0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
268 tayangan16 halaman

Penyelesaian Konflik Persahabatan

Dokumen tersebut membahas tentang konflik dalam persahabatan, termasuk jenis-jenis konflik seperti bahasa, gender, personaliti, etnik, agama, budaya, status dan integriti. Ia juga menjelaskan cara menyelesaikan konflik seperti menerima budaya sahabat, menghormati perbezaan, bertoleransi, dan meningkatkan komunikasi. Penyelesaian konflik penting untuk memelihara hubungan persahabatan.
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
268 tayangan16 halaman

Penyelesaian Konflik Persahabatan

Dokumen tersebut membahas tentang konflik dalam persahabatan, termasuk jenis-jenis konflik seperti bahasa, gender, personaliti, etnik, agama, budaya, status dan integriti. Ia juga menjelaskan cara menyelesaikan konflik seperti menerima budaya sahabat, menghormati perbezaan, bertoleransi, dan meningkatkan komunikasi. Penyelesaian konflik penting untuk memelihara hubungan persahabatan.
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd

5

KONFLIK DALAM ADAB


PERSAHABATAN

Dalam unit ini, saya belajar tentang:


• Jenis konflik dalam persahabatan.
• Cara menyelesaikan konflik persahabatan.
• Kepentingan menyelesaikan konflik dalam persahabatan.
• Kesan penyelesaian konflik dalam persahabatan.
• Perasaan apabila menyelesaikan konflik dalam persahabatan.
• Amalan penyelesaian konflik dalam persahabatan.

66

KSSM_2018_DP_Moral_Tingkatan_3_Part_1.indb 66 2/15/01 2:31 PM


• Baik hati
• Kejujuran
• Hemah tinggi
• Hormat
• Toleransi
Indahnya persahabatan
tanpa konflik. Anda bagaimana?

67

KSSM_2018_DP_Moral_Tingkatan_3_Part_1.indb 67 2/15/01 2:31 PM


Sahabat ialah orang yang rapat dalam kehidupan kita selain anggota keluarga. Sahabat
yang baik akan sentiasa berada di sisi kita pada saat suka dan duka. Namun demikian,
adakalanya konflik wujud dalam persahabatan.
Konflik persahabatan bermaksud perselisihan atau pertentangan yang berlaku
antara seorang sahabat dengan sahabat yang lain. Perselisihan atau pertentangan ini
termasuklah dari segi idea, pendapat, kepentingan dan matlamat. Terdapat beberapa
jenis konflik dalam persahabatan.

Konflik
Bahasa

Penggunaan bahasa yang tidak


beradab dalam persahabatan.

Contoh:
Menggunakan perkataan yang
kurang sopan kepada sahabat.

Konflik
5

Gender

Halangan akibat
UNIT

perbezaan jantina.

Contoh:
Menyentuh sahabat
yang berlainan jantina
dengan sesuka hati.
68

KSSM_2018_DP_Moral_Tingkatan_3_Part_1.indb 68 2/15/01 2:31 PM


Konflik Konflik
Personaliti Etnik, Agama
dan Budaya
Perwatakan dan personaliti
yang tidak sama dalam Perbezaan agama, bangsa
persahabatan. dan budaya yang berlainan
dalam persahabatan.
Contoh:
Gaya penampilan diri Contoh:
yang berbeza. Amalan dan budaya
yang berbeza antara
satu sama lain.

Konflik
Status

Kedudukan sosial dan ekonomi


yang berbeza.

Contoh:
Taraf hidup yang berbeza
antara sahabat.

Konflik
5
Integriti

Amalan yang bertentangan


UNIT

dengan prinsip kejujuran,


ketelusan dan kepercayaan
dalam persahabatan.

Contoh:
Membocorkan rahsia sahabat.
69

KSSM_2018_DP_Moral_Tingkatan_3_Part_1.indb 69 2/15/01 2:31 PM


Setiap konflik persahabatan yang berlaku pasti ada cara penyelesaiannya. Cara
penyelesaiannya perlu diketahui agar hubungan dalam persahabatan akan kekal
harmoni. Antara cara penyelesaian sesuatu konflik dalam persahabatan termasuklah
seperti yang di bawah.

CARA PENYELESAIAN KONFLIK

Mener
im
Belaka a Budaya dan
ng Sah Latar
abat
5

Meng Menerima Kelebihan dan


enal Kekurangan Sahabat
resam y i budaya dan
ang dia adat
UNIT

Meng malkan Memberikan layanan yang


hormat .
dan am i keper sopan.
alan ag caya
Menye amanya an Memberikan perhatian
rtai ma .
sahaba jlis sosi ketika berkomunikasi.
t mengi a l
kepe kut Menghormati sahabat.
rluan.

70

KSSM_2018_DP_Moral_Tingkatan_3_Part_1.indb 70 2/15/01 2:31 PM


Bertoleransi Sesama
Sahabat
Bertolak ansur dan sabar
semasa menghadapi
konflik.
Bersedia untuk mendengar
pandangan sahabat.
Mengutamakan
penyelesaian masalah
berbanding dengan emosi.

Meningkatkan Kemahiran
Berkomunikasi
Bertutur dengan penuh
keikhlasan hati.
Mengawal emosi semasa
bercakap.
Menggunakan gaya bahasa,
nada suara dan kata-kata
yang sesuai.

aan
k a n Peras n Empati
ujud da
Mew bang Rasa an Membuat Perundingan
erasa
5
m
Ber ti a p p
rhad
r i h atin te dan Mengenal pasti punca
P
a t . n g jawab berlakunya konflik.
UNIT

saha b g u
tang .
e ny edari ing-masing mbantu Bersemuka dengan hati
M an m a s
dan m e
yang terbuka.
peran emahami n.
gm lai Mewujudkan suasana
Salin satu sama terbuka dan saling
antara
memerlukan antara satu
sama lain.
71

KSSM_2018_DP_Moral_Tingkatan_3_Part_1.indb 71 2/15/01 2:31 PM


Setiap konflik yang berlaku antara sahabat perlu diselesaikan dengan segera.
Jika dibiarkan tanpa penyelesaian, kesan buruk akan berlaku dalam hubungan
persahabatan. Oleh itu, setiap sahabat perlu menyedari peranan masing-masing dalam
menyelesaikan konflik yang berlaku. Antara kepentingan menyelesaikan sesuatu
konflik dalam persahabatan termasuklah seperti yang berikut.

Mewujudkan hubungan
Mencapai kata sepakat
yang harmoni
supaya konflik
dalam persahabatan.
dapat diselesaikan.
Contoh:
Contoh:
Mengelakkan rasa kurang
Kedua-dua pihak
senang dalam hubungan
mendapat kebaikan melalui
persahabatan.
persetujuan bersama.

Mengeratkan hubungan
persahabatan.
Kepentingan
menyelesaikan Contoh:
konflik Menangani konflik
persahabatan dengan cepat supaya
hubungan persahabatan
tidak renggang.

Mengelakkan berlakunya
Menghindari campur
tekanan perasaan.
tangan orang lain.
Contoh:
Contoh:
5

Mengawal emosi
Bersemuka ketika menyelesaikan
yang tidak stabil supaya konflik
masalah.
tidak berpanjangan.
UNIT

72

KSSM_2018_DP_Moral_Tingkatan_3_Part_1.indb 72 2/15/01 2:31 PM


Setiap konflik persahabatan yang berjaya diselesaikan akan memberikan kesan
dalam kehidupan kita. Antara kesan penyelesaian konflik dalam persahabatan
termasuklah seperti yang di bawah.

Meningkatkan motivasi Meningkatkan kefahaman


dalam menghadapi cabaran tentang diri dan sikap
akan datang. sahabat.

Kesan
penyelesaian
konflik dalam
persahabatan

Membantu meningkatkan Meningkatkan sikap


rasa sensitiviti dan toleransi dan kejujuran
kepekaan dalam hubungan antara sahabat.
persahabatan.

Kesimpulannya, penyelesaian sesuatu konflik dalam hubungan persahabatan


sangat penting dalam kehidupan harian. Kita akan berasa gembira dan terharu
apabila hubungan persahabatan kian utuh dan akrab.
5
u Nilai hormat dan toleransi perlu diamalkan untuk menghargai dan memuliakan
seorang sahabat.
UNIT

u Nilai hemah tinggi dan baik hati juga perlu diamalkan untuk memastikan
persahabatan yang sejahtera.
u Nilai kejujuran dengan sentiasa bercakap benar dan ikhlas penting diamalkan
dalam setiap perlakuan.

73

KSSM_2018_DP_Moral_Tingkatan_3_Part_1.indb 73 2/15/01 2:31 PM


A Baca dan fahami babak cerita persahabatan antara Marvin dengan Shahzan
di bawah. Kemudian, jawab soalan yang diberikan.

1
Marwin dan Shahzan merupakan
dua orang sahabat akrab. Mereka
belajar di kelas 3 Wawasan.
Selepas waktu persekolahan,
mereka sering mengulang kaji
pelajaran di pusat sumber sekolah.

2
Pada suatu hari, guru kelas
3 Wawasan, Cikgu Suriati telah
memperkenalkan seorang murid
baharu. Murid tersebut bernama
Muhaimin. Muhaimin berasal
daripada keluarga berada.

3
Sejak kehadiran Muhaimin
di sekolahnya, Shahzan jarang-jarang
mengulang kaji pelajaran dengan
5

Marwin. Sudah beberapa kali


permintaan Marwin untuk mengulang
UNIT

kaji selepas tamat waktu persekolahan


ditolak oleh Shahzan. Shahzan
memberikan alasan perlu pulang awal
untuk membantu ibunya berniaga.

74

KSSM_2018_DP_Moral_Tingkatan_3_Part_1.indb 74 2/15/01 2:31 PM


4
Pada suatu hari, ketika Marwin
keluar dari kelas setelah tamat
waktu persekolahan, dia terlihat
Shahzan dan Muhaimin sedang
berbincang di pondok ilmu sekolah.
Marwin berasa terkejut kerana
Shahzan memberikan alasan
hendak pulang awal semasa dia
mengajaknya untuk belajar
bersama-sama.

Ilustrasi:
Marwin keseorangan dan
5
sedang bersedih. Marwin berasa amat sedih. Dia
seperti sudah tidak diperlukan
lagi oleh sahabatnya itu. Dia amat
tertekan dengan situasi tersebut.

1. Nyatakan jenis konflik dalam persahabatan yang terdapat dalam situasi di atas.
2. Mengapakah konflik antara Marwin dengan Shahzan perlu diselesaikan? Jelaskan.
3. Andaikan anda ialah Marwin, bagaimanakah konflik tersebut dapat diselesaikan?
4. Jelaskan perasaan anda sekiranya dapat menyelesaikan konflik yang berlaku
dalam persahabatan.

Sekiranya konflik tersebut tidak berjaya diselesaikan,


bincangkan tindakan selanjutnya yang patut dilakukan
oleh Marwin.
5UNIT

B Hasilkan satu memoir tentang penyelesaian konflik persahabatan yang


pernah anda alami.

75

2.4.1, 2.4.2, 2.4.3, 2.4.5 , 2.4.6

KSSM_2018_DP_Moral_Tingkatan_3_Part_1.indb 75 2/15/01 2:31 PM


A Secara berkumpulan, tunjukkan cara untuk menyelesaikan konflik
persahabatan dengan menggunakan kaedah main peranan dalam situasi
di bawah.

Sahabat anda jarang-jarang meluangkan


masa untuk bertemu. Apabila waktu
ditetapkan untuk bertemu dengannya,
1
dia sering membatalkannya secara
tiba-tiba.

Andy dan Mary telah bersahabat sejak kecil.


2 Hubungan mereka sangat akrab. Mereka
berdua juga saling membantu, terutamanya
dalam pelajaran. Pada suatu hari, Mary
meluahkan perasaannya kepada Andy.
Andy berasa serba salah kerana tidak mahu
mempunyai perasaan lain selain hubungan
sebagai seorang sahabat.

3
Anda pergi ke rumah sahabat anda
untuk berbincang tentang pelajaran.
Apabila sampai di rumahnya,
barulah anda tahu bahawa sahabat
anda itu daripada keluarga berada.
Anda berasa rendah diri dan mula
menjauhkan diri daripadanya.

1. Apakah perasaan anda jika sering berkonflik dengan sahabat? Berikan alasan
5

anda.
2. Jelaskan kepentingan menyelesaikan konflik yang diberikan berserta dengan
UNIT

contoh.
3. Ramalkan kesan sekiranya berlaku konflik dalam situasi tersebut.

B Hasilkan satu peta pemikiran tentang cara menyelesaikan konflik dalam


adab persahabatan. Kongsikan peta pemikiran tersebut dengan rakan-rakan
anda di dalam kelas. Kemudian, hasilkan satu rencana berkaitan dengan
76 perkara tersebut.

2.4.2, 2.4.3, 2.4.4, 2.4.5, 2.4.6

KSSM_2018_DP_Moral_Tingkatan_3_Part_1.indb 76 2/15/01 2:31 PM


C Teliti dan deklamasikan sajak di bawah dengan cara yang kreatif.

Sahabat
Sahabat Sahabat
engkau sudah kuanggap seperti keluarga hidupmu tidak berkira denganku
walau berbeza agama, bangsa dan budaya walau kita berbeza darjat dan agama
engkau sabar melayan kerenahku tidak mengenal miskin dan kaya
tanpa mengeluh mahupun merungut. dirimu menerimaku seadanya.

Sahabat Sahabat
dirimu sentiasa kupercayai sifat terpujimu sungguh bermakna
tidak mungkir apabila berjanji antara kita terhindar konflik
sentiasa setia bersama-sama buat diriku gembira dan bahagia
jelas bukti ketulusan hatimu. engkau dan aku saling memahami
itulah tanda sahabat sejati.

Nukilan: Fatyehah Abdul Manaf

5
UNIT

1. Apakah mesej sajak ini?


2. Hasilkan puisi bertemakan penyelesaian konflik dalam persahabatan secara
kreatif. Kemudian, deklamasikan puisi tersebut dan paparkan puisi terbaik
di Sudut Pendidikan Moral.

77

2.4.2, 2.4.4, 2.4.5, 2.4.6

KSSM_2018_DP_Moral_Tingkatan_3_Part_1.indb 77 2/15/01 2:31 PM


A Berdasarkan grafik di bawah, kenal pasti cara dan kesan penyelesaian
sesuatu konflik dalam persahabatan.

Sedia mendengar
Bersemuka dengan hati terbuka.
dan menerima perbezaan.

Mengenal pasti punca


Mewujudkan suasana harmoni.
konflik.

Bersabar menghadapi konflik. Mengurangkan tekanan perasaan.

Membentuk personaliti positif. Membina keyakinan diri.

Cara Penyelesaian Konflik Kesan Penyelesaian Konflik

Elak campur tangan orang ketiga. Mengukuhkan hubungan persahabatan.

B Hasilkan satu cenderamata


tentang persahabatan anda
dan pamerkannya
di dalam kelas.
5UNIT

Selain pemberian cenderamata, cadangkan cara lain untuk anda


menghargai sahabat.

78

2.4.2, 2.4.3, 2.4.4

KSSM_2018_DP_Moral_Tingkatan_3_Part_1.indb 78 2/15/01 2:31 PM


A Baca dialog di bawah. Kemudian, jawab soalan yang berikut.

Kita akan bercuti esok.


Setujukah kamu sekiranya Saya setuju.
Mira dan Rena Saya pun tidak
kita keluar bersama-sama?
bagaimana? ada masalah. Kita
jumpa nanti.

Seronoknya! Dapatlah
kita berbual panjang
sambil berjalan-jalan.

Pada waktu yang dijanjikan, Mira tidak dapat menyertai rakan-rakannya untuk keluar
bersama-sama. Keluarganya melarang Mira keluar dari rumah jika tidak ditemani
oleh anggota keluarga atau orang yang lebih dewasa. Mira cuba menghubungi
rakan-rakannya untuk menjelaskan perkara tersebut. Malangnya, semua rakannya
gagal dihubungi. Ketika di sekolah, rakan-rakannya itu menjauhkan diri daripada
Mira.
1. Andaikan anda ialah sahabat Mira. Cadangkan cara anda membantu Mira
menyelesaikan konflik ini.
2. Terangkan kebaikan jika Mira berjaya menyelesaikan konflik ini.
5
3. Andaikan anda ialah Mira, jelaskan perasaan anda sekiranya konflik tersebut
berjaya diatasi.
UNIT

4. Jelaskan nilai yang sepatutnya diamalkan oleh Mira dan rakannya.

B Tulis esei yang bertajuk “Penyelesaian Konflik dalam Persahabatan Mampu


Mengukuhkan Hubungan Persahabatan.” Berikan pendapat anda.

79

KSSM_2018_DP_Moral_Tingkatan_3_Part_1.indb 79 2/15/01 2:32 PM


A Laksanakan satu rakaman temu bual berkaitan dengan konflik dalam
persahabatan.

Panduan Pelaksanaan

1 Senaraikan isi penting bagi 2 Sebelum rakaman dan temu bual.


menjalankan temu bual. • Tentukan masa dan tempat
• Pengetahuan jenis konflik. yang sesuai.
• Pengalaman murid. • Tentukan peralatan yang
• Cara mengatasi konflik. ingin digunakan.
• Kesan konflik. • Minta kebenaran jika
• Perasaan ketika berkonflik dan membawa peralatan tertentu.
selepas konflik diselesaikan. • Buat senarai murid dan guru
yang perlu ditemu bual.
• Sediakan soalan yang sesuai.

3 Semasa rakaman. 4 Selepas rakaman.


• Pastikan tidak mengganggu • Buat suntingan pada rakaman
mana-mana pihak. yang telah dibuat.
• Pastikan peralatan berfungsi
dengan baik.
• Merahsiakan pihak yang terlibat.
5UNIT

B Bentangkan hasil temu bual dan rakaman tersebut.

C Hasilkan artikel tentang konflik dalam persahabatan


dan siarkannya dalam majalah sekolah.

Guru membimbing murid untuk membuat rakaman. Aktiviti ini boleh dijalankan
80 dalam bentuk pertandingan.

KSSM_2018_DP_Moral_Tingkatan_3_Part_1.indb 80 2/15/01 2:32 PM


BIDANG
Hubungan antara Diri,
3
Komuniti dan Masyarakat
Bidang ini membincangkan pentingnya mewujudkan hubungan yang
baik antara diri murid dengan komuniti dan masyarakat. Bidang ini
bertujuan untuk memberikan kefahaman tentang hidup bersatu padu
dalam kepelbagaian, menghargai perkhidmatan awam, menyayangi
alam sekitar dengan mengaplikasikan 5R bagi menjaga rumah hijau
serta mempunyai tanggungjawab sosial ke arah kebaikan sejagat.

Hidup Bersatu Padu Menjana


Kesejahteraan

Kualiti Perkhidmatan Awam Aspirasi


Pembangunan Negara

Bumi Hijau Bumi Kita

Tanggungjawab Sosial
Tanggungjawab Bersama

81

KSSM_2018_DP_Moral_Tingkatan_3_Part_1.indb 81 2/15/01 2:32 PM

Anda mungkin juga menyukai