WEBINAR SISWAZAH ARKEOLOGI
ANTARABANGSA SIRI KEDUA
" MENEROKA SEJARAH PERADABAN MANUSIA DI MALAYSIA & NUSANTARA"
30 NOVEMBER 2022
Webinar Siswazah Arkeologi Antarabangsa Siri Kedua merupakan kesinambungan kepada program Seminar
Siswazah Arkeologi Antarabangsa yang dianjurkan pada 14-15 Julai 2021 oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi
Global, Universiti Sains Malaysia. Seminar ini diadakan dengan tujuan untuk memberi peluang kepada para
siswazah arkeologi pada peringkat sarjana dan kedoktoran khususnya dari Malaysia dan Indonesia untuk
membentangkan hasil penyelidikan mereka secara atas talian. Pembentangan hasil penyelidikan dan himpunan
kertas kerja melalui webinar ini diharap dapat menyumbang pemahaman baharu tentang topik-topik penyelidikan
terbaru, isu-isu semasa serta metodologi dan pentafsiran data yang melibatkan sejarah peradaban manusia dari
era prasejarah hingga zaman kolonial di Malaysia dan Indonesia. Webinar ini juga boleh digunakan sebagai satu
platform untuk menyalur dan berkongsi idea, di samping membina dan mengukuhkan lagi jaringan kerjasama
antara institusi arkeologi di Malaysia dan Indonesia.
SUB TEMA
YURAN
- Arkeologi Prasejarah
Pembentang : RM 100 - Arkeologi Protosejarah
(e-sijil, PDF buku abstrak dan buku program. - Arkeologi Bawah Air
Kertas kerja akan diterbitkan sebagai bab dalam - Arkeologi Islam
buku) - Etnoarkeologi, Etnografi & Orang Asli
- Etnosejarah & Sejarah Awal
Peserta : Percuma - Epigrafi, Lukisan & Tulisan Awal
- Aplikasi Sains & Arkeologi
(Peserta boleh mendapatkan e-sijil, PDF buku
- Konservasi Arkeologi
abstrak dan buku program dengan bayaran RM 50)
- Zooarkeologi
- Arkeogeologi
TARIKH PENTING - Arkeogenetik
- Pengurusan Warisan Arkeologi
Tarikh Akhir Penghantaran Abstrak: - Arkeopelancongan
20 September 2022 - Arkeologi & Komuniti
- Pemuziuman
Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Kerja: - Lain-lain topik yang bersesuaiaan
15 November 2022
Tarikh Akhir Pendaftaran Pembentang:
15 November 2022
untuk pendaftaran serta penghantaran
SILA KLIK abstrak & kertas kerja penuh
Sebarang pertanyaan boleh hubungi: En Syahir (019-9020923) En Mutalib (012-9337794)