NAMA: NURUL NADIA BINTI MOHD ZAYID
[Link]: 23003469
SUBJEK: PIC1005 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
TASK 1
TASK 2
Perkembangan prenatal ialah proses pertumbuhan dan perkembangan janin dalam
kandungan semasa megandung. Perkembangan ini terdiri daripada tiga peringkat utama iaitu
peringkat pertama adalah peringkat zigot yang bermula dengan persenyawaan apabila sperma
bertemu dengan telur zigot (sel persenyawaan) mula membahagi dan membentuk blastokista.
Peringkat kedua iaitu peringkat embrio yang bermula kira-kira dua minggu selepas persenyawaan
dan berlangsung sehingga kira-kira lapan minggu. Pada peringkat ini, organ utama seperti jantung,
otak dan sistem saraf mula terbentuk. Peringkat ketiga pula iaiti peringkat janin yang bermula kira-
kira lapan minggu selepas persenyawaan dan berterusan sehingga kelahiran. Pada peringkat ini,
organ dan system badan berkembang lebih jauh dan janin membesar menjadi bayi yang bersedia
untuk dilahirkan.
Berdasarkan video yang diberikan, pada peringkat pertama, proses pemindahan maklumat
daripada setiap sel seperti warna rambut sehingga ciri-ciri pada masa hadapan akan berlaku dalam
masa 24 jam. Selepas itu, berlaku proses pembahagian sel antaranya sel dua, empat, lapan dan
seterusnya membentuk embrio selepas seminggu sel akan bergerak dari ovari ke uterus bagi
menjalani proses pembahagian dua sel, separauh menjadi bayi dan separuh membentuk plasenta
yang membawa makanan, oksigen serta bahan buangan. Pada minggu ke empat, sel berkembang
menjadi bahagian kecil dan membesar sepantas 1 juta sel per saat. Pada waktu ini, tulang belakang,
jantung dan otak sudah mula dilihat dengan jelas walaupun hanya sebesar biji kas-kas.
Seterusnya, pada bulan kedua iaitu antara minggu ke 4 hingga 5 jantung bayi mula
berdegup dan saiz bayi 10 kali lebih besar daripada sebelumnya. Pada waktu ini sangat penting
bagi perkembangan neurologikal kerana otak bayi sudah mula berkembang dengan kadar 100000
sel pada setiap minit. Sekiranya ibu bayi mengambil minuman keras (alkohol), dadah, mengalami
tekanan perasaan atau trauma yang melampau akan menjejaskan otak kecil bayi. Perkara ini akan
memberi kesan kepada masalah penyelesaian matematik di peringkat sekolah atau akan mendapat
penyakit skizofrenia pada umur 40 tahun akan datang. Namun sebaliknya, jika ibu sentiasa
mengamalkan gaya hidup sihat dan mempunyai masa rehat yang cukup, otak bayi akan dapat
berkembang ke potensi yang sepenuhnya. Pada waktu ini, saiz bayi sudah sebesar buah rosberi.
Pada peringkat ketiga, bayi mula bertindak balas terhadap rangsangan. Deria bayi semakin
berkembang dan pendedahan kepada toksin boleh memberi kesan negative kepada bayi. Begitu
juga, otak bayi semakin berkembang pesat dan telinga bayi juga akan mula membentuk. Pada masa
ini, bayi juga mula mendengar degupan jantung dan suara ibu mereka. Bayi masih boleh bergerak
bebas dalam perut ibu serta Rahim ibu menjadi tempat bayi bermain, regangan tangan, jari-jari,
hisap jari dan senyum. 75% bayi menunjukkan tanda-tanda menggunakan tangan kanan. Pada
bulan ketiga, saiz bayi adalah sebesar buah lemon.
Selain itu, pada bulan yang keempat kepala bayi pada masa ini lebih besar daripada saiz
badannya. Bayi akan mula belajar menendang, kencing, dan menelan serta deria rasa bayi juga
mula berkembang. Sekiranya ibu bayi makan makanan yang pelbagai jenis makanan, bayi juga
akan belajar merasa pelbagai jenis rasa dan akan lebih cenderung untuk tidak menjadi seorang
yang memilih pada masa hadapan. Jika bayi sentiasa menerima makanan yang tidak berkhasiat,
bayi akan mula menyesuaikan diri dengan phikologikal tersebut dan perkara itu akan menjejaskan
perkembangan bati. Proses itu dipanggil sebagai fetal programmin. Beberapa pengkaji menyatakan
bahawa perkara ini juga akan memberi kesan kepada kesihatan bayi seperti penyakit jantung dan
diabetes pada masa akan datang. Saiz bayi pada masa ini adalah sebesar tomato.
Peringkat seterusnya ialah bulan yang kelima iaitu pada peringkat ini secara awalnya suara
ibu kedengaran tidak jelas, namun skarang sudah jelas dan boleh didengari oleh bayi. Pada masa
ini, bayi mula mengalami perubahan yang besar dan mula berkembang dari segi gigi dan rambut
pertama, kuku, kening dan bulu mata. Bayi semakin aktif hari ke hari dan mula menunjukkan otot-
otot kecil serta ibu bayi juga mula merasa pergerakan bayi di dalam perut apabila bayi mula
menendang, menumbuk dan bergerak. Apabila ibu memberikan tindak balas terhadap perbuatan
atau pergerakan tersebut, bayi akan mengetahui setiap perbuatan akan mendapat tindak balas
daripada ibu mereka. Saiz bayi pada bulan ini adalah sebesar buah naga.
Pada peringkat bulan keenam, berlaku perubahan besar terhadap perkembangan otak bayi.
cerebral kortex bayi mula dibahagikan kepada 2 himesfera. Pada bulan ini juga, mata bayi sudah
boleh dibuka untuk pertama kali awalaupun hanya samar-samar sahaja serta bayi boleh memberi
tindak balas terhadap cahaya. Pada waktu ini sangat bagus sekiranya para ibu membawa bayi
bersiar-siar di luar rumah atau keluar berjalan melihat dunia luar. Bayi juga akan mula membuat
reaksi memek muka seperti sengih atau senyum serta berkemungkinan bayi juga boleh
berkomunikasi dari masa ke semasa apabila bayi menunjukkan perasaan. Saiz bayi pada masa ini
adalah sebesar bunga kubis.
Selanjutnya, pada bulan ketujuh, bayi mula mengetahui waktu untuk mereka tidur daan
waktu bangun serta rambut bayi semakin tumbuh dan gigi bongsu juga membentuk di bawah gusi
bayi. Apabila bayi mendengar ibu mereka bercakap, bayi akan memberi tindak balas dengan
melakukan pergerakan atau degupan jantung. Beberapa pengkaji menyatakan bahawa bayi akan
mula belajar bahasa daripada mendengar suara dari luar kerana selepas lahir bayi akan
menggunakan bahasa ibu bapa sebagai rujukan. Sekiranya bayi dilahirkan sekarang, bayi
mempunyai 90% peluang untuk hidup dan saiz bayi adalah sebesar buah nenas.
Di samping itu, pada bulan kelapan, bayi mula berkelakuan seperti bayi baru lahir. Otak
bayi juga mula berfungsi dan system saraf sudah mula bersedia. Paru-paru bayi mula membentuk
spenuhnya dan bayi mula belajar bernafas melalui menyedut seperti menyedut air ketumban. Pada
waktu ini, bayi akan menghabiskan masa dengan tidur atau bermimpi tentang masa depan bayi.
Bagi persediaan untuk melahir, bayi akan membuat pusingan ke bawah seperti kepala menghadap
ke pintu rahim. Bagi melalui lubang peranakan, tulang bayi akan menjadi sangat fleksibel dan
sistem imunisasi bayi masih lemah serta ia memerlukan beberapa bulan selepas lahir untuk
membentuk dan meningkatkan imunisasi badan. Pada masa ini, saiz bayi adalah sebesar buah
timbikai.
Pada bulan yang terakhir iaitu pada bulan kesembilan, bayi semakin kuat untuk berlatih
kemahiran motor dan menendang. Apabila ibu ketawa, makan makanan yang manis atau minum
air-air manis seperti air the, bayi akan memberi tindak balas dengan melantun ke atas dan ke
bawah. Bayi sudah mula bersedia untuk keluar melalui kelahiran normal yang mampu melindungi
dan membentuk sistem imunisasi untuk hidup. Percantuman puzzle didikan dan bimbingan juga
mula menunjukkan gambaran pertama terhadap perwatakan bayi. Saiz bayi pada masa ini adalah
sebesar buah nangka.
Kesimpulannya, semasa perkembangan prenatal adalah sangat penting untuk memastikan
bayi dilahirkan secara normal dan sihat serta memberi perhatian kepada pemakanan ibu, penjagaan
perubatan dan persekitaran kerana ini boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangan bayi ketika
berada di dalam perut ibu mereka. Pemantauan prenatal oleh kakitangan perubatan adalah sangat
penting untuk memastikan kehamilan berjalan dengan baik dan bayi dapat berkembang dengan
baik. Oleh itu, setiap perkembangan prenatal mempunyai kelebihan untuk bayi menjadi seorang
yang sihat dan bijak pandai pada masa akan datang.