BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL
VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
BAHAN PENGAJARAN 1
SEMESTER 1 TAHUN 2023/2024
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
PROGRAM TEKNOLOGI KOMPUTERAN
KOD / KURSUS DKA 1213 PROGRAMMING I
1.0 Introduction to Programming Language
KOMPETENSI 2.0 Data Types, Variable and Operators, Control Statements and Method
3.0 Basics of Array and String
1.1 Basic of Programming Language
1.1.1 History of Computer Systems (Sejarah Sistem Komputer)
1.1.2 Hardware and Software (Perkakasan dan Perisian)
1.1.3 Programming and Languages (Bahasa dan Pengaturcaraan)
KOMPETENSI UNIT 1.1.4 Programming Basics (Asas Pengaturcaraan)
1.1.5 Problem Solving Techniques in Programming (Teknik
Penyelesaian Masalah dalam Pengaturcaraan)
1.1.6 The Prospects of Programming ( Prospek Dalam Pengaturcaraan)
1. Describe programming concept according to programming language standard. (C2,
PLO1, C1)
HASIL 2. Build programming code to solve simple programming problem. (P3, PLO2, C3a)
3. Comply with coding conventions and best practices in programming. (A2, PLO6, C4a)
PEMBELAJARAN
Menjelaskan kefahaman secara sistematik berkaitan pengetahuan teori dan teknikal untuk melaksanakan
PLO 1,C1 pelbagai tugasan rutin dan bukan rutin dalam bidang Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan
Aplikasi Web
Mengaplikasi pelbagai kemahiran praktikal, kaedah dan prosedur untuk melaksanakan tugasan dalam
PLO 2,C3a bidang Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web
Berinisiatif untuk kemajuan diri dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan
PLO 6,C4a kerjaya
OBJEKTIF (Rujuk pada halaman ke 2)
PENGAJARAN
MAKLUMAT PELAJAR
NAMA PELAJAR
TARIKH MUKA : 1
DARIPADA: 16
Objektif Pembelajaran:
Di akhir sesi pembelajaran, pelajar akan memperolehi:
Sejarah Sistem Komputer
Perkakasan dan Perisian
Bahasa dan Pengaturcaraan
Asas Pengaturcaraan
Teknik Penyelesaian Masalah dalam Pengaturcaraan
Prospek Kerjaya dalam Pengaturcaraan
PENERANGAN :
1. Sejarah Sistem Komputer
Sejarah perkembangan teknologi komputer telah dikelaskan kepada lima generasi yang
utama :
1.1. Komputer Generasi Pertama (1951 -1958)
Komputer Generasi Pertama menggunakan teknologi komputer tiub hampagas.
Mauchly dan Eckert telah mencipta komputer elektronik pertama iaitu ENIAC
(Eletronic Numerical Integrator and Calculator) dan dikendalikan oleh
UNIVAC (Universal Automatic Computer) dan UNIVAC 1. Komputer IBM
pertama iaitu IBM650 telah diperkenalkan pada tahun 1954 oleh Intergrated
Business Computer. Menggunakan bahasa pengaturcaraan peringkat rendah.
Komputer generasi ini agak besar saiznya dan harganya sangat mahal.
Keupayaan memproses agak lambat. Keupayaan menyimpan data agak
kecil.
1.2. Komputer Generasi Kedua (1959 – 1963)
Komputer Generasi Kedua menggunakan teknologi komputer transistor.
Penggunaan transistor adalah lebih baik berbanding dengan tiub hampagas
kerana transistor adalah lebih kecil, boleh dipercayai, lebih berkemampuan, lebih
pantas dan kurang menghasilkan haba. Bahasa pengaturcaraan Assembly
language telah diperkenalkan. Komputer generasi ini agak kecil saiznya dan
lebih murah harganya jika dibandingkan dengan Komputer Generasi Pertama.
Keupayaan memproses juga lebih pantas. Keupayaan menyimpan data lebih
besar. Contoh komputer ialah IBM 7094 series, IBM 1400 series dan CDC 164.
2 | Page
1.3. Komputer Generasi Ketiga (1964 – 1970)
Komputer Generasi Ketiga menggunakan teknologi litar yang dikenali sebagai
Integrated circuit (semiconductor chip) atau litar bersepadu. Bahasa
pengaturcaraan ialah Basic, Fortran dan COBOL. Komputer generasi ini
menghasilkan komputer yang lebih kecil saiznya, lebih murah harganya dan lebih
pantas masa memproses berbanding dengan generasi sebelumnya. Contoh
komputer ialah IBM 370, IBM System/360,UNIVAC 1108 dan UNIVAC AC
9000.
1.4. Komputer Generasi Keempat (1971 – 1980)
Komputer Generasi Keempat menggunakan teknologi cip mikropemproses
(microprocessors) yang diperkenalkan oleh Intel Corporation. LSI (Large Scale
Integration) circuit dan VLSI (Very Large Scale Integration) circuit telah direka.
Saiz komputer adalah kecil, harga lebih murah, kelajuan memproses lebih pantas
dan komputer telah mula digunakan di sekolah dan pejabat. Bahasa
pengaturcaraan ialah C, C++, Java. Contoh computer ialah IBM 370, Apple I dan
Apple II, PDP-11.
1.5. Komputer Generasi Kelima (1990 – kini)
Teknologi pemproses mikro baru mula diperkenalkan pada komputer generasi
ini. Cip-cip berkelajuan tinggi telah mula dicipta. Komputer dicipta untuk memiliki
kecerdikan buatan. Kelajuan memproses maklumat lebih bertambah. Sistem
komputer telah mula menjadi lebih ramah-pengguna. Teknologi pengecam suara
telah mula diperkenalkan. Saiz komputer bertambah kecil dan bertambah murah.
Cara hidup dan penggunaan komputer juga telah bertukar. Kebanyakan urusan
harian memerlukan penggunaan komputer dan teknologi yang semakin canggih.
3 | Page
2. Perkakasan dan Perisian
Perkakasan merujuk kepada komponen berbentuk fizikal seperti CPU, papan kekunci,
pencetak dan monitor. Manakala perisian pula adalah satu set arahan yang ada untuk
melaksanakan arahan tertentu yang diarahkan oleh pengguna. Kedua-duanya saling
memerlukan dalam menghasilkan output yang berguna kepada pengguna.
Perkakasan
2.1. Perkakasan komputer boleh dikelaskan kepada lima komponen yang utama iaitu :
Perkakasan
Unit Peranti
Ingatan Peranti
Pemprosesan Peranti Output Storan
Utama Input
Pusat Sekunder
2.1.1. Ingatan Utama (main memory)
Fungsi ingatan utama ialah untuk mengingati kembali tugas yang telah
dilaksanakan. CPU akan merujuk kepada ingatan utama kerana ianya
menyimpan arahan atau data yang diperlukan semasa pemprosesan
dilakukan.
Dua komponen ingatan utama ialah :
i. Ingatan Capaian Rawak atau Random Access Memory (RAM)
RAM merupakan ingatan yang paling penting dalam ingatan utama.
RAM membenarkan operasi baca dan tulis dilakukan ke atasnya. RAM
berfungsi untuk menyimpan aturcara dan data yang boleh diubah pada
bila-bila masa. Data yang disimpan di dalam RAM akan hilang apabila
komputer dimatikan.
ii. Ingatan Baca Sahaja atau Read Only Memory (ROM)
ROM merupakan ingatan baca sahaja dan data yang disimpan tidak
akan hilang apabila komputer dimatikan. ROM digunakan untuk
menyimpan aturcara-aturcara yang dibangunkan oleh pembekal
komputer. Aturcara tersebut telah tersedia ada apabila pengguna
membeli komputer dan ianya hanya boleh digunakan tetapi tidak boleh
diubah.
4 | Page
2.1.2. Unit Pemprosesan Pusat (Central Processing Unit) atau CPU
CPU juga dipanggil mikropemproses (processor). Unit ini merupakan
perkakasan yang utama di dalam sesebuah sistem komputer kerana
semua tugas utama yang meliputi pengawalan operasi komputer seperti
pengiraan, perbandingan logik, rujukan untuk mencapai maksud arahan
dan lain-lain dilakukan di sini. CPU bertanggungjawab untuk mentafsir
maksud input dan memberi arahan kepada bahagian lain untuk
melaksanakan tugas yang sepatutnya.
Dua komponen utama CPU ialah :
i. Unit kawalan
Unit ini bertindak sebagai otak sesebuah komputer. Berfungsi untuk
mengawal semua aktiviti komputer serta langkah-langkah memproses.
ii. Unit Aritmetik/Logik (Arithmatic Logic Unit – ALU)
ALU digunakan untuk melaksanakan operasi asas pengiraan dan
perbandingan.
2.1.3. Peranti Input
Fungsi peranti input ialah untuk memasukkan data dan arahan ke dalam
komputer untuk membolehkan komputer melaksanakan tugasnya. Peranti
input akan menerima maklumat dan menukar maklumat tersebut ke bentuk
digital supaya mudah difahami oleh komputer. Terdapat pelbagai jenis
peranti input; antaranya ialah papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse),
kayu bedik (joystick), pen cahaya (light pen), pengimbas (scanner),
sentuhan diskrin (touch screen) dan lain-lain.
2.1.4. Peranti Output
Peranti output digunakan untuk memaparkan maklumat yang telah
diproses kepada pengguna. Terdapat pelbagai jenis peranti output,
antaranya ialah monitor dan pencetak.
5 | Page
2.1.5. Peranti Storan Sekunder (secondary storage)
Fungsi storan sekunder ialah untuk menyimpan data secara kekal
walaupun komputer telah dimatikan. Data yang disimpan boleh dicapai
semula apabila dikehendaki. Terdapat pelbagai jenis peranti storan
sekunder, antaranya ialah cakera liut, cakera keras, cakera padat
(compact disc) dan lain-lain.
Rajah 1 : Contoh Perkakasan Komputer
6 | Page
Perisian
2.2. Perisian ialah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan koleksi
program, prosedur dan dokumentasi komputer yang melakukan beberapa tugas
pada sebuah sistem komputer.
Perisian boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:
Perisian
Platform
Program Perisian Perisian Sistem
Sistem
Komputer Sistem Aplikasi Pengoperasian
Komputer
2.2.1 Program komputer
Program komputer adalah set arahan yang disusun bagi memberi arahan
spesifik kepada komputer. Set arahan ini membolehkan komputer
melaksanakan arahan yang diberikan oleh pengguna.
2.2.2 Perisian Sistem
Perisian sistem adalah sejenis kategori perisian komputer di mana ia
berperanan mengawal pengendalian sesebuah mesin komputer. Bermula
dari saat mesin komputer dihidupkan sehinggalah mesin itu dimatikan,
Perisian Sistem akan memastikan keseluruhan sistem komputer berjalan
dengan baik.
Diantara Perisian Sistem yang dipasang pada komputer peribadi adalah
Microsoft Windows, Macintosh OS dan Linux.
2.2.3 Perisian Aplikasi
Perisian aplikasi adalah sejenis kategori perisian komputer di mana perisian
tersebut melakukan tugasan penggunaan (application) untuk pengguna
akhir komputer (end users).
Contohnya, perisian aplikasi grafik menyediakan alat-alat khusus untuk
pengguna melakukan kerja grafik.
7 | Page
2.2.4 Sistem Pengoperasian
Sistem pengoperasian merujuk kepada perisian terpenting bagi sesebuah
komputer/peranti. Sistem pengoperasian bertindak mengurus operasi CPU,
mengawal input/output dan sumber storan dan aktiviti komputer serta
pelbagai aktiviti sokongan komputer seperti pengurusan memori, ruang
cakera dan lain-lain.
2.2.5 Platform Sistem Komputer
Platform adalah kombinasi perkakasan komputer dan sistem
pengoperasian yang bebeza untuk membolehkan perisian lain beroperasi
bersamanya. Platform yang berbeza melibatkan perbezaan dari semua segi
iaitu senibina komputer, sistem pengoperasian, bahasa pengaturcaraan
dan antara muka pengguna.
3 jenis platform berbeza adalah;
Platform PC atau keserasian IBM (International Busines Machines)
Platform Apple
Patform Pelbagai (Cross-Platform)
8 | Page
Rajah 2 : Contoh Perisian
3. Bahasa dan Pengaturcaraan
Bahasa ialah satu sistem simbol yang mempunyai makna. Bahasa digunakan untuk
menyampaikan konsep, membuat pernyataan dan bertindak sebagai alat komunikasi
antara penutur dan pendengar.
Pengaturcaraan pula ialah satu ciptaan set perintah atau arahan yang mengarahkan
komputer dalam melaksanakan satu tugas. Arahan ini akan disusun dan/atau
mentafsirkan lalu menukar kepada arahan boleh dilaksanakan oleh komputer atau alat
elektronik yang boleh dilaksanakan.
Oleh itu, bahasa pengaturcaraan boleh ditafsirkan sebagai perantaraan antara manusia
dengan komputer. Bahasa pengaturcaraan ialah teknik komunikasi piawai untuk
menjelaskan arahan kepada komputer daripada pengguna komputer.
Fungsi utama bahasa pengaturcaraan ialah untuk membenarkan pengaturcara
menyampaikan hasratnya bagi proses perkomputeran dengan lebih mudah.
Secara umumnya bahasa pengaturcaraan dibahagikan kepada empat jenis iaitu:
3.1. Bahasa mesin (machine language)
Bahasa yang boleh terus difahami oleh komputer tanpa perlu diterjemah.
Aturcara ditulis dalam bentuk susunan digit 0 dan 1. Aturcara yang ditulis hanya
boleh dilaksanakan pada komputer yang dibina sahaja. Pembangunan aturcara
amat sukar dan mengambil masa yang lama.
3.2. Bahasa Penghimpun (Assembly language)
9 | Page
Aturcara ditulis menggunakan simbol dan kod yang dipanggil kod mnemonic.
Aturcara perlu diterjemah ke bahasa mesin menggunakan penghimpun
(assembler).
3.3. Bahasa Peringkat Tinggi
Aturcara yang ditulis lebih mudah difahami oleh manusia kerana penggunaannya
lebih mirip kepada bahasa Inggeris. Aturcara perlu diterjemah ke bahasa mesin
supaya dapat difahami oleh komputer. Contoh bahasa pengaturcaraan ialah C,
Pascal, Cobol, Fortran.
3.4. Bahasa Berorientasikan Objek (OOP)
Dalam menyelesaikan masalah tertentu, Bahasa Peringkat Tinggi lebih bersifat
prosedur atau langkah demi langkah. Manakala pembangunan aturcara
menggunakan Bahasa Berorientasikan Objek lebih kepada memikirkan apakah
objek yang terlibat dalam menyelesaikan masalah serta hubungan antara objek.
Contoh bahasa pengaturcaraan ialah C++ dan Java.
Bahasa pengaturcaraan Java
Java adalah bahasa pengaturcaraan yang ringkas, mudah difahami, lebih
selamat, boleh dipercayai, mudahalih (boleh digunakan pada semua jenis sistem
pengoperasian) dan bahasa berorientasikan objek. Aturcara yang ditulis dalam
bahasa ini boleh digunakan pada semua jenis komputer. Ianya dibangunkan oleh
Sun Microsystems oleh James Gosling dan rakan-rakannya pada tahun 1991.
Java merupakan bahasa pengaturcaraan yang sangat sesuai untuk
membangunkan aplikasi berasaskan internet.
4. Asas Pengaturcaraan
Aturcara ialah satu jujukan arahan yang diberi kepada komputer untuk melaksanakan
sesuatu tugas. Aturcara hendaklah ditulis dalam bahasa yang boleh difahami oleh
komputer. Bahasa yang digunakan untuk menulis aturcara dipanggil Bahasa
10 | Page
Pengaturcaraan. Proses menulis satu jujukan arahan ini dipanggil pengaturcaraan
dan orang yang menulis arahan ini dipanggil pengaturcara.
Antara elemen penting yang patut diketahui dalam pengaturcaraan ialah :
Sintaks asas
Jenis data
Pembolehubah
Operator asas
Kata kunci
Penyelesaian masalah
Ulangan
Nombor
Karakter
***semua elemen ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Bab 2.
5. Teknik Penyelesaian Masalah dalam Pengaturcaraan
Terdapat beberapa langkah penyelesaian masalah. Kaedah penyelesaian masalah
yang akan diterangkan dikenali sebagai Kitar Hayat Pembangunan Aturcara (KHPA).
Memahami masalah
Penyelenggaraan Menganalisa masalah
Pengujian Merekabentuk penyelesaian
Implementasi
Rajah 3 : Kitar Hayat Pembangunan Aturcara
5.1. Memahami masalah
Antara soalan yang boleh dikemukakan ialah :
i. Apakah yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah?
ii. Apakah hasil akhir?
iii. Bagaimana bentuk hasil akhir?
iv. Apakah kekangan yang wujud?
11 | Page
Sebagai contoh :
Anda dikehendaki menulis aturcara untuk mengira luas sebuah segitiga.
Antara soalan yang mesti ditanya :
Berapa panjang tapak dan tinggi?
Apakah formula untuk mengira luas segitiga?
Bagaimana bentuk output yang hendak dipaparkan?
5.2 Menganalisa masalah
Tiga fasa utama yang perlu dikenalpasti iaitu :
Input : tapak, tinggi
Formula : luas = 0.5 x tapak x tinggi
Output : papar tapak, tinggi dan luas.
5.3 Merekabentuk penyelesaian
Fasa merangka struktur untuk menyelesaikan masalah.
Fasa ini melibatkan algoritma iaitu langkah-langkah arahan yang perlu
dilaksanakan mengikut susunan keutamaan arahan.
Contoh algoritma untuk mengira luas segitiga ialah :
i. Mula
ii. Baca nilai tapak dan tinggi
iii. Kira luas segitiga
iv. Cetak luas segitiga
v. Tamat
Dua cara yang digunakan untuk mempersembahkan algoritma iaitu :
i. Kod pseudo (pseudocode)
Kod pseudo bermaksud penerangan algoritma dalam bentuk perkataan
menggunakan sebarang bahasa yang difahami oleh pengaturcara. Biasanya
dimulai dengan perkataan mula (begin) dan diakhiri dengan perkataan tamat
(end)
Contoh :
12 | Page
1. Mula
2. Input tapak, tinggi
3. luas = 0.5 x tapak x tinggi
4. Cetak luas
5. Tamat
ii. Carta alir
Logik aturcara secara grafik yang disambung menggunakan anak panah
Simbol asas carta alir :
Simbol Maksud
Mula/tamat – bermula dan berakhirnya algoritma
Proses – menunjukkan perlaksanaan arahan atau
proses
Input/output – kemasukan data atau paparan hasil
Syarat – perbandingan atau pengujian syarat
Penghubung/penyambung – menyambung carta alir
ke muka surat lain
Anak panah – aliran aktiviti/penyambung turutan
arahan
13 | Page
Contoh carta alir untuk mengira luas segitiga :
Mula
Baca tapak, tinggi
Luas = 0.5 x tapak x tinggi
Cetak luas
Tamat
5.4 Implementasi
Fasa yang melibatkan pengekodan (coding). Proses ini melibatkan dua langkah :
i. Menukarkan algoritma ke aturcara dengan menggunakan bahasa
pengaturcaraan yang sesuai
ii. Mengkompil dan melaksanakan aturcara yang telah dimasukkan ke dalam
komputer.
5.5 Pengujian
Fasa ini bertujuan untuk menguji samada aturcara yang dilaksanakan memenuhi
kehendak pengguna tanpa sebarang ralat (ralat sintaksis dan ralat logik). Proses
ini memerlukan pengaturcara menggunakan data pengujian sahih dan data
pengujian palsu.
5.6 Penyelenggaraan
Melibatkan tiga aktiviti :
i. Mendokumentasi
14 | Page
a. Mengumpulkan semua maklumat dari proses memahami masalah
sehingga proses pengujian
b. Tujuan mendokumentasi ialah :
Memudahkan pengaturcara untuk mengubahsuai aturcara jika
diperlukan
Memudahkan pengaturcara lain menyelenggara aturcara
Menggunakan sebahagian aturcara untuk membangunkan aturcara
yang hampir sama
ii. Memperbaiki ralat
Memperbaiki ralat logik yang berlaku semasa memasukkan data sebenar
atau data yang tidak diuji atau tidak dapat dikesan semasa pengujian dibuat.
iii. Melakukan penambahan
a. Perubahan aturcara berlaku atas permintaan pengguna mengikut
keperluan semasa
b. Kitar hayat pembangunan aturcara akan diulangi dengan fasa memahami
masalah
6. Prospek Kerjaya dalam Pengaturcaraan
Manusia menggunakan komputer untuk melaksanakan tugas dan fungsi tertentu.
Namun begitu keperluan manusia berbeza antara satu sama lain. Pelbagai jenis
sistem/perisian perlu dibangunkan untuk memenuhi kehendak manusia.
Pengaturcaraan menjadi satu bidang tugas yang amat penting di syarikat atau
pertubuhan pada hari ini kerana penggunaan komputer yang semakin meluas.
Setiap organisasi mempunyai masalah dan keperluan sistem yang berbeza. Organisasi
perlukan pengaturcara yang pakar atau mahir untuk membangunkan sistem atau
membuat aturcara yang memenuhi keperluan mereka.
Contoh kerjaya dalam bidang pengaturcaraan :
Pengaturcara Komputer:
o Individu yang mencipta atau mengubahsuai sesuatu bahasa
pengaturcaraan menjadi satu set arahan yang boleh dilaksanakan oleh
komputer
o Individu ini memainkan peranan untuk menguji set arahan yang dibina
bebas dari ralat
15 | Page
Juruanalisa Sistem :
o Individu yang bertanggungjawab dalam keseluruhan aktiviti
pembangunan, pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem maklumat
o Individu ini akan meneliti sistem yang dibina agar berfungsi dengan baik
dan menepati kehendak pelanggan
Jurutera Perisian :
o Individu yang mereka bentuk, membangun, menyelenggara, menguji dan
menilai perisian dan sistem berfungsi dengan baik
o Individu ini berperanan untuk mengubah perisian menjadi perisian yang
berkualiti dan memenuhi spesifikasi yang dikehendaki
Pembangun Laman Web :
o Individu yang mereka bentuk dan membina laman web
16 | Page
Juruanalisa Sistem Rangkaian/Jurutera Rangkaian :
o Invididu yang mereka bentuk dan membangunkan rangkaian bagi
kegunaan sistem maklumat yang akan dibangunkan
o Individu ini turut akan menjalankan pengujian dan penyelenggaraan
rangkaian
Pembangun Mudah Alih :
o Individu yang membina aplikasi bagi Android, iOS dan platform Windows
Phone
Pengurus Teknologi Maklumat :
o Individu yang bertanggungjawab untuk merancang dan menyelaraskan
aktiviti yang berkaitan dengan komputer dan sistem maklumat sesebuah
organisasi
17 | Page