KOD & NAMA KURSUS
GGGB3133 PPK KURIKULUM KHAS, PEMBINAAN MODUL & BAHAN PENGAJARAN INDIVIDU BERMASALAH PENDENGARAN
NAMA PENSYARAH
PROF. MADYA DR. MOHD HANAFI BIN MOHD YASIN
DR. KHAIRUL FARHAH BINTI KHAIRUDDIN
DR. SYAR MEEZE BIN MOHD RASHID
TAJUK
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
NAMA PELAJAR DAN NOMBOR MATRIK
NURUL AISYAH BINTI MOHD NASRI (A179173)
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran Pendidikan Islam (Pendidikan Khas)
Tarikh/hari 24 Januari 2023 / Selasa
Tingkatan 2 Bestari
Bilangan murid/pelajar 6 Orang
Masa 12:00 p.m. – 12:20 a.m.
Tema Mungkar Dicegah Hidup Berkat (Bidang Hadis)
Tajuk Cara Menangani Kemungkaran
Kemahiran fokus Mengisyarat dan Bertutur
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.4 Hadis: Daripada abu Sa’id al Khudri RA berkata, aku 2.4.5 Menjelaskan cara menangani kemungkaran dengan tangan,
mendengar Nabi SAW bersabda: lidah dan hati secara berhikmah.
َ َوذَلِك،ِ فَإِ ْن لَ ْم يَ ْستَطِ ْع فَ ِبقَ ْل ِبه،ِسانِه
َ فَإِ ْن لَ ْم يَ ْستَطِ ْع فَ ِب ِل،َِم ْن َرأَى مِ ْن ُك ْم ُم ْنك ًَرا فَ ْليُغ َِي ْرهُ ِبيَ ِده
ان
ِ اْلي َمِْ ف ُ ض َع ْ َأ
Maksudnya: “Barangsiapa di antara kamu yang melihat
kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya.
Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila
dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu
adalah selemah-lemah iman.” [Riwayat Muslim]
Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid/pelajar dapat:
BIL OBJEKTIF
1. Menyatakan cara mencegah kemungkaran dengan berhikmah
2. Mengisyaratkan cara menangani kemungkaran secara berhikmah di hadapan kelas secara individu
Kriteria Kejayaan
BIL KRITERIA KEJAYAAN
1. Murid dapat menyatakan 2 daripada 3 cara mencegah kemungkaran dengan berhikmah dengan isyarat secara
individu.
2. Murid dapat mengisyaratkan 2 daripada 3 situasi kemungkaran dan cara mencegah kemungkaran di hadapan kelas
secara individu.
Pengisian Kurikulum / EMK/ Kepelbagaian kaedah dan teknik
Nilai Murni • Berani
• Bertanggungjawab
• Rasional
• Tekun
Kemahiran Berfikir (KB) • Menjana idea
• Menghubungkait
• Menganalisis
Kemahiran Personal (KP) Murid dapat mencegah perkara-perkara mungkar yang berlaku di sekelilingnya
dengan berhikmah.
Kemahiran Belajar Cara Belajar (BCB) • Kemahiran Mendengar (arahan)
• Kemahiran Mengingat
• Kemahiran Membaca
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) • Bahasa
• Nilai Murni
• Kemahiran Berfikir
• Kepimpinan
Bahan Bantu Mengajar
No Jenis Bilangan
1. Slaid 1
2. Kad bergambar 9 keping
3. Papan pembelajaran 1
4. Lidi bergambar 10
5. Kad pilihan (mengandungi situasi yang perlu dilakonkan) 9
6. Salinan rubrik pemarkahan 1
Pengetahuan sedia ada murid / pelajar:
1. Pelajar telah mempelajari hadis dan maksud hadis mencegah kemungkaran.
KBAT/I-THINK
1. KBAT: Mengaplikasi – Murid dapat mengaitkan situasi dengan cara mencegah kemungkaran dengan menggunakan
pengetahuan sedia ada
2. KBAT: Menilai – Murid dapat menentukan dan memberi justifikasi tentang cara menangani kemungkaran dengan
cara yang betul
3. I-THINK: Peta Buih Fizikal (physical bubble map) – menerangkan tiga cara mencegah kemungkaran
Langkah Aktiviti Pengajaran dan
Isi Pelajaran Bahan Bantu Mengajar Catatan
Pengajaran Pembelajaran
Set Induksi Persediaan sebelum 1. Guru mengagihkan kad 1. Kad bergambar
belajar (kad bergambar kepada murid-murid. Kad bergambar
(5 minit)
bergambar 2. Guru meminta murid-murid untuk diagihkan.
perbuatan- mengisyaratkan apa yang mereka
Nilai: Rasional
perbuatan lihat dalam kad bergambar
mungkar) tersebut. KB: Menjana idea,
3. Guru bersoal jawab dengan murid Menghubungkait
dan mengaitkan kad tersebut KP: -
dengan tajuk yang akan dipelajari
pada hari ini. BCB: Kemahiran
Mengingat
Contoh soalan: EMK: Kemahiran
“Adakah perbuatan-perbuatan dalam Berfikir, Kepimpinan
kad bergambar itu baik atau buruk?”
KBAT: -
“Adakah kita sebagai muslim boleh I-THINK: -
membiarkan perkara-perkara
BBM: Kad bergambar
mungkar berlaku di sekeliling kita?”
“Bagaimanakah cara yang betul dan
berhikmah bagi seorang muslim
untuk mencegah sesuatu
kemungkaran?”
4. Guru mengaitkan kad bergambar
dengan tajuk pada hari ini iaitu
‘Cara Mencegah Kemungkaran’.
Langkah 1 Menjelaskan tiga 1. Guru memaparkan slaid. 1. Slaid Slaid ditayangkan di
cara menangani 2. Guru menyatakan terdapat tiga skrin projector dan
(5 minit)
kemungkaran; pendekatan yang boleh digunakan papan pembelajaran
tangan, lidah, hati. untuk mencegah kemungkaran. berserta lidi bergambar
3. Guru menggunakan papan digunakan sepanjang
pembelajaran untuk menjelaskan sesi PdP.
tentang tiga pendekatan yang
Nilai: Tekun
boleh digunakan untuk mencegah
kemungkaran. KB: Menghubungkait,
4. Guru menjelaskan kepentingan Menganalisis
menggunakan cara yang
KP: Murid dapat
berhikmah, sesuai dan betul untuk
mencegah perkara-
mencegah kemungkaran.
perkara mungkar yang
5. Guru memberikan contoh-contoh berlaku di
bagi cara mencegah kemungkaran. sekelilingnya.
6. Guru bertanyakan kefahaman
BCB: Kemahiran
murid tentang penjelasan yang
Mendengar, Kemahiran
diberikan.
Membaca
EMK: Nilai Murni,
Bahasa
2. Papan pembelajaran KBAT: -
I-THINK: Peta Buih
BBM: Slaid, papan
pembelajaran, lidi
bergambar
3. Lidi bergambar
Langkah 2 Aktiviti 2: Kad 1. Guru membahagikan 3 kad 1. Kad pilihan Nilai: Berani, Rasional
Pilihan kepada setiap murid secara rawak.
(7 minit) KB: Menjana idea,
2. Guru memberi arahan tentang
Menghubungkait,
Aktiviti 2 seperti yang berikut:
Menganalisis
Arahan: KP: Murid dapat
Setiap murid perlu tampil ke hadapan mencegah perkara-
dan mengisyaratkan cadangan cara perkara mungkar yang
mencegah kemungkaran bagi situasi berlaku di
yang tertulis pada kad yang diberi. sekelilingnya.
BCB: Kemahiran
3. Guru memanggil seorang murid
Mendengar
untuk mengisyaratkan cadangan 2. Rubrik pemarkahan
situasi yang tertulis dan cara EMK: Bahasa, Nilai
mencegah kemungkaran Murni, Kemahiran
berdasarkan kad yang diperoleh. Berfikir, Kepimpinan
4. Langkah 3 diulang sehingga
KBAT: Mengaplikasi,
semua murid selesai.
Menilai
5. Guru membuat penilaian dengan
menanda rubrik pemarkahan bagi I-THINK: -
setiap kumpulan.
BBM: Kad pilihan
Penutup Rumusan 1. Guru meminta seorang murid Nilai:
pembelajaran untuk tampil ke hadapan dan Bertanggungjawab,
(4 minit)
membuat rumusan. Berani
2. Guru mengakhiri sesi pengajaran.
KB: Menganalisis,
3. Kelas tamat.
Menghubungkait
KP: Murid dapat
mencegah perkara-
perkara mungkar yang
berlaku di
sekelilingnya.
BCB: Kemahiran
Mendengar
EMK: Nilai Murni,
Kemahiran Berfikir
KBAT: Mengaplikasi
I-THINK: -
BBM: Lembaran kerja
rumah.
REFLEKSI GURU
Kekuatan
Berdasarkan pengajaran yang telah dibuat, saya dapati bahawa:
1. Keenam-enam orang murid 2 Bestari hadir bagi kelas yang diadakan pada 31 Januari 2023. Dengan kehadiran yang penuh, guru dapat
menjalankan aktiviti pengajaran sesuai dengan rancangan guru.
2. Semua pelajar bersungguh-sungguh dan sangat tekun ketika sesi PdP dijalankan di dalam kelas.
3. Murid-murid kelihatan teruja dan berminat untuk melibatkan diri masing-masing dalam PdP dengan menjawab soalan yang dikemukakan oleh
guru. Dengan penglibatan aktif yang ditunjukkan oleh semua murid, komunikasi dua hala berlaku diantara guru dan murid.
4. Bahan bantu mengajar yang digunakan seperti kad bergambar, slaid, papan pembelajaran, lidi bergambar dan kad pilihan dapat menarik minat
dan membantu murid dalam memahami topik yang diajar.
Kekurangan
1. Penggunaan bahasa isyarat guru masih belum pada tahap mahir.
2. Guru tidak memperuntukkan masa bagi aktiviti kad pilihan menyebabkan terdapat beberapa orang murid belum bersedia untuk datang ke
hadapan kelas. Perkara tersebut telah menyebabkan kelas tidak dapat dihabiskan dalam tempoh yang ditetapkan.
Cadangan Penambahbaikan
1. Sebagai persediaan PdP, guru perlu mempertingkatkan lagi kemahiran penggunaan bahasa isyarat supaya komunikasi dua hala di dalam kelas
dapat berjalan dengan lebih lancar.
2. Pada masa akan datang, saya bercadang untuk memperuntukkan masa bagi setiap aktiviti yang disediakan. Hal ini supaya pengajaran yang
telah dirancang seperti dalam RPH ini dapat berjalan dengan lancar.
Kesimpulan
Pada akhir pengajaran, guru dapati bahawa semua objektif dapat dicapai di mana:
1. Semua murid dapat mencapai objektif pertama iaitu menyatakan cara mencegah kemungkaran dengan berhikmah. 6 orang murid dapat
menyatakan 2 daripada 3 cara mencegah kemungkaran dengan berhikmah dengan isyarat secara individu.
2. Semua murid dapat mencapai objektif kedua iaitu Mengisyaratkan cara menangani kemungkaran secara berhikmah di hadapan kelas secara
individu. Keenam-enam orang murid dapat mengisyaratkan 2 daripada 3 situasi kemungkaran dan cara mencegah kemungkaran di hadapan
kelas secara individu.
3. Penggunaan borang penilaian yang disediakan oleh guru sangat membantu guru dalam menilai kefahaman dan mengukur kriteria kejayaan
setiap murid dalam kelas.
LAMPIRAN PELAKSANAAN AKTIVITI:
Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Pautan Video BBM:
Sesi Pengajaran dan Pembelajaran
Pautan Video Pengajaran Mikro: [Link]