumah . “ Ya , cu marilah aku hantar
kau ke sekolah , “ balas atok Awi . Kabus tebal pada waktu pagi menghiasi pemandanganku . “ Hm , sejuk
betul cuaca hari ini , “ bisikku di dalam hati .
Selepas beberapa minit , kami tiba di sekolah . Datuk memesan agar belajar dengan bersungguh-
sungguh supaya dapat mengubah nasib keluarga . Aku hanya mengangguk mendengar pesan datuk .
Walaupun ianya kedengaran seperti biasa tetapi ianya memberi kesan terhadap diriku . Aku melambai
datuk yang berada di hadapan pagar sekolah . “ Ya Allah , kau permudahkanlah segala urusanku pada
hari ini , “ doaku kepada Sang Pencipta .
Aku melangkah kaki ke kelas 3 Anggerik . Dadaku berombak laju . AAA kenapa sekarang aku kena
gemuruh ni . Aku melihat semua yang berada di kelas itu menoleh ke arahku . Aku memberi salam dan
memperkenalkan diriku di hadapan kelas . Aku terpaku apabila tiada seorang pun yang berminat untuk
mengetahui diriku. Tiba-tiba , ada seorang pelajar lelaki menyampuk sesi perkenalan diriku . Dirinya
sangat handsome macam Lee Min Ho . Oh no ! I hope I don’t fall. “ Woi perempuan , kau ni pahal erk ,
hujan badai angin rebut takde , tiba-tiba nak perkenalkan diri pulak ! , kata jejaka itu . Aku terkesima
mendengar kata-kata lelaki tersebut.“ Aku kena fakehope ke dekat sekolah baru ni ? “ soalku dalam hati.
Kelakar la Alisya Safia ni . Baru first day sekolah tiber claim kena fakehope . Chill lah , baru setengah jam
kot kat sekolah baru ni .
BAB 2
Selang beberapa minit , kelihatan seorang wanita yang berbaju kurung datang ke kelas 3 Anggerik . Aku
melihat tag namanya yang bernama Zakiya . Wanita itu menyapa diriku lalu memperkenalkan dirinya
sebagai cikgu . “ Assalamualaikum , nama saya Cikgu Zakiya , guru kelas kamu serta guru matapelajaran
Sains di kelas ini ,” kata Cikgu Zakiya . “ Waalaikumussalam cikgu , saya Nur Alisya Safia , cikgu boleh
panggil saya ‘ Fia ‘ , “ balasku kepadanya . Cikgu itu meminta aku untuk mengambil tempat duduk di
sebelah mamat poyo itu tadi . Aku melihat tanda namanya yang bernama Tengku Aniq . What ?! Ada ke
Tengku sekolah dekat kampung ni . “ Patutla sombong semacam , anak Tengku rupanya , “ monologku .
Pelajar lelaki itu menjeling apabila kami berdua bertentang mata . “ Please , wake up Fia , dia tak suka
kau pun , jangan cepat catch feeling “ , bisikku pada diri sendiri .
Pelajaran Sains bermula pada pukul 8 pagi . Cikgu Zakiya mengajar dengan bersemangat sekali
membuatku tidak cepat mengantuk . Selepas itu diikuti pelajaran Matematik dan Geografi . Bunyi loceng
menandakan waktu rehat telah bermula .Semua pelajar berpusu-pusu pergi ke kantin . “ Aku nak makan
dekat mana ni , “ soalku dalam hati . Tiba-tiba , ada seorang pelajar perempuan menyapa diriku . “ Hai ,
nama aku Farhana . Jom kita kawan nak ? “ soalnya . Tanpa berfikir panjang aku terus mengangguk dan
bersetuju untuk berkawan dengannya . Yela , aku kan tidak ada kawan , kalau orang nak kawan tu terima
jelah .
Di suatu sudut , aku melihat mamat poyo tadi bersama seorang gadis cantik . Farhana menyedari
perbuatanku serentak itu dia memanggil namaku . “ Fia ! Kau termenung apa tu ? Kalau kau nak tahu
diorang tu sweet couple kat sekolah ni . Walaupun diorang dah banyak kali kena tindakan disiplin tapi
diorang tak berubah langsung . Sikit-sikit buat zina lepastu tayang dekat orang pulaktu , “ bebel
Farhana . Aku hanya tersenyum mendengar bebelannya itu .
“ Dahla jom kita pulang ke kelas . Waktu rehat dah nak habis ni , “ kata Farhana . Kami berjalan
berpegangan tangan hingga ke kelas lalu pergi ke tempat duduk masing-masing . Aku mengambil diari
untuk menulis pengalaman aku di sekolah ini . Sedang aku menulis diari , Tengku Aniq menepuk mejaku
menyebabkan tulisanku comot . Aku melihat wajahnya itu mentertawakan diriku . Eee menyampahnya
aku dengan dia ni ! “ Kau tulis apa tu , gemok ? “ soalnya . “ What ? Gemok ? Dasar mulut takde
insurans , “ kataku dalam hati. “ Saya tengah lukis muka awak yang poyo tu , “ balasku . “ HAHAHA ,
kelakar la kau ni . Aku tengok kau ni macam takde skill je dalam melukis , “ tertawanya . “ Ya Allah ,
asallah mamat ni bila gelak auto handsome gila nak mampos even muka poyo memanjang , “ bisikku
dalam hati .
“ Sabar Fia , sabar . Boyfriend orang tu , “ kataku perlahan . Aku perasan bahawa Tengku Aniq
termenung ke arahku . “ Hm , dah kenapa dia ni kena sampuk ke , “ soalku . Kehadiran guru yang
mengajar matapelajaran Bahasa Melayu menghentikan lamunannya . Aku melihat pipinya merona
kemerahan . “ Takkan dia terpaku bila tengok aku kot , “ bisikku perlahan . Aku terkejut apabila dia
menyampuk kata-kataku . “ Kau ingat , kau cantik sangat ke sampai orang nak tergila-gilakan ? Dahla
gemok , “ katanya . Aku membiarkan percakapannya itu berlalu pergi . Aku kena fokus dalam kelas dan
lupakan bahawa ada seorang prince charming disebelahku . Selepas beberapa jam , waktu persekolahan
telahpun tamat .
“ Hi , Fia . Kau berbual apa dengan Tengku tadi ? Aku tengok kau mesra gila dengan dia , “ soal Farhana
sambil berjalan beriringan denganku . “ HAHAHA , takde pape pun . Eh , aku nak tanya . Mulut dia tu
memang tak makan saman ke ek , “ tanyaku kepada Farhana . “ Tengku tu memang mulut macamtu pun.
Tapi waktu tingkatan 1 dulu , dia baik gila dengan semua orang . Waktu tu dia memang friendly gila .
Semenjak dia couple dengan Ameena tu , perangai terus berubah . Ada satu hari tu , parents dia datang
ke sekolah . Diorang nampak datang dari keturunan yang berada . Semua family dia ada vibes fancy
gitew . Parents dia memang goodlooking la , “ terang Farhana . “ Haritu diorang datang ke sekolah sebab
Tengku tu buat hal tapi kan aku tak kesah pasal benda tu , “ sambung Farhana lagi . “ Habistu apa yang
kau kisahkan ? “ sampukku . “ Parents dia naik kereta Alphard kot . Kereta favourite aku tu . Yang aku
pelik waktu tu , parents dia seorang milionare tapi kenapa hantar anak diorang ke sekolah kampung .
Memang tak logik , tapi waktu beberapa hari lepas kejadian tu baru aku tahu sebab apa Tengku tu
dihantar ke sekolah kampung , “ terang Farhana Panjang lebar . Tanpa sempat aku membalas kata-
katanya , aku melihat Atok Awi di pagar sekolah . “ Weh , aku balik dulu tau . Ni phone number aku .
Nanti kau roger tau , aku nak tanya pasal Tengku Aniq tu lagi . Aku minta diri dulu . Bye , “ kataku sambil
melambai tangan ke arahnya .