0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
152 tayangan8 halaman

Cabaran Malaysia dalam Revolusi 4.0

Ringkasan dokumen tersebut adalah: 1) Revolusi Industri 4.0 membawa cabaran baru seperti kekurangan tenaga mahir, ancaman keselamatan siber, dan ekonomi yang tidak stabil bagi Malaysia 2) Implikasi negatif Revolusi Industri 4.0 termasuk pengangguran, pencemaran alam sekitar, dan ketagihan gajet 3) Usaha dan kerjasama pelbagai pihak diperlukan untuk mengembangkan Industri 4.0 di Malaysia

Diunggah oleh

Normanshah Shahshah
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
152 tayangan8 halaman

Cabaran Malaysia dalam Revolusi 4.0

Ringkasan dokumen tersebut adalah: 1) Revolusi Industri 4.0 membawa cabaran baru seperti kekurangan tenaga mahir, ancaman keselamatan siber, dan ekonomi yang tidak stabil bagi Malaysia 2) Implikasi negatif Revolusi Industri 4.0 termasuk pengangguran, pencemaran alam sekitar, dan ketagihan gajet 3) Usaha dan kerjasama pelbagai pihak diperlukan untuk mengembangkan Industri 4.0 di Malaysia

Diunggah oleh

Normanshah Shahshah
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

1.

0 PENGENALAN

Revolusi Industri adalah elemen yang mampu membantu sesebuah


negara untuk terus berkembang menjadi sesebuah negara yang moden.
Revolusi Industri 4.0 merupakan satu revolusi yang sangat berkait rapat dengan
teknologi-teknologi canggih seperti superkomputer, kenderaan tanpa pengemudi,
suntingan genetik, robot pintar dan kemajuan neuroteknologi. Menurut Angela
Merkel (2014), transformasi yang luas dari keseluruhan aspek produksi dalam
industri melalui penggabungan teknologi digital dan internet dengan industri
konvensional merupakan takrifan bagi revolusi industri 4.0. Menurut Drath dan
Horch (2014), revolusi 4.0 merupakan peristiwa yang nyatanya belum berlaku
dan masih berada dalam bentuk gagasan.

2.0 CABARAN YANG DIHADAPI OLEH MALAYSIA DALAM REVOLUSI INDUSTRI


4.0

Cabaran merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakan apabila


wujudnya sesebuah revolusi yang baharu dan cabaran tersebut perlu dihadapi
dengan sebaik mungkin. Bermula daripada revolusi industri yang pertama
sehinggalah revolusi industri yang ketiga, dunia telah menghadapi pelbagai jenis
cabaran bermula dari cabaran yang mudah hingga cabaran yang paling sukar
dalam memastikan kesemua revolusi ini bergerak seiring dengan peredaran
zaman dan dapat memenuhi keinginan masyarakat.

2.1 Kekurangan Tenaga Mahir

Bidang industri yang semakin berkembang maju dilihat sangat


memerlukan tenaga kerja yang mahir dalam bidang teknologi dan digital.
Namun, penghasilan tenaga kerja yang mahir dalam bidang ini sangatlah
sukar kerana ianya memerlukan satu tempoh masa yang panjang dan
melibatkan kos yang sangat tinggi. Persediaan tenaga kerja yang mahir di
Malaysia dilihat masih jauh ketinggalan di belakang jika dibandingkan
dengan negara-negara maju yang lain. Perkara ini dikatakan sedemikian

1
kerana kebanyakan teknologi yang terdapat di Malaysia masih bergantung
terhadap pekerjaan manual yang memerlukan tenaga manusia
sepenuhnya untuk mengendalikan teknologi tersebut. Oleh itu, Malaysia
dilihat mula memberikan fokus terhadap melahirkan tenaga kerja yang
mahir seiring dengan perkembangan industri 4.0 walaupun perlu
menghadapi beberapa cabaran yang sukar dari segi masa dan kos yang
tinggi.

2.2 Ancaman Keselamatan Siber

Perkembangan teknologi yang semakin maju menyebbabkan


tercetusnya cabaran baharu iaitu keselamatan siber yang semakin
terancam. Ancaman siber dikatakan telah lama wujud, namun
perkembangan industri yang semakin maju menyebabkan ancaman
tersebut menjadi jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan industri
sebelum ini. Menurut Morrar, Arman & Mousa (2017), ancaman siber ini
dilihat mampu memberi risiko keselamatan secara tidak langsung
terhadap pemilikan data seseorang individu atau sesebuah syarikat
seperti mampu menyebabkan data terdedah, data tidak dapat dikawal dan
sistem data syarikat digodam oleh penjenayah siber. Antara jenayah siber
yang boleh dikatakan agak serius telah berlaku pada tahun 2017.
Sebanyak 200,000 komputer musnah akibat serangan siber yang
dilakukan oleh The WannaCry Ransomware di 150 buah negara
termasuklah Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom, Rusia dan China.
Serangan siber tersebut telah memberi kesan terhadap pejabat kerajaan,
hospital, industri perkilangan dan syarikat swasta seperti kerosakan
komputer, data terdedah serta ada juga masalah kehilangan data.

2.3 Ekonomi Yang Tidak Stabil

Dalam usaha ingin memajukan industri 4.0 di negara kita pada hari
ini, faktor ekonomi dilihat menjadi salah satu cabaran utama yang perlu
ditempuhi. Seperti yang kita sedia maklum, usaha melahirkan tenaga
kerja yang mahir berkenaan teknologi ini memerlukan kos yang sangat

2
tinggi. Bukan setakat itu sahaja, urusan pembelian mesin atau teknologi
yang canggih juga turut memerlukan kos yang tinggi. Hal ini kerana harga
teknologi atau mesin yang canggih di pasaran dunia sangat mahal
sehingga menyebabkan sesetengah negara tidak mampu untuk membeli
serta menyelenggara teknologi tersebut. Oleh sebab itu, ekonomi yang
tidak stabil akan menyukarkan proses perkembangan industri 4.0 di
negara kita dan ianya akan menyebabkan negara kita akan ketinggalan
jauh berbanding negara-negara lain.

3.0 IMPLIKASI NEGATIF REVOLUSI INDUSTRI 4.0 TERHADAP MALAYSIA

Walaupun perkembangan industri dilihat sangat berguna terhadap


pembangunan sesebuah negara, ianya juga turut memberikan kesan yang buruk
terhadap negara kita. Implikasi negatif Industri 4.0 terhadap Malaysia tidak boleh
dipandang ringan kerana ianya mampu mempengaruhi keadaan atau situasi
semasa terhadap sesebuah negara. Terdapat beberapa implikasi negatif yang
akan saya rungkaikan dalam penulisan saya pada kali ini.

3.1 Pengangguran Rakyat

Kemajuan teknologi dan perkembangan industri yang semakin


pesat berlaku telah sedikit sebanyak mempengaruhi kebergantungan
terhadap tenaga kerja manusia. Kewujudan robot-robot yang canggih dan
mampu mengendalikan mesin telah menyebabkan kebergantungan
terhadap tenaga manusia berkurang. Hal ini demikian kerana kewujudan
pelbagai mesin dan robot yang canggih mampu memudahkan kerja dan
dapat menyelesaikan kerja dalam masa yang singkat tanpa memerlukan
bantuan atau pengendalian daripada bilangan pekerja yang ramai. Contoh
yang paling ketara dapat kita lihat ialah kurangnya kebergantungan
terhadap pekerja di kaunter-kaunter seperti bank dengan wujudnya mesin
juruwang yang canggih dan automatik serta wujudnya sistem atas talian.
Ianya akan menyebabkan ramai rakyat kehilangan sumber pekerjaan dan

3
seterusnya akan menyebabkan peningkatan peratusan pengangguran
dalam negara semakin meningkat.

3.2 Pencemaran Alam Sekitar

Alam sekitar yang semakin tercemar pada hari ini merupakan salah
satu daripada kesan yang akan berlaku apabila industri semakin maju.
Perkembangan industri 4.0 pada hari ini dilihat menjadi salah satu sebab
utama pencemaran alam sekitar berlaku. Pencemaran ini terjadi apabila
meningkatnya penggunaan teknologi canggih yang tidak mesra alam
sekitar. Menurut Deubzer (2011), teknologi yang semakin berkembang
maju ini menyebabkan meningkatnya penghasilan produk elektronik
sehingga jumlah sampah elektronik juga turut meningkat dan tidak
terkawal pada setiap tahun. Sampah-sampah elektronik ini telah dikaji dan
telah terbukti sangat berbahaya kerana mengandungi bahan kimia yang
beracun dan mampu menyebabkan alam sekitar tercemar.

3.3 Ketagihan Gajet Dalam Kalangan Masyarakat

Teknologi yang semakin berkembang maju menjadi salah satu


faktor penggunaan gajet kian meningkat dalam kalangan lapisan
masyarakat tanpa mengira umur, bangsa ataupun jantina. Gajet berfungsi
untuk menyediakan medium sosial bagi dicapai penggunanya dengan
mudah (Beauty et al, 2015). Namun begitu, penggunaan gajet dilihat
mampu menyebabkan ketagihan terhadap penggunanya. Sebagai contoh,
ramai anak muda dilihat ketagih untuk bermain permainan video yang
terdapat pada komputer. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)
(2017), permainan video dilihat sangat melalaikan sehingga menyebabkan
pengguna menggunakannya dalam masa yang agak lama. Penggunaan
gajet tanpa wayar seperti telefon pintar menjadi risiko utama ejen kanser
yang berpunca daripada radiasi yang dihasilkan (Berita Harian, 2015).
Radiasi tersebut mampu menyebabkan sistem imunisasi kanak-kanak
lumpuh apabila mereka terdedah dengan radiasi yang tinggi dalam
tempoh masa yang lama.

4
4.0 KESIMPULAN

Perkembangan industri 4.0 dipercayai sangat memberi pengaruh besar


terhadap kemajuan sesebuah negara dan bangsa. Usaha memajukan industri ini
bukanlah sesuatu yang mudah kerana terdapat pelbagai cabaran yang perlu
ditempuhi dan ianya juga membawa kesan yang buruk. Oleh itu, industri 4.0
perlu dikembangkan dengan bijak agar kesan buruk daripada perkembangan
industri tersebut dapat dikurangkan. Usaha dan kerjasama daripada pelbagai
pihak amat diperlukan dalam menjayakan proses mengembangkan industri 4.0 di
negara kita agar negara kita tidak ketinggalan jauh berbanding negara maju yang
lain.

5
RUJUKAN

Alzahrin Alias & Mohd Nasaruddin Parzi. 2015. Gajet Lemahkan Imunisasi
Kanak-Kanak, 29 April, Berita Harian.
[Link]
Alzahrin Alias & Mohd Nasaruddin Parzi. 2015. Gajet Rosakkan Hubungan Anak,
Ibu Bapa, 28 April, Berita Harian. [Link]
Aziz, Z. (2017). Jack Ma meramal kesan negatif teknologi terhadap peluang
pekerjaan,[Link] Retrieved 21 October 2018
Beauty Manumpil, Yudi Ismanto, Franly Onibala. (2015). Hubungan Penggunaan
Gadget Dengan Tingkat Prestasi Siswa Di Sma Negeri 9 Manado, ejoural
Keperawatan (eKep), 3(2), 1-6.
Berita Harian. 2017. Mempertingkatkan Kecekapan Sektor Awam. 21 Februari: 10
Deubzer, Otmar. 2011. E-waste Management in Germany. United Nations University
Institute for Sustainability and Peace (UNU-ISP). Bonn: Germany.
Maisarah Mohamed Pauzi (2017). Revolusi Perindustrian 4.0: Satu Pengenalan.
(Ahmad Fahmi Mokhtar, Ed.) PAMI Resources.
Ijam. 2016. Gajet, kesan pada anak, 18 November, Utusan Online.
[Link] 1.408959

Konflik Kerja-Keluarga.
Malaysian Journal of
Information and Communication
Konflik Kerja-Keluarga.
Malaysian Journal of
Information and Communication

6
Konflik Kerja-Keluarga.
Malaysian Journal of
Information and Communication
Normazaini Saleh, Zuhana
Zakaria, dan Sarifah Ismail.
(2017). Komunikasi Merentas
Normazaini Saleh, Zuhana
Zakaria, dan Sarifah Ismail.
(2017). Komunikasi Merentas
Normazaini Saleh, Zuhana
Zakaria, dan Sarifah Ismail.
(2017). Komunikasi Merentas
Sempadan Kerja Melalui
Teknologi dan Media Sosial:
Kesan Terhadap Peningkatan

7
Sempadan Kerja Melalui
Teknologi dan Media Sosial:
Kesan Terhadap Peningkatan
Sempadan Kerja Melalui
Teknologi dan Media Sosial:
Kesan Terhadap Peningkatan
Yaakob Z. 2018. Alam sekitar dan environmentalisme dalam menghadapi Revolusi
Industri Keempat. Wacana Usuluddin & Falsafah siri 1/2018. Bangi: UKM.

Anda mungkin juga menyukai