KEPENTINGAN KEMAHIRAN PENGAJARAN AMALI DALAM PENGAJARAN 1.
0 Pendahuluan Pendidikan merupakan kunci kepada usaha membangunkan masyarakat dan negara. Masyarakat yang terdidik secara menyeluruh dan seimbang yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara adalah produk daripada pendidikan berkualiti yang selaras dengan keperluan negara dan kehendak semasa (Mohamed Nor, 1990). Proses untuk melahirkan masyarakat yang terdidik ini perlu dimulakan seawal mungkin yang boleh. Guru memainkan peranan yang penting untuk mendidik pelajar dalam melahirkan seorang insan atau generasi yang berketrampilan, mahir, berkebolehan, inovasi, kreatif, bertanggungjawab serta bermoral tinggi. Sebagai seorang guru yang profesional mereka hendaklah sentiasa menambahkan pengetahuan dan kemahiran pengajarannya. Berhubung dengan guru pelatih Kemahiran Hidup, aspek pengurusan bengkel, kemahiran menggunakan alat tangan dan mesin adalah amat penting. Ini kerana mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan satu cabang pendidikan teknik dan kejuruteraan, yang mementingkan kerja-kerja amali yang merangkumi bidang kemahiran teknologi pada peringkat asas. Selain itu, penggunaan alat bantu mengajar di dalam bengkel perlu dipraktikkan untuk meningkatkan minat dan proses pemahaman pelajar. Guru-guru pelatih seharusnya mempersiapkan diri mereka dengan segala ilmu pengetahuan dan juga kemahiran semasa menjalani kursus perguruan. Menurut Werd (1991), guru tanpa latihan menghadapi masalah untuk mengendalikan kelas dengan baik. Sekiranya guru tidak dapat mengawal kelas dengan baik dan murid-murid akan menghadapi masalah di mana mereka tidak dapat belajar dengan sempurna. Menurut Mohd bin Ali (1996) sebanyak 73.1% guru Kemahiran Hidup mempunyai masalah dari segi kemahiran teknikal terutamanya semasa membuat demonstrasi di hadapan [Link] sebab itu, seseorang guru harus menyediakan dirinya terlebih dahulu sebelum masuk ke alam penguruan. Pengurusan bengkel sebagai contoh, penting dan menjadi tanggungjawab guru-guru Kemahiran Hidup untuk memastikan bengkel berada dalam keadaan sempurna. Jika guru-guru tidak dapat menguasai dan menjalankan tugas dengan baik, maka masalah seperti peralatan dan mesin yang rosak dan tidak mencukupi semasa mengadakan amali, pembaziran penggunaan bahan kerja amali, kawalan stor, penyusunan, kemalangan berlaku dan menjadikan peruntukan kewangan bertambah dan seterusnya perkhidmatan yang diberikan tidak seperti apa yang telah dirancang pada awalnya. Pihak Kementerian Pelajaran telah menyediakan pelbagai alat bantu mengajar yang berteraskan teknologi di sekolah-sekolah di negara untuk memudahkan guru-guru terutamanya guru pelatih menggunakan kemudahan teknologi tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Abu Zahari (1987), guru pelatih kurang berketerampilan dengan tugasnya. Ramai di kalangan
mereka yang kurang mahir dan kreatif untuk menggunakan kaedah pengajaran yang efektif bagi menyampaikan isi pengajaran tersebut. Para guru terutamanya guru pelatih perlu mempunyai inisiatif dan kreativiti dalam menghasilkan alat bantu mengajar supaya pelajar berminat untuk mengikuti proses pengajaran mereka. Seorang guru juga harus mahir dalam mengenal pasti, membuat keputusan untuk memilih bahan bantu mengajar yang paling berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Melalui penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai, pembelajaran akan dapat menarik minat, perhatian para pelajar, dan menimbulkan rasa ingin tahu yang mendalam terutamanya pengajaran yang dilaksanakan di bengkel. Oleh itu, adalah menjadi tugas guru untuk menggunakan alat bantu mengajar untuk memberikan pemahaman yang jelas kepada pelajar tentang apa yang diajari. Menurut Ford (1982), menyatakan bahawa pengalaman secara terus yang dialami oleh seseorang membolehkan perkataan dan simbol memberi makna kepadanya. Sesuatu bahan dengan sendirinya tidak dapat menghasilkan sebarang perubahan terhadap pembelajaran tetapi guru yang mahir menggunakan bahan itu boleh memberikan kesan yang berkekalan. Beliau juga menyatakan bahawa guru yang mahir menggunakan bahan pengajaran bukan sahaja seorang pelukis yang dapat mereka bahan pengajaran tetapi juga adalah pelukis yang boleh memahami perbezaan individu. Secara umumnya, guru pelatih Kemahiran Hidup diharapkan dapat mendalami pengetahuan dan kefahaman mengenai matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup, menguasai isi kandungan sukatan pelajaran ini melalui strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta mempraktikkan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Walaupun struktur sukatan pelajaran pedagogi ini merangkumi semua aspek yang perlu dikuasai oleh guru pelatih namun, sebahagian guru pelatih kurang memahami atau keliru tentang perancangan persediaan mengajar dan pelaksanaannya. Ada juga yang kurang memahami tentang kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah (Ramachandran, 2005). Justeru itu, kemahiran guru pelatih mengajar berdasarkan pengetahuan pedagogi dalam pengajaran amali merupakan aspek yang penting untuk memastikan guru pelatih mempunyai ilmu pegetahuan dan kemahiran yang akan di bawa ke sekolah dan menjadi penentu kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran yang akan di laksanakan kelak. 2.0 Pernyataan Masalah Kemahiran guru merupakan asas yang penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat di laksanakan dengan berkesan. Oleh yang demikian, satu kajian perlu dijalankan untuk mengkaji kemahiran guru pelatih 4SPH dalam pengajaran amali di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai dari aspek kemahiran melakukan kerja amali, pengurusan bengkel, pengetahuan pedagogi dan juga pengendalian alat bantu mengajar. 3.0 Persoalan Kajian
Matlamat kajian adalah untuk mendapatkan jawapan-jawapan terhadap beberapa persoalan kajian seperti berikut:
a.
b.
c.
d.
Apakah tahap kemahiran guru pelatih 4 SPH dalam melakukan kerja amali? Apakah tahap kemahiran guru pelatih 4SPH dalam pengurusan bengkel? Apakah tahap kemahiran guru pelatih 4SPH dalam mengajar berdasarkan pengetahuan pedagogi dalam pengajaran amali? Apakah tahap kemahiran guru pelatih 4SPH dalam mengendalikan alat bantu mengajar dalam pengajaran amali?
4.0 Metodologi Kajian Rekabentuk kajian adalah kaedah bagi membolehkan maklumat diperolehi untuk menjawab masalah kajian yang dibina dan merupakan keseluruhan rangkakerja penyelidikan bagi menjawab dan mencapai objektif kajian. Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif di mana tinjauan dibuat bagi mendapatkan maklumat. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat utama bagi mengumpul data secara kuantitatif. Soal selidik juga digunakan kerana soal selidik membolehkan sampel lebih rela memberikan maklumbalas yang benar, bebas dan mengurangkan kesilapan yang diakibatkan oleh catatan penyelidik yang salah (Burns, 2000). Tunkmen (1988), menyatakan soal selidik juga merupakan satu instrumen yang kerap digunakan dalam kajian deskriptif menerusi kaedah ini, kerjasama daripada responden senang diperolehi. Lokasi Kajian Lokasi kajian yang dipilih ialah Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Lokasi ini dipilih kerana amat sesuai dengan tajuk kajian yang dijalankan dan hanya mewakili guru pelatih tahun 4 kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di UTM, Skudai sahaja. Responden Kajian Populasi sasaran bagi kajian ini adalah guru-guru pelatih tahun 4 kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan UTM, Skudai, Johor. Jumlah keseluruhan populasi ini adalah seramai 130 orang. Menurut Morgan (1992), sekiranya bilangan populasi adalah seramai 130 orang maka bilangan minimum sampel yang diambil ialah 97 orang. Dengan itu, jumlah sampel yang diperlukan dalam kajian ini ialah seramai 97 orang. Menurut Fraenkel dan Wallen (1996), pemilihan sampel adalah satu aspek yang penting dalam membuat penyelidikan. Sehubungan itu, pemilihan sampel yang dibuat hendaklah menepati ciri-ciri populasi kajian agar dapatan kajian dapat digeneralisasikan. Kaedah persampelan yang digunakan di dalam kajian ini adalah pensampelan rawak mudah. Jadual 1 : Jumlah responden kajian Responden Jumlah populasi Jumlah
Guru pelatih 4SPH Jumlah keseluruhan
130 130
responden 97 97
Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Menurut Mohd Majid Konting (1990), penggunaan soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan oleh sampel kerana ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku penyelidik. Item-item soal selidik ini merupakan sebahagian daripada item-item soal selidik kajian yang telah dilakukan oleh Ng Choon Lan (2006) yang telah diubahsuai mengikut keperluan soalan kajian. Set soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A yang mengandungi item-item soal selidik yang merangkumi soalan berkaitan demografi responden dan Bahagian B pula terdiri daripada item-item berkaitan dengan persoalan kajian yang ingin dicapai. Huraian kandungan bagi setiap bahagian adalah seperti berikut: Bahagian A: Latar Belakang Responden Dalam bahagian A maklumat yang diperlukan adalah berkaitan dengan biodata responden seperti jantina, kumpulan etnik, kelulusan tertinggi, keputusan CPA tertinggi di Universiti. Responden dikehendaki memberikan maklumat berkaitan diri mereka dengan menandakan ( / ) pada ruang jawapan yang disediakan. Bahagian B : Item Soal Selidik Kajian. Bahagian ini digunakan untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan objektif kajian yang telah dinyatakan iaitu berkenaan dengan tahap kemahiran guru pelatih 4SPH Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Terdapat 36 soalan dalam bahagian B dan dibahagikan kepada empat bahagian mengikut persoalan kajian yang ingin dikaji Jadual 2: Kandungan Soal Selidik Bahagian B Persoalan Kajian 1) Kemahiran guru pelatih 4 SPH dalam melakukan kerja amali 2) Kemahiran guru pelatih 4SPH dalam pengurusan bengkel 3) Kemahiran guru pelatih 4SPH dalam mengajar berdasarkan Item 1 hingga 10 11 hingga 20 21 hingga 30 Bilangan Item 10 10 10
pengetahuan pedagogi 4) Kemahiran guru pelatih 4SPH dalam mengendalikan alat bantu mengajar
31 hingga 40
10
Soal selidik yang digunakan menggunakan skala Likert dengan lima pilihan jawapan. Menurut Philips (1971), skala likert merupakan satu skala yang dinyatakan secara berperingkat-peringkat, mudah dibina dan jawapan yang diberikan memenuhi kehendak penyelidik. Setiap item tersebut mempunyai skor seperti mana yang telah ditetapkan seperti dalam jadual 3.3. Jadual 3 : Pengkelasan Skala Likert Skala Likert Sangat tidak setuju (STS) Tidak Setuju (TS) Tidak Pasti (TP) Setuju (S) Sangat Setuju (SS) Analisis Data Semua data yang akan dikumpulkan melalui soal selidik merupakan data mentah yang akan disemak untuk memastikan semua item telah dijawab mengikut arahan atau syarat yang ditetapkan. Data-data tersebut akan dianalisis menggunakan kaedah perisian Statiscal Package for Social Science SPSS versi 11.5 for window untuk mendapatkan maklumat berangka dalam memberikan keputusan terhadap hasil penyelidikan. Kaedah yang akan digunakan untuk memproses data adalah berdasarkan peratusan dan min kerana lebih mudah dan ringkas. Bagi memudahkan proses analisis data mengenai dapatan kajian dibuat, lima peringkat Skala Likert diringkaskan menjadi tiga peringkat sahaja iaitu setuju, tidak pasti dan tidak setuju. Peratusan setuju merangkumi jumlah peratusan sangat setuju dan setuju, bagu tidak setuju pula berdasarkan jumlah peratusan jawapan tidak setuju dan sangat tidak setuju manakala nilai peratusan tidak pasti mewakili peratusan tidak pasti. Jadual 3.4 di bawah merupakan skala pemeringkatan bagi Skala Likert. Jadual 4: Skala Pemeringkatan Skala Sangat tidak setuju (STS) Tidak Setuju (TS) Tidak Pasti (TP) Skor 1 2 3 Skala Tidak Setuju (TS) Tidak Pasti (TP) Skor 1 2 3 4 5
Setuju (S) Sangat Setuju (SS)
4 5
Setuju (S)
Melalui kaedah ini penyelidik dapat mengenalpasti tahap kemahiran guru pelatih 4SPH Fakulti Pendidikan UTM, Skudai. Bagi memudahkan penentuan tahap kemahiran guru-guru pelatih tersebut data yang diperolehi akan dianalisis dan dikelaskan mengikut skor min berikut. Jadual 5: Tahap Analisis Min Tahap Rendah Sederhana Tinggi 5.0 Perancangan dan Tempoh Kajian Kajian ini mengambil masa selama 12 bulan untuk disiapkan. Berikut adalah tarikhtarikh yang telah dan akan diadakan bagi menyelesaikan kajian ini: Min 1 hingga 2.33 2.34 hingga 3.66 3.67 hingga 5.00
a. Februari 2010 penyiapan proposal kajian, tinjauan literatur, metodologi b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. l.
kajian, dan perbincangan kumpulan penyelidik yang terlibat. Mac 2010 mengesahkan dan tempat kajian serta menentukan responden kajian yang akan terlibat April 2010 pembinaan instrumen penyelidikan dan pengedaran kepada responden kajian Mei 2010 pengumpulan dan penyusunan data Jun 2010 analisis data Julai 2010 analisis data Ogos 2010 laporan dan perbincangan data September 2010 laporan dan perbincangan data Oktober 2010 penulisan laporan akhir November 2010 penulisan laporan akhir Disember 2010 pembentangan hasil kajian dalam seminar dan persidangan Jan 2011 penyerahan laporan akhir kajian
6.0 Jangkaan Hasil Kajian Antara jangkaan hasil kajian adalah:
a. Menentukan apakah tahap kemahiran guru pelatih UTM dalam melakukan
kerja amali, b. Menentukan apakah tahap kemahiran guru pelatih UTM dalam pengurusan bengkel,
c. Menentukan apakah tahap pengetahuan pedagogi guru pelatih dalam d. Menentukan
pengajaran amali, apakah tahap kemahiran guru pelatih mengendalikan alat bantu mengajar dalam pengajaran amali. UTM dalam
7.0 Sumber Rujukan Abdul Aziz Ibrahim (1993). Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kejuruteraan Awam di Politeknik-politeknik Malaysia. Satu tinjauan. UTM: Tesis Ijazah Sarjana Muda. Abdul Ghafar Md. Din (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Abdul Ghani Md. Nor (1991). Mengkaji Masalah-masalah yang diharap oleh Guruguru Pelatih Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan UTM Semasa Latihan Mengajar. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana Muda. Abdul Rahim Abdul Rashid (1992). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Abdul Rahim Bin M. Ali (2001). Ilmu Pendidikan DPM, Pendidikan di Malaysia dan Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publication dan Distributors Sdn. Bhd. Abdul Rahim Abd. Rashid (2000). Wawasan dan Agenda Pendidikan. Edisi pertama. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdul Rahman Aziz (1995). Motivasi dan Perhubungan Diri. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Abdul Raof Dalip dan T. Subahan Mohd. Meerah (1991). Isu-Isu Latihan Mengajar. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Abu Zahari Abu Bakar, et. al (1987). Pandangan murid-murid Sek. Men. Terhadap Sifat Keguruan Guru-Guru Pelatih UTM. Kertas dibentang di bengkel Latihan Mengajar Antara Universiti ke 4, Anjuran Jawatankuasa Latihan Mengajar Antara Universiti. Dikelolakan oleh Universiti Teknologi Malaysia. Adzman Bin Mohd Jani (2003). Penggunaan ABM Di dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran, Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah, Seremban Timur, Seremban Negeri Sembilan. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Amrul Ismail (1995). Pretasi Rendah Di Kalangan Pelajar dalam Mata Pelajaran Lukisan Geometri & Penyamanan Udara. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana Muda. Asmah Hj. Ahmad (1989). Pedagogi I. Edisi Pertama. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Atan Long (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Atan Long (1980). Pedagogi: Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Baker (1982). School for Advanced Studies. Bristol: University of Bristol. Best & Kahn (1998). Research in Education. 8th Edition. Manchester: Allyn & Bacon. Brech E. F. L. (1975). Organization of the Framework of Management. London: Longman Cren and Company. Burns, R.B. (2000). Introduction to Research Method. Fourth Edition. Frenchs Forest: Pearson Education Australia Pty Limited. Chan Kwang Chow (2002). Kemahiran Mengajar Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT) dalam Kemahiran Hidup Bersepadu di Kalangan Guru-Guru Wanita di Sekolah Menengah Melaka. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana Muda. Ee Ah Meng (1989). Pedagogi Satu Pengenalan. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ee Ah Meng (1993). Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ee Ah Meng (1995). Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ee Ah Meng (1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Eric Hoyle (1980). Prodesionalzation and Deprofessionalization in Education. World Yearbook of Education. Farrant, J.S. (1981). Prinsip Dan Amali Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Gagne R. M. (1970). The Condition of Learning. 2nd Edition. New York: Holt Rinehart and Winston Incorporation. George, D. dan Mallery, P. (1995). SPSS/PC+ Step by Step. California: Wadsworth Publishing Company. Iza Idris (1986). Penggunaan APD/ABM dalam Pengajaran Lisan di Peringkat Sekolah Menengah Atas (satu Analisis) Universiti Pertanian Malaysia. Ku Zamil Bin Ku Bulat (1999). Setakat Manakah Guru-Guru Mempunyai Kemahiran untuk Mengajar Matapelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Kebangsaan di dalam Zon Sentul, Kuala Lumpur. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana Muda. Kamarudin Hj. Husin (1989). Pedagogi 3. Selangor: Longman Sdn. Bhd. Kamaruzaman Abdul Karim (1995). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Di Sekolah Menengah Harian Di Daerah Alor Gajah, Melaka. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1994). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kyasudeen Abdul Majid (1989). Ke Arah Mempertingkatkan Pengajaran Mikro dibentangkan di Bengkel Maklum Balas Latihan Mengajar. Fakulti Sains: Universiti Teknologi Malaysia. Lee Shok Mee (1989). Kursus Perguruan Alam dan Manusia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Lee Pau Wing (1993). Guru dan Profession Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Linberk R. John (1972). Practice Guide to Industrial Art Education. New York: The Centre for Applied Research in Education Inc. Masrizal Bin Satute (2003). Kesediaan Guru-guru Bukan Opsyen Melaksanakan Program MPV di Sekolah-Sekolah Menengah Akademik Negeri Johor dan Melaka. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana Muda.
Mohd bin Ali (1996). Masalah Pengendalian Matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu oleh Guru Bukan Opsyen dan Cadangan Cara Mengatasinya di Daerah Kulim. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana Muda. Mohd. Bakari Zakaria (1994). Satu Tinjauan Ke Atas Permasalahan Dalam Pelaksanaan Mata Pelajaran KHB dan Cara Mengatasinya di Beberapa Buah Sekolah Menengah di daerah Johor Baharu. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan. Edisi Pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kementerian Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Mohd. Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Edisi Pertama. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Shukri Mohd Shariff (1999). Tahap Keyakinan Diri Guru-Guru Lepasan STP( A,E & J) UTM Dalam Mengajar Mata pelajaran Kejuruteraan & Bukan Kejuruteraan di Sek. Men. Akademik Di Pulau Pinang. Satu Tinjauan. UTM: Tesis Sarjana Muda Mohamed Nor Che Nor (1990). Asas-asas Pendidikan Satu Pengenalan. Petaling Jaya: FLO Enterprise Sdn. Bhd. Mook Soon Sang (2003). Pedagogi untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Molstad, J. (1974). The role of Instructional Technology In Higher Institution in the united states. kertas kerja yang dibentangkan dalam international Conference On teaching learning process in universities, USM. Morgan (1992). Analysis of Quarted Respone Data. London: Chapman & Hall. Morphet, D. E., R. I. Dan Reller, T. L. (1982). Educational Organization and Administration. New Jersey: Engle Wood Cliffs. Muhamad Sobri Bin Hussin (2000). Kajian Terhadap Kepentingan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Sekolah Menengah Teknik. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Ng Choon Lan (2006). Persepsi Pelajar Perdana SPH (UTM) terhadap Persediaan Mengajar KHB di Sekolah Menengah. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Nicholas, C. W. dan Gorman, C. V. (1977). The Heart of Instruction: Classroom and Laboratory Management. Ohio: Department of Education Division of Vocational. Noraziah Abdul Hamid (1981). Alatan Mengajar dalam Pengajaran Bahasa Malaysia. Dalam Seminar Perguruan Dis. 1981. Universiti Malaysia. Hlm. 26-30 Nordin Idris (1991). Pengisian Misi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Fariza binti Md. Sohin (2002). Pengurusan Keselamatan Bengkel di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Aliran Jentera di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Satu Tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis Sarjana Muda. Omardin Ashaari (1999). Pengajaran Kreatif untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Petikan Utusan Melayu. Guru Berkualiti Kuasai Kemahiran dan Pengetahuan. 16 Mei 2002. Petikan Utusan Melayu. Guru Pelatih ada yang Tidak Layak Mengajar. 31 Oktober 2004.
Philips B. S. (1971). Sicial Research, Strategy and Tactics. New York: collier Macmillan Canada Ltd. Pruitt dan William (1982). Systematic Approaches to Planning Organising and Utilizing of Mecahanic Laboratories. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ramachandran (2005). Persepsi Guru Pelatih tentang Keberkesanan Pelaksanaan Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) dalam Membantu Mereka Menjalani Program Praktikum. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana Muda. Ramlah Hamzah (1993). Persepsi dan Masalah Guru-guru Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Jurnal Pendidikan Guru. Bil. 9, 50-69. Rosini dan Ramlah (1998). Pedagogi 1 : Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Shahbudin Tuan Hassan (1998). Meninjau Permasalahan Guru-guru Kemahiran Hidup Dalam Pengurusan Bengkel di Sekolah-sekolah Rendah di Daerah Kulim dan Bandar Baru. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda Sharifah Alwiah Alsagoff (1983). Ilmu Pendidikan: Pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia). Sharifah Alwiah Alsagoff (1984). Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Heinemann Asia. Sharifah Alwiah (1986). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Shukor Abdullah (1991). Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Fatimah Yaakub (2000). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Prestasi Pelajar Dalam Matapelajaran Lukisan Teknik. Satu tinjauan di 4 buah Sekolah Menengah Akademik Biasa. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda .Tidak Diterbitkan. Subahan Mohd Murah dan Ab. Raof Dalip (1991). Isu Latihan Mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Suhaimi Abdul Hamid (1995). Penyenggaraan Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu (Kemahiran Manipulatif ) di Sekoalah Menengah Daerah Gombak. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda Tunkmen, W.B (1988). Conducting Education Reasearch. New York: Harcout Jovanovick. Wan Mohd Zahid Bin Wan Moh Noordin (1993). Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai Publishing Sdn. Bhd. Yahya Abd. Hamid (1989). Pengurusan Workshop. Petaling Jaya: IBS Buku Yusup Hashim (1997). Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Zaidatol Akmaliah dan Habibah Ellias (1990). Strategi pengajaran Kemahiran Hidup Perdagangan dan Keusahawanan KBSM. Edisi Kedua. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Zaidatol Akmaliah Lope Pilie (1990). Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur: Muin Entreprise. Zainal Abidin Ahmad. (1993). Proses Pembuatan Jilid II. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Zulkifli Thahir (1995). Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup di Sekolah-sekolah Menengah Daerah Pontian. Satu Tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda
10
11