Secara jujurnya, program galakan membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah telah pun
dilaksanakan semenjak tahun 1999 lagi. Ia adalah usaha murni Kementerian Pelajaran Malaysia
ketika itu. Program yang dimaksudkan adalah program NILAM. NILAM membawa maksud ‘ Nadi
Ilmu Amalan Membaca ‘. Ia mencakupi semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di
sekolah yang melibatkan penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun yang diakhiri
dengan pengiktirafan yang bersesuaian. Program ini telah mula dilaksanakan dengan rasminya
pada tahun 1999 bagi murid tahun satu di sekolah rendah dan tingkatan satu atau peralihan di
sekolah menengah, iaitu melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil
13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
Matlamat dan objektif NILAM adalah untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid serta
menggalakkan mereka agar terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat
membaca. Pelaksanaan program NILAM ini memerlukan penglibatan secara menyeluruh daripada
warga sekolah sama ada murid-murid mahupun guru-guru.
Terdapat tiga komponen dalam program NILAM iaitu membaca dan merekod bahan bacaan,
mengesahkan rekod dan mengumpul data serta memberi pengiktirafan dan ganjaran. Komponen
membaca dan merekod bahan bacaan adalah melibatkan murid sementara komponen
mengesahkan rekod dan mengumpul data serta memberi pengiktirafan dan ganjaran adalah
sepenuhnya di bawah tanggungjawab guru.
Semua sekolah perlu memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak
membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan
pengiktirafan NILAM. Terdapat dua tahap pengiktirafan iaitu tahap JAUHARI dan RAKAN
PEMBACA. Tahap pertama yang dikenali sebagai JAUHARI adalah untuk membina kemahiran
dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat yang mana ia menggalakkan murid
menambah bilangan bacaan mereka sama ada di sekolah rendah atau menengah. Mereka akan
mendapat pengiktirafan gangsa, perak, emas atau NILAM berdasarkan jumlah bacaan.
Manakala tahap RAKAN PEMBACA (RP) pula mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti
membaca. Setelah membaca sejumlah 100 buah buku murid layak memasuki tahap RP. Tahap ini
memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya
membaca. Sebagai contoh, aktiviti bercerita , bicara buku dan ulasan buku. Aktiviti-aktiviti seperti
ini akan menyumbang markah kepada murid yang berada pada tahap RAKAN PEMBACA. Tahap
ini juga akan memberi pengiktirafan gangsa, perak, emas atau NILAM.
Program NILAM yang ditambahbaik ini mula dijalankan secara sepenuhnya mulai sesi
persekolahan tahun 2018. Ia merupakan kesinambungan kepada program NILAM sebelum ini.
Walau bagaimanapun, NILAM yang ditambahbaik ini lebih mementingkan kualiti pembacaan
berbanding kualiti bahan yang dibaca. Ia merupakan gabungan aktiviti pembacaan (kuantiti dan
kualiti bahan) dan juga aktiviti-aktiviti pengayaan selepas pembacaan (peningkatan pengetahuan
dan kemahiran selepas pembacaan) yang mana ia berfokuskan kepada aspek kualiti selepas
pembacaan.
Objektif NILAM yang ditambahbaik adalah untuk melestarikan budaya pembacaan yang berkualiti
sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid, menyediakan murid-murid yang dapat menjawab
soalan yang menguji keupayaan menaakul, membuat refleksi dan menilai melalui aktiviti
pengayaan. Secara umumnya, ia menggalakkan penglibatan semua warga sekolah/ masyarakat/
komuniti setempat/ pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan dalam pelaksanaan program serta
pembinaan tabiat membaca dalam kalangan murid-murid.
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti
galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan
markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
- Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina
tabiat membaca di kalangan murid.
Latihan Imbuhan Awalan and Akhiran
Bulatkan kata berimbuhan yang betul.
1. Pengunjung yang bercuti di Pulau Tioman tidak melepaskan peluang untuk ______di lautnya yang biru.
A berenang B merenangi C merenangkan D perenang
2. Aiman _______ dalam jurusan kedoktoran di Universiti Sains Malaysia.
A ajar B berajar C belajar D pelajaran
3. Din dan ayahnya ______ di pondok itu untuk menunggu buah durian gugur.
A semalam B bermalam C termalam D memalamkan
4. Pekerja itu sedang _______ kawasan pantai yang diancam hakisan.
A tambak B menambak C ditambak D penambak
5. Kilang yang menghasilkan serunding segera itu menggunakan teknologi moden untuk ______ daging.
A diproses B terproses C pemproses D memproses
6. Petani itu _______ air di sawah untuk mencari ikan haruan dan ikan puyu.
A ditimba B penimba C menimba D menimbakan.
7. Pada waktu petang, kelihatan kanak-kanak ______ batas sawah itu untuk pergi mengaji al-Quran.
A titian B meniti C bertiti D dititikan
8. Pihak tentera bersekutu telah _______ kubu pihak pengganas di kawasan.
A bom B dibom C mengebom D pengeboman
9. Pihak berkuasa sedang ______ usaha untuk membanteras kegiatan cetak rompak.
A memperhebat B memperjuang C memperkecil D memperoleh
10. Aina memcuba baju kurung yang baru siap _______ oleh ibunya.
A dilap B digunting C dipotong D dijahit
13. Kebanyakan nelayan di kampung itu menjual hasil tangkapan ikan kepada ______ di pekan.
A pemborong B memborong C diborong D pemborongan
14. Pihak kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas _______ asing yang mendirikan petempatan
setinggan.
A didatangkan B kedatangan C mendatangi D pendatang
15. Lagu yang memenangi kategori irama Malaysia dalam pertandingan itu digubah oleh ___yang terkenal.
A gubahan B penggubah C digubah D menggubah
16. Kerja membaik pulih istana lama itu dilakukan oleh _______ yang mahir.
A catkan B dicat C pengecat D mengecat
17. Petronas telah menawarkan biasiswa kepada ______ yang cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk
melanjutkan pelajaran ke luar negara.
A pelajar B pengajar C mengajar D pelajaran
18. Filem komedi itu _______ serentak ke seluruh negara semasa hari raya nanti.
A tayangan B menayang C tertayang D ditayangkan
19. Akibat ______ melayari internet di pusat siber itu, Nana selalu ponteng kelas tambahan di sekolahnya.
A tagihan B ketagih C penagih D menagih
20. Projek pendalaman sunagi itu _______ untuk mengatasi masalah banjir.
A dilaksanakan B melaksanakan C terlaksana D pelaksanaan
21. Sebanyak 12 orang ______dari universiti Malaya mengikuti program pertukaran pelajar di Japun itu.
A seniman B usahawan C mahasiswi D olahragawati
22. Setiap _______perlulah mematuhi tatacara pemanduan yang betul supaya dapat mengelakkan kecelakaan
jalan raya .
A pemandu B dipandu C berpandukan D pemanduan
23. Masyarakat Melayu di desa masih menggunakan perkhidmatan bomoh untuk ______ pelbagai penyakit .
A ubatan B terubat C perubatan D mengubati
24. Banyak pelancong dari luar negara amat mengagumi kain songket _______ Terengganu .
A tenunan B ditenun C menenun D penenun
25. Kemajuan dari segi material dengan kemajuan dari segi moral harus kita ______ untuk mewujudkan sebuah
A seimbang B diimbang C imbangi D imbangan
26. Kuih seri muka itu saya _______ untuk nenek dan datuk yang baru tiba dari kampung .
A hidangan B hidangkan C dihidang D berhidang
27. Puteri Cempaka Sari bukan sahaja ______ malahan baik budi pekertinya.
A prasejarah B jururawat C jutawan D rupawan
28. _______ itu mempamerkan lakonan yang sungguh berkesan dalam filem “Paloh”.
A Budiman B Seniman C Hartawan D Peragawan
29. _______Normadiah sangat terkenal dalam file-filem Melayu .
A Seniwati B Budayawan C Jurucakap D Peragawati
30. _______ Sharifah Aini sangat terkenal kerana kebolehanya menyanyikan lagu-lagu yang bercorak padang
pasir.
A Posnita B Karyawati C Biduanita D Ilmuan
31. Ain begitu tekun _______lukisan yang dilukisnya itu dengan warna air .
A sewarna B mewarnakan C berwarna D diwarnakan
32. Sejak muda lagi Datin Sharifah gemar melibatkan diri dalam akiviti _______ .
A masyarakat B bermasyarakat C kemasyarakatan D pemasyarakatan
33. Sungai-sungai yang melalui kawasan perindustrian paling kerap _______oleh sisa buangan dari kilang .
A cemar B dicemari C mencemarkan D pencemaran
34. Syarikat penerbitan itu telah _______kekosongan jawatan di syarikat dalam Internet .
A pengiklan B diiklankan C mengiklankan D pengiklanan
35. Kawasan hutan simpan itu terpaksa diterangkan untuk memberikan laluan kpada proses_______
A membangun B pembangunan C dibangunkan D bangunan
36. Kakak Firdaus merupakan graduan _______ Universiti Malaya.
A terlepas B berlepas C kelepasan D lepasan
37. ______ di tangan Karim hanya akan dibuka setelah lukanya benar-benar sembuh.
A Membaluti B Membalutkan C Balutan D Berbalut
38. Pesawat yang mengalami kerosakan itu akhirnya berjaya _______ dengan selamat.
A daratan B mendarat C pendaratan D mendaratkan
39. Puan Saadah menasihati jirannya yang sakit itu agar segera mendapatkan _______ di hospital.
A rawatan B merawat C jururawat D dirawat
40. Setiap kali diadakan _______ Guru Besar akan menyampaikan ucapannya.
A berhimpun B perhimpunan C himpunan D menghimpunkan
41. _______ mencari mangsa yang hanyut di sungai itu masih dijalankan.
A Gerakan B Pergerakan C Bergerak D Tergerak
42. Amira _______ tidak mahu mengikut ibunya ke kebun.
A kekerasan B pengeras C terkeras D berkeras
43. Rozi tidak terpilih untuk menyertai kejohanan itu kerana dia gagal _______ syarat kelayakan yang
ditetapkan.
A melepaskan B melepasi C terlepas D dilepaskan
44. _______ kumpulan itu terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah.
A Pengikut B Ikutan C Berikutan D Berikut
45. Murid-murid itu dinasihati agar _______ pelajaran demi masa depan mereka.
A terutama B keutamaan C diutamakan D mengutamakan
46. Mereka bernyanyi sambil memetik gitar untuk _______ setelah penat bekerja.
A menghibur B berhibur C penghibur D hiburan
47. Pak Andak mengheret kerbaunya itu ke sawah untuk _______ tanah.
A bajak B dibajak C membajak D pembajak
48. Perlanggaran kapal tangki itu menyebabkan laut di sekitar Pulau Jarak _______ .
A bercemar B mencemarkan C pencemaran D tercemar
49. Generasi muda kini merupakan _______ kepada kebudayaan Malaysia yang unik.
A pewaris B warisan C berwaris D mewarisi
50. Nelayan itu pulang ke darat dengan membawa hasil _______ yang banyak.
A menangkap B tertangkap C tangkapan D penangkapan
51. Dewan Bahasa dan Pustaka telah _______ novel penulis Inggeris yang terkenal itu ke dalam bahasa Melayu.
A terjemah B menterjemahkan C terjemahan D penterjemah
52. lampu gasolin telah _______ ruang tanu rumah pusaka peninggalan datuk.
A penerangan B diterangkan C menerangkan D menerangi
53. Masyarakat Iban terkenal dengan _______ tenunan kain pula.
A keindahan B mengindahkan C memperindah D pengindahan
54. _______ di perkampungan nelayan itu pada waktu petang sungguh mendamaikan.
A berpandangan B memandang C pemandangan D pandangan
55. Ikan-ikan bilis itu akan_______ di atas para selama sehari sebelum digred mengikut mutunya.
A mengeringkan B pengeringan C kekeringan D dikeringkan
56. Kepetahan Batrisya berhujah semasa perbahasan itu tidak dapat _______.
A menandingi B ditandingi C bertanding D pertandingan
57. Apabila kapal dagang itu menghampiri Pelabuhan Klang,_______ pun melabuhkan sauh.
A jurumudi B maharaja C prasarjana D tatarias
58. Puan Azah Aziz merupakan tokoh_______ yang memperjuangkan warisan kebudayaan Melayu.
A jelitawan B cendekiawan C budayawan D hartawan
59. Perdana Menteri telah mengingatkan rakyat supaya mengekalkan _______ kaum di Malaysia.
A berpadu B perpaduan C memadukan D paduan
57. Apabila kapal dagang itu menghampiri Pelabuhan Klang,_______ pun melabuhkan sauh.
A jurumudi B maharaja C prasarjana D tatarias
58. Puan Azah Aziz merupakan tokoh_______ yang memperjuangkan warisan kebudayaan Melayu.
A jelitawan B cendekiawan C budayawan D hartawan
59. Perdana Menteri telah mengingatkan rakyat supaya mengekalkan _______ kaum di Malaysia.
A berpadu B perpaduan C memadukan D paduan
60. Dalam kejadian bot karam semalam, hanya _______ nya yang berjaya diselamatkan.
A jurutera B jurubina C juruselam D jurumudi
61. Beberapa orang _______ dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah terpilih untuk mengikuti program
pertukaran pelajar ke Jepun.
A mahadewa B mahasiswa C mahahakim D maharani
62. Rakyat Malaysia sememangnya dikenali sebagai bangsa yang mempunyai _______ yang halus dan bersopan.
A tatasusila B tatanegara C tatarias D tatacara
63. Penonton tidak kering gusi mendengar celoteh _______ pada malam Junjung Kasih itu.
A juruanalisis B juruacara C juruberita D jurubicara
64. Panglima Jono berguru dengan seorang _______ silat yang terkenal di kawasan itu.
A mahameru B mahamenteri C mahakaya D mahaguru
65. Negara itu aman dan damai sejak diperintah oleh_______ yang bijak .
A mahaguru B mahaputera C maharaja D mahahakim
66. Pelajar-pelajar di kolej swasta itu mesti lulus dalam ujian penguasaan Bahasa Inggeris sebagai _______ untuk
melayakkan diri mereka meneima diploma.
A prasekolah B prasyarat C prawacana D prakata
67. Murid-murid yang tinggal di asrama itu sentiasa mematuhi _______ ketika berada di dewan makan .
A tataurusan B tatausaha C tatatertib D tatasuria
68. Kita tidak boleh menyimpan _______ terhadap orang yang kita kenal hati budinya .
A prakata B prasangka C prasetia D prausul
69. Artifak zaman _______ yang ditemui di tanjung Tuan akan dipamerkan di Muzium Negara.
A prasangka B prasyarat C prasejarah D prauji
[Link] pelancong dari luar negeri amat mengagumi kain songket _______ Terengganu.
A jahitan B tenunan C sulaman D anyaman
71. Duit hasil _______ pertunjukan amal itu akan didermakan kepada rumah anak-anak yatim .
A ambilan B kutipan C keluaran D bekalan
72. _______lah perkara-perkara yang tidak bermanfaat kerana perkara tersebut merugikan diri sendiri .
A sertai B depani C jauhi D belakan
73. _______mengutus surat ,enelefon ibunya di kampung pun Idris tidak pernah semenjak bekerja di Kuala
Lumpur .
A Biarkan B Riuhkan C Biasakan D usahkan
74. Buah-buahn tempatan mendapat _______ yang baik di luar negeri .
A hiasan B saluran C jemputan D pasaran
75. Cadangan Encik Arifin itu mesti kamu _______ terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan.
A halusi B jalani C susuri D turuni
76. “Adik tolong _______ buku nota kakak itu,” kata Nadia kepada adiknya.
A biarkan B usahakan C hulurkan D jauhkan
77. Mereka bercadang untuk menjadikan aktiviti berkayak di sungai sebagai aktiviti _______ .
A pinggiran B mingguan C tepian D masakan
78. Sila _______ pas pelawat dengan jelas semasa memasuki bangunan ini.
A pamerkan B tampalkan C padamkan D sembunyikan
79. Ayah dan ibu yang aku _______ berada jauh di desa.
A jauhi B sakiti C ikuti D rindui
80. Lagu-lagu duet nyanyian Tan Sri [Link] dan _______ Saloma masih diminati sehingga ke hari ini.
A posnita B karyanita C biduanita D sejarawan
81. Sekumpulan _______ yang terdiri daripada doktor pakar dan jururawat berlepas ke Kosovo untuk memberi
rawatan percuma kepada mangsa peperangan.
A sukarelawan B dermawan C jelitawan D peragawan
82. Konsert Andalusia _______ [Link] yang diadakan di Stadium Nasional telah mendapat sambutan hangat daripada
peminatnya.
A seniwati B hartawan C pergawan D seniman
83. _______ Zaiton Othman tidak keberatan menyumbangkan tenaganya untuk melatih atlet negara dalam
bidang sukan.
A Wartawati B Olahragawati C Angkasawati D Peragawati
84. Karyawan dan _______ dari seluruh negara telah diundang ke majlis pelancaran buku baru Sasterawan Negara
[Link] Said .
A wartawati B seniwati C karyanita D posnita
85. Tun Doktor Mahathir Mohamad merupakan _______ ulung yang banyak berjasa kepada negara.
A negarawan B usahawan C sejarawan D dermawan
86. Wan bersikap _______ kerana sanggup mendermakan sebahagian daripada hatinya kepada Afiq.
A hartawan B dermawan C ilmuan D budiman
87. Suatu ketika dahulu, _______ Normadiah merupakan primadona Melayu yang terkenal.
A angkasawati B seniwati C sukarelawati D wartawati
88. Puteri Intan bukan sahaja gadis _______ malahan mempunyai tingkah laku yang terpuji.
A rupawan B budayawan C cendiakawan D karyawan
89. Para _______ mengakui bahawa telah wujud petempatan manusia di Tanjung Tuan pada abad ke-17.
A dermawan B hartawan C budayawan D sejarawan
90. Rumah Asmah terletak ______ sekolah.
A dekat B mendekat C didekatkan D berdekatan
91. Razman _______ dengan sahabatnya di pusat membeli-belah.
A menemui B menemukan C bertemu D ditemui
92. Kami bercadang untuk ______ tentang masalah-masalah dalam persatuan ketika mesyuarat esok.
A membincangkan B bincangkan C membincang D berbincang
93. Ayah sedang ______ motosikalnya yang rosak.
A baiki B membaiki C dibaiki D memperbaiki
94. Pekerja-pekerja itu sedang _______ kawasan rekreasi itu.
A memperindah B mengindah C indahkan D memperindahkan
95. ______ system itu telah mendapat bantahan daripada penduduk tempatan.
A Perlaksanaan B Pelaksanaan C Melaksanakan D Terlaksana
96. Sudah lama saya tidak ______ Azman surat.
A utuskan B mengutuskan C utusi D mengutusi
97. “Tiang-tiang pagar itu akan saya ______ sepanjang kawasan kebun ini,” kata Pak Dol.
A memacakkan B dipacakkan C pacakkan D pacakan
98. Murid-murid itu akan ______ kursus motivasi di Dewan universiti Islam Antarabangsa.
A menjalankan B berjalan C jalani D menjalani
99. Menteri itu _______ pelbagai soalan oleh para wartawan.
A mengajukan B ajukan C diajukan D mengaju
91. Razman _______ dengan sahabatnya di pusat membeli-belah.
A menemui B menemukan C bertemu D ditemui
92. Kami bercadang untuk ______ tentang masalah-masalah dalam persatuan ketika mesyuarat esok.
A membincangkan B bincangkan C membincang D berbincang
93. Ayah sedang ______ motosikalnya yang rosak.
A baiki B membaiki C dibaiki D memperbaiki
94. Pekerja-pekerja itu sedang _______ kawasan rekreasi itu.
A memperindah B mengindah C indahkan D memperindahkan
95. ______ system itu telah mendapat bantahan daripada penduduk tempatan.
A Perlaksanaan B Pelaksanaan C Melaksanakan D Terlaksana
96. Sudah lama saya tidak ______ Azman surat.
A utuskan B mengutuskan C utusi D mengutusi
97. “Tiang-tiang pagar itu akan saya ______ sepanjang kawasan kebun ini,” kata Pak Dol.
A memacakkan B dipacakkan C pacakkan D pacakan
98. Murid-murid itu akan ______ kursus motivasi di Dewan universiti Islam Antarabangsa.
A menjalankan B berjalan C jalani D menjalani
99. Menteri itu _______ pelbagai soalan oleh para wartawan.
A mengajukan B ajukan C diajukan D mengaju