0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
72 tayangan2 halaman

Sinopsis Buku Motivasi untuk Guru

Buku ini memberikan panduan untuk mengawal sifat marah. Ia menyamakan sifat marah dengan seekor singa didalam diri manusia. Buku ini mencadangkan beberapa kaedah seperti mengamalkan sifat-sifat terpuji, mencintai Allah dan rasul, serta hidup berkeluarga dengan harmoni untuk mengawal sifat marah. Guru perlu mengawal emosi supaya mampu menangani pelajar dengan bijak.

Diunggah oleh

Kalaiarasi Ramu
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
72 tayangan2 halaman

Sinopsis Buku Motivasi untuk Guru

Buku ini memberikan panduan untuk mengawal sifat marah. Ia menyamakan sifat marah dengan seekor singa didalam diri manusia. Buku ini mencadangkan beberapa kaedah seperti mengamalkan sifat-sifat terpuji, mencintai Allah dan rasul, serta hidup berkeluarga dengan harmoni untuk mengawal sifat marah. Guru perlu mengawal emosi supaya mampu menangani pelajar dengan bijak.

Diunggah oleh

Kalaiarasi Ramu
Hak Cipta
© All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SJKT TUN SAMBANTHAN , BIDOR Kod Sekolah: ABD0075

KALAIARASI A/P RAMU


1. Nama Guru

2. Judul 3. Bidang: Pedagogi


Berfikir Dalam Bilik Darjah
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:19/5/2021

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar
kanak-kanak berfikir. Pengarang juga menjustifikasikan kepintaran itu kepada kepintaran belajar
dan kepintaran berfikir. Ramai individu yang berjaya pada hari ini merupakan individu yang mahir
berfikir. Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik darjah
seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan divergen, memuji
murid, memberi ganjaran,  guru menjadi pembimbing, mendorong kreativiti, jangan menjadi
diktaktor,  toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai rangsangan dan
mempelbagai teknik menyoal. Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran
berfikir menggunakan kaedah infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap
teknik-teknik yang dianjurkan disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat
memahami dan menggunakan teknik tersebut sewaktu mengajar.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Menerusinya kita akan faham tentang kepelbagaian kepintaran pelajar. Melalui pengetahuan ini
kita boleh mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas. Oleh itu, potensi diri mereka akan
dapat diketengahkan. Soalan seperti itu terlalu berbentuk arahan yang mana akhirnya akan
menenggelamkan kreativiti pelajar. Para guru digalakkan menyoal pelajar dengan soalan yang
mencabar minda

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk guru
gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik.
Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam dan karenah. Guru juga perlu
tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat membantu para guru menentukan
kaedah paling sesuai yang akan digunakan sewaktu mengajar. Oleh itu pendekatan kreatif perlu
untuk mengekang permasaalahan ini

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(KALAIARASI A/P RAMU ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SJKT TUN SAMBANTHAN , BIDOR Kod Sekolah: ABD0075

1. Nama Guru KALAIARASI A/P RAMU

2. Judul MENANGANI SIFAT MARAH 3. Bidang: MOTIVASI

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada dalam diri. Sifat marah ini
ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia. Seekor singa yang lepas bebas boleh
membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial, ego, dan garang. Ianya digelar raja binatang.
Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk “super”. Malah singanya Umar setelah
Islam telah menjadikan Islam itu bertambah kuat serta menjadi dalil sejarah yang menjadi contoh mukmin
sejati sehingga ke hari [Link] cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sift-
sifat terpuji, mencintai Allah dan Rasul,dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana tenteram dan
harmonis.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang tidak terkawal akan
mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di sekelilingnya. Marah yang tidak terkawal
akan mencetuskan pergaduhan, mengundang kemurungan, menjadikan diri dibenci, mengganggu kesihatan
minda, menjejaskan kesihatan seperti cepat tua, sakit jantung, darah tinggi dan jangkitan kuman.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat
manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga
masih di usia anak-anak yang banyak karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap
kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, guru perlulah bijak mengawal emosi supaya
permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah dan bijaksana. Guru perlu mengawal kemarahan
kerana marah yang tidak terkawal akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan
memukul di luar batasan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai