[Ayat Rangsangan(AR) – Definisi Umum] Permainan tradisional merupakan permainan
yang dimainkan oleh generasi pada zaman nenek moyang kita sejak dahulu lagi.
Antara contoh permainan tradisional yang masih dimainkan kini ialah permainan
gasing, wau dan congkak. Namun, peredaran zaman yang kian berubah telah
menyaksikan bahawa permainan tradisional ini makin dipinggirkan oleh generasi
muda kini. Mengapakah hal sedemikian berlaku? Siapakah yang perlu
melestarikan permainan tradisional ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas?
[Ayat Arahan(AA)] Oleh itu, kepentingan permainan tradisional ini perlu diuar-uarkan
kepada rakyat Malaysia agar permainan ini tetap terlestari sampai bila-bila.
PERENGGAN ISI 1 – Warisan Budaya Malaysia (5 Ayat)
[Ayat Topik (AT)] Memang tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional
merupakan warisan budaya Malaysia yang tidak ternilai harganya.
Hal ini adalah kerana permainan tradisional merupakan warisan nenek moyang kita
yang melambangkan adat, budaya dan identiti sesuatu bangsa. [AH-Jika] Sekiranya
permainan tradisional ini tidak dipertahankan sudah tentu generasi muda tidak
mengenali budaya warisan mereka. [AH-Kesan] Impaknya, generasi muda sudah
tentu tidak akan mengenali permainan congkak, sepak raga, wau malah mereka
begitu berbangga dengan permainan moden yang begitu pesat membanjiri pasaran
kini. [Ayat Penyimpul (AP)] Jelaslah, permainan tradisional ini sangat penting kerana
permainan ini merupakan warisan turun-temurun yang perlu dilestarikan untuk
tatapan generasi akan datang.
PERENGGAN ISI 2 – Sebagai hiburan (5 Ayat)
[AT] Sudah Terang Lagi Bersuluh, permainan tradisional dapat dijadikan sebagai alat
hiburan untuk mengisi masa lapang. [AH-Mengapa] Permainan tradisional dapat
menghiburkan seseorang kerana permainan ini menyeronokkan dan dimainkan
secara berkumpulan. Sebagai contoh, permainan congkak yang memerlukan
dua orang untuk memainkannya dan begitu juga permainan sepak raga yang perlu
dimainkan secara berkumpulan. [AH-Kesan] Secara tidak langsung, permainan
tradisional ini dapat mengurangkan stress seseorang malahan dapat menyihatkan
tubuh badan seseorang. [AP] Tegasnya, permainan tradisional bukan sahaja dapat
menghiburkan seseorang malah mengisi masa lapang dan menyihatkan tubuh badan.
PERENGGAN ISI 3 – Sebagai Produk Pelancongan (5 Ayat)
Kepentingan seterusnya ialah permainan tradisional dapat dijadikan suatu
produk pelancongan yang menguntungkan negara. Pada kebiasaannya, pelancong
luar yang datang ke negara kita ingin melihat keunikan budaya warisan yang terdapat
di Malaysia. Sebagai contoh, permainan wau ataupun layang-layang yang kini telah
mendapat tempat di persada antarabangsa. Secara eksplisitnya, permainan tradisional
ini dapat menarik pelancong asing dan berlakunya aliran masuk mata wang asing ke
dalam negara. zharlah bahawa permainan tradisional membawa signifikan yang
ketara dalam sektor pelancongan di Malaysia.
PERENGGAN PENUTUP – Sebagai hiburan
Sebagai intiha, permainan tradisional banyak memberikan kepentingan
kepada rakyat mahupun negara. Sesungguhnya, permainan ini perlulah
dilestarikan untuk dijadikan alat penghubung silaturahim antara generasi dulu dan kini.
Sebagai rakyat Malaysia yang menghargai warisan tradisi seharusnya
berganding bahu bagai Aur Dengan Tebing dalam mengekalkan permainan tradisional
ini. Walaupun kini permainan moden bagai Cendawan Tumbuh Selepas
Hujan telah menguasai jiwa golongan muda namun, permainan tradisional tetap
di hati kerana Tak Kenal Maka Tak Cinta