TEKS PENGACARA
TEMPAT : DAB
PERKARA TEKS
Terima kasih diucapkan kepada para hadirin yang sudi hadir ke
…………………………………………………………………………
Pihak majlis mohon agar para hadirin dapat menukar mod
telefon bimbit kepada mod senyap agar majlis dapat berjalan
lancar.
Hadirin juga diminta untuk berdiri semasa ketibaan tetamu
kehormat dan terus berdiri bagi menyanyikan lagu negaraku dan
lagu negeri pulau pinang.
Kerjasama para hadirin amat kami hargai. Terima kasih.
Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan
Yang berusaha, En Mohd Saat bin Abas, Timbalan Pengarah
IPG Kampus Tuanku Bainun, Dr. Rohani Md Zain, Pengerusi
Jawatankuasa Kecemerlangan, En Othman Che Man, Penolong
Pengerusi Jawatankuasa Kecemerlangan dan Pn. Hairiah Binti
Munip Pengerusi Jawatankuasa IPG Lestari.
NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN PULAU PINANG
Kata-kata aluan Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Basmallah pembuka bicara.
Assalamualaikum [Link] dan selamat sejahtera.
Yang berusaha Tuan Timbalan Pengarah IPG Kampus Tuanku
Bainun, Encik Saat Bin Abas, Dr Siti Rohani Md Zain, Pengerusi
Jawatankuasa Kecemerlangan, En Othman B. Che Man,
Penolong pengerusi Jawatankuasa Kecemerlangan, Pn Hairiah
Binti Munip, Pengerusi Jawatankuasa IPG Lestari, Ketua-ketua
jabatan, ketua-ketua unit, pensyarah-pensyarah kanan, para
pensyarah, serta siswa siswi pendidik.
Bacaan doa Pasrah memohon semoga majlis diberkati Ilahi, Doa dipohon
tangan ditadah, Semoga majlis indah jalannya dipermudah.
Bagi memakmurkan lagi majlis kita yang penuh syahdu ini,
majlis menjemput saudara Muhammad Fahmi bin Badrul
Hisyam bagi mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.
Amin amin ya Rabbal Alamin.
Terima kasih diucapkan kepada saudara Muhammad Fahmi bin
Badrul Hisyam atas bacaan doa sebentar tadi.
UCAPAN ALU ALUAN
TIMBALAN Tidak molek rasanya jika yang dijemput sudah hadir tetapi tidak
PENGARAH berbicara, tidak lengkap majlis ini jika kita tidak mendengar kata-
katanya.
Dengan ini majlis dengan penuh takzimnya menjemput En Saat
bin Abas, Timbalan Pengarah IPGK Tuanku Bainun bagi
menyampaikan ucapan alu-aluan
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
-------------------------------------------------------------------------------------
---------------------
Terima kasih diucapkan kepada En Saat bin Abas, Timbalan
Pengarah IPGK Tuanku Bainun atas ucapan beliau sebentar
tadi
Multimedia Montaj HADIRIN SEKALIAN,
Marilah sama-sama kita hayati persembahan multimedia yang
merakamkan perjalanan sepanjang
program……………………………………….. ini berlangsung.
UCAPAN TIMBALAN Tidak molek rasanya jika yang dijemput sudah hadir tetapi tidak
PENGARAH berbicara, tidak lengkap majlis ini jika kita tidak mendengar kata-
katanya.
Dengan ini majlis dengan penuh takzimnya menjemput En Saat
bin Abas, Timbalan Pengarah IPGK Tuanku Bainun bagi
menyampaikan ucapan alu-aluan
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
-------------------------------------------------------------------------------------
---------------------
Terima kasih diucapkan kepada En Saat bin Abas, Timbalan
Pengarah IPGK Tuanku Bainun atas ucapan beliau sebentar
tadi
PENYAMPAIAN Hadirin yang dihormati,
HADIAH Menjadi resam gadis srikandi
Berani berjuang, pertahan diri
Menyerah kalah pantang sekali
Bukan setakat kata dan puji
Jasa dan budi kekal abadi
Menjadi kenangan tersisip di hati
Kini telah tiba masa untuk majlis penyampaian hadiah dan
cenderamata
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………..
Terima kasih diucapkan kepada tuan timbalan pengarah di atas
kesudian beliau menyampaikan hadiah dan cenderamata
sebentar tadi.
Hadirin warga dewan,
Buat makluman hadirin hadirat sekalian, program DECHATON
ini merupakan singkatan daripada………………………….
UCAPAN Seterusnya, majlis sekali lagi menjemput dan mempersilakan
PERASMIAN yang berusaha Tuan Timbalan pengarah IPG Kampus Tuanku
PENUTUPAN OLEH Bainun bagi merasmikan majlis penutupan program…….
TIMBALAN
PENGARAH
Perarakan Keluar VIP Berlayar berbelok-belok,
Sauh dibongkar ditempat tenang,
Yang tinggal hati tak elok,
Yang pergi hati tak senang.
Hadirin dan hadirat yang dihormati, kini kita sudah tiba
dipenghujung majlis.
Dengan ini, hadirin diminta untuk berdiri bagi menyanyikan lagu
IPGM.
Mengumumkan, perarakan keluar Encik Saat bin abas Timbalan
Pengarah IPGK Tuanku Bainun diiringi oleh Dr Siti Rohani Md
Zain, Pengerusi Jawatankuasa Kecemerlangan, En Othman B.
Che Man, Penolong pengerusi Jawatankuasa Kecemerlangan,
Pn Hairiah Binti Munip, Pengerusi Jawatankuasa IPG Lestari,
……… SERTA DIF-DIF KEHORMAT.
Diharapkan Majlis Graduasi Prasekolah Mithali IPG Kampus Tuanku Bainun dapat
mencungkil bakat dan potensi sedia ada dalam diri anak-anak cilik sehingga mampu
melahirkan graduasi yang mantap dan cemerlang dalam setiap aspek perkembangan
mereka.
Akhir kalam, kami selaku pengacara majlis memohon beribu kemaafan andai ada
kekurangan sepanjang mengendalikan majlis Graduasi Prasekolah Mithali pada hari ini.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Mengumumkan perarakan keluar Tuan pengarah / timbalan pengarah IPG kampus Tuanku
bainun, Dr Sazali bin Yusof / En Mohd saat Bin abbas serta dif-dif kehormat keluar dewan.